Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyatChina dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkanpetukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia danAfrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yangterkenal di dunia.Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan keseniankepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untukmenggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memujisumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia sertasumbangannya kepada persahabatan.
Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Hoyang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut. Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yangmenganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan farduhaji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan diluar negara dan suka menjelajah.Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampasoleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagaisida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yangcergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dandianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, MaharajaZhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar- besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrikauntuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Bagindamenitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu.Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yangterbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarahlama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu.Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuatkapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yangterbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebutmerupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal didunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam