Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bab 4

Bab 4

Ratings: (0)|Views: 1,912 |Likes:
Published by Azlina Abu Bakar

More info:

Published by: Azlina Abu Bakar on Nov 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/04/2013

pdf

text

original

 
OUM
41
UNIT 2ANALISIS PELUANG PEMASARANBAB 4PERANCANGAN STRATEGIK BERORIENTASIKAN PASARAN
BAB 4PERANCANGAN STRATEGIKBERORIENTASIKAN PASARAN
PENGENALAN
Proses pengurusan memerlukan satu bentuk rangka kerja yang terancang dan sistematikbagi memandu arah langkah pelaksanaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilaksanakandalam proses pengurusan ialah perancangan. Kebiasaannya, organisasi menggunakanperancangan strategik bagi merancang semua bentuk tindakan yang akan dilaksanakan olehorganisasi. Manakala perancangan strategik pula merupakan satu proses yang melibatkanbeberapa langkah yang perlu dilaksanakan secara teliti dan mengikut urutan.Selain daripada komponen perancangan, proses perancangan strategik melibatkan tigakomponen penting yang lain, iaitu analisis persekitaran, pembentukan strategi dan programtindakan, dan kawalan. Penghasilan proses perancangan strategik pemasaran perlu dihasilkandalam bentuk bertulis. Laporan perancangan strategik tersebut atau lazimnya lebih dikenalisebagai pelan pemasaran (
marketing plan
) akan menjadi panduan pelaksanaan aktiviti olehsemua unit dalam organisasi perniagaan yang berorientasikan pemasaran.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:1.menjelaskan proses pengurusan pemasaran yang efektif;2.mengaitkan proses pengurusan pemasaran dengan proses perancangan strategik;3.membincangkan elemen-elemen utama dalam proses perancangan strategikpemasaran;4.menjelaskan konsep unit perniagaan strategik dan analisis portfolio; dan5.mengaplikasikan proses perancangan strategik pemasaran menerusi penghasilanpelan pemasaran.
4.1PROSES PENGURUSAN PEMASARAN
Proses pengurusan pemasaran merupakan satu proses perancangan dan pelaksanaan.Proses pengurusan pemasaran yang lengkap telah anda pelajari dalam bab 1 dan ringkasantentang proses tersebut telah ditunjukkan dalam Rajah 1.3 pada muka surat 9. Berdasarkankepada teori pengurusan pula, perancangan merujuk kepada pelaksanaan beberapa langkaholeh organisasi atau pengurus. Walau bagaimanapun, terdapat satu kaedah perancanganyang boleh dianggap terbaik untuk dipilih oleh organisasi atau pengurus, iaitu perancanganstrategik pemasaran.
 
42
OUM
ANALISIS PELUANG PEMASARANUNIT 2PERANCANGAN STRATEGIK BERORIENTASIKAN PASARANBAB 4
4.2PROSES PERANCANGAN STRATEGIK PEMASARAN
Perancangan strategik merupakan satu proses perancangan yang sistematik dankomprehensif. Ia merangkumi semua perkara dan faktor dalam bentuk susunan langkah yangsistematik. Proses perancangan strategik dimulai dengan langkah memahami jenis perniagaanyang diceburi sehinggalah kepada pelaksanaan usaha pengawalan (Dalrymple & Parsons,1999). Rajah 4.1 menunjukkan proses perancangan strategik secara ringkas.Penyediaan perancangan strategik dalam organisasi dapat diklasifikasikan kepada empatperingkat yang utama, iaitu:peringkat korporat;peringkat bahagian atau unit;peringkat unit perniagaan strategik (UPS atau
strategic business unit 
); danperingkat produk.Perancangan peringkat korporat merupakan perancangan strategik yang disediakan untukkeseluruhan organisasi. Perancangan peringkat bahagian atau unit disediakan khusus untukbahagian atau unit tertentu seperti bahagian pengeluaran, bahagian pemasaran, dan unit jualan.Secara umumnya, langkah yang perlu dilaksanakan oleh pemasar ketika menghasilkan prosesperancangan strategik dalam semua peringkat diterangkan oleh sub-sub bahagian seterusnyadalam bahagian ini.
4.2.1Takrif Perniagaan
Hasil utama langkah ini menjurus untuk mencari jawapan terhadap persoalan tentangrasionalisasi kewujudan sesebuah organisasi. Bahagian ini dilaksanakan untuk menjawabpersoalan tentang 'mengapakah organisasi ditubuhkan?". Oleh itu, organisasi perlu berusahauntuk memahami secara lebih jelas tentang bidang perniagaan sebenar yang diceburi olehnya.Hasil langkah ini diterjemahkan menerusi pernyataan
wawasan
dan
misi
.
Rajah 4.1
:Proses perancangan strategik 
 
OUM
43
UNIT 2ANALISIS PELUANG PEMASARANBAB 4PERANCANGAN STRATEGIK BERORIENTASIKAN PASARAN
(a)
Wawasan
Wawasan (
vision
) merupakan pernyataan sasaran atau hala tuju hakiki tentangpenubuhan sesebuah organisasi. Kebiasaannya, wawasan memerlukan sasaranpencapaian dalam jangka masa panjang, iaitu melebihi 10 tahun. Menerusi pernyataanwawasan, organisasi perlu menjelaskan tentang sasaran pencapaian secara jelas danberbentuk umum. Contoh paling mudah untuk anda memahami konsep wawasan ialahWawasan 2020.Wawasan boleh ditakrifkan secara umum atau khusus. Contoh berikut dapatmenjelaskan tentang skop takrif perniagaan umum atau khusus. Syarikat TransCitySendirian Berhad (TransCity) merupakan sebuah syarikat pengangkutan. Jika TransCitymentakrifkan perniagaannya sebagai syarikat pengangkutan, syarikat berkenaan akanmenumpukan operasi perniagaannya dalam perniagaan pengangkutan umum. Walaubagaimanapun, jika syarikat mentakrifkan perniagaannya sebagai syarikat pengangkutanbarangan, TransCity hanya akan memiliki lori dan keretapi barangan sahaja.(b)
Misi
Misi merupakan pernyataan wawasan yang bersifat lebih khusus. Jika menerusi wawasan,organisasi mengenali perniagaan yang diceburi secara umum, menerusi misi, organisasiperlu menjawab persoalan perniagaan yang lebih khusus seperti:Siapakah pengguna syarikat?Nilai apakah yang dicari oleh pengguna?Apakah yang akan terjadi kepada perniagaan pada masa hadapan?Perniagaan apakah sepatutnya diceburi pada masa hadapan?Selain berbeza dari segi skop, misi dan wawasan juga berbeza dari segi jangka masa. Jangkamasa yang perlu diambil bagi merealisasikan wawasan relatif lebih lama berbanding misi.Kotler (2005) menyatakan bahawa, wawasan dan misi perlu didasarkan kepada kelebihanbersaing yang dimiliki oleh pemasar. Kelebihan bersaing boleh dikategorikan kepada enamskop seperti dalam Rajah 4.2.1.Apakah yang anda faham tentang maksud wawasan dan misi?2.Adakah wawasan dan misi berbeza? Berikan pendapat anda.3.Apakah kegunaan wawasan dan misi?

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nesa Malar liked this
Eviannie Kin liked this
Sarina Sahfiza liked this
Sofia Syiali liked this
Makwanming liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->