OUM
57
UNIT 2ANALISIS PELUANG PEMASARANBAB 5MEMPEROLEH MAKLUMAT DAN MENGUKUR PERMINTAAN PASARAN
BAB 5MEMPEROLEH MAKLUMAT DANMENGUKUR PERMINTAAN PASARAN
PENGENALAN
Penghasilan proses perancangan strategik pemasaran memerlukan pemasar memperolehmaklumat secara komprehensif dan sistematik. Perolehan maklumat merupakan langkahpaling penting dalam proses perancangan strategik pemasaran. Selain perlu menggunakanbeberapa kaedah analisis persekitaran seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 4, pemasar perlu menghasilkan satu sistem pengurusan maklumat yang dikenali sebagai sistem maklumatpemasaran (
marketing information systems
– MkIS).Terdapat empat komponen penting dalam sistem maklumat pemasaran, iaitu rekod dalaman,perisikan pemasaran, penyelidikan pemasaran dan sistem sokongan keputusan pemasaran.Selain menyentuh tentang sistem maklumat pemasaran, bab ini juga turut membincangkantentang perkara penting yang berkaitan dengan sistem maklumat pemasaran, iaitu peramalanpasaran. Peramalan pasaran merupakan langkah penting untuk menentukan saiz pasarandan potensi pasaran bagi menentukan hala tuju pencapaian setiap strategi pemasaran yangakan dihasilkan oleh pemasar.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda akan dapat:1.menerangkan mekanisma penggunaan sistem maklumat pemasaran;2.menjelaskan proses penyelidikan pemasaran; dan3.menerangkan langkah peramalan pasaran.
5.1SISTEM MAKLUMAT PEMASARAN
Sistem maklumat pemasaran merupakan satu sistem pengurusan maklumat yang dibangunkanberdasarkan kepada sistem maklumat pengurusan. Sistem maklumat pemasaran merupakansatu kaedah untuk memperolehi, menyaring dan mengedarkan maklumat bagi membuatkeputusan pemasaran.Terdapat empat komponen utama dalam sistem maklumat pengurusan,iaitu rekod dalaman, perisikan, penyelidikan dan sistem sokongan keputusan. Secara umumnya,sistem maklumat pemasaran ditakrifkanseperti berikut:Sistem Maklumat Pemasaran merangkumi manusia, peralatan dan prosedur bagimemperoleh, menyusun, menganalisis, menilai dan menyalurkan maklumat yangdiperlukan dan menepati keperluan daripada segi masa dan isi kandungan untukmemenuhi keputusan pemasaran (Kotler, 2003).