Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bab 10

Bab 10

Ratings: (0)|Views: 457 |Likes:
Published by Azlina Abu Bakar

More info:

Published by: Azlina Abu Bakar on Nov 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/03/2012

pdf

text

original

 
OUM
129
UNIT 3MEMAHAMI PENGGUNABAB 10MENGENAL PASTI DAN MEMILIH SEGMEN PASARAN
BAB 10MENGENAL PASTI DAN MEMILIHSEGMEN PASARAN
PENGENALAN
Pasaran terdiri daripada pengguna individu dan pengguna organisasi yang ingin dan mampumembeli sesuatu produk. Kita juga tahu bahawa setiap pengguna mempunyai kehendak dankemahuan yang berbeza. Cara mereka membeli, produk yang mereka beli, tempat merekamembeli dan perkara yang mempengaruhi pembelian mereka adalah berbeza antara satusama lain. Oleh itu, adalah lebih berkesan jika sesuatu pasaran gelagat itu dipecahkan kepadakumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Biasanya kumpulan kecil lebih senang difahami. Iniseterusnya memudahkan syarikat menjana dan mengurus strategi-strategi pemasaran yangsesuai dengan keperluan dan kehendak kumpulan berkenaan.Pada masa kini sudah menjadi amalan sesebuah syarikat menjalankan
sasaran pasaran
dimana syarikat akan memilih kumpulan-kumpulan tertentu untuk menjadi pelanggannya. Segalaaktiviti pemasaran dan usaha syarikat akan dirumuskan dan ditumpukan berdasarkan kepadakehendak dan keperluan kumpulan ini sahaja.Untuk melaksanakan sasaran pasaran sesebuah syarikat itu perlu mengetahui
prosessegmentasi
dan
asas-asas segmentasi
terlebih dahulu. Syarikat juga perlu tahu ciri-cirisegmen yang efektif agar semua usaha pemasarannya berkesan. Dalam bab ini kita akanmembincangkan isu-isu segmentasi dan juga sasaran pasaran.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:1.memahami tahap-tahap segmentasi pasaran;2.menyatakan konsep segmentasi pasaran dan sasaran pasaran;3.mengenal pasti asas-asas ataupun pemboleh ubah yang boleh digunakan untuksegmentasi pasaran;4.mengenal pasti ciri-ciri segmen yang efektif; dan5.menerangkan corak ataupun pilihan-pilihan sasaran pasaran yang boleh dilaksanakan.
10.1TAHAP SEGMENTASI
Sebelum kita membincangkan segmentasi dan sasaran pasaran kita perlu terlebih dahulumengetahui tentang
tahap segmentasi
yang boleh kita laksanakan dalam sesuatu pasaran.
 
130
OUM
MEMAHAMI PENGGUNAUNIT 3MENGENAL PASTI DAN MEMILIH SEGMEN PASARANBAB 10
Segmentasi pasaran adalah satu proses memecahkan pasaran yang besar kepada kumpulanyang kecil. Kumpulan berkenaan mempunyai ciri-ciri yang sama, seperti umur, jantina, budaya,pekerjaan dan lain-lain.Kumpulan yang kecil ini dipanggil segmen pasaran. Oleh sebab pelanggan dalam sesuatusegmen mempunyai ciri-ciri yang sama, kita boleh menganggap bahawa mereka mempunyaikeperluan, kehendak, dan juga gelagat pembelian yang sama.Segmentasi pasaran boleh dilaksanakan pada tahap-tahap yang berbeza seperti:pemasaran massapemasaran bersegmenpemasaran tertumpupemasaran individu
10.1.1Pemasaran Massa (
Mass Marketing 
)
Dalam pasaran ini syarikat menganggap kesemua pengguna yang ada dalam pasaran sebagaipenggunanya, dan kesemua mereka mempunyai cita rasa yang sama, gelagat pembelianyang sama , dan mempunyai keperluan serta kehendak yang sama. Atas dasar inilah syarikatmenganggap pasaran berkenaan sebagai pasaran yang besar dan tidak perlu dipecahkanlagi kepada kumpulan yang kecil. Dalam hal ini tidak ada segmentasi pasaran yang dilakukan.Syarikat juga menganggap bahawa cukup dengan hanya mengeluarkan satu produk sahajakepada pasaran berkenaan.Dalam hal ini, kebiasaannya syarikat akan menggunakan sistem pengedaran secara besar-besaran (
mass distribution
), promosi yang dijalankan juga adalah secara besar-besaran(
mass promotion
), dan juga pengeluaran yang banyak (
mass production
) untuk memasarkansatu produk itu sahaja.Tahap Segmentasi ini diamalkan oleh Syarikat Ford Motor Corporation pada lima puluh tahunyang lepas, di mana syarikat ini hanya mengeluarkan satu model kereta sahaja yang dipanggildengan nama Model T-Ford. Syarikat Ford hanya menawarkan satu produk sahaja kepadasemua pengguna di mana reka bentuknya adalah sama dan berwarna hitam sahaja. Rajah10.1 menunjukkan model tersebut.
Rajah 10.1
:Kereta model T-Ford tahun 50-an
Sumber 
:http://www.aerodrome.org/sle/1998/ images Dick%20Lodge’s%20 Model%20T%20 Ford.jpg 
 
OUM
131
UNIT 3MEMAHAMI PENGGUNABAB 10MENGENAL PASTI DAN MEMILIH SEGMEN PASARAN
Pada pendapat anda, apakah dua kelebihan yang terdapat pada otomobilMercedes apabila dibandingkan dengan otomobil lain?Syarikat Coca-Cola juga pernah mengamalkan tahap segmetasi ini di mana pada awalperniagaannya syarikat ini hanya menawarkan minuman Coca-Cola yang sama rasanya dandalam satu botol bersaiz 6.5 aun (
ounce
) sahaja. Pada masa sekarang adalah sukar untuksyarikat mengamalkan tahap segmentasi ini kerana terlalu banyak persaingan dan denganitu pengguna juga mempunyai terlalu banyak pilihan.
10.1.2Pemasaran Bersegmen
Dalam pemasaran ini syarikat menganggap bahawa pasaran boleh dipecahkan kepadabeberapa segmen (
segment marketing 
). Sebagaimana yang dibincangkan sebelum inisegmen-segmen berkenaan boleh dipecahkan berdasarkan kepada beberapa asas tertentuseperti
pendapatan
,
kawasan geografi
,
umur 
, dan
suku kaum
. Disebabkan pasaran initerdiri daripada beberapa segmen maka syarikat mengangggap kehendak dan keperluanpasaran adalah berbeza-beza.Setiap segmen memerlukan campuran pasaran yang berbeza dan mempunyai gelagat yangberbeza juga. Pemasaran Bersegmen ini adalah lebih baik daripada Pemasaran Massamemandangkan setiap program dan aktiviti pemasaran boleh disesuaikan berdasarkan kepadakehendak dan keperluan setiap segmen. Dengan ini semua aktiviti pemasaran yang dijalankanadalah lebih tepat dan lebih baik daripada menggunakan konsep Pemasaran Massa.
10.1.3Pemasaran Tertumpu
Pemasaran tertumpu adalah di mana syarikat hanya menumpukan kesemua campuranpemasarannya terhadap satu segmen pasaran sahaja. Sebagai contoh, Mercedes hanyamengeluarkan otomobil untuk pasaran otomobil mewah sahaja, Anak Ku Corporation hanyamengeluarkan barang-barang keperluan bayi sahaja. Syarikat Avon dahulunya hanyamengeluarkan barangan kosmetik khas kepada segmen wanita sahaja. Disebabkan Syarikathanya menumpukan perhatian kepada satu segmen sahaja, maka biasanya syarikatmempunyai kepakaran yang baik dalam memenuhi kehendak dan keperluan segmenberkenaan. Syarikat biasanya sangat mengenali gelagat pelanggannya, dan juga pakar dalammengeluarkan produk untuk segmen berkenaan.Disebabkan satu sahaja segmen yang dipilih maka seharusnya segmen berkenaan perlulahsegmen yang mempunyai kuasa beli yang tinggi (sanggup bayar mahal), cukup besar saiznyadan mempunyai pertumbuhan yang baik.
10.1.4Pemasaran Individu
Di bawah konsep ini syarikat akan menjalankan aktiviti pemasarannya berdasarkan kepadakehendak dan keperluan setiap individu. Produk yang dikeluarkan berdasarkan cita rasa individuberkenaan. Pemasaran Individu juga dikenali sebagai
one-to-one marketing 
ataupun
tailor made marketing 
.

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Aliza Ariffin liked this
Nurul Liana liked this
Nurul Liana liked this
Nurul Liana liked this
Ajess Jess liked this
Sofia Syiali liked this
Liyana Yusof liked this
Qaseh Liena liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->