You are on page 1of 17

ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


___________________________________________________________________________

HBMT1203

TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE

ROHANI BINTI YUSUF

NO KP:
730101-11-7350

NOMBOR MATRIK:

730101117350002

NOMBOR TELEFON:

013-9992040

NAMA TUTOR:

EN. KHAZALI B ISMAIL

PUSAT PEMBELAJARAN:

INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 1


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

SEMESTER MEI 2010

SEKALUNG PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t.

Saya memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana akhirnya saya dapat

melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada pensyarah En. Khazali b Ismail yang telah banyak mengajar dan

memberi bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Begitu juga rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi idea bagi menyiapkan

tugasan ini. Banyak pengalaman dapat ditimba sepanjang kami menyiapkan tugasan

HBMT Teaching Mathematics in Pre-school and year one ini.

Tidak dilupakan buat suami, anak-anak tersayang dan keluarga yang sentiasa

memberi sokongan sepanjang kami mengikuti kursus ini. Kursus ini sangat bermakna bagi

saya warga pendidik yang sentiasa ingin meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

Akhirnya, saya juga menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya terdapat

kesilapan dan kekurangan terhadap tugasan ini.Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya

dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 2


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

ISI KANDUNGAN

1 Pengenalan 4-7

2 Kaedah Main sambil Belajar 8-10

3 Kaedah Main Peranan atau Lakonan 10-12

4 Aktiviti Berbantukan Komputer 12-13

6 Rumusan 14-15

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 3


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

PENGENALAN

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor yang memberi nilai.
Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini dan amat penting dalam
kehidupan seharian kita. Kita perlu menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik
kerana kita menggunakan matematik untuk membuat keputusan dalam banyak perkara.
Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira
asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa
banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan
operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita. Selain untuk
diaplikasikan dalam kehidupan, matematik juga merupakan satu senaman untuk minda kita
supaya kita tidak beku untuk berfikir.

Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka
berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan
dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada
kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat
berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.

Tahap penguasaan matematik kanak-kanak pra sekolah dan tahun satu berbeza dengan
tahap penguasaan orang dewasa. Oleh itu, guru seharusnya mengambil perhatian apabila
menggunakan kaedah dan pendekatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas kerana pada peringkat ini mereka mudah menerima apa yang diajar serta mereka juga
suka kepada benda-benda baru.

Kebiasaannya kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7 tahun menyukai aktiviti


belajar sambil bermain yang menyeronokkan. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak yang

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 4


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

berumur antara 5 hingga 7 tahun adalah dalam peringkat pra- operasi iaitu mereka mula
menggunakan simbol untuk mewakili pelbagai aspek dipersekitarannya. Kanak-kanak mula
memahami perkaitan antara dua situasi yang berkaitan dan ketika menyelesaikan sesuatu
masalah, kanak-kanak akan mempertimbangkan semua aspek masalah itu.

Tugasan ini memerlukan guru merancang kaedah dan aktiviti yang menarik serta
menyeronokkan untuk mengajar operasi tolak kepada murid-murid pra-sekolah dan tahun
satu.

3 cara menarik dan menyeronokkan yang digunakan untuk mempelajari operasi tolak bagi
murid-murid pra-sekolah dan tahun satu itu ialah:

 Kaedah main sambil belajar

 Kaedah main peranan atau lakonan

 Aktiviti berbantukan komputer

Salah satu cara untuk pengajaran dan pembelajaran operasi tolak yang paling menyeronokkan
ialah kaedah main sambil belajar atau permainan interaktif komputer. Laman web yang boleh
dilayari untuk permainan interaktif komputer ialah
http://nlvm.usu.edu/en/nav/frames_asid_155_g_3_t_1.html.

Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan
hiburan di samping merangsang murid-murid mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif
dalam keadaan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi
dan mental di samping dapat meningkatkan kekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi
serta mempelajari nilai-nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang-rasa dan
lain-lain lagi.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 5


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses


pembelajaran di mana maklum balas yang diberi serta merta tentang betul atau salah yang
akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.

Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif


pembelajaran. Permainan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta
kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah
difahami. Kaedah ini harus melibatkan semua murid di dalam kelas.

Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesuatu permainan hendaklah di beri
dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi pencapaian
mereka. Tempoh permainan tidak boleh terlalu pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia
seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek
psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan
dan kemahiran sosial.

Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam


pengajaran dan pembelajaran , guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai
dengan objektif pengajaran.

Kaedah main peranan atau lakonan pula melibatkan murid-murid melakukan lakonan
mengenai sesuatu situasi yang berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari. Murid-murid
memainkan peranan dan bertindak mengikut watak-watak yang ditetapkan di dalam sesuatu
situasi itu.

Melalui kaedah lakonan ini, murid-murid berupaya menunjukkan dan menggunakan


daya cipta dan imaginasi serta dapat memperkembangkan keyakinan mereka. Murid-murid
juga berasa seronok melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dengan berlakon sendiri
dan memerhatikan lakonan murid-murid lain.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 6


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

Kaedah yang ketiga iaitu aktiviti berbantukan komputer yang boleh digunakan untuk
pembelajaran masteri. Aktiviti pembelajaran yang dijalankan berpusatkan murid dan murid-
murid akan membuat aktiviti yang disediakan sehingga mahir.

Penggunaan teknologi komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat


membantu murid-murid meningkatkan penguasaan dan minat mereka terhadap pelajaran serta
menyeronokkan.

Melalui aktiviti berbantukan komputer, murid-murid boleh menggunakan perisian


komputer yang telah disediakan atau penggunaan internet dengan bimbingan guru.Kelebihan
menggunakan kaedah aktiviti berbantukan komputer ini iaitu, ia berupaya:

 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.


 berpusat kepada murid
 murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
 Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap konsep tolak yang
dipelajari.
 Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
 Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan sehingga mereka mahir.
 Menggalakkan murid mengalami sendiri proses pembelajaran mengikut situasi yang
sebenar.
 Menggalakkan murid membuat penerokaan dan penyelidikan semasa pembelajaran.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 7


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

KAEDAH MAIN SAMBIL BELAJAR

Kaedah main sambil belajar ini boleh dilayari di internet menggunakan laman web
http://www.aplusmath. com. Melalui laman web ini, murid-murid boleh mempelajari operasi
tolak menggunakan 'Java Games' seperti berikut:

Permainan ini ialah permainan yang dinamakan 'Hidden Picture'.

5 6 5 5

4 6 4 7

2 3 5 5

3 4 4 5

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 8


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

Permainan ini menggunakan 'flash card' atau kad imbasan. Contohnya 14 - 8 = 6.


Dalam permainan ini terdapat gambar-gambar apabila murid-murid dapat menjawab soalan-
soalan yang dikemukakan dengan betul. Murid- murid perlu menjawab kesemua soalan yang
dikemukakan dengan betul untuk melihat gambar yang tersembunyi. Murid-murid juga boleh
meneka gambar yang diberikan semasa bermain permainan ini.

Cara permainan ini ialah:

 Murid-murid perlu menjawab soalan-soalan yang terdapat pada kad imbasan-kad

imbasan yang dikemukakan.

 Apabila murid-murid telah mendapat jawapan contohnya 14 - 8 = 6, murid-murid

perlu klik pada nombor yang betul dalam kotak iaitu 6.

 Apabila jawapan murid-murid telah di klik di kotak yang betul, akan keluar gambar-
gambar pada kotak tersebut.
 Apabila jawapan yang diberikan oleh murid-murid itu salah, akan keluar perkataan

'incorrect', murid-murid dikehendaki menjawab semula dengan soalan yang lain.

 Keseluruhan gambar akan dipaparkan apabila murid-murid telah menjawab kesemua


soalan dengan betul.

Permainan ini boleh dimainkan berulangkali sehingga murid-murid mahir dengan


kemahiran operasi tolak yang dipelajari. Melalui permainan ini, murid-murid dapat
mempelajari operasi tolak dengan seronok sehingga mereka mahir tanpa rasa jemu. Murid-
murid yang kurang mahir perlu diberi bimbingan oleh guru sehingga mereka mahir dan
seronok mempelajari operasi tolak melalui kaedah main sambil belajar ini.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 9


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

Guru boleh menggunakan kaedah bermain ini semasa pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas kerana ianya berpusatkan kepada murid. Murid boleh melakukan sendiri aktiviti
bermain ini berulangkali sehingga mereka mahir. Murid dapat belajar dan menguasai konsep
tolak dengan seronok dan lebih berkesan kerana pembelajaran mereka menjadi lebih
bermakna.

Sekiranya kemudahan dan peralatan ICT tidak diperolehi di sekolah, guru boleh
mengubahsuai cara dan kaedah permainan ini untuk diaplikasikan di dalam kelas dengan
menggantikan papan permainan itu kepada papan yang dibuat sendiri. Guru perlu lebih
kreatif merekacipta semula papan permainan itu supaya boleh menarik perhatian murid agar
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan berkesan serta lebih bermakna
kepada murid-murid.

Gambar-gambar yang menarik boleh digunakan bagi merangsang minat dan


meningkatkan motivasi murid-murid untuk meneruskan pembelajaran.

KAEDAH MAIN PERANAN ATAU LAKONAN

Kaedah main peranan atau lakonan ini boleh dilayari di internet menggunakan laman
web http://ms.dr-mikes-math-games-for-kids.com/kindergarten-subtraction-game.html.

Pada permulaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengedarkan sekeping
gambar kepada setiap orang murid. Di dalam gambar itu menunjukkan beberapa ekor lebah
sedang membawa mangkuk menuju ke arah seekor badak. Murid-murid memerhati watak-
watak di dalam gambar iaitu watak lebah dan badak. Murid-murid dipilih secara sukarela
untuk melakonkan watak-watak tersebut. Murid-murid yang terpilih membuat imaginasi
tentang watak yang akan dilakonkan dengan bimbingan guru. Selepas murid-murid

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 10


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

memahami watak masing-masing, mereka melakonkan situasi sambil diperhati oleh murid
yang selebihnya.

 Pertama sekali, letakkan sedikit makanan ringan ke dalam mangkuk lebah. Untuk
lakonan ini, saya telah menggunakan buah kismis kerana buah kismis ialah makanan
kegemaran kanak-kanak. Kita juga boleh menggunakan keropok atau makanan ringan
yang lain yang boleh dikira dengan mudah.
 Seterusnya, minta murid-murid mengira jumlah buah kismis di dalam mangkuk
tersebut bersama-sama dengan murid yang berlakon sebagai lebah. Ada 7 biji buah
kismis kesemuanya.
 Apabila murid-murid telah selesai mengira jumlah buah kismis itu, lebah memberi
buah kismis yang sedap tersebut kepada badak.
 Mmm! Satu, dua, tiga buah kismis yang sedap dimakan oleh badak.
 Lebah menunjukkan buah kismisnya yang semakin berkurangan. Lebah mengira buah
kismis yang tinggal. Satu, dua, tiga, empat.
 Akhir sekali, tanya murid-murid "Berapakah banyak buah kismis yang masih
dipunyai oleh lebah?" Apabila murid-murid tersebut memberikan jawapan yang betul,
ucapkanlah tahniah kepada mereka."Jawapan anda betul! Wow! 7 buah kismis, tolak
3 buah kismis, bakinya ialah empat buah kismis! Wow! Anda betul! Anda bijak
sekali!!"

Selepas itu guru meminta seorang daripada murid-murid itu menulis operasi tolak
tersebut dalam bentuk ayat matematik di papan tulis.

Apabila jawapan yang diberikan betul, murid itu diberi pujian dan penghargaan serta
diberi kismis sebagai hadiah.

Seterusnya, murid-murid yang lain pula berlakon watak-watak lebah dan badak itu tetapi
menggunakan nombor dan jumlah yang berlainan.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 11


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

Kaedah lakonan matematik atau main peranan operasi tolak tersebut dimainkan berulang
kali supaya murid-murid itu dengan cepat akan dapat menguasai operasi tolak.

Kaedah lakonan atau main peranan ini amat menarik dan meyeronokkan kerana murid-
murid dapat mengalami sendiri pengalaman mereka berlakon. Dengan ini ianya dapat
meningkatkan motivasi dan minat serta penguasaan murid-murid terhadap matematik.

Kaedah ini perlu dimainkan berulang-ulang kali dan boleh diubahsuai mengikut tahap
kebolehan murid. Bagi murid-murid yang lebih cerdas, mereka boleh diberikan nombor-
nombor dan jumlah yang lebih besar berbanding dengan pelajar yang lebih lemah.Watak-
watak lebah dan badak juga boleh digantikan dengan watak-watak lain seperti arnab, burung,
kucing dan sebagainya manakala kismis yang digunakan juga boleh digantikan dengan
makanan ringan yang lain.

Guru juga boleh mengubahsuai cerita dan watak-watak mengikut persekitaran murid-
murid di dalam kelas dan menggunakan benda-benda seperti pensel, pemadam dan pembaris
untuk menggantikan makanan.

Benda-benda itu boleh dijadikan hadiah atau ganjaran kepada murid-murid yang terlibat.
Dengan ini akan dapat merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid supaya aktif
melibatkan diri mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid yang lemah perlu diberi bimbingan oleh guru semasa melakonkan watak-
watak dan menjawab soalan-soalan dalam lakonan tersebut. Mereka seharusnya diberi lebih
perhatian supaya konsep tolak yang dipelajari dapat dikuasai oleh mereka.

Melalui kaedah lakonan atau main peranan ini, pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih seronok kerana murid-murid mengalami sendiri aktiviti lakonan.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 12


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

AKTIVITI BERBANTUKAN KOMPUTER

Melalui kaedah aktiviti berbantukan komputer ini, laman web yang boleh dillayari
ialah http:// www. aaamath.com/first grade.

Melalui kaedah aktiviti berbantukan komputer ini, murid-murid boleh menjawab


soalan-soalan yang dikemukakan dan menyemak jawapan yang diberikan oleh mereka
dengan serta merta.

Contoh:

' What number would complete the sentence?'

-9=2
CHECK
-7=2

CORRECT

Murid-murid boleh menjawab soalan berulangkali sehingga mereka mahir dalam


operasi tolak yang dipelajari. Soalan-soalan yang berlainan akan dikemukakan dan murid
boleh menyemak jawapan mereka dengan serta-merta. Jika jawapan yang diberikan oleh
murid betul, perkataan 'correct' akan keluar dan sekiranya jawapan murid salah mereka boleh
mencuba lagi menjawab sehingga jawapan yang diberikan mereka betul.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 13


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

Melalui aktiviti berbantukan komputer ini, murid-murid dapat:

 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar semasa


belajar operasi tolak.

 Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap konsep tolak yang


dipelajari.
 Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
 Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan sehingga mereka mahir dalam
operasi tolak.

RUMUSAN

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menanam semangat sukakan
matematik di kalangan pelajar terutamanya pelajar pra-sekolah dan tahun satu. Bagaimana
cara pelajar-pelajar menerima sesuatu kemahiran dan konsep itu adalah bergantung kepada
pendekatan yang digunakan oleh guru itu untuk memperkenalkan konsep itu kepada mereka.

Guru juga perlu tahu bagaimana hendak membuat seseorang pelajar berminat
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diberikan. Guru perlu menggunakan pendekatan
yang mampu menyeronokkan dan menarik perhatian pelajar terhadap kemahiran dan konsep
yang diajar terutama yang melibatkan fakta asas seperti operasi tolak. Pendekatan dan strategi
yang berpusatkan kepada murid perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran
sesuatu konsep itu berkesan dan menyeronokkan.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 14


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

Pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan yang dapat membuat murid-murid
seronok dan mudah memahami apa yang diajar serta dapat mengingatinya sampai bila-bila
seperti kaedah main sambil belajar, kaedah main peranan atau lakonan dan aktiviti
berbantukan komputer. Kaedah-kaedah ini amat sesuai dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas kerana ianya berpusat kepada murid dan menyeronokkan.

Guru-guru berperanan dalam menanamkan minat murid terhadap mata pelajaran


matematik. Jika pelajar tidak berminat ,tidak bermotivasi dan susah untuk memahami dengan
kemahiran dan konsep tolak yang dipelajari maka guru perlu memainkan peranan untuk
menasihatkan mereka dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya dengan penuh dedikasi dan
berhikmah.

Guru pula jangan sekali-kali membiarkan pelajarnya patah semangat dalam


memahami konsep tolak yang dipelajari. Guru seharusnya sentiasa memastikan prestasi
pelajar dalam matematik sentiasa stabil dan sentiasa mengambil berat jika ada kemahiran
yang pelajar masih tidak menguasainya. Guru juga diingatkan supaya jangan mematahkan
semangat pelajar dengan memarahi atau memalukan pelajar yang tidak tahu atau tidak
mampu menyelesaikan sesuatu masalah atau soalan operasi tolak yang dipelajari. Guru
seharusnya memberikan galakan dan bimbingan kepada murid-murid untuk menggunakan
daya kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah tolak yang kompleks dan susah. Guru
juga mesti menggilap kreativiti dalam diri pelajar walaupun ada sesetengah orang
mengatakan kreativiti adalah wujud secara semulajadi.

Guru juga mesti cuba dengan sedaya upaya untuk memahirkan pelajar dengan konsep
tolak yang dipelajari. Guru perlu memperbanyakkan latihan semasa di dalam kelas dan
memastikan semua murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru setiap selepas kelas.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 15


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

RUJUKAN

Dr Siti Fazlili Abdullah(2010). HBMT1203 Teaching Mathematics in Pre-school and Year

One. Open University Malaysia.Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://ms.dr-mikes-math-games-for-kids.com/kindergarten-subtraction-game.html.

http://nlvm.usu.edu/en/nav/frames_asid_155_g_3_t_1.html.

http:// www. aaamath.com/first grade.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 16


ROHANI BINTI YUSUF

730101117350

http://www.aplusmath. com.

Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Ahmad & Azman Abdullah.(2008).

HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Open University Malaysia.

Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof. Madya Dr. Ramlah Hamzah & Dr. Rosini

Abu.(2009). HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Open University Malaysia. Selangor

darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR ONE 17

You might also like