You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Undang-undang adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan sebagai alat untuk
mengawal tindakan ahli-ahlinya. Kawalan yang dijalankan dilaksanakan dengan cara-cara yang jelas.
Undang-undang jenayah bertindak sebagai mengawal tindakan anti sosial. Jika berlaku sesuatu
perkara yang melanggar undang-undang jenayah, orang itu akan dihukum. Apabila kita menyebut
undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang bersamanya hukuman
dijatuhkan kepada si pesalah. Perlakuan masyarakat dalam sesebuah negara itu dikawal undang-
undang negara yang ditegakkan mengikut undang-undang perlembagaan negara. Undang-undang
inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan, hak dan
tanggungjawab dapat ditegakkan. Dalam konteks antarabangsa, perhubungan di antara negara
dikawal oleh satu undang-undang antarabangsa. Undang-undang itu memiliki matlamat sama
dengan undang-undang dalam sesebuah negara itu untuk menjamin agar keadilan dapat ditegakkan.
Inilah hakikat yang diterima pakai dalam kehidupan manusia bertamadun. Dalam konteks diri
manusia, ada peraturan dalaman yang dinamakan etika yang sifatnya mengawal pemikiran dan
tingkah laku manusia. Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Sarji Abdul
Hamid, dalam buku Etika dan Budaya Berpolitik dari Perspektif Islam, menyatakan bahawa etika atau
adab seseorang individu diwujudkan oleh individu itu sendiri dalam jiwanya sebagai kaedah untuknya
sentiasa bergerak dan bertindak di atas landasan kebenaran. Sebagai kawalan diri dari segi luaran,
manusia tertakluk kepada undang-undang bertulis, manakala sebagai kawalan diri dari sudut
dalaman, manusia bergantung kepada etika.

Dalam Islam, etika diasaskan kepada agama dan ilmu pengetahuan. Perbincangan mengenai bab
etika oleh pemikir Islam seperti al-Ghazali dan bukan Islam seperti Plato dan Aristotle berlandaskan
kepada interpretasi mereka terhadap agama yang disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini bererti,
wujud perikatan yang amat kuat di antara etika dan agama. Oleh itu, Islam menitikberatkan ilmu
pengetahuan sebagai asas kepada kehidupan sempurna kerana manusia berilmu ialah mereka yang
beretika. Jalinan di antara etika, agama dan ilmu pengetahuan ini penting kerana manusia adalah
entiti dalam masyarakat, negara dan seterusnya hubungan antarabangsa. Maksudnya, individu itu
menyumbang kepada baik buruknya hubungan antarabangsa yang ada pada hari ini.

2.0 DEFINISI

Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan definisi undang-
undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang didefinisikan oleh Webster’s Dictionary
sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau
adat sesuatu kaum. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang-
undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat. Namun begitu,
terdapat berbagai definisi undang-undang oleh ahli falsafah terkenal. Contohnya, Austin
mendefinisikan undang-undang sebagai “perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa
untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman”. Salmon menyatakan “satu badan
yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara dalam
pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata lain, undang-undang adalah peraturan yang diperakui
dan dikuatkuasakan oleh mahkamah”. Manakala Hobbes pula berpendapat “undang-undang adalah
kaedah perlakuan (roles of conduct) yang obligatori (obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang
bersifat mendesak atau memaksa. Kamus Black menyebut “Undang-undang adalah yang
diperturunkan, diperintah atau dinyatakan. Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau
perbuatannya saling bergandingan antara satu sama lain; yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat
tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesannya. Berdasarkan kenyataan di atas, undang-undang
bukan sesuatu yang mudah untuk ditakrifkan. Apa yang pasti setiap hari dalam kehidupan kita, kita
pasti bertembung dengan undang-undang. Namun begitu undang-undang bukanlah hanya suatu
senarai atau peraturan yang perlu dipatuhi. Ia juga dilihat sebagai alat pengawalan sosial dan boleh
dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertentu.

You might also like