You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga soalan 5


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan berikut.

Nama saya Zulkifli bin Dahlan. Saya berusia sembilan tahun. Saya tinggal di Taman Bunga Melor,
Johor Bahru. Keluarga saya ada lima orang, iaitu ayah, ibu, abang, kakak dan saya sendiri.
Ayah saya bekerja sebagai pegawai bank di bandar raya Johor Bahru. Ayah pekerja yang rajin. Kadang-
kadang ayah terpaksa pulang lewat kerana banyak tugas yang perlu diselesaikan. Ibu saya pula bekerja di
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Walaupun ibu sibuk membantu doktor merawat pesakit, tetapi ibu
tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga.
Abang saya bernama Zali dan kakak saya pula bernama Zaliza. Tiap-tiap pagi kami ke sekolah bersama-
sama dengan menaiki bas sekolah. Abang dan kakak saya selalu membantu saya jika saya menghadapi masalah
dalam pelajaran.

1. Apakah pekerjaan ibu Zulkifli ?


A doktor
B pegawai bank
C jururawat

2. Berapakah jumlah adik-beradik Zulkifli?


A lima orang
B tiga orang
C empat orang

3. Zulkifli belajar dalam tahun berapa ?


A tahun satu
B tahun dua
C tahun tiga
Dahlan : Petang ini datanglah ke rumah saya. Bolehlah kita berlatih. Ada gelanggang badminton hampir
4. dengan rumah
Mengapakah ayahsaya. Lagipun
Zulkifli perlawanan
pulang lewat ?badminton diadakan tidak lama lagi.
Halim : A Sayakerana akan kesuka
rumah kamu selepas saya membuat kerja sekolah. Siapa lagi
pulang lewat
yang akan ke sana?
B kerana banyak tugas di hospital
Dahlan : Karim dan Sham sudah berjanji akan turut serta.
Halim : C Wah,kerana banyak
bagusnya tugas yang
jika begitu! perlu berlatih,
Jika selalu diselesaikan
sudahdipasti
bankgelaran johan
dalam tangan kita lagi.
5. : Bagaimanakah
Dahlan Betul, cakap Zulkifli menyelesaikan
kamu. Tambahan pula ada masalah pelajarannya?
pemain hebat seperti kamu . Kamu pantas
A serangan
sekali menangkis meminta bantuan guru-gurunya
lawan.
Halim : B Kamu meminta bantuan yang
dan rakan-rakan rakan-rakannya
lain pun tidak kurang hebatnya.
Dahlan : C meminta bantuan dari abang dan
Sudahkah kamu berbincang dengan Cikgu Azalan tentang perlawanan yang akan datang ?
kakaknya
Halim : Sudah. Sebagai ketua pasukan, Cikgu Azalan meminta saya mengadakan
pertemuan dengan pemain-pemain lain. Kita akan berbincang tentang kelemahan pasukan kita
dan cara-cara
Soalan 6 hingga soalan 10 untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
Dahlan : Saya pasti kumpulan
Baca dialog di bawah dan kemudian kita
jawab akan berikut.
soalan berjaya memenangi pertandingan itu nanti.
Halim : Harap-harap begitulah.

1
6. Di manakah Dahlan dan Halim berlatih badminton ?
A di gelanggang badminton di sekolah
B di gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah Halim
C di gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah Dahlan

7. Bilakah Halim akan pergi ke rumah Dahlan ?


A selepas pulang dari sekolah
B selepas membuat kerja sekolah
C selepas membuat kerja rumah

8. Berapa orangkah yang akan berlatih badminton ?


A tiga orang
B empat orang
C lima orang

9. Mengapakah Dahlan menganggap Halim adalah pemain yang terbaik ?


A kerana Halim pemain yang berdisiplin
B kerana Halim rajin berlatih dan sentiasa menang dalam pertandingan
C kerana Halim dapat menangkis serangan lawan dengan pantas

10. Pilih pernyataa yang salah tentang Halim.


A Halim ketua pasukan badminton.
B Halim pemain badminton yang baik.
C Halim adik kepada Cikgu Azalan.

BAHAGIAN B
Soalan 11 hingga soalan 15
Pilih kata ganti nama diri yang paling sesuai dan bulatkan.

11. Munirah tidak datang ke sekolah hari ini kerana _______________ demam.
2
A dia
B saya
C beliau

12. Akmal murid yang degil. _______________ selalu didenda kerana tidak menyiapkan kerja
sekolah.
A Saya
B Dia
C Kamu

13. Ramli, Daniel dan Jazlan merupakan sahabat baik. _______________ bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Taman Melur.
A Kami
B Beliau
C Mereka

14. Wajah Ahmad dan Muhamad seiras kerana _______________ adik-beradik kembar.
A kamu
B kalian
C mereka

15. “Mari _______________ pergi memancing ikan esok,” kata Mamat dan Ali kepada Fadzil.
A kita
B kamu
C engkau

Soalan 16 hingga soalan 20.


Pilih kata nama yang paling tepat dan bulatkan.

16. _______________ guru kelas kami yang baru.


A Si Tompok
B Proton Wira
C Encik Mazlan

17. Angin ribut telah menumbangkan sebatang _______________ semalam.


A jalan raya
B pokok
C sungai

18. Ibu memasukan secubit _______________ ke dalam masakannya.


A baju
B sudu
C garam

19. Tini dan Saleha pergi ke _______________ sekolah untuk memulangkan buku.
A kedai runcit
B perpustakaan
C pasaraya

20. Makanan perlu di tutup selalu supaya tidak dihinggapi _______________ .


3
A lebah
B lalat
C tikus

BAHAGIAN C
Soalan 21 hingga soalan 25
Pilih kata adjektif yang paling tepat untuk mengisi tempat kosong.

21. Bola itu _____________(bulat, kempis) kerana kurang angin.

22. Selepas bersukan, abang minum dua gelas air kerana dia berasa
sungguh_____________(kenyang, dahaga).

23. Razman berlari dengan pantas apabila dikejar oleh anjing _____________ (jinak,
garang).

24. Bubur nasi itu _____________(manis, tawar) kerana tidak dibubuh garam.

25. Mendaki gunung yang ______________(tinggi, rendah) itu suatu cabaran kepada peserta
ekspedisi.

Soalan 26 hingga soalan 30.


Isi tempat kosong dengan kata tanya yang paling sesuai.

26. Di_____________kah Tun Hussein Onn mendapat latihan ketenteraan?


(mana, apa)

27. _______________kah yang memenangi anugerah Olahragawan Kebangsaan bagi Tahun


2005 ? (Apa, Siapa)

28. ________________ kah Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri ?


(Apa, Bila)

29. Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang ke ________________? (berapa, mana)

30. _______________kah beliau digelar Wira Samudera? (Mengapa, Bagaimana)

BAHAGIAN D
Soalan 31 hingga soalan 37.
Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan perkataan yang betul.

bekerja mendengar bergembira menyemak

memetik menelan memandu

31. Abang saya______________keretanya dengan cermat semasa kami pulang ke kampung.

4
32. Seekor ular sawa telah_____________dua ekor anak kambing di kampung itu.
33. Semua pelancong _____________ semasa mereka mandi-manda di laut.
34. Semua murid________________dengan tekun ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar.
35. Sudah 20 tahun ayah saya ________________ sebagai juruteknik di syarikat itu.
36. Cikgu Muhamad sedang _________________buku latihan murid-muridnya.
37. Puan Lee sedang ________________bunga-bunga ros di hadapan rumahnya.

BAHAGIAN E
Soalan 38 hingga soalan 45.
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.
menggergaji mengisi mengecat merebus menggoreng

menanak mengait menyusu

38. 39.

_________________ nasi. _________________ papan.

40. 41.

_________________ rambutan. _________________ pisang.

42. 43.

_________________ minyak. _________________ dinding.

44. 45.

5
_________________ telur. _________________ anak.

“Selamat Menjawab & Semoga Berjaya”

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Pn. Farida Akmal Pn. Normah Ismail


Guru Bahasa Melayu Tahun 3 Ketua Panitia Bahasa Melayu
Sek.Keb. Seksyen. 1 Bandar Kinrara Sek.Keb. Seksyen. 1 Bandar Kinrara

You might also like