You are on page 1of 2

AKTIVITI P&P ISIPADU CECAIR ( MURID CERDIK)

Tajuk : Isipadu Cecair

Isi Kandungan : Mengukur isipadu cecair menggunakan unit relatif atau bukan

piawai.

Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk:

Membandingkan dua atau lebih bekas cecair menggunakan unit


bukan piawai.

Menyukat dan menbandingkan isipadu cecair dalam bekas yang


berbeza saiznya menggunakan unit bukan piawai

Bahan : 1) pelbagai bekas yang berlainan saiz

2) air berwarna

3) borang catatan

Langkah 1

a. Guru menyediakan 5 stesen yang terdapat bekas yang berisi air berwarna yang
berlainan saiz dan bentuk.
Stesen A – air berwarna merah dalam botol penuh.
Stesen B – air berwarna kuning dalam baldi suku sahaja
Stesen C – air berwarna hijau dalam gelas penuh
Stesen D – air berwarna jingga dalam jug penuh
Stesen E – air berwarna biru dalam mangkuk penuh
*bekas air dan warna air boleh ditukar mengikut kesesuaian
b. Guru minta murid memerhatikan air dalam bekas tersebut dan menganggar isipadu air
tersebut yang mana paling banyak dan sedikit. Catatkan dalam buku latihan masing-
masing.

Langkah 2

a. Guru minta murid membentuk 5 kumpulan


b. Setiap kumpulan diminta menyukat air dalam bekas dengan menggunakan gelas di
setiap stesen . Apabila wisel ditiup sekali mereka mula menyukat dan bergerak ke
stesen seterusnya apabila wisel ditiup 2 kali.
c. Setiap kumpulan mesti mencatatkan hasilan mereka dalam borang yang diberikan.

Stesen A B C D E
Bil gelas

Langkah 3

a. Murid dikehendaki menbandingkan hasilan mereka dengan anggaran yang telah


mereka buat pada langkah 1 dengan bimbingan dari guru.
b. Murid membuat kesimpulan dari dapatan mereka dengan bimbingan dari guru.

You might also like