You are on page 1of 6

BIDANG TUGAS PENGETUA

 Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan 


pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
 Bertanggungjawab dalanm hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
 Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

SENARAI TUGAS PENGETUA

Pengurus Kurikulum —Kerja Ikhtisas

 Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian
Pendidikan.
 Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
 Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran
rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.
 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
 Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data
analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan dan tindakan susulan.
 Menyelia dan mencerap proses P& P.
 Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku
Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.
 Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
 Menentukan keberkesanan pengguna PSS.
 Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan
dengan berkesan.
 Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.

Pembangunan Diri Pelajar


 Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri,
Kemahiran Belajar dan Motivasi.
 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.

Pengurusan dan Pembangunan


 Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
 Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar. 
 Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar
dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
 Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.
 Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
 Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
 Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.

Pengurusan Personal
 Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan
ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan.
 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke
semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
 Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
 Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkbidmatan di
bawah bidang kuasa
 Menjaga kebajikan pegawai.

 
Kewangan
 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
 Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod
akaun, laporan penyata kewangan dan  punca-punca kewangan SUWA,KERAJAAN
DAN ASRAMA.
 Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-
dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
 Mengawal stok dan harta benda sekolah.

Kemudahan Fizikal
 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan baik. 
 Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
 Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan
baik.
 Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
 Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselainatan harta benda sekolah.

Pembangunan Organisasi dan Diri


 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
 Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi
peluang kepada guru memperkembangkan  potensi diri.
 Mengawal “Experiences” berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta
menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences”
pelajar.
 Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
 Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

Pembangunan Kendiri
 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. 
 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan seko1ah (R&D).
 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
 Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian / Jabatan
dan Agensi-agensi Iuar.
 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.

Tugas Penolong Kanan

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran


2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing pelajar memprolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan.

B. Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum


1. Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas-tugas akademik kerpada staf
2. Menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran
3. Menyelia dan megemaskinikanjadual waktu tahunan.
4. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu.
5. Membantu Guru Besar menyemak dan menandatangani
Buku Rekod Persediaan mengajar.
6. Membantu Guru Besar mengurus hal-hal peperiksaan dalaman, UPSR dan kelompok
7. Membantu Guru Besar merancang program sokongan akademik
8. Berinteraksi dengan Penyelia Petang dalam hal-hal akademik dan bukan akademik

C. Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian.

1. Menyemak kehadiran staf


2. Mengurus data dan maklumat
3. Mengawal disiplin pelajar
4. Mewakili Guru Besar menghadiri taklimat?majlis rasmi

D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf

1. Menyelia kerja-kerja staf


2. Melaksanakan pembangunann staf
3. Menilai prestasi sasaran kerja tahunan staf

E Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber

1. Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi


2. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan dan kelengkapan sedia ada
3. Menyelenggara kemudahan dan kelengkapan

F Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain

1. Membimbing guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan


tugas-tugas mereka
2. Menyelia kegiatan-kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan
3. Membantu dalam perancangan takwim akademik tahunan sekolah
4. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
5. Mengurus hal-hal bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah
6. Melaksanakan arahan-arahan atau tugasan-tugasan lain seperti
yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan atau pihak atasan
lain dari masa kesemasa.
B. BIDANG DAN SENARAI TUGAS: 1. BIDANG TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN TINGKATAN 6
1. Mengajar 8 waktu seminggu. 2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
pengurusan dan pentadbiran T6. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan
pengurusan Kurikulum T6. 4. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan
pengurusan Hal Ehwal Murid T6. 5. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan
pengurusan Kokurikulum T6. 6. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
pembangunan organisasi T6. 7. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
pembangunan kendiri.

SENARAI TUGAS 1. Pengurusan dan Pentadbiran 1.1 Merancang dan


melaksanakan perancangan strategik Tingkatan Enam. 1.2 Merancang dan
mengurus pembukaan kelas Tingkatan Enam di sekolah. 1.3 Mengurus
perancangan takwim sekolah. 1.4 Mengurus jadual waktu dan agihan tugas guru.
1.5 Mengurus hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru. 1.6 Mengurus
kutipan data dan maklumat. 1.7 Mengurus anggaran belanjawan tahunan sekolah .
1.8 Menyelaras semua jenis kutipan / bayaran. 1.9 Mengurus dan menyemak
stok/inventori peralatan sekolah. 1.10 Membantu Pengetua membuat penilaian
prestasi guru. 1.11 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pengetua dari semasa
ke semasa.

2. Kurikulum 2.1. Menguruskan sukatan dan rancangan pelajaran tahunan dan


harian. 2.2. Memantau perjalanan panitia mata pelajaran mengikut perancangan.
2.3. Mengurus, menyelia dan menyelenggara peralatan dan kemudahan pengajaran
dan pembelajaran. 3
2.4. Mengambil tindakan atau mencadang tindakan susulan terhadap laporan yang
berkaitan dengan kurikulum.

2.5. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian
dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan. 2.6. Menyelaras program
kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. 2.7. Membantu di dalam pemilihan
buku rujukan dan bahan Pusat Sumber. 2.8. Menyusun jadual waktu kelas dan guru
serta menyediakan jadual waktu ganti. 2.9. Menyelia dan mencerap pengajaran dan
pembelajaran guru. 2.10. Menyelaras mesyuarat kurikulum. 2.11. Menyelia urusan
Penyelidikan dan Pembangunan. 2.12. Memastikan guru akademik melaksanakan
tugas seperti dalam tugasan guru akademik. 3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.1. Menyelaras urusan berkaitan kaunseling,keselamatan, kebajikan dan kesihatan
murid, biasiswa, penerbitan dan percetakan.
3.2. Menguruskan aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid Mengurus
rekod dan maklumat murid.

3.3. Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran, kemasukan dan penempatan,


pertukaran dan menyemak buku kedatangan harian murid. 4. Pengurusan
Kokurikulum
4.1. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum.
4.2. Menyelia urusan persatuan, kelab dan sukan & permainan.
4.3. Menyelaras penyertaan dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
4.4. Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum.
4.5 Menyelia program –program kepimpinan murid.
4.6 Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru
kokurikulum.
4
5. Pembangunan Kendiri / Profesionalisme

5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.


5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan sekolah ( Penyelidikan dan
Pembangunan).
5.4 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukan.
5.5 Melibatkan diri dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

6. Pembangunan Organisasi 6.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara


sekolah dengan ibu bapa/masyarakat / komuniti.
6.2 Merancang pelaksanaan kursus/latihan untuk guru-guru.

You might also like