Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kepentingan jiran

Kepentingan jiran

Ratings: (0)|Views: 9,847|Likes:
Published by Jack

More info:

Published by: Jack on Nov 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/02/2013

pdf

text

original

 
 Kepentingan Jiran
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuahkampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akanmembantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu adamengatakan bahawa
"Jiran sepakat membawa berkat".
Jadi, kita perlulahmengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukansesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melaluiaktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincangtentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akandapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkanseseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapatdigambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa
“tak kenal maka tak cinta”.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialahmembersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dansebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatusambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuhsemangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jirandapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya,melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk  berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas,Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acaratahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk  bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan,semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabilaaktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bolasepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran.Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secaratidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lainseperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu
ke bukit sama didaki, ke lurah samadituruni.
 
Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalamaktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak  pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga,Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dansebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempatsecara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadianyang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu
ibarataur dengan tebing
yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau salingmembantu dalam kehidupan.Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalanganrakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalamhidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akanmengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan kehospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayuada mengatakan bahawa
berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya
, namunsebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip
cubit paha kiri, paha kanan terasa juga
. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akandapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melaluilawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialamioleh jiran kita itu.Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatahMelayu
“bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
Jika hal inidibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduannegara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa
“bersatu kita teguh, bercerai kitaroboh”.
Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambahutuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman,harmoni dan sejahtera.
 
Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahumelibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkankerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yangkeluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahanzaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampumengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan danmembuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukanaktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit denganaktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telahditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa merekadengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktivitikokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktivitikokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satukeyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mulamenyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnyamenjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikatdan mungkin juga negara.Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalammenjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutamaapabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka jugamengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar ertikehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalangkemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulumkalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Merekaseharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami olehsemua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
zarul4942 liked this
Kasim Dek liked this
Kasim Dek liked this
Rhody Robson added this note
terima kasih.. :D
nayli_nasuha liked this
Siti Azizah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->