You are on page 1of 97

MISKONSEPSI BAGI TAJUK IKATAN KIMIA DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS

WAN ROS MAIZAN BINTI WAN JAAFAR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007
MISKONSEPSI BAGI TAJUK IKATAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS

WAN ROS MAIZAN BINTI WAN JAAFAR

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007
ii

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

01.10.2007 WAN ROS MAIZAN WAN JAAFAR


D20041018779
iii

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat
menyiapkan projek penyelidikan akhir ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Cik Noorshida Binti Mohd Ali di atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan
nasihatnya. Pertolongan beliau amatlah dihargai kerana tanpa bantuan daripada beliau
tentulah sukar untuk saya meneruskan dan menyiapkan projek ini.
Jutaan terima kasih juga kepada Cik Asmayati Binti Yahaya dan Pn. Hasliza
Binti Bahruji selaku pensyarah bagi kursus Kaedah dan Projek Penyelidikan (TSR
3013 dan TSR 3023) di atas segala penerangan dan tunjuk ajar yang dicurahkan
semasa projek ini dijalankan. Selain itu, ucapan terima kasih kepada En. Abdul Haq
Bin Mohamed selaku pembaca kedua di atas segala komen yang diberi untuk
menghasilkan projek yang lebih baik. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli
Muhammad, Slim River yang telah banyak memberikan kerjasama sepenuhnya
sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Seterusnya kepada rakan-rakan sepasukan yang banyak membantu saya dalam
menyiapkan projek ini. Tidak ketinggalan juga kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak dalam menyiapkan projek penyelidikan ini. Terima kasih di atas
segala bantuan dan sokongan selama ini.

Sekian, terima kasih.


iv

ABSTRAK

Kajian tinjauan kuantitatif ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kewujudan


miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat bagi topik ‘Ikatan Kimia’. Selain itu,
kajian ini bertujuan untuk mengetahui subtopik yang paling kerap berlakunya
miskonsepsi dalam topik ikatan kimia. Instrumen yang digunakan adalah ujian
diagnostik yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B yang melibatkan
subtopik pembentukan sebatian, pembentukan ikatan ion, pembentukan ikatan
kovalen dan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen. Bahagian A dianalisis
menggunakan purata Certainty of Response Index (CRI) dan bahagian B dianalisis
menggunakan peratus darjah kefahaman. Bilangan sampel adalah seramai 60 orang
yang dipilih secara rawak mudah. Hasil dapatan kajian menunjukkan wujud
miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat. Subtopik yang paling kerap
mengalami miskonsepsi adalah subtopik pembentukan sebatian (purata CRI: 3.24,
kekerapan pelajar: 27.8%). Diikuti subtopik sifat sebatian ion dan sebatian kovalen
(purata CRI: 3.10, kekerapan pelajar: 18.9%), subtopik pembentukan ikatan ion
(purata CRI: 3.05, kekerapan pelajar: 6.7%) dan subtopik pembentukan ikatan
kovalen (purata CRI: 2.83, kekerapan pelajar: 5.0%).
v

ABSTRACT

The purpose of this survey research was to identify the existence of misconception in
form 4 students on the topic ‘Chemical Bond’. Besides that, the aim of this research
was to find out which subtopic always had misconceptions in the chemical bond. The
instrument was diagnostic test which consist of 2 parts, A and B. The subtopics that
had been tested were compound formation, formation of ionic bond, formation of
covalent bond and the properties of ionic and covalent compound. Part A was
analyzed using Certainty of Response Index (CRI) average and part B was analyzed
using the percentage of degree of understanding. 60 samples from form 4 students
were chosen by simple random sampling. The results showed that the misconception
existed in form 4 students. The subtopic that had higher misconception was
compound formation (CRI average: 3.24, respondent’s frequency: 27.8%). Followed
by the properties of ionic and covalent compound (CRI average: 3.10, respondent’s
frequency: 18.4%), formation of ionic bond (CRI average: 3.05, respondent’s
frequency: 6.7%) and formation of covalent bond (CRI average: 2.83, respondent’s
frequency: 5.0%).
vi

ISI KANDUNGAN

Muka Surat
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI SINGKATAN x

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Signifikan Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Definisi Operasional 9

BAB 2 KAJIAN LITERATUR


2.1 Kajian Miskonsepsi 13
2.2 Kajian Miskonsepsi Dalam Sains 15
2.3 Kajian Miskonsepsi Dalam Kimia 16
2.4 Kajian Miskonsepsi Dalam Ikatan Kimia 17

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Rekabentuk Kajian 20
3.2 Sampel Kajian 21
3.3 Instrumen Kajian 22
vii

3.4 Prosedur Kajian 28


3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Analisis Data 32

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Data Bahagian A 34
4.2.1 Analisis bagi setiap jawapan yang betul dan
salah 34
4.2.2 Analisis Mengikut Subtopik Bagi Bahagian 37
A
4.3 Analisis Data Bahagian B 39
4.3.1 Analisis Mengikut Subtopik Bagi Bahagian 39
B
4.4 Analisis Data Setiap Subtopik 42
4.4.1 Subtopik Pembentukan Sebatian 42
4.4.2 Subtopik Sifat Sebatian Ion Dan Sebatian
Kovalen 48
4.4.3 Subtopik Pembentukan Ikatan Ion 52
4.4.4 Subtopik Pembentukan Ikatan Kovalen 56

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Kesimpulan 61
5.2 Cadangan 64

RUJUKAN 66
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
LAMPIRAN F
viii

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

3.1 Soalan mengikut subtopik bagi bahagian A 23

3.2 Soalan mengikut subtopik bagi bahagian B 23

3.3 Darjah Kepastian CRI 24

3.4 Matrik keputusan CRI 27

3.5 Darjah kefahaman 27

4.1 Taburan pelajar dan CRI bagi setiap soalan yang dijawab dengan
salah 38

4.2 Taburan purata CRI bagi kategori miskonsepsi mengikut subtopik 39

4.3 Peratus taburan jawapan pelajar 40

4.4 Peratus taburan miskonsepsi mengikut subtopik 41

4.5 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 1(a) 44

4.6 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 1(b) 45

4.7 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 1(c) 47

4.8 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 4(a) 49

4.9 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 4(b) 51

4.10 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 2(a)
& 2(b) 54
4.11 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 2(c) 55

4.12 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi item 3(a) &
3(b) 58
4.13 Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 3(c) 59
ix

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

3.1 Carta alir prosedur kajian 30

4.1 Jawapan pelajar bagi setiap soalan 36

5.1 Langkah-langkah dalam pengajaran interaktif 63


x

SENARAI SINGKATAN

Singkatan
CRI Certainty of Response Index
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Di era globalisasi ini, dunia telah mengalami kemajuan dalam pelbagai bidang.
Antaranya adalah perkembangan dalam bidang pendidikan. Pendidikan di Malaysia
merupakan salah satu usaha berterusan ke arah yang lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis. Kebolehan untuk memperolehi, mengasimilasi dan
mengaplikasi pengetahuan secara berkesan merupakan suatu kunci kejayaan dalam
pembelajaran sains.

Justeru, ini membawa kepada pelaksanaan kurikulum sains KBSM yang mana
memberi penekanan yang utama kepada kaedah penyelesaian masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) khasnya mata pelajaran kimia. Penyelesaian
masalah ini juga merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada
2

pelajar mengenai sesuatu konsep kimia yang telah dikuasai di samping mengajar
kemahiran berfikir pelajar. Menurut Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah dan Lim Yean
Ching (2007), kimia merupakan suatu kajian tentang komposisi, struktur, sifat-sifat
dan interaksi yang berlaku bagi sesuatu bahan. Ia merupakan salah satu mata
pelajaran yang penting bagi pelajar-pelajar aliran sains terutamanya kepada mereka
yang berminat untuk meneroka dan mendalami ilmu sains.

Walau bagaimanapun, kita sering mendengar komen-komen bahawa kimia


adalah mata pelajaran yang agak sukar difahami dan kurang menyeronokkan. Ini
kerana kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti pada aras yang
tinggi (Abu Hassan Kasim, 2003). Ia juga memerlukan penguasaan dan kefahaman
sesuatu konsep yang tinggi dan menyeluruh. Namun, banyak kajian yang telah
dijalankan mendapati ramai pelajar tidak dapat menguasai sesuatu konsep
sepenuhnya dan ini seterusnya menjejaskan penguasaan mereka dalam mempelajari
mata pelajaran kimia.

Akibat kegagalan dalam menguasai sepenuhnya sesuatu konsep, mereka mula


membentuk konsep awal mengikut kefahaman sendiri. Pembelajaran mereka hasil
daripada interaksi dengan alam sekeliling telah menghasilkan suatu tanggapan konsep
yang berbeza daripada pandangan saintifik atau penerangan konsep yang dipegang
oleh ahli sains. Sesetengah pelajar juga didapati mempunyai pengetahuan sedia ada
dalam sesuatu konsep yang telah diajar. Namun demikian, kebanyakan idea itu tidak
selaras dengan pendapat ahli sains. Sebelum mereka menerima pendidikan formal di
sekolah, beberapa konsepsi salah itu telah diperolehi. Mereka juga sudah membentuk
idea tentang sesuatu konsep sains hasil daripada pengalaman kehidupan seharian
(Pine & Messer, 2001).
3

Walaupun mereka didedahkan dengan konsepsi atau penerangan konsep yang


betul dalam pendidikan secara formal, tetapi sebahagian besar konsep awal atau
konsep salah itu masih disimpan kekal dalam kognitif pelajar dan sukar untuk
dinyahkan. Mereka masih menggunakan konsepsi salah ini sebagai alternatif untuk
menerangkan fenomena sains. Ini menyebabkan konsep salah itu akan terus kekal jika
tidak diperbetulkan walaupun pelajar tersebut telah menamatkan pelajaran mereka di
peringkat tinggi.

Istilah miskonsepsi digunakan untuk menamakan konsepsi alternatif atau


konsep salah yang dipunyai oleh pelajar sebelum mengikuti pengajaran formal.
Menurut Committee on Undergraduate Science Education (1997) dan Sheila
Shamuganathan (2004), miskonsepsi boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu
idea awal (Preconceived Notions), kepercayaan tidak saintifik (Nonscientific Beliefs),
ketidakfahaman konseptual (Conceptual misunderstanding), miskonsepsi vernakular
(Vernacular misconceptions) dan miskonsepsi fakta (Factual misconceptions).
Manakala menurut Azizodlu (2004), selain daripada istilah miskonsepsi, istilah lain
juga sering digunakan seperti konsepsi alternatif, salah konsep, prakonsepsi, kerangka
alternatif dan sains kanak-kanak untuk menamakan tanggapan salah pelajar itu.

1.2 Penyataan Masalah

Dewasa ini, ramai pelajar yang lulus dalam mata pelajaran sains tidak mempunyai
tahap kefahaman yang tinggi dalam memahami sesuatu konsep. Pelajar mempunyai
masalah terhadap penggunaan konsep saintifik, prinsip, hukum dan formula dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah untuk
mengaplikasikan apa yang telah mereka belajar bagi menyelesaikan masalah itu dan
hanya tertumpu kepada penggunaan daya ingatan dengan kaedah hafalan bagi
4

mengingat sesuatu fakta (Pabuccu, 2004). Ini sedikit sebanyak turut melibatkan dan
menjejaskan pembelajaran kimia kerana seperti yang diketahui ia memerlukan
kefahaman sesuatu konsep yang mantap dan menyeluruh. Seterusnya menyebabkan
ramai pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran konsep kimia.

Kebanyakan kajian lepas yang dilakukan cuba menentukan punca masalah


berlakunya miskonsepsi dalam pembelajaran konsep kimia. Menurut Sheila
Shamuganathan (2004), salah satu kemungkinan punca masalah berlakunya
miskonsepsi ialah pelajar tidak dapat membentuk asas pemahaman yang kukuh dalam
konsep kimia pada peringkat awal lagi. Ini seterusnya menyebabkan pelajar gagal
untuk memahami konsep yang lebih abstrak yang memerlukan kefahaman konsep
asas.

Konsep Ikatan Kimia merupakan salah satu topik yang mana ramai pelajar
menghadapi kesukaran dalam memahaminya. Ini kerana ia mengandungi konsep yang
abstrak dan terdapat juga penggunaan perkataan yang sama tetapi berbeza maksud
apabila digunakan dalam kehidupan seharian (Boo, 1998). Pelajar sering membina
makna mengenai sesuatu konsep menggunakan pentafsiran sendiri.

Kesukaran-kesukaran yang timbul menyebabkan pelajar kurang memberi


tumpuan dan kurang berminat terhadap mata pelajaran kimia (Ching Yang Chow,
2002). Antaranya kesukaran untuk memahami konsep ikatan kimia. Ini kerana ia
melibatkan proses imaginasi yang tinggi terutamanya dalam subtopik pembentukan
ikatan kimia (Taber, 1997). Ikatan-ikatan yang dihasilkan dalam sesuatu molekul atau
sebatian tidak dapat dilihat secara mata kasar. Ini menyebabkan pelajar tidak
memahami dan sukar untuk menggambarkan keadaan sebenar bagi pembentukan
ikatan ion dalam sebatian natrium klorida (NaCl) terutamanya dalam bentuk tiga
5

dimensi. Sesetengah pelajar berpendapat bahawa apabila berlakunya proses


pemindahan elektron daripada atom natrium kepada atom klorin, maka berlaku
pembentukan ikatan. Mereka juga percaya bahawa sebatian natrium klorida (NaCl)
wujud sebagai molekul yang terikat melalui ikatan kovalen (Pabuccu, 2004).

Pelajar juga mempunyai salah tanggapan tentang sebatian ion. Semasa


menerangkan mengapa sebatian ion boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan
lebur, jawapan yang diberi oleh pelajar adalah sebatian ion dalam keadaan lebur
mengandungi ion-ion. Sebenarnya, jawapan yang lebih tepat seharusnya menyatakan
bahawa sebatian ion dalam keadaan lebur mengandungi ion-ion yang boleh bergerak
bebas (Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah & Lim Yean Ching, 2004). Oleh itu,
kenyataan yang kurang tepat boleh mendatangkan masalah miskonsepsi kepada
pelajar.

1.3 Objektif Kajian

Berikut adalah beberapa objektif kajian ini dijalankan:

i Membina soalan ujian diagnostik bagi topik Ikatan Kimia.

ii Mengenalpasti miskonsepsi yang wujud di kalangan pelajar tingkatan


empat aliran sains dalam topik Ikatan Kimia.
6

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan berikut:

i Adakah wujud miskonsepsi dalam topik Ikatan Kimia di kalangan pelajar


tingkatan empat aliran sains?

ii Apakah subtopik yang paling kerap berlakunya miskonsepsi bagi topik


Ikatan Kimia?

1.5 Signifikan Kajian

Kajian yang dilakukan ini penting kerana pengkaji dapat memberi gambaran yang
lebih jelas mengenai kewujudan miskonsepsi yang berlaku ke atas pelajar tingkatan
empat terhadap topik Ikatan Kimia. Melalui kajian ini juga, guru, bakal guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), penulis buku akademik dan pihak-pihak
yang terlibat dalam pendidikan dapat memanfaatkannya dalam bidang masing-
masing.

i. Pihak Guru
Melalui kajian ini, diharap dapat memberikan maklum balas sama ada
wujud atau tidak miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat
mengenai konsep Ikatan Kimia yang telah mengganggu pembelajaran.
Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenalpasti miskonsepsi
yang wujud dalam topik Ikatan Kimia dan memberi penekanan yang lebih
kepada cara-cara bagi mengatasi miskonsepsi yang berlaku di kalangan
pelajar seperti kegagalan untuk memahami dengan lebih jelas bagaimana
proses pembentukan ikatan ion berlaku supaya tidak timbul kesukaran
7

atau masalah pembelajaran untuk memahami konsep seterusnya.


Kewujudan miskonsepsi yang ditunjukkan di kalangan pelajar dalam
kelas, membolehkan guru membimbing pelajar melalui satu urutan
pengajaran yang lebih baik untuk membantu membentuk kefahaman
seperti yang diterima oleh ahli sains iaitu seperti apa yang hendak diajar.
Selain itu, ia dapat membantu guru dalam memilih kaedah dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan serta berupaya
meningkatkan pencapaian pelajar seperti menyediakan modul pengajaran
yang sesuai dan lebih tersusun.

ii. Bakal Guru


Selain membantu dan membekalkan maklum balas kepada guru tentang
kewujudan miskonsepsi di kalangan pelajar, ia juga dapat memberi
kepentingan kepada bakal-bakal guru. Melalui kajian ini juga, ia dapat
membiasakan guru pelatih mengenai apa yang telah diketahui mengenai
miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik Ikatan Kimia tersebut dan
mempersiapkan diri dalam menangani masalah ini sebelum menghadapi
keadaan yang sebenar di sekolah. Seperti yang diharapkan, penguasaan
konsep saintifik dalam topik tertentu kimia akan diberikan penekanan
semasa guru pelatih sains melalui proses latihan perguruan mereka dan ini
dapat memudahkan mereka mempelajari suatu kaedah yang sesuai untuk
mengajar topik tersebut.

iii. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


Kajian ini juga diharap dapat memberi maklumat tentang miskonsepsi
yang sering berlaku dalam topik Ikatan Kimia. Dengan adanya serba
sedikit maklumat tersebut, pihak kementerian akan membantu dalam
memantau penghasilan buku teks atau buku rujukan yang baik dan lebih
8

lengkap, serta secara tidak langsung membantu pihak sekolah dalam


memilih buku rujukan yang lebih sesuai.

iv. Penulis Buku Akademik


Bagi penulis buku akademik, mereka dapat menggunakan maklumat yang
diperolehi daripada kajian ini untuk menghasilkan buku yang lebih baik.
Penerangan yang lebih teratur dan jelas bagi sesuatu topik amat penting
bagi memudahkan pembelajaran kimia terutamanya bagi topik Ikatan
Kimia. Dalam topik Ikatan Kimia, ia banyak melibatkan pemahaman
konsep contohnya dalam menerangkan bagaimana pembentukan sesuatu
molekul atau sebatian. Tanpa huraian yang lebih lengkap bagi sesuatu
konsep yang tidak dijelaskan dengan lebih terperinci dalam buku teks
menyukarkan pelajar untuk memahaminya. Ini kerana kebanyakan pelajar
tidak menggunakan buku teks sahaja semata- mata tetapi turut juga
menggunakan buku lain sebagai sumber rujukan tambahan dalam
pembelajaran mereka untuk lebih memahaminya. Dengan adanya buku
yang lebih lengkap ini dapat memudahkan pelajar dalam pembelajaran
mereka dan seterusnya dapat mengurangkan masalah miskonsepsi di
kalangan pelajar.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai ruang lingkup yang telah ditentukan yang mana tidak
dilakukan ke atas semua pelajar. Disebabkan kajian ini melibatkan kaedah tinjauan,
maka jumlah sampel yang diperlukan adalah besar. Namun dalam kajian ini hanya
melibatkan sampel seramai 60 orang pelajar sahaja. Walau bagaimanapun, pemilihan
sampel dilakukan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Seramai 60 orang
9

pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia di sebuah
sekolah yang terletak di daerah Batang Padang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River telah dipilih untuk menjadi sebagai sampel
kajian.

Kajian ini hanya menumpukan skop topik yang kecil iaitu topik Ikatan Kimia
yang merangkumi semua subtopik. Subtopik yang terlibat adalah terdiri daripada
pembentukan sebatian, pembentukan ikatan ion, pembentukan ikatan kovalen dan
sifat sebatian ion dan sebatian kovalen. Topik ini dipilih kerana mereka telah
mempelajari topik ini pada awal tahun lagi. Ini dapat memudahkan proses
mengenalpasti kewujudan miskonsepsi yang berlaku dalam topik tersebut
berdasarkan apa yang telah mereka pelajari dan fahami mengenai topik tersebut.
Kajian ini juga hanya menggunakan ujian diagnostik sebagai instrumen kajian bagi
mengesan kewujudan miskonsepsi pelajar. Ujian ini melibatkan dua jenis soalan iaitu
berbentuk aneka pilihan dan berstruktur. Soalan-soalan yang akan dibina dan diuji
dalam ujian diagnostik tersebut adalah berdasarkan semua subtopik Ikatan Kimia
seperti yang terkandung dalam huraian sukatan pelajaran Kimia KBSM serta buku
teks Kimia KBSM tingkatan empat sahaja.

1.7 Definisi Operasional

Beberapa istilah penting yang sering digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan
kajian ini adalah seperti berikut:

i. Miskonsepsi
Miskonsepsi didefinisikan sebagai suatu fakta atau konsep yang mana
mengandungi maklumat yang dipelajari semasa zaman kanak-kanak tetapi
10

tidak diperbetulkan sehingga kanak-kanak tersebut meningkat dewasa


(Pine & Messer, 2001). Menurut pandangan Blosser (1996), istilah
miskonsepsi merujuk kepada idea-idea pelajar tentang sesuatu konsep
yang tidak sepadan dengan pengetahuan saintifik yang diterima oleh ahli
sains. Manakala Calik dan Ayas (2005) menggunakan istilah miskonsepsi
apabila seseorang itu cuba menghuraikan sesuatu konsep tetapi berbeza
atau tidak konsisten dengan apa yang telah diterima oleh pandangan
saintifik. Miskonsepsi juga dikatakan berlaku apabila terdapatnya salah
faham dari segi konsep yang mana pelajar hanya diajar dengan maklumat
yang terhad. Mereka tidak didorong untuk berhadapan dengan kenyataan
yang kelihatan bercanggah tetapi mengandungi kebenaran lalu
menyebabkan berlakunya konflik hasil daripada tanggapan awal atau pra
anggapan yang tidak saintifik (Nurul Fathiyah Abdul Rahman, 2005).
Menurut Sheila Shamuganathan (2004) pula, miskonsepsi boleh
dikategorikan kepada idea awal, kepercayaan tidak saintifik,
ketidakfahaman konseptual, miskonsepsi vernakular dan miskonsepsi
fakta dalam mendefinisikannya.

ii. Kimia
Kimia adalah satu cabang ilmu sains yang mengkaji bahan yang terdapat
dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan-bahan
apabila interaksi berlaku antara bahan-bahan ini ( Eng Nguan Hong, Lim
Eng Wah & Lim Yean Ching, 2004). Menurut pandangan Chang (1998),
kimia merupakan satu kajian terhadap jirim dan perubahan-perubahan
yang dialami. Kimia juga salah satu bidang yang melibatkan komposisi,
struktur, sifat-sifat dan interaksi bagi sesuatu bahan (Eng Nguan Hong,
Lim Eng Wah & Lim Yean Ching, 2007). Manakala menurut Kamus
Dewan (1998), bidang kimia adalah suatu bidang ilmu pengetahuan yang
teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya atau
11

suatu cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau


kenyataan semata-mata. Ia juga adalah ilmu sains yang berkaitan dengan
struktur, komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku antara atom, ion,
unsur atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena
kimia.

iii. Ikatan Kimia


Ikatan kimia terhasil melalui pemindahan elektron atau perkongsian
elektron. Terdapat dua jenis ikatan kimia iaitu ikatan ion dan ikatan
kovalen (Low Swee Neo, Lim Yean Ching, Eng Nguan Hong, Lim Eng
Wah & Umi Kalthom Ahmad, 2005). Manakala menurut Dawson (1993),
ikatan kimia didefinisikan sebagai suatu ikatan yang terbentuk melalui dua
cara iaitu pemindahan elektron daripada atom logam kepada atom bukan
logam dan perkongsian elektron antara dua atom bukan logam. Ikatan
yang terlibat adalah ikatan ion dan ikatan kovalen.Yee See Fong (2002),
turut mendefinisikan ikatan kimia sebagai konsep interaksi antara spesies
yang berlawanan supaya dapat bergabung. Dua jenis ikatan yang mungkin
terbentuk dalam proses tindak balas ini ialah ikatan ion dan ikatan
kovalen.

iv. Ikatan Ion


Ikatan ion merupakan ikatan kimia yang wujud antara ion yang
berlawanan cas akibat daya tarikan elektrostatik kuat yang terbentuk
antara ion positif dengan ion negatif (Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah &
Lim Yean Ching, 2004). Manakala Seager dan Slabaugh (1997),
menyatakan bahawa ikatan ion berlaku semasa tindak balas kimia yang
mana hukum oktet dipatuhi apabila elektron dipindahkan dari satu atom ke
atom yang lain. Daya ikatan yang berbeza antara cas atom yang
12

berlawanan dikenali sebagai ikatan ion. Ikatan ion juga boleh didefinisikan
sebagai ikatan yang terhasil dari daya elektrostatik di antara ion yang
bercas positif dengan ion yang bercas negatif. Unsur yang terlibat adalah
bukan logam dan logam. Unsur-unsur ini membentuk ion-ion melalui
pemindahan elektron dari atom logam kepada atom bukan logam (Chang,
1998).

v. Ikatan Kovalen
Ikatan kovalen bermaksud ikatan yang wujud antara atom dalam suatu
molekul yang terbentuk daripada perkongsian elektron antara atom (Eng
Nguan Hong, Lim Eng Wah & Lim Yean Ching, 2004). Menurut Chang
(1998) pula, ikatan kovalen adalah suatu ikatan yang terbentuk melalui
perkongsian elektron di antara atom-atom bukan logam untuk membentuk
konfigurasi elektron yang mencapai oktet (Chang, 1998). Kenyataan ini
sama seperti yang diutarakan oleh Corwin (1999) iaitu menyatakan ikatan
kovalen terjadi disebabkan oleh perkongsian elektron di antara dua atom
bukan logam. Setiap atom bukan logam berkongsi elektron untuk
melengkapkan petala valens.
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Kajian Miskonsepsi

Miskonsepsi didefinisikan sebagai suatu fakta atau konsep yang mana mengandungi
maklumat yang salah dipelajari semasa zaman kanak-kanak tetapi tidak diperbetulkan
sehingga kanak-kanak tersebut meningkat dewasa (Pine & Messer, 2001). Normah
Abd. Aziz (1996) pula menyatakan bahawa pelajar biasanya mempunyai miskonsepsi
daripada apa yang didorong dan diterima daripada ahli sains sebelum mereka
menerima pengajaran secara formal daripada guru. Oleh itu, pengajaran mengenai
sesuatu konsep tidak semestinya dapat memberikan kefahaman yang ada pada guru
kepada pelajar-pelajarnya kerana apa yang diperoleh oleh pelajar merupakan hasil
interaksi daripada konsep guru dengan konsep sedia ada pelajar.

Menurut Tan Ming Tang dan Chin Teoi Peng (2001), pelajar belajar melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah sahaja. Mereka juga telah
14

memperolehi pengetahuan dari ahli keluarga mereka seperti ibubapa, datuk nenek,
abang, kakak dan saudara mara sebelum mereka menerima pendidikan formal. Selain
itu, mereka turut belajar daripada kawan, buku, program televisyen, internet dan
persekitaran. Walau bagaimanapun, pengetahuan dan konsep yang diperolehi
mungkin tidak selaras dengan pendapat saintis. Ini seterusnya menjadi penghalang
kepada kefahaman konsep saintifik dan menimbulkan kesulitan untuk memahami
fakta saintifik, mengasimilasi dan menyusunnya apabila diperlukan. Hujah ini turut
dipersetujui oleh Taber (1993). Beliau turut menyatakan bahawa salah konsep berlaku
akibat daripada penggunaan analogi dalam pembelajaran, pandangan dari segi logik
dan realiti serta pembelajaran melalui percakapan harian.

Kriteria yang diperlukan untuk bahan pembelajaran mestilah bermakna dan


logik. Jika pembelajaran tidak disertai dengan pemikiran logik, pelajar kekurangan
idea yang relevan dan ini seterusnya menghasilkan pembelajaran yang kurang
bermakna. Sesetengah pelajar boleh menyelesaikan masalah algoritma, mengingat
formula (Pabuccu, 2004) tetapi sukar untuk mengintegrasikan fakta dan formula
tersebut serta gagal dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep.
Mereka juga tidak dianggap sebagai tin kosong (empty vessels) yang hanya menerima
pengetahuan daripada guru semata-mata. Ini kerana sebelum pelajar memasuki kelas
dan menjalani pembelajaran formal, mereka sebenarnya penuh dengan pengetahuan
tentang fenomena-fenomena saintifik yang diperoleh melalui pengalaman masing-
masing (Azizodlu, 2004).

Menurut Taber (2000), walaupun mereka mengambil perhatian sepenuhnya


semasa pengajaran dan pembelajaran tetapi masih mempunyai tahap kefahaman yang
lemah. Jadi, bagi mencapai matlamat penyampaian pengajaran yang berkesan, cara
kuliah yang dijalankan mestilah mengikut beberapa prosedur atau amalan yang
dikenalpasti oleh pakar-pakar sebagai suatu keperluan untuk membantu pembelajaran
15

pelajar (Jamali Md. Sah, 2004). Manakala dalam kajian Crowley, Tall, Gray,
Maselan, DeMarois dan Mc Gawen (2001), pemahaman berbentuk konseptual tidak
boleh dipindahkan daripada seorang pelajar kepada pelajar yang lain dengan begitu
sahaja. Ia memerlukan seseorang itu membinanya sendiri berpandukan kepada
pengalaman pembelajarannya. Berpandukan kepada situasi ini, pemahaman
konseptual boleh dibina melalui pembelajaran konstruktivisme yang mana ia
merupakan suatu proses yang bertambah mengikut pengalaman pembelajaran masing-
masing.

2.2 Kajian Miskonsepsi Dalam Sains

Pembelajaran konsep dalam sains melibatkan proses pembinaan pengetahuan dan


penyusunan maklumat dalam bentuk yang lengkap dan struktur kognitif yang
sistematik. Konsep dan istilah adalah komponen yang penting dalam sains
terutamanya dalam mata pelajaran kimia. Gower, Daniels dan Loyd (1997),
menyatakan bahawa sebarang masalah dalam pembelajaran akan membawa kepada
kesukaran pembelajaran yang seterusnya. Menurut Chan Bee Leng (2002) pula, ramai
pelajar mempunyai miskonsepsi yang ketara dalam konsep asas suhu dan haba.
Contohnya, pelajar sering menganggap haba membawa maksud yang sama dengan
suhu, tetapi sebenarnya haba adalah suatu bentuk tenaga dan suhu pula ialah darjah
kepanasan ataupun kesejukan. Menurut beliau lagi, tahap pemahaman pelajar
terhadap konsep suhu dan haba adalah rendah.

Miskonsepsi dalam sains ini juga turut dikaji oleh Nurul Fathiyah Abdul
Rahman (2005) yang menyatakan bahawa dalam konteks penggunaan istilah di
sekolah iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains, masalah penggunaan
istilah berlaku dalam perkara-perkara seperti ketidakseragaman, kecelaruan dan juga
16

kekeliruan. Menurut Alias Baba (1988) pula telah mengemukakan tiga pendekatan
harus dijalankan dalam penyelidikan bagi menilai kefahaman pelajar tentang konsep
sains iaitu menentukan konsep-konsep yang sukar difahami, mengenal pasti
miskonsepsi para pelajar dan menyiasat tahap kefahaman pelajar mengenai definisi
atau takrifan tentang sesuatu konsep.

2.3 Kajian Miskonsepsi Dalam Kimia

Kimia merupakan bidang sains yang banyak melibatkan konsep abstrak. Ini
menyebabkan ramai pelajar tidak dapat memahami dan menginterpretasi terutamanya
terhadap fenomena kimia yang sukar. Gas merupakan salah satu topik kimia yang
mempunyai konsep abstrak yang mana pelajar sukar untuk memahaminya (Azizodlu,
2004). Topik gas ini sukar terutamanya kepada kanak-kanak kerana mereka lebih
berpandukan prinsip seeing is believing. Mereka tidak dapat melihat gas secara terus
untuk memahaminya menyebabkan berlakunya miskonsepsi dalam diri mereka.
Menurut Forbes (2004), masih terdapat kewujudan miskonsepsi tentang sifat fizik dan
proses bagi ketumpatan, keterlarutan dan perubahan fasa di kalangan pelajar kolej.
Tambahnya lagi, banyak cara yang boleh digunakan bagi mengesan kewujudan
miskonsepsi dalam diri pelajar seperti ujian pengesanan yang melibatkan soalan
aneka pilihan, soal selidik, temubual dan melalui pemetaan konsep. Pernyataan
tersebut turut dipersetujui oleh Nakiboglu (2003) yang menggunakan ujian diagnostik
bagi mengesan kewujudan miskonsepsi tentang orbital atom dan penghibridan. Ujian
diagnostik yang dijalankan telah melibatkan dua jenis bentuk soalan iaitu soalan
terbuka (open-ended) dan soalan aneka pilihan (multiple choices).

Selain itu, kajian lepas Boo (1998) melaporkan gambaran tentang


makroskopik dan mikroskopik. Menurutnya, bagi konsep ciri-ciri makroskopik
17

dengan mikroskopik, pelajar beranggapan sifat satu atom adalah sama dengan sifat
suatu sebatian. Manakala dalam kajian Sheila Shamuganathan (2004), beliau telah
menggunakan kaedah bertulis untuk mengesan miskonsepsi pelajar. Antara
miskonsepsi yang dikenalpasti ialah proses pengaratan tidak melibatkan penambahan
jisim manakala proses pembakaran melibatkan pengurangan jisim. Menurutnya lagi,
sumber-sumber yang boleh menghasilkan miskonsepsi dalam pembelajaran kimia
adalah penggunaan bahasa dalam sains yang berbeza dengan penggunaan bahasa
dalam kehidupan harian. Pelajar akan membuat apa yang mereka lihat dan
menghasilkan kesimpulan yang logik tetapi dihasilkan daripada pengalaman dan
pengetahuan yang kurang.

Satu lagi kajian lepas tentang miskonsepsi dalam kimia iaitu mengenai Haba
dan Tindak Balas Kimia. Dalam kajian Mary Wong Siew Lian dan Chin Teoi Pang
(1999), kaedah POE (Predict-Observe-Explain) digunakan untuk mengumpul data
kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa miskonsepsi yang wujud dalam sampel
kajian boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu miskonsepsi akibat daripada
kefahaman konsep asas yang kurang betul, kekeliruan tentang istilah saintifik dan
penerangan fenomena alam berdasarkan pemerhatian.

2.4 Kajian Miskonsepsi Dalam Ikatan Kimia

Konsep ikatan kimia merupakan salah satu topik yang mana pelajar mengalami
kesukaran untuk memahaminya. Ini kerana ia melibatkan konsep abstrak dan
sesetengah perkataan yang sama digunakan dalam percakapan harian tetapi
mempunyai maksud yang berbeza. Seterusnya boleh menyebabkan pelajar
menghasilkan miskonsepsi atau tanggapan yang salah dalam memahami topik
tersebut. Kebanyakan pelajar menghasilkan idea atau konsep yang baru berdasarkan
18

pengalaman mereka masing-masing (Pabuccu, 2004). Chu Choi Hsia (2004) dalam
kajiannya menyatakan bahawa pelajar masih mempunyai miskonsepsi yang sederhana
bagi topik Ikatan Kimia. Ini menunjukkan pelajar masih tidak dapat menguasai
konsep ikatan kimia dengan baik. Manakala, Nurulain Ramli (2002) pula mendapati
miskonsepsi wujud dalam minda pelajar dan penguasaan pelajar terhadap konsep
ikatan kimia adalah lemah. Pelajar masih tidak dapat menerangkan mengapa sebatian
kovalen mempunyai takat lebur yang rendah dengan baik. Mereka masih keliru sama
ada tenaga haba yang diperlukan untuk memecahkan ikatan kovalen atau untuk
mengatasi daya tarikan yang lemah.

Masih terdapat pelajar yang tidak dapat menentukan sebatian yang


mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi. Miskonsepsi yang paling jelas
dipegang oleh pelajar ialah tidak mengambil kira formula sebatian yang terbentuk
sebaliknya hanya melihat elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron
yang stabil. Pelajar keliru untuk memilih unsur yang membentuk ikatan kimia. Oleh
itu, mereka gagal untuk menentukan sebatian yang terhasil (Zurina Johari, 2005).
Menurut Nicoll (2001), beliau telah menjalankan kajian ke atas pelajar kimia tentang
pemikiran dan kefahaman mereka terhadap ikatan kimia. Hasil dapatan yang
diperolehi adalah miskonsepsi dan kesukaran pelajar yang sering berlaku dalam
konsep ikatan kimia adalah terkeliru dalam mendefinisikan maksud ikatan ion dan
ikatan kovalen serta pelajar gagal memahami maksud dan penggunaan peraturan
oktet.

Dalam kajian Galley (2004) pula, menunjukkan bahawa selepas melakukan


perbincangan bersama pelajar tentang reaksi mereka terhadap ujian yang dijalankan
didapati ramai pelajar di peringkat sekolah tinggi, kolej junior dan universiti masih
mempunyai maklumat yang salah terutamanya tentang ikatan kimia. Antara
maklumat salah atau miskonsepsi yang dikenalpasti adalah ikatan kovalen dipecahkan
19

apabila berlaku perubahan keadaan bagi sesuatu sebatian dan atom nitrogen boleh
berkongsi lima pasang elektron semasa membentuk ikatan. Melalui kajian yang telah
dilakukan oleh Taber (2003) ke atas pelajar kolej terhadap pemahaman atau
pemikiran bagi ikatan kimia dan struktur logam. Dalam kajiannya, beliau telah
menekankan bahawa pengetahuan sedia ada bagi pelajar memberi pengaruh terhadap
pemikiran dan proses pembelajaran pelajar. Pelajar tidak boleh dianggap sebagai
‘tabula rasa’ iaitu tiada pengetahuan langsung kerana mereka sebenarnya kaya dengan
pengetahuan tentang pelbagai perkara berdasarkan setiap pengalaman yang mereka
ada (Pine & Messer , 2001).
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan adalah tinjauan.Kajian ini melibatkan kajian


berbentuk kuantitatif yang mana melibatkan perkataan dan berbentuk statistik iaitu
nombor dan ukuran iaitu hasil dapatan yang diperoleh daripada ujian diagnostik yang
akan dijalankan ke atas pelajar. Kajian tinjauan ini dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River.

Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan objektif yang hendak dicapai
iaitu mengenalpasti kewujudan miskonsepsi yang berlaku di kalangan pelajar
tingkatan empat bagi topik Ikatan Kimia. Pengkaji juga memilih kaedah ini kerana
untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi sampel yang dikaji.
Pemilihan sampel yang dibuat telah melibatkan seramai 60 orang pelajar. Dalam
kajian ini, alat atau soal selidik yang digunakan untuk mendapat maklumat yang
21

dikehendaki adalah berbentuk ujian iaitu dikenali sebagai ujian diagnostik yang mana
telah dibina sendiri oleh pengkaji. Pencapaian pelajar bagi ujian tersebut akan
dianalisa secara deskriptif. Dapatan kajian yang diperolehi penting untuk mendapat
maklumat tentang miskonsepsi yang berlaku di kalangan pelajar tingkatan empat
aliran sains bagi topik Ikatan Kimia.

3.2 Sampel Kajian

Persampelan adalah suatu proses pemilihan sebilangan daripada keseluruhan individu


bagi sesuatu kajian. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan kriteria-kriteria yang
diperlukan iaitu menggunakan pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil
mata pelajaran kimia sebagai sampel. Seramai 60 orang pelajar dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River yang memenuhi
kriteria yang diperlukan telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan sampel atau
persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan jenis rawak mudah
(simple random sampling).

Pengkaji menggunakan kaedah persampelan jenis ini kerana ia melibatkan


pemilihan sampel yang agak mudah dilakukan. Kaedah ini membolehkan semua
pelajar yang mengambil mata pelajaran kimia berpeluang untuk dijadikan sebagai
sampel. Pemilihan sampel seramai enam puluh orang pelajar ini juga bersesuaian
dengan rekabentuk kajian yang digunakan iaitu kaedah tinjauan yang mana
melibatkan bilangan sampel yang besar. Jumlah bilangan sampel yang besar diambil
dengan bertujuan untuk mengurangkan ralat persampelan yang berlaku.
22

3.3 Instrumen Kajian

Bagi mengesan kewujudan miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat, satu


instrumen yang telah dibina sendiri oleh pengkaji iaitu ujian diagnostik digunakan.
Menurut Bhasah Abu Bakar (2003), soalan dalam ujian diagnostik mestilah mewakili
kemahiran yang sepatutnya semua pelajar telah menguasainya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Soalan-soalan yang dibina ini juga turut mendapat
kesahan dari guru-guru kimia yang pakar.

Ujian ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A yang terdiri daripada
soalan aneka pilihan dan bahagian B pula terdiri daripada soalan jenis berstruktur
(Lampiran D). Soalan-soalan yang dibina ini merangkumi subtopik pembentukan
sebatian, pembentukan ikatan ion, pembentukan ikatan kovalen, dan sifat sebatian ion
dan sebatian kovalen. Jumlah soalan dalam bahagian A adalah 10 soalan aneka
pilihan manakala jumlah soalan bahagian B iaitu jenis berstruktur adalah 4 soalan.

Dalam bahagian A, soalan-soalan yang dibina dipecahkan kepada 4 pecahan


soalan mengikut subtopik yang terdapat dalam topik Ikatan Kimia. Dua soalan bagi
subtopik pembentukan sebatian, tiga soalan bagi subtopik pembentukan ikatan ion,
tiga soalan bagi subtopik pembentukan ikatan kovalen dan dua soalan bagi subtopik
sifat sebatian ion dan sebatian kovalen (Jadual 3.1). Bilangan soalan bagi subtopik
pembentukan ikatan ion dan pembentukan ikatan kovalen adalah lebih berbanding
dua lagi subtopik kerana ia merupakan subtopik yang penting dalam topik Ikatan
Kimia.
23

Jadual 3.1
Soalan mengikut subtopik bagi bahagian A
Subtopik Nombor soalan ujian
Pembentukan sebatian 1,2
Pembentukan ikatan ion 3,4,5
Pembentukan ikatan kovalen 6,7,8
Sifat sebatian ion dan sebatian kovalen 9,10

Manakala bahagian B pula, soalan yang dibina dipecahkan kepada 4 soalan


dan disusun mengikut susunan subtopik dalam ikatan kimia (Jadual 3.2). Setiap
soalan mewakili setiap subtopik.

Jadual 3.2
Soalan mengikut subtopik bagi bahagian B
Subtopik Nombor soalan ujian
Pembentukan sebatian 1(a), 1(b), 1(c)
Pembentukan ikatan ion 2(a), 2(b), 2(c)
Pembentukan ikatan kovalen 3(a), 3(b), 3(c)
Sifat sebatian ion dan sebatian kovalen 4(a), 4(b)

Jumlah soalan yang agak sedikit dibina kerana untuk mengelakkan faktor
ketidakcukupan masa. Ini juga kerana setiap sekolah biasanya memperuntukkan masa
selama 30 hingga 40 minit sahaja bagi setiap satu sesi pengajaran. Ujian ini
dihasilkan dalam dua jenis bahasa (bilingual) iaitu versi Bahasa Inggeris dan versi
Bahasa Melayu kerana untuk mengelakkan faktor ketidakfahaman pelajar dari segi
bahasa. Masa yang diperuntukkan kepada pelajar untuk menjawab semua soalan bagi
ujian diagnostik ini adalah selama satu jam.
24

Setiap jawapan yang diberi oleh pelajar ditulis dalam kertas soalan. Bagi
setiap soalan di bahagian A telah disertakan dengan darjah-darjah kepastian CRI
(Certainty of Response Index) yang perlu ditanda oleh pelajar. Darjah-darjah
kepastian ini adalah merujuk kepada kepastian pelajar terhadap jawapan yang diberi
bagi setiap soalan aneka pilihan yang telah dijawab. Tahap-tahap kepastian CRI yang
perlu ditanda oleh pelajar adalah merujuk kepada skala yang telah ditetapkan (Jadual
3.3).

Jadual 3.3
Darjah Kepastian CRI

Darjah Kepastian Kriteria


0 tidak tahu langsung
1 agak-agak sahaja
2 tidak pasti
3 hampir pasti
4 pasti
5 sangat pasti

Bagi soalan aneka pilihan ini juga, jawapan yang diberi oleh pelajar akan
dianalisa dengan menggunakan kaedah CRI (Certainty of Response Index ). Cara
penganalisaan soalan aneka pilihan dengan menggunakan kaedah CRI ditunjukkan
berdasarkan contoh berikut:

Analisis soalan 1:

i Jumlah responden yang menjawab dengan betul untuk soalan 1


dikira.

= 6
25

ii Jumlah CRI bagi jawapan betul dikira (iaitu CRI bagi semua
responden yang memberikan jawapan betul dijumlahkan)

= 3+3+3+4+4+5
= 22

iii Purata CRI jawapan betul dikira (iaitu jumlah CRI bagi jawapan
betul dibahagikan dengan jumlah responden yang menjawab
dengan betul)

= Jumlah respoden
Jumlah CRI
= 22
6
= 3.6

iv Jumlah responden yang menjawab dengan salah untuk soalan 1


Dikira

= 4

v Jumlah CRI bagi jawapan salah dikira (iaitu CRI bagi semua
responden yang memberikan jawapan salah dijumlahkan)

= 3+3+3+2
= 11
26

vi Purata CRI jawapan salah dikira (iaitu jumlah CRI bagi jawapan
salah dibahagikan dengan jumlah responden yang menjawab
dengan salah)

= Jumlah respoden
Jumlah CRI
= 11
4
= 2.75

vii Nilai purata CRI yang diperolehi dibandingkan dengan nilai CRI
dalam jadual matrik keputusan CRI.

Purata CRI jawapan betul = 3.6


Kesimpulan : Jawapan betul dan purata tinggi (Konsep betul).

Purata CRI jawapan salah = 2.75


Kesimpulan : Jawapan salah dan purata tinggi (Miskonsepsi).

Dapatan daripada hasil pengiraan menggunakan kaedah CRI tersebut, darjah


kefahaman pelajar boleh ditentukan melalui jadual matrik keputusan CRI yang
ditetapkan (Jadual 3.4).
27

Jadual 3.4
Matrik keputusan CRI

Purata CRI rendah ( < 2.5 ) Purata CRI tinggi (> 2.5)

Jawapan betul Jawapan betul & Jawapan betul


purata rendah. & purata tinggi
(Kurang pengetahuan (Konsep betul)
-teka betul)

Jawapan salah Jawapan salah Jawapan salah


& purata rendah & purata tinggi
(Kurang pengetahuan) (Miskonsepsi)

Manakala pecahan tahap jawapan yang diberi oleh pelajar bagi soalan
berstruktur pula dibahagikan kepada empat kategori berdasarkan darjah kefahaman
yang telah ditetapkan (Jadual 3.5).

Jadual 3.5
Darjah kefahaman

Darjah Kefahaman Kriteria Pemarkahan


Faham Sepenuhnya Jawapan yang mangandungi semua komponen jawapan
yang dikehendaki.
Faham Separa Jawapan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu
komponen jawapan yang dikehendaki.
Miskonsepsi Jawapan yang mengandungi maklumat yang tidak logik
atau tidak tepat.
Tidak berkaitan : Jawapan yang tidak jelas atau tidak
Tiada Kefahaman relevan
Langsung Pengulangan : Maklumat yang diulang semula
daripada soalan
Tiada Jawapan : Ruang jawapan dikosongkan tanpa
sebarang jawapan
28

3.4 Prosedur Kajian

Perjumpaan bersama penyelia untuk pemilihan tajuk kajian dilakukan. Setelah


melakukan perbincangan yang lebih jelas mengenai kajian yang hendak dilakukan,
tajuk kajian yang telah diterima oleh penyelia adalah kajian ‘Miskonsepsi bagi Tajuk
Ikatan Kimia di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Aliran Sains’. Bagi mengesan
kewujudan miskonsepsi di kalangan pelajar tingkatan empat, satu ujian diagnostik
dibina sebagai instrumen kajian.

Walau bagaimanapun, sebelum soalan-soalan untuk ujian diagnostik tersebut


dibina dan dijalankan ke atas pelajar, suatu perbincangan bersama-sama rakan-rakan
sekumpulan (pilot team) juga telah dibuat. Pengkaji cuba mengenalpasti terlebih
dahulu miskonsepsi-miskonsepsi yang biasa berlaku di kalangan pelajar melalui
pembacaan dan dapatan maklumat daripada perpustakaan, internet serta sumber-
sumber yang boleh dipercayai. Selain itu, pengkaji juga mengadakan temubual
bersama beberapa orang guru kimia untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap
miskonsepsi yang berlaku di kalangan pelajar tingkatan empat terutamanya bagi topik
Ikatan Kimia. Dengan adanya maklumat tersebut, ini dapat membantu pengkaji dalam
membina soalan-soalan bagi ujian diagnostik yang lebih baik.

Selepas mendapat maklumat dan maklum balas yang diperlukan hasil


daripada temubual bersama guru-guru kimia, proses pembinaan soalan-soalan untuk
ujian diagnostik sebagai instrumen dimulakan. Kemudian soalan-soalan yang telah
dibina tersebut telah diperiksa oleh beberapa orang guru yang pakar dalam bidang
kimia bagi mendapat kesahan terhadap soalan-soalan tersebut. Ujian rintis juga turut
dilakukan untuk mendapatkan kebolehpercayaan bagi soalan-soalan yang telah dibina
tersebut.
29

Semasa kesahan dan ujian rintis dilakukan, kertas cadangan kajian yang telah
disemak oleh penyelia juga turut dihantar kepada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian disekolah.
Selepas mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pula
(Lampiran A), surat permohonan untuk menjalankan kajian dan menggunakan sampel
di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River turut
dihantar kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN).

Selepas mendapat surat dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak


(Lampiran B), perjumpaan dengan pihak sekolah dilakukan bagi membincangkan
untuk menetapkan tarikh, tempat dan masa kajian yang boleh dijalankan ke atas
pelajar tingkatan empat. Setelah kajian selesai dilakukan, hasil dapatan diperolehi dan
proses penganalisaan data dimulakan (Rajah 3.1).
30

Pemilihan tajuk bersama


penyelia

Perbincangan bersama pilot team

Pembinaan soalan - ujian


diagnostik (instrumen)

Penghantaran kertas Kesahan dari penyelia,


cadangan kepada KPM guru-guru kimia

Kelulusan KPM Ujian rintis


(Kebenaran)

Surat kebenaran JPN

Perjumpaan dengan pihak


sekolah

Kajian sebenar dijalankan

Dapatan kajian/analisis data

Rajah 3.1
Carta alir prosedur kajian
31

3.5 Kajian Rintis

Oleh kerana soalan bagi ujian diagnostik ini dibina sendiri oleh pengkaji, maka suatu
kajian rintis telah dijalankan. Kajian rintis ini melibatkan satu ujian rintis yang telah
dijalankan ke atas 10 orang pelajar di sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Kedondong, Pasir Mas, Kelantan. Pelajar-pelajar ini adalah terdiri
daripada pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia.
Kajian ini dilakukan bagi mendapat maklum balas tentang kefahaman mereka
terhadap soalan-soalan tersebut dan menentukan kebolehpercayaan ujian serta
memurnikan soalan-soalan bagi ujian diagnostik tersebut.

Skor ujian bagi setiap bahagian A dan B dalam ujian diagnostik yang
diperolehi akan diuji ketekalan dalamannya dengan menentukan pekali
kebolehpercayaannya melalui sistem perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS). Penentuan kebolehpercayaan dalaman instrumen kajian dilakukan melalui
ujian reliability analysis-scale untuk menentukan nilai koefisien Cronbach Alpha.
Jika nilai koefisien Cronbach Alpha yang diperolehi adalah melebihi 0.6, maka
kepercayaan ujian adalah tinggi dan boleh diterima pakai.

Suatu kajian dikatakan tekal seandainya ia mengukur apa yang sepatutnya


diukur dan tidak berubah walaupun ia diukur beberapa kali dengan menggunakan
instrumen yang sama (Bhasah Abu Bakar, 2003). Melalui ujian rintis ini, pengkaji
dapat mengetahui sama ada ujian diagnostik yang dibina itu boleh diterima atau tidak
melalui nilai kebolehpercayaan ujian yang telah diperolehi. Jika ujian tersebut tidak
dapat diterima, beberapa pengubahsuaian soalan-soalan dilakukan sehingga mencapai
suatu nilai kebolehpercayaan ujian yang boleh diterima.
32

Daripada ujian yang dilakukan, keputusannya mendapati nilai alfa yang


diperolehi bagi Bahagaian A adalah 0.786 manakala nilai alfa bagi bahagian B pula
adalah 0.706 (Lampiran E & F). Oleh itu, keputusan ini menunjukkan soalan-soalan
bagi ujian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima. Ini
menyebabkan pengubahsuaian soalan tidak diperlukan bagi ujian diagnostik ini dan
boleh dijalankan ke atas sampel yang sebenar.

3.6 Analisis Data

Data-data yang diperolehi daripada kajian dikumpul, dianalisis dan diproses dengan
menggunakan sistem perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk
mendapatkan nilai min, kekerapan (frekuensi) bagi pencapaian pelajar yang
menjawab setiap soalan dalam ujian diagnostik berdasarkan darjah yang telah
ditetapkan. Nilai-nilai yang diperolehi ini dapat menunjukkan sama ada objektif
kajian tercapai atau tidak dan juga digunakan bagi menjawab persoalan kajian.
Penganalisaan data dilakukan melalui kaedah statistik deskriptif yang berbentuk
kuantitatif.
BAB 4

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai penganalisaan hasil dapatan kajian yang telah
dijalankan ke atas 60 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli
Muhammad, Slim River, Perak. Melalui data kajian yang diperolehi daripada ujian
diagnostik yang telah ditadbir, penganalisaan data dilakukan secara kuantitatif untuk
mendapatkan min dan peratus mudah bagi menjawab persoalan kajian yang telah
dikemukakan dalam Bab 1. Bagi bahagian A dan bahagian B dalam ujian diagnostik,
setiap jawapan pelajar yang diberi dianalisis dengan cara yang berbeza.

Bahagian A yang mempunyai 10 soalan berbentuk aneka pilihan


menggunakan kaedah CRI (Certainty of Response Index) bagi menganalisa jawapan
pelajar dan mengenalpasti darjah kefahaman pelajar. Bagi setiap soalan yang dijawab
dengan betul dan salah oleh pelajar dikira dan dianalisis. Walau bagaimanapun, hanya
34

jawapan yang dijawab dengan salah sahaja dianalisis dengan lebih terperinci.
Seterusnya darjah-darjah kepastian CRI (Jadual 3.3) yang telah ditanda oleh pelajar
bagi setiap soalan yang dijawab dengan salah itu dianalisis untuk mendapatkan nilai
min CRI. Melalui nilai CRI yang diperolehi tersebut, kewujudan miskonsepsi dapat
diketahui berdasarkan matrik keputusan CRI (Jadual 3.4).

Manakala bagi bahagian B yang terdiri daripada 4 soalan jenis berstruktur


dianalisa berdasarkan setiap jawapan yang diberi oleh pelajar. Setiap jawapan pelajar
tersebut bagi setiap soalan akan dikategorikan kepada beberapa darjah kefahaman
(Jadual 3.5). Seterusnya dapatan yang diperolehi tersebut turut dianalisa mengikut
subtopik iaitu pembentukan sebatian, pembentukan ikatan ion, pembentukan ikatan
kovalen dan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen bagi bahagian A dan bahagian B.

4.2 Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Analisis bagi setiap jawapan yang betul dan salah

Rajah 4.1 menunjukkan bilangan pelajar yang memberi jawapan dengan betul dan
salah bagi setiap soalan dalam bahagian A. Dalam bahagian ini, terdapat 10 soalan
beraneka pilihan yang telah dijawab oleh 60 orang pelajar. Soalan 1 dan 2 adalah
mengenai subtopik pembentukan sebatian. Soalan 1 menguji pengetahuan pelajar
terhadap prinsip asas bagi pembentukan sesuatu sebatian. Seramai 43 orang pelajar
telah menjawab dengan betul manakala seramai 17 orang pelajar telah menjawab
dengan salah. Bagi soalan 2 pula adalah menguji kefahaman pelajar dalam
menentukan susunan elektron bagi sesuatu ion. Seramai 37 orang pelajar telah
menjawab soalan ini dengan betul dan seramai 23 orang pelajar telah menjawab
dengan salah.
35

Bagi subtopik kedua iaitu pembentukan ikatan ion melibatkan soalan 3, 4 dan
5. Soalan 3 adalah menguji kefahaman pelajar dalam menentukan ion-ion yang hadir
dalam sesuatu sebatian ion. Seramai 29 orang pelajar telah memberi jawapan yang
betul dan seramai 31 orang pelajar telah memberi jawapan yang salah. Manakala bagi
soalan 4 pula adalah menguji kemahiran pelajar dalam menentukan susunan elektron
yang betul bagi natrium oksida (Na2O) dalam pembentukan sesuatu sebatian ion.
Didapati seramai 31 orang pelajar memberi jawapan yang betul manakala 29 orang
pelajar memberi jawapan yang salah. Seterusnya, seramai 32 orang pelajar telah
memberi jawapan yang betul bagi soalan 5 dan selebihnya iaitu 28 orang pelajar telah
memberi jawapan yang salah. Soalan ini adalah menguji kefahaman pelajar
menentukan berapa elektron bagi atom kalium yang diperlukan untuk bergabung
dengan atom oksigen bagi menghasilkan sebatian kalium oksida.

Soalan 6, 7 dan 8 pula mewakili soalan daripada subtopik ketiga dalam ikatan
kimia iaitu pembentukan ikatan kovalen. Bagi soalan 6 dan 7 masing-masing didapati
seramai 15 dan 59 orang pelajar telah memberi jawapan yang betul manakala seramai
45 dan 1 orang pelajar telah memberi jawapan yang salah. Soalan 6 ini menguji
pengetahuan pelajar tentang daya tarikan antara molekul oksigen (O2) manakala
soalan 7 adalah menguji kemahiran pelajar dalam menentukan susunan elektron bagi
molekul kovalen iaitu molekul karbon dioksida (CO2). Bagi soalan 8 pula, seramai 21
orang pelajar telah memberi jawapan yang betul dan 39 orang pelajar telah memberi
jawapan yang salah. Soalan ini adalah menguji kefahaman pelajar dalam menentukan
jenis ikatan yang terhasil dalam pembentukan molekul ammonia (NH3).

Manakala bagi soalan 9, seramai 30 orang pelajar telah memberi jawapan


dengan betul dan selebihnya memberi jawapan dengan salah. Bagi soalan 10 pula,
didapati seramai 35 orang pelajar telah menjawab dengan betul dan selebihnya iaitu
25 orang pelajar telah menjawab dengan salah. Kedua-dua soalan ini merupakan
36

soalan daripada subtopik terakhir dalam ikatan kimia iaitu sifat sebatian ion dan
sebatian kovalen. Soalan 9 adalah menguji pengetahuan pelajar tentang sebatian ion
dan sebatian kovalen manakala soalan 10 pula menguji kefahaman pelajar tentang
takat didih bagi sebatian kovalen.

Secara keseluruhan didapati bahawa pelajar memberi jawapan dengan betul


lebih ramai berbanding jawapan yang salah bagi setiap soalan. Hanya tiga soalan
sahaja yang mempunyai bilangan pelajar yang menjawab dengan salah lebih banyak
berbanding bilangan pelajar yang menjawab dengan betul. Soalan-soalan tersebut
adalah soalan 3, 6 dan 8. Bilangan pelajar yang menunjukkan perbezaan ketara adalah
bagi soalan 7 iaitu seramai 59 orang pelajar menjawab dengan betul dan hanya
seorang pelajar sahaja yang menjawab dengan salah. Bagi soalan 9 pula,
menunjukkan bilangan pelajar yang menjawab dengan betul dan salah masing-masing
adalah sama iaitu 30 orang pelajar.

JAWAPAN PELAJAR BAGI SETIAP SOALAN

70
BILANGAN PELAJAR

60
50
40 BETUL
30 SALAH
20
10
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
SOALAN

Rajah 4.1
Jawapan pelajar bagi setiap soalan
37

4.2.2 Analisis Mengikut Subtopik Bagi Bahagian A

Analisis bagi bahagian A ini diteruskan dengan hanya tertumpu kepada jawapan
pelajar yang dijawab dengan salah untuk setiap soalan bagi menjawab persoalan
kajian yang pertama iaitu mengetahui kewujudan miskonsepsi dalam topik ikatan
kimia di kalangan pelajar. Nilai Certainty of Response Index (CRI) yang diperolehi
bagi setiap soalan diperolehi dengan menggunakan kaedah CRI. Contoh pengiraan
untuk mendapatkan nilai CRI tersebut telah ditunjukkan dalam Bab 3. Melalui nilai
CRI yang diperolehi, darjah kefahaman pelajar ditentukan berdasarkan matrik
keputusan CRI (Jadual 3.4).

Walaupun bilangan pelajar yang menjawab soalan dengan betul lebih ramai
berbanding pelajar yang menjawab soalan dengan salah, namun bagi pelajar yang
menjawab soalan dengan salah tersebut didapati mempunyai dua tahap kefahaman
iaitu kurang pengetahuan dan miskonsepsi dalam topik ikatan kimia. Kefahaman ini
ditentu berdasarkan darjah-darjah kepastian yang telah ditanda oleh pelajar semasa
menjawab soalan-soalan tersebut. Darjah-darjah kepastian ini boleh dirujuk dalam
Jadual 3.3. Majoriti pelajar menjawab setiap soalan dengan menanda darjah kepastian
“4” yang mewakili pasti walaupun jawapan yang diberi adalah salah. Berdasarkan
hasil dapatan yang diperolehi (Jadual 4.1), didapati daripada 10 soalan aneka pilihan
dalam bahagian ini hanya soalan 10 sahaja yang mempunyai nilai purata CRI yang
kurang daripada 2.5. Berdasarkan jadual matrik keputusan CRI, jika nilai purata CRI
yang diperolehi adalah kurang daripada 2.5, pelajar-pelajar tersebut telah
dikategorikan sebagai kurang pengetahuan. Maka dengan itu, soalan 10 tidak
dibincangkan secara mendalam dan boleh diabaikan kerana soalan ini tidak
mempunyai miskonsepsi. Hanya pelajar yang menjawab soalan dengan salah yang
dikategorikan sebagai miskonsepsi sahaja akan dibincangkan dengan lebih lanjut.
Oleh itu, jika nilai purata CRI yang diperolehi adalah melebihi 2.5 ke atas, pelajar-
pelajar tersebut dikatakan mempunyai miskonsepsi. Ini menunjukkan bahawa hanya
38

soalan 10 tersebut sahaja yang mempunyai pelajar yang dikategorikan sebagai kurang
pengetahuan dan terdapat pelajar yang dikatakan mempunyai miskonsepsi bagi soalan
1 hingga 9.

Jadual 4.1
Taburan pelajar dan CRI bagi setiap soalan yang dijawab dengan salah

Subtopik No. Bil. Purata Kategori


Soalan Pelajar CRI CRI
n= 60
1. Pembentukan 1 17 3.12 Miskonsepsi
sebatian
2 23 3.35 Miskonsepsi
2. Pembentukan 3 31 3.06 Miskonsepsi
ikatan ion 4 29 3.03 Miskonsepsi
5 28 3.07 Miskonsepsi
3. Pembentukan 6 45 2.60 Miskonsepsi
ikatan kovalen 7 1 3.00 Miskonsepsi
8 39 2.90 Miskonsepsi
4. Sifat sebatian 9 30 3.10 Miskonsepsi
ion dan sebatian 10 25 2.28 Kurang pengetahuan
kovalen

Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar yang menjawab soalan dengan salah


dikatakan mempunyai miskonsepsi dalam topik ikatan kimia walaupun hanya
melibatkan bilangan dan tahap pelajar yang mempunyai miskonsepsi tersebut tidak
terlalu tinggi. Kenyataan ini turut disokong oleh Chui Choi Hsia (2004) dalam
kajiannya yang menyatakan bahawa pelajar masih mempunyai miskonsepsi di tahap
sederhana bagi topik ikatan kimia. Antara 10 soalan aneka pilihan tersebut, didapati
terdapat satu soalan yang mempunyai nilai CRI yang tinggi berbanding soalan-soalan
lain iaitu soalan 2 dengan nilai CRInya adalah 3.35.
39

Jadual 4.2 menunjukkan purata CRI yang diperolehi berdasarkan soalan-


soalan yang dikemukakan bagi setiap subtopik. Berdasarkan nilai purata yang
diperolehi bagi kategori miskonsepsi menunjukkan subtopik yang paling tinggi
mengalami miskonsepsi adalah subtopik pembentukan sebatian. Diikuti pula subtopik
sifat sebatian ion dan sebatian kovalen, subtopik pembentukan ikatan ion dan akhir
sekali adalah subtopik pembentukan ikatan kovalen.

Jadual 4.2
Taburan purata CRI bagi kategori miskonsepsi mengikut subtopik

Subtopik Purata CRI


Pembentukan sebatian 3.24
Pembentukan ikatan ion 3.05
Pembentukan ikatan kovalen 2.83
Sifat sebatian ion dan sebatian kovalen 3.10

4.3 Analisis Data Bahagian B

Taburan jawapan pelajar bagi setiap soalan berstruktur dalam bahagian B dianalisa.
Setiap soalan yang terlibat dianalisis untuk mendapatkan peratus bilangan pelajar bagi
setiap jawapan yang telah dikategorikan kepada 4 darjah kefahaman iaitu faham
sepenuhnya, faham separa, miskonsepsi dan tiada kefahaman langsung.

4.3.1 Analisis Mengikut Subtopik Bagi Bahagian B

Berdasarkan Jadual 4.3 menunjukkan peratus taburan jawapan pelajar untuk setiap
kategori darjah kefahaman bagi setiap soalan mengikut subtopik dalam ikatan kimia.
40

Secara keseluruhannya, didapati peratus bagi taburan jawapan pelajar yang faham
sepenuhnya dan faham separa adalah tinggi berbanding peratus taburan jawapan
pelajar yang mengalami miskonsepsi dan tiada kefahaman langsung terhadap soalan
yang dikemukakan. Jika dilihat secara terperinci bagi setiap soalan yang terlibat
menunjukkan bahawa peratus taburan jawapan pelajar yang dikategorikan sebagai
miskonsepsi tidak terlalu tinggi. Ini menunjukkan pelajar-pelajar ini mempunyai
tahap miskonsepsi yang sederhana bagi topik ikatan kimia. Namun, didapati peratus
taburan jawapan pelajar yang mengalami miskonsepsi yang paling tinggi adalah
melibatkan soalan 1(a) sebanyak 30%, soalan 1(b) sebanyak 25%, soalan 1(c)
sebanyak 26.7% dan soalan 4(b) sebanyak 30%. Ini merupakan suatu nilai yang agak
tinggi berbanding peratus taburan jawapan pelajar yang mengalami miskonsepsi
untuk soalan-soalan yang lain.

Jadual 4.3
Peratus taburan jawapan pelajar

Subtopik Soalan Darjah Kefahaman (%)


F FS M TF
1. Pembentukan 1a 20 43.3 30 6.7
sebatian 1b 36.7 35 25 3.3
1c 38.3 31.7 26.7 3.3
2. Pembentukan 2(a) & 2(b) 65 25 6.7 3.3
ikatan ion 2c 61.7 28.3 6.7 3.3
3. Pembentukan 3(a) & 3(b) 66.7 25 5 3.3
ikatan kovalen 3c 60 33.3 5 1.7
4. Sifat sebatian 4a 70 18.3 6.7 5
ion dan sebatian
4b 16.7 48.3 30 5
kovalen
41

FS = Faham sepenuhnya
F = Faham Separa
M = Miskonsepsi
TF = Tiada Kefahaman Langsung

Seterusnya untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tahap


miskonsepsi bagi keseluruhan soalan yang terlibat mengikut subtopik boleh dirujuk
melalui Jadual 4.4. Jadual ini menunjukkan peratus taburan jawapan pelajar yang
mengalami miskonsepsi sahaja berdasarkan subtopik masing-masing. Hasil dapatan
menunjukkan peratus taburan jawapan pelajar yang mengalami miskonsepsi bagi
soalan 1 dalam subtopik pembentukan sebatian adalah sebanyak 27.8%. Bagi
subtopik pembentukan ikatan ion pula, peratus taburan jawapan pelajar yang
mengalami miskonsepsi adalah sebanyak 6.7%. Manakala sebanyak 5.0% taburan
jawapan pelajar yang dikategorikan sebagai miskonsepsi. Seterusnya bagi subtopik
sifat sebatian ion dan sebatian kovalen, peratus taburan jawapan pelajar yang
mempunyai miskonsepsi adalah sebanyak 18.4%.

Jadual 4.4
Peratus taburan miskonsepsi mengikut subtopik
Subtopik Soalan Miskonsepsi (%)

Pembentukan sebatian 1(a), 1(b), 1(c) 27.8


Pembentukan ikatan ion 2(a), 2(b), 2(c) 6.7
Pembentukan ikatan kovalen 3(a), 3(b), 3(c) 5.0
Sifat sebatian ion dan sebatian kovalen 4(a), 4(b) 18.4

Jika peratus taburan pelajar yang mempunyai miskonsepsi disusun mengikut


susunan menaik bagi setiap subtopik yang terlibat didapati subtopik pembentukan
ikatan kovalen menpunyai peratus miskonsepsi yang paling rendah berbanding
42

subtopik lain. Kemudian diikuti subtopik pembentukan ikatan ion, sifat sebatian ion
dan sebatian kovalen dan akhir sekali adalah subtopik yang mempunyai peratus
miskonsepsi paling tinggi iaitu suptopik pembentukan sebatian. Oleh itu, kesimpulan
yang boleh dibuat adalah subtopik yang mempunyai miskonsepsi paling kerap adalah
subtopik pembentukan sebatian.

4.4 Analisis Data Setiap Subtopik

Setiap data yang diperolehi dianalisis mengikut subtopik yang terlibat bagi kedua-dua
bahagian dalam ujian diagnostik ini iaitu bahagian A dan B. Setiap soalan dalam
bahagian A dan B dianalisis mengikut subtopik masing-masing berdasarkan setiap
jawapan yang diberi oleh pelajar. Penganalisaan ini juga dilakukan mengikut susunan
subtopik yang paling kerap berlakunya miskonsepsi iaitu subtopik pembentukan
sebatian. Diikuti subtopik sifat sebatian ion dan sebatian kovalen, pembentukan
ikatan ion dan pembentukan ikatan kovalen.

4.4.1 Subtopik Pembentukan Sebatian

Bahagian A: Soalan 1 dan 2

Soalan yang terlibat dalam subtopik pembentukan sebatian bagi bahagian ini adalah
soalan 1dan 2. Soalan 1 adalah mengenai prinsip asas bagi pembentukan sesuatu
sebatian. Seramai 17 orang pelajar yang tidak mengetahui prinsip asas bagi
pembentukan suatu sebatian adalah untuk menghasilkan sebatian yang stabil. Hasil
kajian (Jadual 4.1) mendapati nilai purata CRI yang diperolehi adalah 3.12.
Miskonsepsi bagi para pelajar ini berada yang agak tinggi. Miskonsepsi pelajar bagi
subtopik ini boleh menganggu pembelajaran yang seterusnya. Ini disokong oleh
43

kajian Gower, Daniels dan Loyd (1997) yang menyatakan bahawa sebarang masalah
dalam pembelajaran akan membawa kesukaran kepada pembelajaran yang
seterusnya.

Bagi soalan 2 pula, seramai 23 orang pelajar yang menjawab soalan ini
dengan salah. Miskonsepsi bagi para pelajar ini adalah berada di tahap yang agak
tinggi berbanding yang lain kerana mempunyai nilai purata CRI iaitu 3.35 (Jadual
4.1). Soalan ini adalah mengenai penyusunan elektron bagi ion yang mempunyai
nombor proton 7 dan nombor nukleon 14. Pelajar ini keliru tentang konsep penulisan
susunan elektron bagi suatu unsur. Mereka masih kurang jelas dalam penggunaan
sama ada nombor proton atau nombor nukleon yang terlibat dalam penulisan susunan
elektron. Miskonsepsi ini juga berlaku mungkin disebabkan mereka tidak jelas dalam
mentafsir simbol bagi sesuatu unsur yang telah dipelajari di awal pembelajaran
tentang formula kimia. Ini disokong oleh kajian Philip dan Philips (1991) yang
menyatakan punca miskonsepsi adalah disebabkan mereka tidak memahami konsep
kimia dengan jelas menyebabkan kesukaran menggunakan pengetahuan konsep untuk
menyelesaikan masalah kimia.

Bahagian B: Soalan 1(a), 1(b), dan 1(c)

Jadual 4.5 menunjukkan darjah kefahaman dan taburan jawapan pelajar bagi soalan
1(a). Dapatan yang diperolehi menunjukkan 20% pelajar faham sepenuhnya manakala
43.3% hanya faham separa mengenai maksud ikatan kimia. Sebanyak 30% pelajar
dikatakan mempunyai miskonsepsi dan selebihnya iaitu 6.7% lagi tiada kefahaman
langsung tentang ikatan kimia. Sebanyak 11.7% pelajar yang mengalami miskonsepsi
masing-masing menyatakan ikatan kimia merupakan ikatan yang menghasilkan daya
elektrostatik. Manakala 10% pelajar menyatakan ikatan kimia adalah suatu proses
tindak balas kimia. Sebanyak 8.3% pelajar menyatakan bahawa ikatan kimia adalah
44

suatu ikatan yang kuat terbentuk untuk menghasilkan sesuatu sebatian. Berdasarkan
jawapan yang dikategorikan sebagai miskonsepsi menunjukkan pelajar masih
mempunyai konsepsi yang salah dalam mendefinsikan ikatan kimia. Jawapan yang
seharusnya adalah ikatan kimia merupakan suatu ikatan yang terbentuk melalui
penerimaan atau kehilangan elektron daripada atom logam kepada atom bukan logam
dan melalui perkongsian elektron antara dua atom bukan logam untuk mencapai
susunan elektron yang stabil.

Jadual 4.5
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 1(a)

Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)


A. Faham Sepenuhnya 12 20
1. Ikatan kimia terbentuk melalui penerimaan atau kehilangan
elektron atau melalui perkongsian elektron untuk mencapai
susunan elektron yang stabil. 6 10
2. Ikatan kimia terbentuk apabila unsur-unsur lain bergabung
melalui tindak balas (kimia) untuk membentuk molekul atau
sebatian. 4 6.7
3. Apabila dua atau lebih atom berpadu untuk menghasilkan satu
sebatian yang stabil, ikatan-ikatan kimia yang terbentuk akan
menggabungkan atom-atom itu bersama. 2 3.3
B. Faham Separa 26 43.3
1. Ikatan kimia terbahagi kepada dua iaitu ikatan ion dan ikatan
kovalen. 10 16.7
2. Ikatan kimia terbentuk melalui pemindahan elektron daripada
atom logam kepada atom bukan logam. 8 13.3
3. Ikatan kimia terbentuk melalui perkongsian elektron antara dua
atom bukan logam. 8 13.3
C. Miskonsepsi 18 30
1. Ikatan yang menghasilkan daya elektrostatik. 7 11.7
2. Ikatan kimia adalah suatu proses tindak balas kimia. 6 10
3. Ikatan kimia adalah suatu ikatan yang kuat terbentuk untuk
menghasilkan sesuatu sebatian. 5 8.3
D. Tiada Kefahaman Langsung 4 6.7
Tidak berkaitan 1 1.7
Pengulangan 0 0
Tiada Jawapan 3 5
45

Jadual 4.6 menunjukkan darjah kefahaman dan taburan jawapan pelajar bagi
soalan 1(b). Melalui jadual tersebut didapati sebanyak 36.7% pelajar faham
sepenuhnya dan 35% lagi faham separa. Sementara itu, sebanyak 25% mempunysi
miskonsepsi dan 3.3% lagi tiada kefahaman langsung terhadap soalan yang telah
dikemukakan. Dapatan kajian yang diperolehi mendapati sebanyak 25% pelajar
mempunyai miskonsepsi telah memberi pelbagai jawapan yang berbeza daripada
penerangan konsep yang dipegang oleh saintis atau pandangan saintifik yang
diterima. Sebanyak 8.3% pelajar yang mendefinisikan ikatan ion sebagai ikatan yang
mengandungi atom logam dan atom bukan logam. Manakala sebanyak 6.7% pelajar
pula menyatakan bahawa ikatan ion terhasil melalui perkongsian elektron antara
logam dan atom bukan logam. Sebanyak 6.7% pelajar juga masih terkeliru dalam
menerangkan tentang ikatan ion yang terhasil sama ada melalui pemindahan elektron
atau pemindahan ion. Selebihnya hanya 3.3% pelajar yang menyatakan bahawa ikatan
ion adalah ikatan yang menderma atau menerima elektron. Jawapan yang diterima
oleh pandangan saintis bagi ikatan ion adalah sejenis ikatan kimia yang terbentuk
daripada pemindahan elektron daripada atom logam kepada atom bukan logam dan
menghasilkan sejenis daya tarikan elektrostatik yang kuat. Hal ini menunjukkan
pelajar masih tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang ikatan ion.

Jadual 4.6
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 1(b)
Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
A. Faham Sepenuhnya 22 36.7
1. Sejenis ikatan kimia yang terbentuk daripada pemindahan
elektron daripada atom logam kepada atom bukan logam. 13 21.7
2. Sejenis daya tarikan elektrostatik yang kuat antara ion-ion
positif dan ion-ion negatif. 9 15
B. Faham Separa 21 35
1. Ikatan ion melibatkan atom menerima atau menderma elektron
untuk mencapai susunan elektron yang stabil. 10 16.7
2. Ikatan ion terhasil melalui pendermaan atau penerimaan
elektron. 6 10
3. Ikatan ion melibatkan atom logam melepaskan elektron
manakala atom bukan logam menerima elektron tersebut. 5 8.3
46

Jadual 4.6 (sambungan)


Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
C. Miskonsepsi 15 25
1. Ikatan ion adalah ikatan yang mengandungi atom logam dan
atom bukan logam 5 8.3
2. Ikatan ion terhasil melalui perkongsian elektron antara atom
logam dan atom bukan logam. 4 6.7
3. Ikatan ion adalah terhasil melalui pemindahan ion. 4 6.7
4. Ikatan ion adalah ikatan yang menderma atau menerima
elektron. 2 3.3
D. Tiada Kefahaman Langsung 2 3.3
Tidak berkaitan 0 0
Pengulangan 0 0
Tiada Jawapan 2 3.3

Berdasarkan Jadual 4.7 didapati 38.3% pelajar mempunyai darjah kefahaman


iaitu faham sepenuhnya dan 31.7% pelajar pula faham separa terhadap soalan yang
telah dikemukakan. Seterusnya hanya 26.7% pelajar mempunyai miskonsepsi dan
selebihnya sebanyak 3.3% pelajar pula tiada kefahaman langsung. Sebanyak 16.7%
pelajar yang mempunyai miskonsepsi telah menerangkan maksud ikatan kovalen.
Jawapan yang diberikan adalah ikatan kovalen terhasil daripada pemindahan elektron
dari atom logam kepada atom logam yang lain. Selebihnya sebanyak 10% pelajar
pula menyatakan bahawa ikatan kovalen adalah ikatan yang terhasil secara ikatan
kimia antara dua atom logam yang berbeza.

Berdasarkan jawapan yang diberikan ini, didapati pelajar masih tidak dapat
membezakan ikatan ion dan ikatan kovalen. Mereka masih terkeliru dalam
menentukan sesuatu ikatan terbentuk melalui perkongsian, penerimaan atau
pendermaan elektron menyebabkan berlakunya miskonsepsi terhadap ikatan kovalen.
Ini kerana jawapan yang seharusnya bagi menerangkan maksud ikatan kovalen adalah
suatu ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara dua unsur
atom bukan logam untuk mencapai susunan elektron yang stabil.
47

Jadual 4.7
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 1(c)
Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
A. Faham Sepenuhnya 23 38.3
1. Ikatan kovalen adalah ikatan kimia yang terbentuk melalui
perkongsian elektron antara dua unsur atom bukan logam untuk
mencapai susunan elektron yang stabil. 13 21.7
2. Ikatan kovalen melibatkan atom bukan logam masing- masing
mendermakan satu elektron kepada setiap pasangan elektron yang
berkongsi. 8 13.3
3. Ikatan kovalen adalah ikatan yang terhasil apabila setiap atom
bukan logam membekalkan 1, 2 atau 3 elektron untuk berkongsi
dengan atom-atom lain. 2 3.3
B. Faham Separa 19 31.7
1. Ikatan kovalen melibatkan dua atau lebih atom bukan logam
untuk berkongsi elektron. 10 16.7
2. Ikatan kovalen adalah suatu perkongsian untuk menghasilkan
molekul yang dipanggil molekul kovalen 6 10
3. Ikatan kovalen terhasil melalui perkongsian elektron. 3 5
C. Miskonsepsi 16 26.7
1. Ikatan kovalen terhasil daripada pemindahan elektron dari atom
logam kepada atom logam yang lain. 10 16.7
2. Ikatan kovalen adalah ikatan yang terhasil secara kimia antara
dua atom logam yang berbeza. 6 10
D. Tiada Kefahaman Langsung 2 3.3
Tidak berkaitan 0 0
Pengulangan 0 0
Tiada Jawapan 2 3.3

Secara keseluruhannya, bagi subtopik pembentukan sebatian melibatkan


soalan-soalan yang menguji pengetahuan terhadap maksud ikatan kimia, ikatan ion
dan ikatan kovalen. Masih terdapat pelajar yang keliru tentang definisi yang betul
bagi ikatan kimia, ikatan ion dan ikatan kovalen. Miskonsepsi yang paling ketara
yang dapat dilihat adalah bagi ikatan ion dan ikatan kovalen. Pelajar masih tidak
dapat membezakan istilah penderma atau perkongsian elektron bagi sesuatu atom
dengan baik. Dapatan ini selaras dengan kajian Nicoll (2001) yang menyatakan
pelajar keliru dengan pengertian ikatan kimia, ikatan ion dan ikatan kovalen. Pelajar
menyatakan ikatan ion adalah perkongsian elektron manakala ikatan kovalen terhasil
48

melalui pemindahan elektron. Ini jelas menunjukkan para pelajar masih keliru dalam
memberi definisi bagi istilah-istilah yang dikemukakan. Hal ini menjadikan
kefahaman pelajar terhad dan seterusnya boleh mempengaruhi pembelajaran yang
seterusnya.

4.4.2 Subtopik Sifat Sebatian Ion Dan Sebatian Kovalen

Bahagian A: Soalan 9 dan 10

Soalan 9 menguji pelajar berkaitan subtopik sifat sebatian ion dan sebatian kovalen.
Soalan ini menguji tahap pengetahuan pelajar tentang sifat-sifat sebatian ion dan
kovalen. Seramai 30 orang pelajar yang menjawab soalan ini dengan salah dan tahap
miskonsepsi adalah di tahap sederhana. Ini kerana nilai purata CRI yang diperolehi
adalah 3.10 (Jadual 4.1).Miskonsepsi bagi soalan ini berlaku mungkin disebabkan
kegagalan pelajar untuk memahami perbezaan bagi sifat sebatian ion dan sebatian
kovalen.

Manakala bagi soalan 10 pula, hasil kajian (Jadual 4.1) mendapati seramai 25
orang pelajar telah menjawabnya dengan salah. Nilai purata CRI yang diperolehi
adalah 2.28. Ini menunjukkan pelajar-pelajar ini tidak mengalami miskonsepsi tetapi
dikategorikan sebagai kurang pengetahuan. Soalan 10 ini menguji kefahaman pelajar
tentang takat didih bagi molekul tetraklorometana (CCl4). Pelajar gagal dalam
menerangkan mengapa takat didih tetraklorometana ini rendah. Kenyataan ini
disokong oleh Nurulain Ramli (2002) yang menyatakan pelajar masih tidak dapat
menerangkan mengapa sebatian kovalen mempunyai takat lebur dan takat didih yang
rendah dengan baik.
49

Bahagian B: Soalan 4(a) dan 4(b)

Jadual 4.8 menunjukkan peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan
4(a) yang berkaitan dengan kekonduksian elektrik. Sebanyak 70% pelajar mempunyai
darjah kefahaman iaitu faham sepenuhnya terhadap soalan ini. Manakala sebanyak
18.3% pelajar mempunyai darjah kefahaman iaitu faham separa. Bagi darjah
kefahaman iaitu miskonsepsi pula melibatkan sebanyak 6.7% pelajar dan 5% pelajar
pula tiada kefahaman langsung terhadap soalan ini.

Bagi pelajar yang mempunyai miskonsepsi, terdapat tiga jawapan yang telah
diberi oleh pelajar. Antaranya adalah sebanyak 3.3% pelajar menyatakan semua
sebatian ion larut dalam air untuk menghasilkan ion-ion yang bebas bergerak.
Sebanyak 1.7% pelajar pula memberikan jawapan iaitu natrium klorida boleh larut
dalam apa-apa keadaan sekalipun. Penerangan yang betul bagi menjawab soalan ini
iaitu mengapa natrium klorida boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan
akueus adalah ion natrium (Na+) dan ion (Cl-) larut dalam air menyebabkan ion-ion
bebas bergerak untuk membawa cas-cas elektrik.

Jadual 4.8
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 4(a)

Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)


A. Faham Sepenuhnya 42 70
+ -
1. Ion Natrium (Na ) dan ion Klorida (Cl ) larut dalam air
menyebabkan ion-ion bebas bergerak untuk membawa cas-cas
elektrik. 42 70
B. Faham Separa 11 18.3
1. Sebatian ion Natrium Klorida boleh larut dalam air. 6 10
2. Sebatian Natrium Klorida merupakan sebatian ion yang terdiri
daripada ion-ion yang berlawanan cas. 3 5
3. Sebatian ion boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan
leburan dan akueus. 2 3.3
50

Jadual 4.8 (sambungan)


Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
C. Miskonsepsi 4 6.7
1. Semua sebatian ion larut dalam air untuk menghasilkan ion-ion
yang bebas bergerak. 2 3.3
2. Natrium Klorida boleh larut dalam apa-apa keadaan sekalipun. 1 1.7
3. Larutan akueus tidak mempunyai ion-ion yang bebas bergerak. 1 1.7
D. Tiada Kefahaman Langsung 3 5
Tidak berkaitan 0 0
Pengulangan 1 1.7
Tiada Jawapan 2 3.3

Berdasarkan Jadual 4.9 menunjukkan peratus darjah kefahaman dan taburan


jawapan pelajar bagi soalan 4(b). Melalui jadual didapati 16.7% pelajar faham
sepenuhnya manakala 48.3% lagi faham separa. Sementara itu, 30% pelajar
mempunyai miskonsepsi dan 5% pelajar tiada kefahaman langsung mengenai soalan
yang dikemukakan. Dapatan kajian didapati sebanyak 30% pelajar yang mempunyai
miskonsepsi telah memberi beberapa jawapan yang bercanggah dengan kefahaman
saintifik. Antaranya adalah sebanyak 11.7% pelajar yang menyatakan bahawa semua
sebatian kovalen mempunyai takat didih dan takat lebur yang rendah.

Jawapan lain yang turut diberikan adalah sebatian ion mempunyai daya Van
der Waals yang kuat dan sebatian ion mempunyi takat didih dan takat lebur yang
tinggi kerana terdiri daripada kekisi raksasa dan wujud dalam bentuk pepejal.
Jawapan yang seharusnya adalah natrium klorida mempunyai takat didih dan takat
lebur yang tinggi berbanding metana kerana tenaga haba yang banyak diperlukan
untuk mengatasi daya tarikan elektrostatik yang sangat kuat antara ion-ionnya.
51

Jadual 4.9
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 4(b)
Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
A. Faham Sepenuhnya 10 16.7
1. Natrium Klorida mempuyai takat didih dan takat lebur yang
tinggi berbanding metana kerana tenaga haba yang banyak
diperlukan untuk mengatasi daya tarikan elektrostatik yang sangat
kuat antara ion-ionnya. 6 10
2. Metana mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
kerana hanya sedikit haba yang diperlukan untuk mengatasi daya
tarikan yang lemah antara molekul-molekul. 4 6.7
B. Faham Separa 29 48.3
1. Natrium klorida mempunyai takat didih dan takat lebur yang
tinggi kerana ia merupakan sebatian ion manakala metana
merupakan sebatian kovalen. 9 15
2. Natrium klorida mempunyai daya tarikan elektrostatik yang
kuat. 8 13.3
3. Molekul metana ditarik bersama oleh daya tarikan yang lemah
(van der waals). 6 10
4. Sebatian ion mempunyai tarikan ion yang kuat antara unsurnya. 6 10
C. Miskonsepsi 18 30
1. Semua sebatian kovalen mempunyai takat didih dan takat lebur
yang rendah. 7 11.7
2. Sebatian ion mempunyai daya Van der waals yang kuat. 5 8.3
3. Sebatian ion mempunyai takat didih dan takat lebur yang tinggi
kerana terdiri daripada kekisi raksasa dan wujud dalam bentuk
pepejal. 4 6.7
4. Sebatian ion terdiri daripada cas yang berbeza, takat didih dan
takat lebur yang rendah disebabkan oleh daya tarikan yang
kurang. 2 3.3
D. Tiada Kefahaman Langsung 3 5
Tidak berkaitan 0 0
Pengulangan 0 0
Tiada Jawapan 3 5

Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai miskonsepsi dalam subtopik sifat


sebatian ion dan sebatian kovalen. Walau bagaimanapun, tahap miskonsepsinya
berada di tahap yang rendah dan tidak terlalu membimbangkan. Dalam subtopik ini,
soalan-soalan yang dibincangkan adalah berkaitan tentang sifat kekonduksian
elektrik, takat beku dan takat didih. Berdasarkan jawapan yang dikategorikan sebagai
52

miskonsepsi, pelajar masih tidak dapat menerangkan serta membezakan dengan lebih
jelas tentang kekonduksian, takat didih dan takat lebur bagi sesuatu sebatian ion dan
sebatian kovalen. Dapatan ini disokong oleh Nurulain Ramli (2002) dalam kajiannya
mendapati pelajar masih keliru tentang sifat sebatian kovalen. Miskonsepsi yang
ditemui dalam kajiannya tentang sifat ikatan kovalen adalah sebatian kovalen
mempunyai takat didih dan kemeruapan yang tinggi. Oleh itu, berdasarkan peratus
miskonsepsi mengikut subtopik yang ditunjukkan dalam Jadual 4.4 menunjukkan
subtopik sifat sebatian ion dan sebatian kovalen merupakan subtopik kedua paling
tinggi yang kerap mengalami miskonsepsi.

4.4.3 Subtopik Pembentukan Ikatan Ion

Bahagian A: Soalan 3, 4 dan 5

Soalan 3 menguji pelajar tentang subtopik pembentukan ikatan ion. Soalan ini
menguji kefahaman peljar tentang ion-ion yang hadir dalam sebatian ion yang
menpunyai formula molekul A2X3. Berdasarkan Jadual 4.1, didapati seramai 31 orang
pelajar yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Miskonsepsi pelajar bagi soalan
ini adalah di tahap sederhana yang mana mempunyai nilai purata CRI iaitu 3.06.
Pelajar ini masih keliru dalam menentukan ion-ion yang hadir dalam suatu sebatian.
Dapatan ini turut disokong oleh Chu Choi Hsia (2004) yang menyatakan bahawa
pelajar gagal untuk menentukan ion-ion yang hadir berdasarkan formula molekul
yang diberi.

Soalan 4 menguji para pelajar untuk menentukan susunan elektron yang betul
bagi natrium oksida (Na2O). Seramai 29 orang pelajar yang telah menjawab soalan ini
dengan salah. Tahap miskonsepsi keseluruhan pelajar bagi soalan ini adalah di tahap
sederhana yang mana mempunyai nilai purata CRI iaitu 3.03. Miskonsepsi ini berlaku
53

mungkin disebabkan pelajar tidak dapat menentukan pembentukan ikatan ion dalam
natrium oksida. Mereka keliru sama ada ikatan ion dalam natrium oksida terhasil
melalui pemindahan elektron atau perkongsian elektron. Ini disokong oleh Nicoll
(2001) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa pelajar masih tidak dapat
membezakan susunan elektron bagi pembentukan suatu ikatan dalam sebatian ion dan
kovalen.

Untuk soalan 5 pula, seramai 28 orang pelajar telah menjawabnya dengan


salah. Miskonsepsi pelajar bagi soalan ini berada di tahap sederhana dan nilai purata
CRI yang diperolehi adalah 3.07. Soalan ini menguji kefahaman pelajar dalam
menentukan bagaimana pembentukan sebatian kalium oksida berlaku. Miskonsepsi
ini berlaku disebabkan pelajar keliru untuk menentukan berapa elektron bagi atom
kalium yang diperlukan untuk bergabung dengan atom oksigen bagi pembentukan
sebatian kalium oksida.

Bahagian B: Soalan 2(a) & 2(b) dan 2(c)

Jadual 4.10 menunjukkan rumusan peratus taburan jawapan pelajar mengikut darjah
kefahaman masing-masing bagi soalan 2(a) dan 2(b). Kedua-dua soalan ini di analisis
bersama kerana mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Penulisan susunan
elektron yang betul seterusnya dapat menghasilkan suatu pembentukan sebatian yang
betul. Melalui Jadual 4.14 didapati 65% pelajar faham sepenuhnya untuk melukiskan
pembentukan sebatian litium oksida (Li2O) yang lengkap.

Manakala sebanyak 25% pelajar mempunyai darjah kefahaman iaitu faham


separa. Seterusnya sebanyak 6.7% pelajar yang mempunyai miskonsepsi semasa
melukiskan pembentukan sebatian litium oksida dan selebihnya sebanyak 3.3%
54

pelajar tiada kefahaman langsung untuk melukiskan pembentukan sebatian ini.


Pelajar yang mempunyai miskonsepsi, kebanyakannya melukiskan pembentukan
sebatian ini secara perkongsian elektron. Jawapan yang diberi bercanggah dengan
jawapan yang diterima oleh saintis iaitu bagi melukiskan pembentukan sebatian ion
adalah melalui pemindahan elektron untuk menghasilkan susunan elektron yang
stabil.

Jadual 4.10
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 2(a) & 2(b)
Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
A. Faham Sepenuhnya 39 65

Li O Li

2.1 2.6 2.1


atom litium atom oksigen atom litium

+ 2- +

Li O Li

2 2.8 2
39 65
B. Faham Separa 15 25

+ 2- +

Li O Li

2 2.8 2
15 25
C. Miskonsepsi 4 6.7

Li O Li

2 2.8 2
4 6.7
55

Jadual 4.10 (sambungan)


Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
D. Tiada Kefahaman Langsung 2 3.3
Tidak berkaitan 0 0
Pengulangan 0 0
Tiada Jawapan 2 3.3

Jadual 4.11 menunjukkan peratusan darjah kefahaman dan taburan jawapan


pelajar bagi soalan 2(c). Hasil dapatan yang diperolehi daripada analisis soalan 2(c)
menunjukkan bahawa sebanyak 61.7% pelajar faham sepenuhnya terhadap
pembentukan sebatian Li2O. Sebanyak 28.3% pelajar pula faham separa manakala
6.7% pelajar mempunyai miskonsepsi. Selebihnya sebanyak 3.3% pelajar tiada
kefahaman langsung terhadap soalan tersebut. Hanya terdapat dua jawapan pelajar
yang dikategorikan sebagai miskonsepsi ketika menerangkan bagaimana
pembentukan sebatian litium oksida berlaku. Antaranya adalah sebanyak 5% yang
menyatakan bahawa 2 atom litium berkongsi dengan satu atom oksigen manakala
sebanyak 1.7% pelajar pula menyatakan bahawa litium oksida merupakan sebatian
alkali. Jawapan yang diberi oleh pelajar ini seharusnya setiap atom daripada 2 atom
litium memindahkan satu elektron dari petala terluar kepada satu atom oksigen untuk
mencapai susunan elektron yang stabil.

Jadual 4.11
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 2(c)
Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
A. Faham Sepenuhnya 37 61.7
1. Setiap atom daripada 2 atom litium memindahkan satu elektron
dari petala terluar kepada satu atom oksigen untuk mencapai
susunan elektron yang stabil. 37 61.7
B. Faham Separa 17 28.3
1. Li2O terhasil melalui pemindahan elektron. 11 18.3
2. Li2O merupakan suatu sebatian ion 6 10
C. Miskonsepsi 4 6.7
1. 2 atom litium berkongsi dengan satu atom oksigen. 3 5
2. Sebatian Li2O merupakan sebatian alkali. 1 1.7
56

Jadual 4.11 (sambungan)


Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
D. Tiada Kefahaman Langsung 2 3.3
Tidak berkaitan 0 0
Pengulangan 0 0
Tiada Jawapan 2 3.3

Secara keseluruhannya, sama seperti dapatan yang diperolehi daripada


bahagian A yang menunjukkan bahawa terdapat miskonsepsi dalam subtopik
pembentukan ikatan ion. Pelajar masih tidak dapat membezakan ikatan yang terhasil
berdasarkan sebatian yang diberi dan sukar menerangkan bagaimana sebatian
terbentuk. Ini disokong oleh Nicoll (2001) yang menyatakan pelajar masih tidak dapat
memahami dengan jelas tentang pembentukan ikatan ion bagi sesuatu sebatian yang
diberi.

4.4.4 Subtopik Pembentukan Ikatan Kovalen

Bahagian A: Soalan 6, 7 dan 8

Soalan 6 menguji pelajar berkaitan dengan subtopik pembentukan ikatan kovalen.


Soalan ini adalah mengenai molekul oksigen. Seramai 45 orang pelajar gagal
menjawab soalan ini dengan betul. Walaupun bilangan pelajar ini agak ramai , namun
tahap miskonsepsi masih berada di tahap yang rendah kerana nilai purata CRI yang
diperolehi adalah 2.60. Miskonsepsi ini berlaku mungkin disebabkan pelajar masih
kurang jelas tentang daya yang wujud dalam molekul oksigen.

Untuk soalan 7 pula, hanya seorang sahaja yang telah menjawabnya dengan
salah. Ini menunjukkan pelajar yang selebihnya tidak mempunyai miskonsepsi
berkaitan dengan soalan ini. Soalan 7 ini menguji pelajar menentukan susunan
57

elektron yang betul dalam molekul karbon dioksida (CO2). Pelajar ini mungkin gagal
menentukan sama ada karbon dioksida terhasil melalui pembentukan ikatan ion atau
kovalen. Dapatan ini disokong oleh Nicoll (2001) dalam kajiannya menyatakan
bahawa pelajar masih tidak dapat menjelaskan konsep bagi ikatan ion dan kovalen
apabila diberi contoh sesuatu sebatian.

Bagi soalan 8, seramai 39 orang pelajar yang menjawab soalan ini dengan
salah. Soalan ini menguji kefahaman pelajar tentang jenis ikatan kovalen yang
terbentuk dalam molekul ammonia (NH3). Miskonsepsi pelajar bagi soalan ini berada
pada tahap yang sederhana. Nilai purata CRI yang diperolehi adalah 2.90.
Miskonsepsi wujud mungkin disebabkan pelajar masih kurang jelas dengan konsep
ikatan kovalen. Ini disokong oleh Nicoll (2001) yang menyatakan terdapat pelajar
yang tidak tahu jenis-jenis ikatan yang wujud dalam ikatan kovalen.

Bahagian B: Soalan 3(a) & 3(b) dan 3(c)

Berdasarkan Jadual 4.12, dua soalan iaitu 3(a) dan 3(b) dianalisis bersama kerana ia
mempunyai perkaitan bagi kedua-dua soalan yang dikemukakan. Sebanyak 66.7%
pelajar yang faham sepenuhnya manakala sebanyak 25% pelajar pula mempunyai
darjah kefahaman iaitu faham separa. Seterusnya sebanyak 5% dan 3.3% pelajar
masing-masing merujuk kepada peratus bilangan pelajar yang mempunyai
miskonsepsi dan tiada kefahaman langsung. Pelajar yang dikategorikan sebagai
miskonsepsi untuk melukiskan susunan elektron bagi pembentukan sebatian kovalen
adalah mereka yang memberi jawapan iaitu pemindahan elektron antara ion nitrogen
dan ion hidrogen untuk membentuk sebatian ammonia. Jawapan yang diterima oleh
saintis bagi melukis pembentukan sebatian kovalen adalah melibatkan perkongsian
elektron antara atom bukan logam dengan atom bukan logam untuk mencapai
susunan elektron yang stabil.
58

Jadual 4.12
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi item 3(a) & 3(b)
Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
A. Faham Sepenuhnya 40 66.7

H
H

H N H H N H

1 2
2.5 2.8
40 66.7
B. Faham Separa 15 25

H N H

2 2.8
15 25
C. Miskonsepsi 3 5
- +

N 3 H

3 5
D. Tiada Kefahaman Langsung 2 3.3
Tidak berkaitan 0 0
Pengulangan 0 0
Tiada Jawapan 2 3.3

Berdasarkan Jadual 4.13 menunjukkan peratusan darjah kefahaman dan


taburan jawapan pelajar bagi soalan 3(c) yang berkaitan dengan pembentukan
molekul ammonia, NH3. Sebanyak 60% pelajar faham sepenuhnya dan sebanyak
33.3% pelajar yang faham separa. Manakala 5% pelajar yang mempunyai
miskonsepsi ketika menerangkan bagaimana pembentukan ammonia berlaku.
59

Selebihnya sebanyak 5% pelajar tiada kefahaman langsung terhadap soalan


ini.Sebanyak 3.3% pelajar yang mengalami miskonsepsi menyatakan jenis ikatan
kovalen yang terhasil dalam molekul ammonia adalah ikatan kovalen ganda tiga.
Manakala selebihnya iaitu 1.7% pelajar menyatakan bahawa molekul ammonia
terbentuk melalui pemindahan elektron daripada 3 atom hidrogen kepada 1 atom
nitrogen. Jawapan yang lebih tepat bagi soalan ini adalah satu atom nitrogen, N
menyumbang 3 elektron valens manakala setiap atom hidrogen, H menyumbang 1
elektron valens untuk perkongsian.

Jadual 4.13
Peratusan darjah kefahaman dan jawapan pelajar bagi soalan 3(c)
Darjah Kefahaman Bil Peratus (%)
A. Faham Sepenuhnya 36 60
1. Satu atom Nitrogen, N, menyumbang 3 elektron valens
manakala setiap atom Hidrogen, H, menyumbang 1 elektron
valens untuk perkongsian. 19 31.7
2. Satu atom Nitrogen berkongsi elektron dengan 3 atom hidrogen
untuk mencapai susunan yang stabil. 17 28.3
B. Faham Separa 20 33.3
1. Satu atom nitrogen berkongsi elektron dengan 3 atom hidrogen. 10 16.7
2. Atom nitrogen dan atom hidrogen berkongsi elektron untuk
memenuhi susunan elektron yang stabil. 5 8.3
3. Nitrogen iaitu atom bukan logam berkongsi elektron dengan
atom bukan logam yang lain iaitu 3 atom hidrogen untuk
membentuk ikatan kovalen. 5 8.3
C. Miskonsepsi 3 5
1. Jenis ikatan kovalen yang terhasil dalam molekul NH3 adalah
ikatan kovalen ganda tiga. 2 3.3
2. Molekul NH3 terbentuk melalui pemindahan elektron daripada
3 atom hidrogen kepada satu atom nitrogen. 1 1.7
D. Tiada Kefahaman Langsung 1 1.7
Tidak berkaitan 0 0
Pengulangan 0 0
Tiada Jawapan 1 1.7

Berdasarkan jawapan yang dikategorikan sebagai miskonsepsi menunjukkan


subtopik pembentukan ikatan kovalen mempunyai tahap miskonsepsi yang paling
60

rendah. Ini mungkin disebabkan subtopik ini lebih mudah difahami pelajar
berbanding subtopik lain. Kemungkinan juga terdapat pelajar yang hanya berpegang
konsep ikatan kovalen terhasil melalui perkongsian elektron antara dua atau lebih
atom bukan logam dalam memahaminya. Maka, sebelum menentukan dan
menerangkan jenis ikatan yang terlibat, pelajar akan mengenalpasti terlebih dahulu
sama ada logam atau bukan logam yang yang wujud dalam sesuatu sebatian atau
molekul.

Oleh itu, secara keseluruhannya berdasarkan dapatan yang diperolehi bagi


setiap bahagian iaitu A dan B dalam ujian diagnostik yang dianalisa dengan kaedah
yang berbeza ini mencatatkan bahawa subtopik yang paling kerap berlakunya
miskonsepsi dalam ikatan kimia adalah subtopik pembentukan sebatian yang
mempunyai purata CRI iaitu 3.24 bagi bahagian A dan peratus darjah kefahaman
sebanyak 27.8% bagi bahagian B. Diikuti subtopik sifat sebatian ion dan sifat kovalen
yang mempunyai purata CRI iaitu 3.10 bagi bahagian A dan peratus darjah
kefahaman sebanyak 18.4% bagi bahagian B. Seterusnya subtopik pembentukan
ikatan ion yang mempunyai purata CRI iaitu 3.05 bagi bahagian A dan peratus darjah
kefahaman sebanyak 6.7% bagi bahagian B. Akhir sekali, subtopik yang paling
kurang berlakunya miskonsepsi adalah pembentukan ikatan kovalen yang mempunyai
purata CRI iaitu 2.83 bagi bahagian A dan peratus darjah kefahaman sebanyak 5.0%
bagi bahagian B.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Hasil daripada dapatan kajian dan perbincangan, didapati bahawa pelajar tingkatan
empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad mempunyai
miskonsepsi dalam topik ikatan kimia. Ini menunjukkan penggunaan ujian diagnostik
untuk mengesan miskonsepsi pelajar dalam ikatan kimia berjaya dan boleh diterima
pakai. Melalui ujian diagnostik yang telah ditadbir, kewujudan miskonspesi dapat
dikenalpasti dan ini menunjukkan objektif kajian telah berjaya dicapai.

Miskonsepsi wujud dalam keempat-empat subtopik dalam ikatan kimia iaitu


pembentukan sebatian, pembentukan ikatan ion, pembentukan ikatan kovalen dan
sifat sebatian ion dan kovalen. Walau bagaimanapun, miskonsepsi yang wujud berada
di tahap yang rendah dan tidak terlalu membimbangkan. Dalam hal ini, kewujudan
pelbagai miskonsepsi di kalangan pelajar adalah akibat daripada kegagalan untuk
62

menguasai konsep sains ( Freyberg & Osborne, 1981). Dapatan kajian lepas juga
mendapati bahawa pelajar telah mempunyai pemahaman tersendiri mengenai
perkataan saintifik sains sebelum mempelajarinya secara formal (Niaz Mansoor,
1996). Ini juga turut disokong oleh NeljaYuruk dan Omar Geban (2001) yang
menyatakan bahawa pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami
konsep baru yang hendak dipelajari.

Miskonsepsi yang berlaku mungkin juga disebabkan oleh proses pengajaran


dan pembelajaran pelajar itu sendiri. Ini disokong oleh Abdul Rashid Johar (1999)
dalam kajian mengenai miskonsepsi beberapa konsep kimia, juga mendapati bahawa
miskonsepsi pelajar berpunca daripada proses pengajaran-pembelajaran di sekolah
menengah dan matrikulasi atau asasi yang kurang menitikberatkan penghapusan
miskonsepsi di kalangan pelajar dalam bilik darjah. Oleh itu, tindakan perlu diambil
oleh semua guru untuk mengatasi masalah miskonsepsi pelajar sekolah terutamanya
terhadap topik ikatan kimia.

Melalui hasil kajian ini, guru dapat mengenalpasti miskonsepsi-miskonsepsi


yang wujud dan ini dapat membantu guru dalam merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah
melibatkan pengetahuan pelajar yang lepas atau pengetahuan sedia ada pelajar itu
sendiri. Ini disokong oleh Hewson dan Hewson (1983) yang menyatakan bahawa
strategi pengajaran yang berdasarkan pengetahuan sedia ada boleh menyebabkan
penguasaan konsep saintifik yang lebih baik. Hubungan analogi antara yang diketahui
dan yang tidak diketahui dapat membantu pelajar mempelajari pengetahuan baru dan
mengubahkan konsep sedia ada mereka. Namun, pengajaran dalam kelas yang
melibatkan penggunaan contoh atau analogi untuk menerangkan sesuatu konsep perlu
dititikberatkan. Ini kerana penggunaan contoh atau analogi yang kurang sesuai boleh
membawa kekeliruan kepada pelajar terhadap apa yang telah dipelajari.
63

Oleh itu, guru seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan yang


secukupnya untuk mengelakkan daripada memberi penerangan konsep yang salah.
Selain itu, pembelajaran bermakna harus diterapkan dalam diri pelajar. Maklumat
yang disampaikan secara tersusun dapat memudahkan pelajar untuk memahaminya.
Pengekalan maklumat yang telah disampaikan kepada pelajar ini seterusnya dapat
membantu memudahkan pembelajaran bermakna berlaku. Ini kerana maklumat yang
baru dapat disepadukan dengan maklumat yang sedia ada. Pembelajaran bermakna ini
merupakan asas kepada kefahaman dan ini boleh mengurangkan masalah miskonsepsi
yang berlaku di kalangan pelajar. Guru juga boleh menggunakan kaedah pengajaran
secara interaktif terhadap pelajarnya. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(1995), pengajaran secara interaktif melibatkan satu siri langkah-langkah pengajaran
dan pembelajaran seperti berikut:

Persediaan Pandangan Sebelum


(Preparatory) (Before Views)

Penyoalan Murid Aktiviti Pendidikan


(Children’s Questions) (Exploratory Activities)

Penyelidikan Pandangan Selepas


(Investigations) (After Views)

Renungan
(Reflection)

Rajah 5.1
Langkah-langkah dalam pengajaran interaktif
64

Guru-guru sains juga perlu boleh diberikan bimbingan khusus melalui


pengajaran yang membawa manfaat, contohnya seperti mengambilkira “pemikiran
intuitif” yang ada pada pelajar. Strategi pengajaran yang dirancang khas ini akan
dapat membantu pelajar mengatasi miskonsepsi dalam kimia dalam topik seperti
ikatan kimia. Guru harus peka kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti
sampel dalam kajian ini yang mengalami miskonsepsi dalam beberapa konsep asas.
Dengan melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai guru kimia
dapat memastikan pelajar memperolehi pengetahuan isi kandungan sains dengan tepat
dan bebas daripada miskonsepsi dalam topik-topik tertentu dalam kimia.

5.2 Cadangan

Pada keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif kajian. Namun masih
terdapat kelemahan-kelemahan walaupun tidak terlalu ketara. Oleh itu, pengkaji telah
mengemukakan beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh pengkaji-pengkaji
seterusnya untuk kajian lanjutan berdasarkan kelemahan-kelemahan yang ditemui
seperti dalam sampel, topik dan instrumen.

i. Sampel
Dalam kajian ini, hanya melibatkan pelajar seramai 60 orang sahaja.
Jumlah ini sebenarnya kurang sesuai untuk menjalankan kajian tinjauan
seperti ini. Ini kerana kajian tinjauan melibatkan bilangan bilangan sampel
yang lebih ramai. Oleh itu, dicadangkan untuk kajian lanjutan penggunaan
bilangan sampel yang lebih besar diperlukan untuk mendapat hasil
dapatan yang lebih jitu. Kajian ini juga hanya melibatkan sebuah sekolah
sahaja. Untuk kajian lanjutan, diharap sampel yang digunakan dapat
dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar-pelajar dari beberapa buah
sekolah di seluruh Malaysia. Ini kerana taburan sampel yang lebih luas
65

dapat mengesan kewujudan miskonsepsi secara menyeluruh. Selain itu,


kajian lanjutan boleh diteruskan bukan setakat melibatkan sampel pelajar
tingkatan empat sahaja tetapi boleh melibatkan pelajar-pelajar dari pusat-
pusat pengajian tinggi.

ii. Topik
Kajian ini hanya tertumpu kepada topik Ikatan Kimia sahaja. Oleh itu,
untuk kajian lanjutan dicadangkan skop kajian ditumpukan pula kepada
topik-topik lain seperti Struktur Atom, Persamaan dan Formula Kimia,
Jadual Berkala dan sebagainya.

iii. Instrumen
Kajian ini melibatkan ujian diagnostik sebagai instrumen. Ujian ini
mempunyai soalan yang berbentuk aneka pilihan dan berstruktur. Untuk
kajian lanjutan dicadangkan mempelbagaikan jenis-jenis bentuk soalan.
Selain itu, instrumen yang digunakan juga boleh dipelbagaikan seperti
temubual, kaedah pemerhatian dan soal selidik.
66

RUJUKAN

Abdul Rashid Johar . (1999). Tanggapan salah terhadap beberapa konsep kimia di
kalangan pelajar sains UKM. Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abu Hassan Kasim . (2003) . Pengajaran Pembelajaran Kimia Di Sekolah.


Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.

Alias Baba. (1988). Satu Teknik Menilai Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Sains
Melalui Pendekatan Teori Pembelajaran Ausubel. Jurnal Pendidikan,
14(2),58-61. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Kerangka Alternatif
Sains Murid Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Azizodlu, N. (2004) . Conceptual Change Orientad Instruction and Students’


Misconceptions in Gases. Diperoleh Mac 12, 2007 daripada
http://etd.lib.metu.edu.tr/upload/3/12605053/index.pdf

Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Perak. Quantum Books.

Blosser, P. E. (1996) . Science Misconceptions Research and Some Implication


for the Teaching of Science to Elementary School Students. Diperoleh Mac
22, 2007 daripada http://www.ericdigests.org/pre-925/science.htm

Boo, H. K. (1998). Students’ Understandings of Chemical Bonds and The


Energetics of Chemical Reactions. Journal of Research in Science Teaching,
35(5), 569-581.

BouJaoude, S.B. (1992). The Relationship between Students’ Learning Strategies and
the Change in their Misunderstandings during a High School Chemistry
Course. Journal of Research in Science Teaching, 29(7), 687-699.

Calik, M. & Ayas, A.(2005). A cross - age study on the understanding of chemical
solutions and their components. International Education Journal, 6(1), 30-41.

Chan Bee Leng. (2002). Kajian Mengesan Miskonsepsi Pelajar Tingkatan 4


terhadap Konsep Suhu dan Haba di Sek. Men. Keb. Sultan Abdul Aziz dan
Sek. Men. Keb. Tun Abdul Razak di daerah Hilir, Perak. Tesis Sarjana Muda
Pendidikan (Sains), Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Chang, R. (1998). Chemistry (6th). United States of America: McGraw-Hill.

Ching Yang Chow. (2002) .”Science Teachers’ Understanding of Concepts in


Chemistry ”.Prosiding of National Science Council. 12(2), 73-78.
67

Chu Choi Hsia.(2004). Kerangka alternatif pelajar aliran sains tingkatan empat bagi
topik ikatan kimia. Tesis Sarjana Muda Pendidikan (Sains), Tanjung Malim :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Committee on Undergraduate Science Education. (1997). Misconceptions as


Barriers to Understanding Science. National Academy Press.

Corwin H.C.(1999).Introductory Chemistry, Concepts & Connections (Second


Edition). USA;Prentice Hall.

Crowley,L. ,Tall, D. , Gray.E. , Maselan, A. , DeMarois, P. & Mc Gawen, M.(2001).


Symbols and the Bifuracation between procedural and conceptual thinking..
Diperoleh Mac 12, 2007 daripada http://www.warwick.ac.uk

Dawson, C.(1993).”Chemistry in Concept”. Education in Chemistry.73-76.

Eng Nguan Hong , Lim Eng Wah & Lim Yean Ching .(2004). Fokus e-Masteri
SPM- Kimia, Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Eng Nguan Hong , Lim Eng Wah & Lim Yean Ching . (2007). Focus Super SPM
-Chemistry, Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Forbes, T.P.(2004). Alternative conceptions held by Community College Chemistry


Students about Physical properties and process : Density, Solubility and
Phase Change. Diperoleh 23 Mac, 2007 daripada
http://www.lib.ncsu.edu/theses/available/etd-04062005-
110740/unrestricted/etd.pdf

Freyberg, P. & Osborne, R.J. (1981). ‘Who Structure The Curriculum: Teacher or
Learner?’ SET Research Information for Teacher 2, Item 6.

Galley, W. C.(2004). Exothermic Bond Breaking : A Persistent Misconception.


Journal of Chemical Education, 81(4), 523-525.

Gower, A., Daniel, M.W.& Loyd, D. (1997). Pupils and Paradigms: Conceptual
Demand in Nuffield “O” level chemistry. Education in Chemistry, 52,182-
183.

Hewson, M.G. & Hewson, P.W. (1983). Effect of instruction using students’prior
knowledge and conceptual change strategies on science learning. Journal of
Research in Science Teaching, 20(8): 731-743.

Jamali Md. Sah.(2004). Inovasi dan kaedah pengajaran berkesan. Diperoleh Februari
25, 2007 daripada http://portal.kukum.edu.my/pls/portal30.
68

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Kerangka Alternatif Sains Murid Sekolah


Rendah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Low Swee Neo , Lim Yean Ching , Eng Nguan Hong , Lim Eng Wah & Umi
Kalthom Ahmad.(2005). Chemistry Form 4, Selangor: Abadi Ilmu Sdn. Bhd.

Mary Wong Siew Lian & Chin Teoi Peng. (1999). Satu Kajian Mengenai Kerangka
Alternatif Pelajar-Pelajar Sains Tingkatan Empat. Diperoleh Mac 12, 2007
daripada
http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/1999/1999_05_Mary.pdf

Nakiboglu, C. (2003). Instructional Misconceptions of Turkish Prospective


Chemistry Teachers about Atomic Orbitals and Hybridization . Chemistry
Education : Research and Practice, 3(2), 171-188.

Nelja Yuruk & Omar Geban. (2001). Conceptual Change Text: A Supplementary
Material to Facilicate Conceptual Change In Electrochemical Cell Concept.
Diperoleh Mei 22, 2007 daripada Yuruk@asu.edu.

Niaz Mansoor.(1996). ‘Reasoning Strategies of Students in Solving Chemistry


problems as a function of development level, functional M. capacity and
disembedding ability’ .International Journal of Science Education .18(5).525-
541.

Nicoll, G. (2001). A report of undergraduates’ bonding misconception.


International Journal of Science Education. 23(7),707-730.

Normah Abd. Aziz. (1996). Penggunaan Peta Konsep bagi Mengatasi


Kewujudan Miskonsepsi dalam Kinematik di kalangan Pelajar Tingkatan
4. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Nurulain Ramli.(2002). Mengenalpasti kerangka alternatif dan hubungan dengan


pencapaian pelajar dalam memahami konsep asas dalam tajuk ikatan kimia
tingkatan 4 sains. Tesis Sarjana Muda Pendidikan (Sains), Tanjung Malim :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nurul Fathiyah Abdul Rahman. (2005) . Kajian Miskonsepsi terhadap pemahaman


dan penggunaan Istilah Sains dalam topik Struktur dan Fungsi Sel di
kalangan Mahasiswa Sains Major Biologi UPSI. Tesis Sarjana Muda
Pendidikan (sains), Tanjung Malim :Universiti Pendidikan Sulatan Idris.
69

Pabuccu, A.(2004). Effect of Conceptual Change Texts accompanied with analogies


on understanding of Chemical Bonding concepts. Diperoleh 23 Mac, 2007
daripada http://etd.lib.metu.edu.tr/upload/3/12605121/index.pdf

Philip, S. & Philips, P.S. (1991). Concept mapping versus problem solving among
chemistry students: a comparison between the UK and the USA. School
Science Review, 79(263), 101-104.

Pine, K. & Messer, D. (2001). ‘Children’s Misconceptions in Primary Science : a


survey of teacher’s view. Research in Science & Technological Education.
Vol.19, No.1.

Seager L.S. & Slabaugh R.M. (1997). Chemistry for Today, General Organic and
Biochemistry (Third Edition).United State of America: Prentice Hall.

Sheila Shamuganathan.(2004). Kajian Miskonsepsi bagi Konsep-konsep asas kimia di


kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Diperoleh Mac 20, 2007 daripada
http://www.kmph.matrik.edu.my

Taber, K.S. (1993). Student Conceptions of Chemical Bonding: Using Interviews to


follow the Development of a level students’ thinking. Diperoleh Februari 12,
2007 daripada http://www.leeds.ac.uk/educol/documents/00001483.htm.

Taber, K.S. (1997) . Student understanding of ionic bonding : molecular versus


electrostatics framework?School Science Review. 78(285), 85-95.

Taber, K.S . (2000) . Challenging Chemical Misconception in the Classroom.


Diperoleh Mei 22, 2007 daripada
http://.leeds.ac.uk/documents/00001525.htm.

Taber, K.S.(2003). Mediating mental models of metals: acknowledging the priority of


the learner’s prior learning. Science Education. 87, 732-758.

Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng. (2001). Satu Tinjauan Awal Konsepsi Kemahiran
Sains di kalangan Guru Sains PKPG 14 minggu di Maktab Perguruan Batu
Lintang. Diperoleh Mac 20, 2007 daripada
http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/2001/2001_9_tanmt.pdf

Yee See Fong. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kimia Tingkatan
4, Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Zurina Johari.(2005).Kerangka Alternatif di kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sains


bagi tajuk Ikatan Kimia. Tesis Sarjana Muda Pendidikan (Sains), Tanjung
Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
70

LAMPIRAN A
71
72

LAMPIRAN B
73

LAMPIRAN C

WAN ROS MAIZAN BINTI WAN JAAFAR

851110-03-6190 D20041018779

PENDIDIKAN SAINS (KIMIA)

KAEDAH PENYELIDIKAN (TSR 3023)


74

LAMPIRAN D

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJUNG MALIM, PERAK
TEL: 05-4506433

UJIAN DIAGNOSTIK UNTUK MENGESAN KEWUJUDAN


MISKONSEPSI BAGI TOPIK IKATAN KIMIA

Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat kewujudan miskonsepsi pelajar


tingkatan empat bagi topik Ikatan Kimia. Oleh itu, kerjasama anda amat diperlukan
bagi menjayakan ujian ini. Semua maklumat yang diperolehi adalah sulit dan hanya
untuk tujuan pentadbiran penyelidikan sahaja.

Arahan :
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A mempunyai 10
soalan aneka pilihan dan bahagian B mempunyai 4 soalan struktur.
2. Kertas soalan ini dalam Bahasa Inggeris diikuti dengan Bahasa Melayu.
3. Anda dikehendaki memjawab semua soalan dalam Bahasa Ingggeris dan tidak
meninggalkan sebarang soalan tanpa jawapan.
4. Setiap soalan di bahagian A disertakan dengan tahap-tahap kepastian CRI
yang perlu ditanda oleh pelajar.
5. Tahap-tahap kepastian ini adalah bagi merujuk kepada kepastian pelajar
terhadap jawapan yang diberi. Penandaan pada ruangan tahap kepastian CRI
yang diberi adalah berdasarkan skala yang diberikan di muka surat sebelah.
6. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam kertas soalan.
7. Anda diberikan masa 1 jam untuk menjawab semua soalan.
8. Kerjasama anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
75

Tandakan pilihan tahap kepastian CRI anda berdasarkan skala di bawah:

Tahap Kepastian Kriteria


0 tidak tahu langsung
1 agak-agak sahaja
2 tidak pasti
3 hampir pasti
4 pasti
5 sangat pasti

Sebelum anda mula, sila lengkapkan maklumat dibawah:


(Maklumat diperlukan hanya untuk tujuan pentadbiran penyelidikan sahaja).

Nama:
Jantina:
Kelas:
76

Section A
(Objective)

Question 1 to question 10 are followed by four options A, B, C and D. Choose the


best option by blackening the correct space on the question sheet.

Mark the Certainty of Response Index (CRI) for each question below.

1. Atoms of various elements can chemically bond together to form compounds.


What is the basic principle for formation of compounds?
Atom terdiri daripada pelbagai unsur dapat terikat bersama secara kimia
untuk menghasilkan suatu sebatian. Apakah prinsip asas bagi pembentukan
suatu sebatian?

A. Atoms are bonded together to fill their octet and looks like noble gases
Atom terikat bersama untuk memenuhi oktet dan kelihatan seperti
gas adi

B. Element form stable compounds


Unsur menghasilkan sebatian yang stabil

C. Compounds formed through the transfer or sharing electrons


Sebatian terhasil melalui pemindahan atau perkongsian electron

D. It is natural phenomena
Suatu fenomena semulajadi

CRI 0 1 2 3 4 5

2. An element X has proton number 7 and nucleon number 14. What is the electron
arrangement of X3-?
Unsur X mempunyai nombor proton 7 dan nombor nukleon 14. Apakah
susunan elektron dalam ion X3-?

A. 2.5
B. 2.8
C. 2.8.4
D. 2.8.8

CRI 0 1 2 3 4 5
77

3. An ionic compounds have molecular formulae A2X3. State the ion that exists in
this compound.
Suatu sebatian ion mempunyai formula molekul A2X3. Nyatakan ion yang
hadir dalam sebatian ini

A. X2+ and A3- // X2+ dan A3-


B. X3+ and A3- // X3+ dan A3-
C. A2+ and X3- // A2+ dan X3-
D. A3+ and X2- // A3+ dan X2-

CRI 0 1 2 3 4 5

4. Which figure below shows the electron arrangement of sodium oxide, Na2O?
[R.A.M: Na = 11, O = 8]
Rajah di bawah yang manakah menunjukkan susunan elektron bagi Natrium
Oksida, Na2O?

+ 2- +

A Na O Na

+ -

B Na O

Na O
C

Na O Na
D

CRI 0 1 2 3 4 5
78

5. How does a potassium atom take part in the formation of the compound,
potassium oxide? [R.A.M: K=19, O=8]
Bagaimanakah atom Kalium mengambil bahagian dalam pembentukan
sebatian Kalium Oksida?

A. By donating one electron to an oxygen atom.


Dengan menderma satu elektron kepada satu atom Oksigen

B. By donating two electrons from two potassium atoms to an oxygen atom.


Dengan menderma dua elektron dari dua atom Kalium kepada satu
atom Oksigen

C. By accepting one electron from an oxygen atom.


Dengan menerima satu elektron dari satu atom Oksigen

D. By accepting two electrons from an oxygen atom.


Dengan menerima dua elektron dari satu atom Oksigen

CRI 0 1 2 3 4 5

6. Molecules of oxygen, O2 are attract by


Molekul Oksigen, O2 ditarik oleh

A. Electrovalent forces // Daya elektrovalen


B. Covalent forces // Daya kovalen
C. Kinetic forces // Daya kinetik
D. Van der Waals’ forces // Daya Van Der Waal

CRI 0 1 2 3 4 5
79

7. Which of the following diagrams shows the correct arrangement of electrons in


the carbon dioxide, CO2 molecule?
Antara rajah berikut, yang manakah menunjukkan susunan elektron yang
betul dalam molekul Karbon dioksida, CO2?

A O C O

B O C O

C C O

D O C O

CRI 0 1 2 3 4 5

8. Ammonia molecule, NH3 is the covalent compound. What is the type of covalent
bond formed in this molecule?
Molekul Ammonia, NH3 merupakan sebatian kovalen. Apakah jenis ikatan
kovalen yang terhasil dalam molekul ini?

A. Single covalent bond // Ikatan kovalen tunggal


B. Double covalent bond // Ikatan kovalen ganda dua
C. Triple covalent bond // Ikatan kovalen ganda tiga
D. Electrovalent bond // Ikatan elektrovalen

CRI 0 1 2 3 4 5
80

9. Which statements are true?


Pernyataan manakah yang betul?

A. All covalent compounds have low melting points and boiling points.
Semua sebatian kovalen mempunyai takat lebur dan takat didih yang
rendah

B. All ionic compounds dissolve in water.


Semua sebatian ion larut dalam air

C. Ionic bonds is strong bonds and covalent bonds are weak bonds.
Ikatan ion merupakan ikatan yang kuat dan ikatan kovalen
merupakan ikatan yang lemah

D. Covalent compounds do not conduct electricity.


Sebatian kovalen tidak boleh mengkonduksikan elektrik

CRI 0 1 2 3 4 5

10. Which of the following statements state of tetrachloromethane, CCl4 have low
boiling points?
Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan tetraklorometana,
CCl4 mempunyai takat didih yang rendah?

A. Tetrachloromethane molecule is attracting each other by weak forces.


Molekul tetraklorometana tertarik antara satu sama lain oleh daya
yang lemah

B. Tetrachloromethane consists of ion.


Tetraklorometana mempunyai ion

C. Carbon is combining with chlorine by exothermic during the formation of


CCl4
Karbon bergabung dengan Klorin secara eksotermik semasa
pembentukan CCl4

D. Size of tetrachloromethane molecule is too small.


Saiz molekul tetraklorometana terlalu kecil

CRI 0 1 2 3 4 5
81

Section B
Answer all questions in this section

1. Define
Definisikan

a) Chemical bond // ikatan kimia

b) Ionic bond // ikatan ion

c) Covalent bond // ikatan kovalen

2. Lithium oxide, Li2O is an ionic compound


Litium oksida, Li2O merupakan sebatian ion
[R.A.M // J.AR: Li=3, O= 8]

a) Write the electron arrangement of lithium and oxygen atom.


Tuliskan susunan elektron bagi atom Litium dan Oksigen

Lithium :

Oxygen :
82

b) Draw the formation of Li2O compound.


Lukiskan pembentukan sebatian Li2O

c) Explain the formation of Li2O compound


Terangkan pembentukan sebatian Li2O

3. Ammonia molecule, NH3, is a covalent compound


Molekul Ammonia, NH3, merupakan sebatian kovalen
[R.A.M // J.A.R: N=7, H=1]

a) Write the electron arrangement of nitrogen and hydrogen atom


Tuliskan susunan elektron bagi atom Nitrogen dan Hidrogen

Nitrogen:

Hydrogen:
83

b) Draw the formation of NH3 molecule


Lukiskan pembentukan molekul NH3

c) Explain the formation of NH3 molecule


Terangkan pembentukan molekul NH3

4. a) Ionic compounds such as sodium chloride, NaCl can conduct electricity in


aqueous solutions. Explain why.
Sebatian ion seperti Natrium Klorida, NaCl dapat mengkonduksikan
elektrik dalam larutan akueus. Terangkan mengapa.
84

b)

Compound Melting point (oC) Boiling Point (oC)


Sodium Chloride 801 1413
Methane -183 -155

Table 1

Based on the table 1, why there are differences of melting point and boiling
point between sodium chloride and methane?
Berdasarkan jadual 1, mengapakah terdapat perbezaan terhadap takat
didih dan takat beku antara natrium klorida dengan metana.
85

LAMPIRAN E

Kebolehpercayaan (Reliability) Bahagian A

Case Processing Summary

N %
Cases Valid 10 100.0
Excluded a 0 .0
Total 10 100.0

a) List wise deletion based on all variables in the procedure.

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha N of Items
.786 10

Item Statistics

Mean Std. Deviation N


soalan1 1.6000 .51640 10
soalan2 1.8000 .42164 10
soalan3 1.8000 .42164 10
soalan4 1.7000 .48305 10
soalan5 2.0000 .00000 10
soalan6 1.9000 .31623 10
soalan7 1.7000 .48305 10
soalan8 1.6000 .51640 10
soalan9 1.6000 .51640 10
soalan10 1.8000 .42164 10
86

LAMPIRAN F

Kebolehpercayaan (Reliability) Bahagian B

Case Processing Summary

N %
Cases Valid 10 90.9
a
Excluded 1 9.1
Total 11 100.0

a) List wise deletion based on all variables in the procedure.

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha N of Items
.706 11

Item Statistics

Mean Std. Deviation N


S1a 2.7000 1.15950 10
S1b 2.7000 1.05935 10
S1c 2.6000 1.07497 10
S2a 2.2000 .78881 10
S2b 2.2000 1.03280 10
S2c 2.9000 .73786 10
S3a 2.4000 .96609 10
S3b 2.3000 .94868 10
S3c 3.1000 .56765 10
S4a 3.0000 .66667 10
S4b 3.2000 .78881 10

You might also like