Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendekatan Muzik Sabah

Pendekatan Muzik Sabah

Ratings: (0)|Views: 129 |Likes:
Published by fazelina

More info:

Published by: fazelina on Nov 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/19/2014

pdf

text

original

 
Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabah dalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.
35
MUZIK ETNIK SARAWAK DAN SABAH DALAM BILIK DARJAH
Oleh
Chong Pek Lin
Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching 
email: peklin_chong@yahoo.com
1.0 Pengenalan
Menurut falsafah pedagogi muzik kontemporari, konsep-konsep muzikseperti melodi dan irama elok diajar dengan menggunakan bahan muziktradisional daripada kebudayaan tempatan. Kertas kerja ini akanmemperkenalkan pendekatan baru dalam pengajaran muzik di bilik darjah,iaitu dengan menggunakan bahan muzik tradisional Sarawak dan Sabahdalam pengajaran solfa, harmoni, dan irama.
2.0 Latar Belakang
Walaupun terdapat pelbagai
genre 
lagu dan muzik instrumental di Sarawakdan Sabah yang sesuai diajar di peringkat sekolah dan Institut PendidikanGuru Malaysia (IPGM), sumber rujukan dan bahan pengajaran memangsaya akui amat terhad. Usaha ini merupakan sambungan kepada inisiatif-inisiatif lain yang saya pernah libatkan diri yang merangkumi aktivitipenerbitan, perbengkelan serta projek seperti penerbitan buku-buku
Songs from the Kenyah Community 
(1998
 )
dan
Songs from the Baram 
(2006);pengendalian Bengkel Induksi Muzik Etnik Sabah dan Sarawak untukpensyarah-pensyarah muzik seluruh Malaysia (2005); dan Projek
From Upriver longhouses to the modern classroom (2004-2006)
yang dijalankansecara usahasama dengan
Sarawak Development Institute 
dan projektersebut dibiayai oleh
United States Ambassador’s Cultural Restoration Fund.
Usaha-usaha tersebut telah membawa kepada penganugerahan
The ISME-Gibson Award for music education 
semasa Persidangan PendidikanMuzik Sedunia pada Julai 2006. Ekoran ini, saya telah diberikan
grant 
 sebanyak US$ 20,000.00 untuk menjalankan projek pembangunanpendidikan muzik yang dipusatkan di Institut Perguruan Batu Lintang.
3.0 Inovasi
Kertas kerja ini seterusnya membincangkan tiga aspek inovasi yangdiketengahkan dalam seminar ini. Pertamanya, lagu Kenyah danKadazandusun yang merupakan bahan pengajaran yang amat sesuai untukpengajaran muzik melalui pendekatan
Kodaly Choral 
. Ini berdasarkan setton lagu yang kebanyakannya dimainkan dalam skel pentatonikanhemitonik. Kaedah Kodaly menegaskan pengajaran muzik melaluinyanyian dan bermula dengan lagu dalam skel pentatonik anhemitonik.Dalam kebudayaan Kenyah dan Kadazandusun, lagu-lagu ini juga sesuaidigunakan untuk mengiringi gerak tari tradisional. Ini amat sesuai sebagai
 
Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabah dalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.
36aktiviti gerakan berirama dalam bilik darjah berdasarkan aplikasi kaedahOrff dan Dalcroze.Inovasi kedua ialah penggunaan alat muzik etnik Bidayuh dan Kenyahmenggantikan alat-alat muzik yang mahal seperti alat perkusi Orff.Ensemble
peruncong 
Bidayuh merupakan bahan pengajaran sesuai untukaplikasi pendekatan Orff yang mana murid-murid mempelajari pola iramadan kemahiran ensemble melalui permainan alat perkusi.
Jatung utang 
,sejenis zailofon kayu daripada kaum Kenyah menyerupai alat metalofon Orffyang mudah dikuasai oleh murid-murid sekolah. Tambahan pula, alat-alatmuzik Kenyah
 jatung utang, sape 
dan
lutong 
menggunakan skel pentatonikdan dapat digunakan sebagai iringan lagu pentatonik, menggantikan alatiringan kibod ataupun piano.Bagi sekolah menengah pula, ensemble Kenyah sesuai dipertimbangkansebagai ensemble pilihan yang dapat ditawarkan kepada pelajar matapelajaran Muzik menggantikan ensemble
caklempong 
yang berasaldaripada komuniti Minangkabau di Sumatra (genre ini tidak wujud diBorneo). Ini merupakan inovasi ketiga.
4.0 Rasional dan Faedah Inovasi
Walaupun muzik merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah,bahan-bahan pengajaran amat terhad dan kandungan buku-buku KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR) juga kurang sesuai. Kebanyakan lagumerupakan lagu ciptaan yang digunakan sejak 1983, dan tidak searasdengan kehendak pedagogi terkini saperti kaedah Kodaly dan Orff. Sebagaicontoh, implementasi kaedah-kaedah tersebut memerlukan koleksi laguskel pentatonik, tetapi kebanyakan lagu yang disarankan dalam sukatanKBSR adalah dalam skel major. Antara kelemahan lain yang ketara adalahkekurangan lagu rakyat Malaysia, dan saranan aktiviti berkaitan dengan alatmuzik Malaysia.Sukatan pelajaran sekolah menengah pula hanya menegaskan permainankibod, ensemble gamelan dan caklempong. Gamelan dan caklempongmerupakan alat muzik yang mahal, dan hanya boleh diperolehi dariSemenanjung Malaysia ataupun Java dan Sumatera. Selain itu, untukmenjalankan aktiviti kebudayaan di sekolah, hanya sebilangan kecil sekolahmenengah mampu membeli alat muzik tradisional yang mahal seperticaklempong dan gamelan. Untuk sekolah-sekolah Sarawak, alat-alat muziktempatan merupakan pilihan relevan yang jauh lebih murah. Ini keranaSarawak mempunyai pelbagai jenis ensemble tempatan seperti ensembel
peruncung 
(kaum Bidayuh), ensemble
sape dan jatung utang 
(kaumKenyah) dan ensembel
engkerumong 
(kaum Iban) yang jauh lebih murahdan bermakna kepada pelajar Sarawak. Ensembel
peruncung 
amat sesuaiuntuk sekolah rendah disebabkan oleh pola irama dan teknik bermain yangmudah dikuasai.
 
Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabah dalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.
37Selain itu, pada hujung abad ke-20,
 
pendidik-pendidik muzik di negara Baratmenunjukkan minat untuk mengkaji dan mempopularkan muzik dari seluruhdunia, khasnya muzik Asia dan Afrika di sekolah. Pada masa yang sama,pendidik di Asia dan Afrika juga berusaha untuk membawa muzik rakyatnegara sendiri ke bilik darjah. Suatu bidang baru, yang digelarkan ”Muzikdunia” muncul dan pelbagai bahan berasaskan tradisi muzik etnik telahdisediakan. Tetapi kebanyakan pendidik muzik mendapati bahawa merekatidak dapat mengajar skop yang begitu luas kerana masa terhad. LaguKenyah memberi sumbangan yang khusus, kerana walaupun lagu inimempunyai melodi ciri Asia, ianya masih mengikut sintaks muzik klasikBarat yang membolehkannya ditulis dalam notasi muzik Barat.
5.0 Pendekatan Pendidikan Muzik
5.1 Kaedah Kodaly 
 
Kaedah Kodaly diperkembangkan dalam sistem pendidikan Hungary dibawah pimpinan Zoltan Kodaly (1882-1987). Kodaly mempercayai bahawapenguasaan literasi muzik merupakan hak asasi sejagat. Justeru, muzikharus diajar secara berkesan kepada semua murid di semua sekolah tanpamemerlukan alat muzik yang mahal. Matlamat ini boleh dicapai melalui satusistem pengajaran muzik melalui nyanyian. Menurut Kodaly, “
Singing is the best foundation for musicianship” 
. Lagu yang digunakan sebagai bahanpengajaran dalam kaedah Kodaly dipilih secara teliti, seboleh-bolehnya lagurakyat sejati, kerana menurut beliau
“the folk songs of a child’s own heritage should be the vehicle of all early instruction” 
.Aspek lain yang penting dalam kaedah Koday adalah pengajaran konsepmuzik secara sistematik, mengikut sekuens yang tetap berdasarkanperkembangan kefahaman muzik kanak-kanak. Sebagai contohnya, dalampengajaran pic dan melodi, peringkat permulaan adalah seperti berikut.(i)
s m 
(ii
 ) l s m 
(iii)
m r d 
 (iv)
l s m r d 
(
the anhemitonic do-pentatonic scale 
)(v)
extensions of the do-pentatonic scale into the lower and higher octaves 
(vi)
la 
-pentatonic,
so 
-pentatonic and
re 
-pentatonic scalesJusteru, guru yang mengimplementasikan kaedah Kodaly memerlukankoleksi lagu yang menpunyai pelbagai set ton. Di sini, guru-guru di Malaysiamenghadapi halangan besar kerana kebanyakan lagu yang disarankandalam buku-buku KBSR dan buku lain di pasaran merupakan lagu ciptaandalam skel major atau minor sahaja. Untuk pengajaran enam peringkatpermulaan yang dinyatakan tadi, mereka memerlukan lagu pentatonik, yanghanya merupakan tiga peratus daripada lagu yang disarankan dalam buku-buku KBSR. Oleh kerana kebanyakan lagu Kenyah dan Kadazandusun

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Zurainah Lokman liked this
Chew Sook Wei liked this
shanying liked this
Vee Gunushakran liked this
Vee Gunushakran liked this
shanying liked this
shanying liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->