You are on page 1of 1

Assalaamualaikum

Kita tahu bahawa hari akhirat itu benar. Hidup ini adalah sementara berbanding akhirat yang selama-lama-lamanya. Tetapi sejauh manakah
kita sedar & yakin dengan hari akhirat. Adakah rutin harian kita mencerminkan kesediaan kita untuk bertemu hari infiniti tersebut?
Kita tidak tahu bilakah hari akhirat sebenar tetapi setiap manusia akan tiba hari akhiratnya sendiri. Bermula akhirat masing-masing
ialah apabila sang sakaratulmaut datang menjemput. Menjelang kematian itu sudah tentu fikiran kita akan teringat kepada yang tersayang
seperti ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak, kucing, harta benda dan lain-lain.
Adakah mereka ini boleh menolong kita dalam menghadapi kesakitan maut, TIDAK, malah mereka serta semua makhluk juga akan
turut menemui maut. Yang tinggal hanya Allah yang satu. Pada saat kematian hanya pada Allah kita boleh mengharapkan belas kasihan,
keampunan dan rahmatNya. Akan tetapi jika semasa hidup didunia ini Allah tiada dalam ‘senarai tersayang’ kita…agaknya bolehkah kita
mengingati Allah ketika menghadapi maut?
Dimana kedudukan Allah dalam ‘senarai tersayang’ kita hari ini? Tidak kenal maka tidak cinta. Adakah hari ini kita sudah mengenali
Allah untuk mencintai pencipta sekian alam tempat bergantung & kembali segala makhluk ? Bila lagi..?

Ayah : ‘Adik bangun solat subuh..’


Adik : ‘alaa ayah... adik ngantuk sangat ni... tidur lambat tengok Belanda kalah tadi...’
Ayah : ‘ ish.. dah nak habis waktu ni, bangun solat !’
Adik : ‘ye la..’ dengan berat hati adik bangun, setelah berwudu’ adik pun berdiri untuk solat, lintasan niat sebenar dihati adik untuk solat….
‘Sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana… ayah suruh!.. kalau taknak solat nanti kena marah!’..?

Adakah adik sudah mengenali Allah untuk cinta dan taat mengerjakan solat dengan ikhlas keranaNya ?
Dimanakah Allah? Bagaimanakah definasi khusyu’ kita dalam solat, bagaimana kita yakin bahawa Allah lah yang kita ketemu dalam
solat & pada Allah lah kita berdoa? Adakah kita bayangkan huruf alif, lam, lam, ha itu Allah? Adakah kita bayangkan kaabah dalam solat
untuk ketemu dengan Allah? Adakah konsentrasi membaca surah itu ketemuan dengan Allah? Adakah mendengar bacaan imam yang
sedap tu mengkhusyukan solat maka itulah ketemuan dengan Allah? Bagaimana pula kalau suara imam baca tak sedap? Bagaimana pula
dengan orang buta, tuli atau bisu? Ketemukah kita dengan Allah yang kita sembah? Dimana Allah? Bagaimana melihat Allah?
Selepas solat amalan kebiasaan kita ialah berzikir ‘subhanAllah’... Jika maksud ‘Maha Suci Allah’ pun belum mengerti bermakna kita
masih jauh dari mengenali Allah Al-Quddus. Jangan sampai solat & puasa jadi adat budaya kerana hanya mengikut orang lain.
Jom kita cari ilmu mengenal Allah, makrifatullah, ilmu tauhid , jawapan kepada mengenali diri dan pengertian hidup yang fana ini.
Ilmu pertama dan terutama yang wajib didahulukan. Kesedaran kepada halatuju & matlamat hidup yang ultimatum. Selangkah mencari
Allah seribu langkah Allah datang menghampiri. InsyaAllah sudah kenal maka akan terbit cinta dan keikhlasan untuk taat pada perintahNya,
menjadi landasan untuk mencapai ketaqwaan disisiNya.
Cari Allah ialah dengan ILMU. Pencarian ilmu tiada penghujung tiada kesudahan. Mengamalkan ilmu yang kita tahu Allah akan
tambah ilmu yang kita tidak tahu.
Ramadhan ini Usra TIC mengadakan majlis ilmu sebagai aktiviti motivasi kerohanian.
Tajuk : Tauhid Asas Pembentukan Diri
18 Ogos 2010, 25 Ogos 2010, 1 September 2010,
Rabu 1pm. Rabu 1pm. Rabu, 1pm.
Boardroom Usra Industries *
Boardroom Usra Tampi Boardroom Usra Industries * *
Ceramah oleh Ustaz M. Zaid Bin Hamzah.
Tuan-tuan Puan-puan Saudara-saudari yang dikasihi sekalian. Masa ceramah amatlah singkat berbanding topik yang amat luas ini. Demi masa
sesungguhnya kita dalam kerugian. Datanglah awal agar tidak ketinggalan isi kandungan majlis ini dan semoga kita akan dirahmati dan
ditunjukkan jalan yang benar dalam ikhtiar kita mencari Allah.
“Berapa banyak orang yang berdiri (mengerjakan solat sedangkan) daripada solat itu (mereka mendapat) hanya penat dan lelah.”
(An-Nasa’i & Ahmad)
“Berapa banyak orang yang berpuasa (sedangkan) daripada puasanya itu (mereka mendapat) hanya lapar dan dahaga.”
(An-Nasa’i & Ibnu Majah)
Baik dan jahat sebab kuat dan lemahnya Tauhid (keyakinan). Asas ilmu dalam Islam adalah Tauhid (Iman).
Kenal Allah dulu baru kenal solat, puasa, zakat, haji, kerja dan sebagainya.
Terlalu sibuk untuk mengenali Allah ? Kesiann….pasti menyesal kemudian hari.

* tertakluk kepada perubahan semasa

You might also like