You are on page 1of 12

BUDAYA DAN

PEMBELAJARAN
EDU 3106
DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD ZAINI BIN BAHARI


ROSIDI BIN MD SAAD
ROHANA BINTI RAHMAT
TAJUK

ETNIK DI MALAYSIA

BAJAU
ASAL USUL BAJAU
 Peribumi yang mendiami kepulauan Filipina Selatan dan Sabah.
Berasal dari Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga dan
Maluku
 Penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah
Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan
Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar
(Burma) di Utara,kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan
Nusantara.
 Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul
bangsa Bajau mendapati Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro
yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara)
pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang
lalu,
 Tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.
 Bajau adalah Melayu tulen.
STRUKTUR MASYARAKAT

 Dibahagikan kepada dua kelompok - Pala’u (Bajau Laut) dan Samah


(Bajau Darat).
 Pala’u tinggal di dalam lepa mendarat di tepian pantai atau pesisiran
untuk mendapatkan keperluan makanan , membaiki lepa ataupun untuk
mengkebumikan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.
Ramai telah bermukim di daratan - kegiatan ekonomi ,perubahan masa
dan teknologi.Pala’u juga bukan penganut agama Islam.

 Samah tinggal di darat – berniaga,bercucuk tanam,menjalankan


kegiatan ekonomi di darat.
 Tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah
adalah beragama Islam.
 Bajau - peribumi Sabah,
 Badjao - gugusan kepulauan Mindanao,
 Badjoe - Indonesia.
KEPERCAYAAN DAN AGAMA

 Seratus peratus suku kaum Bajau ( Samah )


menganut agama Islam.
 Pala’u menganut berbagai-bagai agama seperti
Islam,Kristian dan animisme.
 Corak hidup etnik Bajau di Sabah sama dengan
etnik Melayu yang ada di Malaysia.
 Menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od"
iaitu kelompok sedaerah.
 Ramai etnik Bajau dikahwini dan mengahwini
bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan
suku-suku kaum tempatan di Malaysia.
BAHASA ETNIK BAJAU

 Bahasa orang Bajau dikenali sebagai Sinama. - kata


terbitan daripada kata akar Sama - menerima
sisipan -in- - membentuk sinama yang bermaksud
bahasa kepunyaan bangsa Sama.
 Suku kaum Bajau sebenarnya - satu bangsa yang
lebih besar.
- Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak
Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek
bahasa Bajau atau Sinama.
Berikut adalah kosa kata bajau:

 Aku sayang pada mu - Lasah akuh ma ka'ah / Akuh


lasah ma ka'ah/ aku sayang tah kau
 Aku suka padamu - Bilahi akuh ma ka'ah / Akuh
bilahi ma ka'ah / aku gorot ta' kau
 Siapa namamu? - Sai onnu? / sien oron nu?
 Nama saya Dayang - On ku dayang/ oron ku dayang
 Sayang, aku cinta padamu / Sayang, aku sayang
padamu - Dayang, akuh lasah maka'ah / Sayang, aku
sinta ta' kau
 aku = aku, saya
Adat Resam Etnik Bajau
 Menetap di pantai barat dan timur Sabah - bekerja sebagai
petani dan nelayan di persisiran pantai barat - menunggang
-penyelam dan pengutip hasil laut yang mahirmenggunakan cara
tradisional.
 Di pantai timur, mereka adalah nelayan yang tinggal di Kota
Belud, Papar, Semporna dan Tuaran - digelar “Cowboy Sabah”
kerana terkenal dengan penunggang kuda.
 Peralatan Tradisional
 Lepa, - perahu - budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman
oleh suku kaum Bajau - kenderaan untuk menangkap ikan,
pengangkutan awam dan barangan, tempat tinggal, tempat
mengadakan majlis perkahwinan dan persembahan kebudayaan
 Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisi ataupun
tagunggu akan dimainkan di atas lepa,
Makanan tradisional

 Kima- sejenis kerang laut - lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot -


lauk - dimakan mentah-mentah atau dimasak bersama sayur.
 Sagol maksud mencampuradukkan. sejenis masakan -
menggunakan isi ikan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis
- sagol kering (tiada kuah) dan sagol basah (berkuah).
 Putu - ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu
dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol,
Kima, Tehek-tehek, dan beberapa makanan Tradisional Bajau
yang lain (Selalunya makanan laut)
 Tompe‘ - ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya-
digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna
kekuning-kuningan.
 Secara umumnya, 2 jenis makanan tradisional masyarakat Bajau
makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah
(inta'an).
Tarian Dalling-Dalling

 Dalling-dalling - bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak


tertentu.
 Tarian hiburan - majlis perkahwinan.
 Diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Secara
tradisionalnya penyanyi ( kalangan ) adalah pemuzik.
 Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang
pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita,
terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama
yang kadang-kadang mencecah semalaman.
 Semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari
secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan
'magbono' kalangan atau berbalas pantun.
 Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan
penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf
sebagai yang terbaik oleh hadirin.
Pakaian Tradisional

Pakaian Tradisional Suku Kaum Bajau Kota


Belud bagi lelaki dan perempuan
sememangnya wujud. Namun nama pakaian
tradisional etnik ini tidak dikenal pasti
dengan tepat.
Kesimpulan
 Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan
dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum
Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat
Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan
masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota
Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat
ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti
masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga
terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik.
Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran,
perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan.
 Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai
nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia
adalah disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi dalam
Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan
Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa

You might also like