You are on page 1of 5

LATAR BELAKANG

2. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa


Kebangsaan 1963/67, memperuntukkan bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa
rasmi dalam pentadbiran negara. Bahasa rasmi yang
dimaksudkan ialah bahasa yang digunakan dalarn semua
maksud rasmi yang meliputi wacana lisan dan tulisan di
peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri,
Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Wacana
lisan rasmi termasuklah mesyuarat, taklimat, ucapan, cerarnah,
syarahan, perbincangan pentadbiran dan yang seumpama
dengannya. Wacana tulisan rasmi pula meliputi surat-menyurat
pentadbiran, minit mesyuarat, memo, laporan, kertas cadangan,
pekeliling dan sebagainya. Bahasa yang digunakan di tempat
awam seperti pada papan iklan, papan tanda dan premis
pemiagaan juga terangkum sebagai bahasa yang digunakan
dalam urusan rasmi.
Antaranya:
• 1.) Kadar yuran yang bakal dikutip telah ditentukan
dalam perlembagaan persatuan berkenaan atau
keputusan mesyuarat.

• 2. ) Pungutan yuran dilakukan oleh Bendahari. Namun,


Jawatankuasa Persatuan atau Bendahari
boleh melantik wakil pelajar memungut yuran dan
seterusnya menyerahkan kepada Bendahari.

Penyata Kutipan Yuran


Nama Ting Yuran Jan Yuran Feb Yuran Mac
Bil
RM Tarikh RM Tarikh RM Tarikh

1
2
3
4

Kelas Agama Petang (KAP) Seluruh NS


November 12, 2010 by Mizi  
Filed under Pendidikan

Leave a Comment

SEREMBAN 12 Nov. – Kerajaan negeri akan melaksanakan program Kelas Agama Petang
(KAP) bagi pelajar sekolah menengah di seluruh negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berkata, langkah itu selari dengan
hasrat kerajaan negeri memberi peluang kepada golongan terbabit untuk menimba serta
mendalami ilmu pengetahuan Islam secara tersusun dan teratur.

Katanya, perkara tersebut juga merupakan hasil daripada kejayaan dan sambutan yang
menggalakkan daripada umum di atas pelaksanaan KAP yang diwujudkan sejak 2004 bagi murid
sekolah rendah.

”Buat masa ini ia masih berada di peringkat cadangan dan kita akan meneliti setiap aspek secara
terperinci sebelum melaksanakannya di peringkat sekolah menengah.

”Namun,begitu bagi peringkat awal kita mungkin akan cuba memulakan program KAP di
sekolah menengah yang berasrama di negeri ini,” katanya selepas hadir pada Majlis Khatam al-
Quran Perdana Sekolah KAP, j-QAF dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Peringkat Negeri
Sembilan 2010 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Abdul Halim Abdul Razak serta beberapa Ahli
Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, ketika ini pelbagai perkara diteliti sebelum ia dapat dilaksanakan termasuk melihat
jadual pembelajaran pelajar yang sentiasa padat.

”Pelajar sekolah menengah mempunyai banyak program kurikulum selain kokurikulum. Kita
akan lihat kemampuan melaksanakan KAP di sekolah menengah ini,” ujarnya.

Jelas beliau, pelaksanaan KAP di peringkat sekolah rendah telah menunjukkan hasil yang amat
memberangsangkan bukan sahaja daripada segi prestasi murid, malah turut mendapat sambutan
baik daripada ibu bapa.

”Sehingga hari ini kita menggunakan 2,355 bilik darjah di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di
seluruh negeri bagi menjayakan program KAP,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau amat berpuas hati dan gembira dengan keputusan
keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid di negeri ini yang
diumumkan hari ini.
”Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada
warga pendidik, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), guru-guru, murid serta ibu bapa di
atas kejayaan ini.

”Tahniah kepada 2,324 orang calon negeri ini yang berjaya mendapat 5A dan 7A pada UPSR
dan nyata ia peningkatan sebanyak 0.3 peratus berbanding tahun lalu.

”Pencapaian cemerlang ini juga memperlihatkan peningkatan baik Gred Purata Negeri (GPN)
sebanyak 0.01 peratus kepada 2.19 di mana nilainya berkurangan berbanding 2.20 pada tahun
lalu,” katanya.

Mohamad juga gembira dengan prestasi murid luar bandar yang dilihat mendorong kepada
keputusan cemerlang keseluruhan di negeri ini.

”Ini membuktikan murid luar bandar sudah ‘bangkit’ dan semakin deras memburu kejayaan
dalam pendidikan sebagaimana yang diperoleh oleh pelajar di bandar,” tegasnya.

You might also like