Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Mukasurat|
1
DEFINISI ISTILAH GEOGRAFI
1. CUACA
Keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara, dll) di sesuatu tempatpada sesuatu ketika tertentu.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4
Istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak danpelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet.
Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu
2
. IKLIM
Keadaan cuaca (suhu, hujan) dalam jangka masa yang panjang di sesuatu tempat.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4
Purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35tahun dan meliputi skala yang luas.
Sumber : Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal 
3
. KERPASAN
Hujan, hujan batu, salji dan sebagainya yang terhasil daripada pemeluwapan wap air di udara yang jatuh ke permukaan bumi.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4
Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku yang terjadi akibat daripadaproses pemeluwapan atau kondensasi.
Sumber : Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal 
4
. SUHU
Panas sejuknya sesuatu benda (badan, hawa, dll).
Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4
Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.
Sumber : Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal 
 
Mukasurat|
2
 
5
. JULAT SUHU
Lingkungan antara dua had iaitu Suhu maksimum ± suhu minimun (yang dinyatakandengan angka)
Sumber : Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. 2007. Teks PRA-U STPM, Geografi  Alam Sekitar Fizikal. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
6
. KELEMBAPAN MUTLAK
Kuantiti air dalam isipadu tertentu udara. Unit paling biasa adalah gram per meter padu.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelembapan
Jumlah wap air yang terkandung dalam udara pada sesuatu suhu tertentu.
Sumber : Yew Poi Keng, Subramaniam Periasamy, wa Chin Onn & Tee Wah Poo.2006. Nota Lengkap STPM, Geografi Alam Sekitar Fizikal kertas 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
7
. KELEMBAPAN BANDINGAN
Nisbah tekanan separa wap air dalam satu campuran gas antara udara dan wap air terhadap tekanan wap tepu air pada satu suhu yang diberi.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelembapan
Nisbah jumlah wap air yang sebenar yang terdapat dalam jisim udara berbandingdengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh jisim udara tersebut pada suhudan tekanan tertentu.
Sumber : Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. 2007. Teks PRA-U STPM, Geografi  Alam Sekitar Fizikal. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
8
. ANGIN MONSUN
Satu pola angin musiman yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan,kemudiaanya hilang dalam satu tempoh masa yang singkat lazimnya sebulan danselepas itu bertiup pula pada arah yang bertentangan dalam tempoh beberapa bulanbagi baki dalam satu tahun tertentu.
Sumber : Wladimir Peter Köppe
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more