You are on page 1of 25

NOTA RINGKAS ANTOLOGI TINGKATAN 5

DIRGAHAYU BAHASAKU
PUISI TRADISIONAL

PANTUN ENAM KERAT

Md. Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)

Putik kelapa menjadi muda,

Kelapa muda jadi kemirau,

Sudah kemirau menjadi kotai;

Hati luka pura tiada,

Rasa pedih buat tak hirau,

Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,

Galah pendek buluh sumpitan,

Buluh bersisip tali jerami;

Bukan salah ibu mengandung,

Sudah takdir sudah suratan,

Sudah nasib jadi begitu.

Hak Cipta Terpelihara 2


Surat bermuat ikan cencaru,

Gelama tidak berumpan lagi,

Kail tersangkut di tepi batang ;

Sudah dapat orang yang baru,

Yang lama tidak berkenan lagi,

Ibarat melukut di tepi gantang.

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003

ILADAM dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Maksud Pantun

i. Rangkap 1: kekecewaan yang benar-benar dirasai oleh seseorang perlu ditangani


tetapi jangan dilayan perasaan kecewa walaupun hati betul-betul
terluka/kecewa.

ii. Rangkap 2; Semua peristiwa yang berlaku/kecewa cinta merupakan ketentuan


tuhan dan tidak perlu menyalahkan orang lain

iii. Rangkap 3; Perasaan hina menyebungi diri orang yang kecewa cinta apabila
kekasih hati jatuh hati dengan orang lain/orang baru

Hak Cipta Terpelihara 3


Tema :

Ketabahan hati semasa berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan

Persoalan:

i. Perasaan kecewa yang perlu dihadapi dengan tabah tanpa menyerah kalah pada
takdir.

ii. Perasaan rendah diri apabila dikecewakan oleh orang yang dikasihi

iii. Menerima takdir hidup dengan pasrah.

Gaya bahasa:

Peribahasa : i. Ibarat kaca jatuh ke lantai

ii. Bukan salah ibu mengandung

iii. Ibarat melukut di tepi gantang

Nilai:

i. Ketabahan; tabah menghadapi kekecewaan dalam percintaan

ii. Keredaan; reda akan takdir tuhan

iii. Rasional : tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa diri

Pengajaran:

i. Kita perlu tabah dan kuat semangat apabila berhadapan dengan kekecewaan.

ii. Kita mesti menerima ketentuan tuhan dengan reda dan pasrah.

iii. Kita mesti bersikap rasional apabila berhadapan dengan masalah dalam

kehidupan tanpa menyalahkan orang lain.

Hak Cipta Terpelihara 4


PANTUN LAPAN KERAT

(Harun Mat Piah (Penyelenggara )

Buat bangsal di tengah hutan,

Tebaslah hutan buat halaman,

Di tepi halaman menanam kubis,

Diselang dengan pokok papaya;

Biarlah sabar dengan perlahan,

Itulah tanda tuan beriman,

Tidak patah digoncang syaitan,

Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,

Anak ketam disangka lelabi,

Berburu musim tengkujuh,

Dapat buruan dibelah-belah;

Bukan makhluk sebarang-barang,

Cucu Adam sepaian nabi,

Turun dari langit ketujuh,

Jadi khalifah kepada Allah.

Hak Cipta Terpelihara 5


Lengkang-lengkung apa dipaku,

Paku jatuh patah dua,

Menjadi riuh orang di darat,

Anak Cik Itam jatuh jalar;

Bumi kandungan nenek moyangku,

Kerana lalai rosak binasa,

Kebudayaan Timur dinodai Barat,

Bahasa ibunda hina terbiar.

Puisi Melayu Tradisional:Nasihat dan Pengajaran, 2004

Dewan Bahasa dan Pustaka

Maksud Pantun

1. Sifat sabar dapat melindungi diri kita godaan syaitan/ memperoleh kejayaan hidup.

2. Manusia yang menjadi khalifah di dunia ialah mahkluk pilihan tuhan.

3. Budaya Timur yang rosak di negara sendiri kerana pengaruh Barat ; akibat kelalaian
rakyat sendiri yang mengagung-agungkan budaya Barat.

4. Bahasa ibunda yang terpinggir di negara sendiri akibat sikap mengagung-agungkan


budaya orang lain/budaya Barat.

Hak Cipta Terpelihara 6


Tema:

Tanggungjawab terhadap agama, negara, bahasa dan bangsa

Persoalan:

i. Sifat sabar yang perlu dimiliki untuk berhadapan dengan godaan syaitan.

ii. Kesabaran menunjukkan tahap kekuatan iman yang tinggi ;

iii. Kesabaran mampu memberi kejayaan kepada manusia.

iv. Kemuliaan manusia sebagai pemimpin dunia

v. Kelalaian dan terlalu mengagungkan budaya Barat yang akhirnya merosakkan


budaya dan bahasa ibunda di negara sendiri.

vi. Tanggungjawab yang mesti dipikul oleh rakyat negara ini demi kedaulatan
budaya dan bahasa ibunda.

Nilai.

i. Kesabaran

ii. Tanggungjawab

iii. Semangat patriotik/jati diri

Pengajaran

i. Kita perlu mempunyai sifat sabar untuk berjaya melawan hasutan syaitan.

ii. Kita perlu menjaga amanah yang diberi tuhan sebagai pemimpin di dunia ini.

iii. Kita perlu mempertahankan budaya Timur daripada pupus ditelan


budaya Barat.

iv. Jangan lalai dengan arus kemodenan yang akhirnya akan merosakkan

identiti bangsa dan negara sendiri.

Hak Cipta Terpelihara 7


GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki)(Penyelenggara)

Hendak pandai mengahargai masa,

Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,

Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,

Usah berduka bermuram durja.

Hidup alam kemuliaan kesederhanaan,

Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalam,

Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,

Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepeimpinan melalui teladan,

Baik buruk jadikan sempadan.

Hak Cipta Terpelihara 8


Menjadi kewajipan menjalan tugas,

Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,

Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,

Perkara susah menajdi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,

Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,

Kembangkan bakat semoga aktif.

Seuntai Kasih Secebis Harapan, 2007

Akam Print

Hak Cipta Terpelihara 9


Tema:

Pembinaan jati diri manusia yang baik dan berguna kepada bangsa dan negara.

Persoalan;

 Sifat-sifat murni yang perlu dimilki oleh setiap rakyat demi kesejahteraan negara

 Stail kepimpinan yang mampu mempengaruhi gaya kerja rakyat.

 Tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

 Ketinggian peribadi sangat penting semasa melaksanakn tugas.

 Kepentingan pengurusan masa yang cekap semasa bekerja.

 Keperluan budaya kreatif untuk mengembangkan bakat dan potensi bekerja.

Nilai

1. Menghargai masa 7. Baik hati

2.Ketekunan dan kegigihan 8. Bertimbang rasa

3. Kesederhanaan 9. Bersimpati

4. Kebijaksanaan 10. Ketegasan

5. Berhemah tinggi 11. Kebijaksanaan

6. Amanah/kejujuran 12. Kesabaran

Hak Cipta Terpelihara 10


Pengajaran

1. Kita hendaklah menghargai masa

2. Jangan bertangguh melaksanakan kerja

3. Kita hendaklah tekun dan gigih bekerja

4. Kita perlu ada perasaan suka bekerja agar sentiasa ceria di temapat kerja

5. Hendaklah mengamalkan kesedehanaan dalam hiudp

6. Hendaklah bijak membuat keputusan

7. Sentiasa ada perasaan baik hati, bertimbang rasa

8. Kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja

9. Kita hendaklah sabar dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan masalah.

10. Jangan menyembunyikan bakat dan kebolehan yang ada

11. Kita hendaklah berani menonjolkan kebolehan diri.

12. Kita perlu kreatif agar kebolehan terserlah kebolehan diri.

13. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.

Hak Cipta Terpelihara 11


SELOKA SI LUNCAI

Md. Ali Bachik (ILADAM) ( Penyelenggara)

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...

Ada rumah tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,

Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tidak selidik

Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada mata tiada kuasa,

Ada kuat tiada buat,

Biarkan,biarkan ..!

Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003

ILADAM dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Hak Cipta Terpelihara 12


Maksud seloka

1. Sikap Si Luncai yang sambilewa/ acuh tak acuh

2. Tidak mempeduli keharmonian keluarganya

3. Tidak member pendidikan kepada anak-anaknya

4. Malas bekerja walaupun ada ternakan dan kebun untuk diusahakan

5. Malas mebggunakan kecerdikan untuk memajukan diri

6. Malas belajar/ menambah ilmu

7. Malas berusaha walaupun ada kekuatan fizikal

8. Malas menggunakan kelebihan diri/ kekuatan diri

9. Sikap masyarakat yang lebih gemar melihat kekurangan orang lain daripada
memberi teguran .

Tema;

Kewarasan akal dalam tindakan.

Persoalan;

1. Kebijaksanaan menggunakan akal dalam setiap tindakan yang dilakukan.

2. Sikap individualistik dalam masyarakat

3. Sikap tidak mahu ambil peduli tentang hal orang lain.

4. Sikap bodoh sombong masyarakat yang tidak boleh ditegur

5. Amalan sambil lewa yang berakar umbi dalam masyarakat

6. Perasaan sensitif/peka yang kian hilang dalam masyarakat

Hak Cipta Terpelihara 13


7. Semangat kejiranan yang semakin pupus dalam tradisi masyarakat

8. Sifat negatif masyarakat yang suka melihat kelemahan orang lain

9. Sikap masyarakat yang hanya mengikut kata tanpa berfikir akan kesan yang
akan diterima/tidak menggunakan akal dalam tindakan

Secara keseluruhannya Seloka Si Luncai mengajak pembaca berfikir tentang


situasi yang berlaku dalam masyarakat kini. Secara halus masyarakat dikritik
melalui watak Si Luncai.

Tindakan yang terburu-buru akan membawa kerugian kepada diri dan masyarakat
serta negara

Si Luncai digambarkan sebagai ;

1. Bijak menggunakan akal apabila bertindak TETAPI

2. Bersikap sambalewa

3. Pemalas

4. Suka berfoya-foya

5. Tidak bertanggungjawab

Namun begitu, sifat masyarakat di sekeliling Si Luncai juga dikritik secara halus
iaitu;

1. Individualistik

2. Hilang sifat kejiranan

3. Hanya menurut kata tanpa berfikir panjang

4. Hanya pandai mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan


sendiri

Hak Cipta Terpelihara 14


Latar Masyarakat

1. Masyarakat individualistik

2. Masyarakat yang suka berfoya-foya

3. Masyarakat bodoh sombong

Nilai

1. Kebijaksanaan

Pengajaran

1. Kita hendaklah menggunakan akal yang waras apabila melakukan sesuatu tindakan

2. Kita hendaklah berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu perkara

3. Jangan hanya tahu mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan
sendiri

4. Kita jangan terburu-buru dalam semua tindakan agar tidak membawa


kerugian/kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

5. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan dengan berhemah untuk mengatasi


masalah

6. Kita hendaklah menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan tuhan dengan penuh
bijaksana

Hak Cipta Terpelihara 15


KOSA KATA

1. ali = tinggi (Arab)

2. balak = bala

3. berhambayan = melambai-lambai

4. bersampaian = tersidai/tersampir di
bahu

5. beruitan = bergerak sedikit

6. gundik = bukan isteri gahara

7. jazbah = keadaan diri yang sedar


bahawa Allah mendahului

SYAIR MAKNA RIAK


segala-galanya apabila melihat
sesuatu

8. kasad = maksud/niat/tujuan
Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman
Kaeh (Penyelenggara) 9. mantik = akal(sebab dan musabab
tentang sesuatu kejadian )

10. nahu = tatabahasa

11. riak = suka menunjuk-nunjukkan


Kemudian dinyatakan makna riak, amalan ibadah atau sesuatu
kebaikan
Amal ibadat kerana manusia
12. sarap = Sampah

Inilah lkebencian Tuhan yang sedaya, 13. sualak = suka

Sebab kerana syirikkan Dia. 14. syirik = perbuatan menyekutukan


Allah/menganggap Allah itu
banyak

15. wali = orang yang rapat


hubungannya dengan Allah SWT
Terkadang riak pula dilakukan,
16. zikir = perbuatan mengingati Allah
Mengiringkan beberapa puasa tak makan, SWT dengan ucapan/kalimah
yang diulang-ulang

Bertutur itu suara diperlahankan,

Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,

Akan dunia tidak dipeduli,

Hemahnya itu sangatlah ali,

Hak Cipta Terpelihara 16


Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,

Bersurah ketika orang berjamu,

Berkata-kata tidaklah jemu,

Nahu dan sarap habis disapu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,

Bicara alhayat konon diselidik,

Supaya disangka ianya cerdik,

Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,

Berserban lilit ekor berhambayan,

Sejadah di bahu bersampaian,

Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,

Lidah berzikir Allah Taala,

Terkadang jazbah seperti gila,

Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,

Hak Cipta Terpelihara 17


Amal itu tentu ditolak,

Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,

Allah Taala sualak.

Puisi Melayu Tradisi 1993

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Maksud rangkap syair

a. Takrif riak ialah amal ibadat dibuat hanya untuk manusia merupakan perbuatan
yang paling dibenci oleh Allah SWT

b. Ada sesetengah manusia melaksanakan ibadat puasa dengan tujuan dipuji


tentang kelebihannya tidak makan, bertutur dengan suara yang rendah dan
tidak mempedulikan kesihatan diri.

c. Sesetengahnya pula tidak mahu langsung menikmati kesenangan dunia


sedangkan sebenarnya sebenarnya di dalam hati penuh dengan keinginan untuk
mencari kesenangan materialistik.

d. Ada sesetengah manusia suka menunjuk-nunjukkan kelebihan ilmunya di


hadapan khalayak ramai.

e. Ada yang menggunakan ilmu untuk menunjuk-menunjuk kearifan berbincang


tentang kejadian alam agar dikagumi orang lain sehingga ditawarkan
perempuan-perempuan untuk dijadikan isteri.

f. Sesetengah manusia pula bersifat riak melalui cara dikatakan alim, tangan
sentiasa membilang tasbih.

g. Sesetengah manusia pula asyik berzikir tanpa henti agar dilihat manusia seorang
yang hebat ilmu agamanya supaya dipilih menjadi pemimpin.

h. Kesemua sifat riak di atas tidak disukai Allah SWT. Segala amalan ditolak Allah
SWT dan amalannya dicampak semula ke muka pengamalnya.

Tema

Hak Cipta Terpelihara 18


* Sifat riak yang ada dalam diri manusia

* Sifat suka menunjuk-nunjuk kelebihan diri

Persoalan

i. Manusia yang sering berpura-pura agar diri dipandang tinggi dan dipuji manusia

ii. Kebencian Allah SWT terhadap manusia yang memiliki sifat riak

iii. Manusia yang menggunakan dalaman agama sebagai cara untuk mencari

kedudukan tinggi dalam masyarakat.

Latar masyarakat

i. Masyarakat yang mementingkan kedudukan dan sanjungan.

ii. Masyarakat yang memiliki sifat riak dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan diri.

iii. Masyarakat yang menggunakan agama untuk mencari kedudukan dan pujian
dalam masyarakat.

iv. Masyarakat yang membelakangkan keikhlasan dalam melaksanakan tugas.

Pengajaran

i. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara/pekerjaan semata-mata kerana Allah


SWT

ii. Kita mesti ikhlas melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah SWT

iii. Kita jangan menggunakan agama sebagai landasan untuk mencari sanjungan
manusia.

iv. Kita hendaklah menyembunyikan amal kebaikan daripada diketahui manusia agar
tidak ada perasaan riak akan kebaikan yang dibuat.

v. Kita jangan mengundang kebencian Allah SWT dengan perbuatan yang


melampau dalam beribadat.

Hak Cipta Terpelihara 19


vi. Kita jangan menggunakan amalan agama untuk
mengejar kedudukan sebagai pemimpin.

KOSA KATA

1. bercinta = berat rasa hati untuk


melakukan
sesuatu

2. bermara =
berbahaya/mengh
adapi bahaya

3. cogan = panji-panji atau


lambang

4. dera = pukulan dengan


rotan/cemeti

Syair Pemberontakan Patani 5. dura = risau /susah hati

Mohd Yusof Md Nor dan Abdul Rahman 6. masyghul = susah


hati/murung/sedih
Kaeh (Penyelenggara)
7. mudarat = bahaya

8. pegari = dapat dilihat

Laksamana dititahkan Betara, 9. peri = kata

Ke negeri Patani berjalan segera,

Mendapat cogan Raja Senggora,

Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan,

Sekalian tidak boleh dipersalahkan,

Kesalahan pinta dimaafkan,

Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

Setelah demikian titah betara,

Hak Cipta Terpelihara 20


Laksamana tiada berani dura,

Kerana negeri hendak dipelihara,

Kelak menjadi huru hara.

Bonda Duli Mahkota Indera,

Pada Laksamana emak saudara,

Sakit terlantar hampir bermara,

Meninggalkan dia tiada terkira.

Daripada kerja terlalu berat,

Ke atas negeri hendak mudarat,

Jadilah dititah duli hadirat,

Bimbang dan masygul disuruh kerat.

Tiada lagi terkata-kata,

Sudah dengan titah Sang Nata,

Diputuslah hati yang bercinta,

Kepada Allah diserah semata.

Hak Cipta Terpelihara 21


Niat laksamana yang pegari,

Daulat baginda barang berdiri,

Jika selamat sentosa negeri,

biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa,

Bonda yang sakit tiada dilupa,

Kerana sakit berat menimpa,

Yakin hatinya tiada berjumpa.

Daripada sudah demikian peri,

Keberatan tertanggung di atas negeri,

Yang sakit itu seorang diri,

Bala yang datang meliput negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara,

Tiadalah lagi terkira-kira,

Berjalanlah pergi bersegera-segera,

Mendapat cogan Raja Senggora.

Hak Cipta Terpelihara 22


Puisi Melayu Tradisi ,1993

Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Maksud rangkap

1. Laksamana mendapat perintah daripaa betara agar segera ke negeri Patani bagi
mendapatkan panji atau lambing kebesaran Raja Senggora (menyatakan taat setia
kepada Raja Senggora) yang dikatakan akan menjatuhkan hukuman dan siksaan.

2. Di sana nanti laksamana dititahkan agar memohon maaf daripada Raja Senggora dan
merayu agar hukuman tidak dijatuhkan ke atas pegawai yang ditahan.

3. Setelah menerima titah betara, laksamana tidak mahu menunjukkan keresahannya


kerana keamanan negeri perlu dipelihara.

4. Kerana pada ketika itu bonda saudaranya iaitu duli mahkota indera sedang mengalami
sakit yang bahaya dan hati laksamana terasa amat berat untuk meninggalkan
bondanya itu.

5. Segala kebimbangannya diketepikan kerana situasi negara berada dalam keadaan


yang mencemaskan.

6. Laksamana tidak dapat membantah arahan Betara (Sang Nata) walaupun hatinya amat
berat untuk melaksanakan tugas tersebut. Laksamana akhirnya menyerahkan segala-
galanya kepada Allah SWT.

7. Laksamana tetap menjunjung perintah raja demi memastikan raja terus berdaulat dan
berkuasa dalam negeri dan negeri berada dalam sentosa.

8. Laksamana ke Patani walaupun hatinya amat sedih dan berat untuk meniggalkan
bonda saudaranya kerana dia yakin tidak dapat lagi bertemu dengan bonda
saudaranya.

Hak Cipta Terpelihara 23


9. Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri lebih utama dari memikirkan tentang
kesaktian yang ditanggung oleh seorang sahaja. Seluruh negeri akan musnah jika
diserang musuh.

10. Maka, perintah Betara ( Seri Betara) segera dijunjung tanpa berfikir panjang.
Laksamana segera berjalan ke Patani bagi mendapatkan perlindungan Raja Senggora.

Maksud syair

Secara keseluruhannya syair ini menyampaikan pesanan :

1. Keperluan seorang pemimpin yang mengutamakan keselamatan negara


berbanding keselamatan dan kepentingan peribadi.

Tema

Semangat patriotik pemimpin.

Persoalan

i. Semangat cinta akan keamanan negara yang tinggi dalam diri seorang pemimpin

ii. Sikap mengutamakan keselamatan negara melebihi kepentingan peribadi

iii. Taat akan perintah demi keselamatan negara

iv. Kesanggupan berjuang semata-mata mempertahankan kedaulatan negara.

Nilai

i. Semangat cinta akan negara/sayang akan negara

ii. Ketaatan

iii. Keberanian

Hak Cipta Terpelihara 24


iv. Keredaan atau pasrah akan kehendak tuhan

Pengajaran

i. Hendaklah mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan musuh

ii. Hendaklah mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan


keluarga

iii. Hendaklah ada perasaan sayang akan Negara dan berusaha mempertahankannya

iv. Hendaklah banyak berserah dan memohon pertolongan daripada Allah SWT apabila
berada dalam kesusahan.

v. Hendaklah menjunjung perintah ketua dengan rela hati demi keselamatan negara.

SAJAK

DIRGAHAYU BAHASAKU

AHMAD SARJU

Hak Cipta Terpelihara 25

You might also like