You are on page 1of 4

Autogenesis Training Team

Program Motivasi Garudapi ®

Pengenalan
Kursus Dua Hari Membantu Ahli Pasukan Organisasi
 Membina kualiti mental yang tinggi untuk keutuhan pasukan
 Membina nilai-nilai kecemerlangan individu dalam hidup
 Meneroka potensi terpendam demi meningkatkan prestasi
organisasi
Apakah cabaran organisasi anda?

Setiap organisasi mempunyai cabaran yang tersendiri. Khasnya jika


organisasi sedang giat membina wawasan dan ahli pasukan perlu
menyesuaikan diri dengan rentak perkembangan yang pesat. Semua
cabaran ini akan dibentangkan dan diselesaikan dalam program ini.

30 cabaran yang dihadapi oleh kaki tangan dan pasukan


pengurusan organisasi ialah :

1. Ahli pasukan tidak sedia memikul tugasan baru yang lebih mencabar
2. Ahli pasukan mempunyai berbagai masalah peribadi dan mengganggu
perkembangan syarikat
3. Ahli pasukan tidak mempunyai sikap yang diperlukan dalam arena baru
organisasi
4. Ahli pasukan terlalu menuntut ganjaran tidak sudi berkorban masa dan
tenaga sebelum syarikat mencapai status yang stabil
5. Ahli pasukan tidak ada pendirian dan mudah terpedaya oleh individu
bermasalah yang lain
6. Ahli pasukan diingat berulang kali tetapi masih gagal membetulkan
kesilapan
7. Ahli pasukan tidak sedia menghormati keputusan organisasi
8. Ahli pasukan membina benteng kemajuan dan menganggap setiap usaha
syarikat sebagai ugutan dalam hidup mereka
9. Ahli pasukan melihat kemajuan syarikat sebagai suatu yang merugikan
diri kerana hanya membantu majikan menjadi kaya sahaja
10. Ahli pasukan tidak menyedari denai kerjaya (career path) dirinya dan terus
mengekal status-kuonya.
11. Ahli pasukan tidak sedia memikul peranan yang lebih besar biar pun
peluang kenaikan pangkat dan gaji ditawarkan.
12. Ahli pasukan mempunyai persepsi negatif terhadap usaha murni syarikat
13. Ahli pasukan sering menimbulkan berita negatif yang boleh mengancam
budaya dan kesejahteraan organisasi.
14. Ahli pasukan terlalu mengikut masa kerja (undang-undang buruh)
sehingga mereka gagal menawar lebih dari apa yang mereka mampu
15. Ahli pasukan merasa cemburu dan tidak senang hati bila melihat orang-
orang baru yang lebih berpotensi masuk.
16. Ahli pasukan tidak sudi mengembangkan bakat dan kemahiran lebih dari
apa yang dirinya lakukan sekarang.
17. Ahli pasukan tidak mempunyai sikap kerja yang baik dan sering
melanggar undang-undang syarikat seperti lewat kerja, ponteng dan minta
cuti sesuka hati
18. Ahli pasukan hanya melapurkan kesulitan kerja dan tidak mempunyai
inisiatif untuk mencari jalan dan menyelesaikan masalah yang timbul
19. Ahli pasukan tidak mempunyai sikap bekerjasama dan sering bergaduh
dan berkonflik dalam pasukan
20. Ahli pasukan mempunyai tanggapan kononnya kenaikan gaji dan bonus
tahunan adalah wajib setiap tahun tanpa menyedari sumbangan dan
kepentingan dirinya dalam organisasi
21. Ahli pasukan tidak menyayangi dan menghargai apa yang telah diberikan
oleh organisasi dan mereka masih menuntut tanpa batasan.
22. Ahli pasukan tidak sedar tentang masalah organisasi dan gagal
menyeberang lautan bergelora dalam saat-saat yang kritikal.
23. Ahli pasukan tidak memahami fasa perkembangan syarikat dan sering
membandingkan organisasi untuk tuntutan diri yang tidak munasabah.
24. Ahli pasukan gagal menangani kerja yang berat dan sering mempunyai
tekanan dalam kerja.
25. Ahli pasukan tidak dapat jiwa optimistik dan melihat setiap saranan secara
negatif sehingga kehilangan daya kerja yang kental.
26. Ahli pasukan memandang rendah pada keupayaan dirinya untuk naik
pangkat dan memiliki hidup yang mewah.
27. Ahli pasukan tidak sudi menerima teguran dan nasihat secara terbuka
28. Ahli pasukan tidak mempunyai misi hidup sendiri, mereka kerja hanya
untuk kerja.
29. Ahli pasukan tidak menyedari makna wang. Apakah beza antara orang
yang tamak dan orang yang pentingkan diri.
30. Ahli pasukan tidak mempunyai ilmu kejayaan dan mereka terus
mengamalkan mentaliti orang-orang yang tidak berdaya maju.

You might also like