TOPIK 1 NOMBOR-NOMBORBULAT
1
PENGENALAN
Konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan nombor bulatadalah asas kepada kebanyakan daripada idea-idea matematik.Walaupun para pelajar telah didedahkan kepada asas bagi nombor-nombor bulat sewaktu mereka masih di sekolah rendah, kita tidak patutberanggapan bahawa mereka telah menguasai konsep-konsep dankemahiran-kemahiran tersebut. Tambahan pula, penguasaan kemahiran-kemahiran asas ini boleh membantu para pelajar dalam mempelajaritopik-topik matematik yang lain. Oleh itu, adalah penting untuk kitamerancang pengajaran kita dengan baik bagi mencapai objektif-objektif tersebut.
1.1Asas-Asas bagi Nombor Bulat
Dalam bahagian ini, kita akan menumpu kepada perkara-perkara berikut:Nilai-nilai tempat dan pembundaran nombor-nombor bulatOperasi-operasi nombor dan operasi-operasi bercampurMenyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan operasi-operasinombor dan operasi-operasi bercampur.
1.1.1Nilai-Nilai Tempat
Sebelum membimbing para pelajar kita untuk memahami konsep nilai-nilai tempat, kita perlu mengingat kembali maksud sebenar bagi nilai-nilaitempat. Mari lihat satu contoh yang mudah. Kita akan menggunakannombor
573
untuk menerangkan maksud nilai-nilai tempat:ratuspuluhsa573nilai ratus nilai puluh nilai saNombor di atas, 573, mempunyai tiga digit. Setiap digit mempunyai nilaitempat yang berlainan.Digit 3 mempunyai nilai tempat “sa”. Nilai 3 menunjukkan bahawaterdapat 3 “satu”Digit 7 mempunyai nilai tempat “puluh”. Nilai 7 menunjukkan bahawaterdapat 7 “puluh”.