You are on page 1of 14

Sejarah

MARA
Afeeqah Asyeeqin Atilla Binti Mohamad Zahidi
10402
409

PENGENALAN DAN SEJARAH


Pengenalan

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan
Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan
berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun
sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta


menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya
dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Majlis Amanah Rakyat

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-
ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh
tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan
Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam
rakyat terhadap dasar penjajahan.  

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu
menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema
Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima
Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa
Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai
timba Maka segala gaung amarah dileburkan  Menjadi sumpah amanah suatu wawasan      

Pada detik 1966 yang menentukan  RIDA pun dikerandakan dalam sejarah  Untuk sebuah
nama baru yang keramat   Majlis Amanah Rakyat   Kini 25 tahun telah berdetik   MARA
mencapai kedewasaan usia   Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera
Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan    Menilai kembali keberkesanan   AMARAH dan
Amanah Rakyat yang  dipahatkan.  

ORGANISASI
MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar
Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan
sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli
Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua
Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan
Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh
14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan
pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C.,
Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-
pusat operasi ini merangkumi:

 Ibu Pejabat
 Pejabat MARA Negeri
 Pejabat MARA Daerah
 MRSM
 Kolej MARA
 GIATMARA
 IKM
 Institut Kemahiran Tertinggi MARA
 Kolej Poly-Tech MARA
 Kenderaan Bas MARA
 Pejabat MARA Luar Negara
 Kolej Profesional MARA

MISI KORPORAT
Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah
bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.

VISI KORPORAT

Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa:

 Penggerak dan pemangkin yang aktif


 Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan
 Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan
 Sebagai organisasi pemikir

OBJEKTIF

Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar,


supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah
membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

STRATEGI PERLAKSANAAN
 Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan
meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah
pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.

 Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian tertentu
melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi
perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan.

 Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai bidang di


semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian, dan

 Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi


pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan
taraf ekonomi dan sosial bumiputera.

LOGO MARA
RASIONAL AM LOGO MARA

Roda Bergigi (14)

Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA


memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti
keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.
 
Buku Terbuka

Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang


  menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan
kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.

Jangka Lukis Terbuka

Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk


menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera
dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat
Perdagangan & Perindustrian.
 
Spana Dan Skrew

Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan


dan pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber
tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas
  hingga ke peringkat setinggi-tingginya.

Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat

Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan


  MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman.

Warna
Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai
Merah -
peluang-peluang baru.
Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan
Biru - Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah
serta martabat bangsa.
Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk
Hitam -
membantu secara berterusan golongan Bumiputera

LAGU MARA

MARA pemegang amanah Bumiputera

Beri galakan memajukan usaha

Menjujung hasrat mencipta bahagia

MARA tetap bersedia

Dan rakyat makmur sentiasa....

MARA akan sentiasa memberi segala dorongan

Menciptakan kemakmuran rakyat menjadi tujuan

MARA lah maju wahai rakyat jelata

Maju MARAmaju jaya

Negara makmur sentiasa...

Gubahan : Allahyarham Saiful Bahri

Seni Kata : Abdul Manaf Hamid

Tahun : 1966
BANGUNAN MARA 

Bangunan MARA tersergam di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur,


bersempadankan dua jalan raya yang amat sibuk iaitu Jalan Raja Laut di hadapan
dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah belakangnya. Ia telah dibuka secara
rasmi oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia
12 April 1987.

Kompleks Bangunan

Kompleks ini mengandungi empat tingkat blok podium, 22 tingkat blok menara dan
tiga tingkat basement. Blok podium Medan MARA ini mengandungi 165 lot ruang
niaga dengan keluasan keseluruhannya sebanyak 150 ribu kaki persegi. Salah satu
ciri utama blok podium ini ialah dua pintu masuk utama berhadapan Kompleks
Pertama dan Jalan Raja Laut.

Blok menara dengan bentuk yang istimewa ini menyediakan ruang pejabat seluas
200,000 kaki persegi. Bangunan setinggi 26 tingkat ini dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan yang serba baru. Tingkap yang terdapat di keempat-empat
penjurunya, menyediakan panorama kota yang indah. Ruang letak kereta bawah
tanah Medan MARA boleh menempatkan sebanyak 373 buah kereta. Di tingkat
pertamanya pula disediakan ruang niaga seluas 22,000 kaki persegi sesuai untuk
pembinaan sebuah pasar raya.
 

Konsep Rekaan

Ilham pembinaan bangunan ini tercetus dari tujuan untuk mewujudkan satu identiti
dan imej tersendiri yang mengambarkan kekayaan kebudayaan Melayu. Blok
podium yang berbentuk perahu melambangkan semangat pengembaraan dan
penerokaan pengetahuan serta keinginan untuk mengejar kemajuan. Konsep ini
mencerminkan budi pekerti masyarakat Melayu yang sentiasa bersedia untuk
meneroka bidang-bidang baru demi kemajuan bangsa. Mural bangunan
melambangkan pembangunan, kemajuan dan perkembangan sosio-ekonomi anak-
anak bangsa.
Motif pucuk rebung dan awan larat yang digunakan diilhamkan daripada motif
tingkap Masjid Sultan Mehmet, Istanbul, Turki dan ukiran kayu Istana bandar
Tinggi, Negeri Sembilan. Kedua-dua ukiran ini disatukan untuk membentuk motif
pinggiran kain songket, seni tradisi orang-orang Melayu. Motif ini juga disulamkan
dengan rupa-rupa anyaman mengkuang sejajar dengan resmi masyarakat turun-
temurun menggunakan tikar sebagai tempat bermesyuarat, berbincang dan
merancang ke arah kemajuan. Konsep reka bentuk Bangunan MARA ini rata-rata
melambangkan identiti senibina Melayu di Malaysia.
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)

Visi

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan terbeza dan terbaik,


inovatif dan bertaraf dunia.

Misi

Menjadikan MRSM pusat untuk melahirkan bakal-bakal saintis (sains & teknologi),
profesional dan usahawan tekno yang cemerlang, berdaya tahan, berdaya saing,
berakhlak mulia dan berminda global.

Matlamat

Menjadi penyumbang utama kepada pengwujudan K-Masyarakat Perdagangan dan


Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam generasi keenam ilmu inovasi (6th
Generation Innovation).

Nilai Teras

Menerapkan nilai Sainstifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik.


 

 
Objektif Operasi

 Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai  pencapaian aktiviti


pendidikan menengah di MRSM sebagai tapak semaian yang kukuh dan
mantap untuk meneruskan pembangunan insan bumiputera ke arah
mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera generasi
kedua.
 
 Mewatakkan pelajar lepasan MRSM sebagai pelajar yang mempunyai jati
diri, pemikiran strategik, kreatif dengan kekuatan daya tahan, daya saing dan
daya juang berlandaskan nilai-nilai murni sebagai asas kepada budaya
keusahawanan.
 
 Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian aktiviti
pembangunan Kurikulum Asas dan Terbitan bagi MRSM untuk menjamin
Piawai Kualiti Pendidikan menengah memenuhi aspirasi kerajaan Malaysia
sebagai hak kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
 
 Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti
kokurikulum (asas dan terbitan) dengan tujuan membina modal insan yang
cergas dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran globalisasi.
 
 Merancang, melaksanakan dan memilih pelajar bumiputera yang
berpencapaian sederhana, berpendapatan rendah, berpotensi, berbakat, dan
berminat untuk meneruskan pengajian menengah di MRSM bagi memenuhi
syarat kemasukan ke IPT.
 
 Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti
pembangunan sahsiah pelajar dalam bidang-bidang strategik dengan tujuan
membantu pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji.
 
 Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti
keusahawanan bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar
pada peringkat awal.
 
 Merancang, memantau dan menilai kemudahan dan khidmat pengurusan
pendidikan bagi memperkasakan sistem pendidikan MRSM berdasarkan
piawai kualiti pendidikan MARA.
 
 Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian pembangunan
profesion perguruan di MRSM supaya guru-guru MRSM mencapai tahap
profesionalisme yang cemerlang.
 
 Merancang, melaksanakan dan memantau penyelidikan di MRSM bagi
memperkemaskan dan mengantarabangsakan sistem MRSM.
 RUJUKAN

http://www.mara.gov.my/home

You might also like