Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
4Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

Ratings: (0)|Views: 1,706|Likes:
Published by Losinin Johalin

More info:

Categories:Types, Speeches
Published by: Losinin Johalin on Nov 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/08/2012

pdf

text

original

 
MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,MEMBENTUK IDENTITI PEMUDA BELIA HARAPAN BANGSAOleh Sdr. Losinin Bin Johalin, Timbalan Yang Di Pertua,Angkatan Belia Islam (ABIM), Daerah Ranau.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhemahdakwah kepada semua pemuda belia sempena hari cuti sekolah terutamanyakepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam Daerah Ranau, Persatuan Bekas PelajarIslam Daerah Ranau dan Ahli ABIM Ranau yang sekarang ini dalam rangkakerja gerakan dakwah dan sosial sempena cuti sekolah 2010. Usaha ini amatmurni. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah SWTSejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita-berita negatitentang generasi muda di samping kisah kejayaan dan kecemerlangan yangtelah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah,masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan generasi muda. Hal initentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan pemimpin negaraterutamanya kepada pempinan pertubuhan dan persatuan belia di negara kita.Hari belia yang disambut pada 15 Mei lalu, setiap tahun di negara kita adalahsebagai satu medan untuk setiap warga muda bermuhasabah dan memikirkanmatlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh mereka. Tema hari belia tahunini “ Belia Bina Bangsa, Belia berwawasan dan Belia Malaysia” merupakan satutema yang sangat menarik untuk kita renungi dan fikirkan bersama .sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akandatangMenurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yangtersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajahnegara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini,sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlakdan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negarayang aman makmur baldatun tayyibatun wa rabbun ghafurtetapi jikakeadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengankemungkinan buruk yang akan berlaku”.
 
Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :“ Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jikarosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”.Pemuda belia sarat dengan perjuangan untuk mencari falsafah hidup danidentiti diri masing-masing. Saban hari memikirkan hala tuju hendak kemana?Dengan pelbagai pengaruh yang mendatang dari tiap sudut. Pengaruh negatif akibat budaya yang tidak sihat serta pengaruh positif dari gerakan dakwah dankemanusiaan bertembung seolah-olah sengaja bersaing untuk mendapatkanlebih ramai pengikut mereka. Justeru, pemuda belia yang kurang ilmupengetahuan, kurang matang dan mudah terpengaruh tidak dapat menimbangsebelum memilih jalan mereka. Ayuh pemuda belia, jadikan sebahagiandaripada kisah-kisah sejarah silam seperti ashabul-kahfi sebagai panduanhidup pemuda belia muslim.
Ashabul Kahfi
; tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggakkepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh,kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangatkeislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawabmereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;1.Untuk mengabdikan diri kepada Allah2.Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.3.Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam jugaharus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim dimana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikantanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;
Iman yang mantap di dalam jiwa
Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencarikeredhaanNya
Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal ertitakut, segan dan malu.
Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas.
Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecualimenang atau syahid.
 
Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapanpemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yangberiman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka.Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilaiiman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupundengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankaniman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing.Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggupmelakukannya.Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”. Kisah ashabul kahfiadalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciriPemuda Islam yang sebenar iaitu;1.Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim2.Yakin kepada diri sendiri3.Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran4.Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup5.Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup6.Sanggup berkorban7.Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama8.Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana manasekalipun.Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan olehAllah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hinggaayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat). Sebab turun ayat-ayat yang menceritakankisah dalam surah al-Kahfi ini sebagaimana yang diceritakan oleh ulama’-ulama’ tafsir ialah; “Paderi-paderi yahudi berhasrat untuk menguji NabiMuhammad s.a.w. sama ada ia benar-benar seorang Nabi atau tidak. Lalumereka menyuruh orang-orang musyrikin supaya menguji baginda denganbertanyakan tiga kisah yang ajaib yang berlaku pada zaman dahulu iaitu;1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabulKahfi.

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Nenden Puspita liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->