You are on page 1of 6

KPF 5023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

1. Bandingkankonsepdanpengertianpendidikandariperspektifbaratdan Islam.

2. “Pendidikanialahsuatu proses”. Bahaskanpendapattersebut.

3. Goodlad (1973) menyatakankurikulummerupakansatubidang yang sukarditakrifkan(ill-defined).

Berikanpendapatanda.

4. Pada pandangan anda apakah hubungkait diantara pengurusan kurikulum bilik darjah dengan

matlamat pendidikan.

5. Pengurusan kurikulum bilikdarjah sangat bergantung kepada faktor manusia. Bincangkan.

6. Apakah yang dimaksudkandenganteorikurikulum?

7. Bincangkan teori kurikulum sekolah dari segi fungsi, liputan, perkembangan, rekabentuk dan

pembahagian.

8. Bagaimanakahteorikurikulumbehaviorismemenjadisatuamalan yang

berlakudalampengurusankurikulumbilikdarjah?

9. Mengapakahteorikurikulumkonstruktivismedikatakansangatberkesankearahmengembangkanpo

tensiindividusecaraberkesan di bilikdarjah?

10. Bandingkanaplikasiteorikurikulumbehaviorismedankonstruktivismedalamamalannya di

bilikdarjah.
KPF 5023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

TAJUK : Pada pandangan anda apakah hubungkait diantara pengurusan


kurikulum bilik darjah dengan matlamat pendidikan.

Pada amnya, terdapat pelbagai definisi tentang kurikulum. Mengikut definisi Kurikulum
Kebangsaan Mengikut Akta Pendidikan 1996 kurikulum adalah;
… suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Peraturan 3 (1) PU (A) 53

Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia,


kurikulum boleh boleh didefinisikan sebagai semua perancangan pendidikan yang
dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat
pendidikan.

Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (i)


Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit
beruniform.

Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan


potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan seimbang dan
menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

Oleh itu, kita cuba membincangkan tentang pengurusan kurikulum bilik darjah
iaitu isi kandungan, apa yang diajar, suatu set bahan, satu set mata pelajaran serta
hubungkaitnya dengan matlamat pendidikan. Sekiranya kita melihat kepada matlamat
pengurusan kurikulum ianya adalah untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar dan berkesan.
KPF 5023

dapat dilaksanakan dengan jayanya.


PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Rajah: Pengurusan kurikulum bilik darjah.

Dalam pengurusan kurikulum bilik darjah terdapat beberapa yang guru haruslah
terlebih dahulu memahami dan menghayati seperti isi kandungan, apa yang diajar,
suatu set bahan, satu set mata pelajaran bagi memastikan suatu kurikulum bilik darjah

Guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya


serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-
pelajar pelbagai kebolehan, serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif
untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.
g
n
P
h
t
e
s
a
ld
ib
r
u
k
v
i
t
k
P
&
A
KPF 5023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Rajah: Komponen-komponen utama dalam sebuah kurikulum.

Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum bilik darjah, guru harus mengetahui
peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif
kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti
melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan
pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta
membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan
keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam
rancangan mengajar.

Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan
seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah bertujuan
untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring dengan kurikulum
yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya
memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
secara keseluruhan dan bersepadu sekaligus merealisasikan matlamat pendidikan.
KPF 5023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Kesimpulannya, aspek pengurusan kurikulum bilik darjah dengan matlamat pendidikan


adalah saling berhubungkait dengan yang lain. Bagi merealisasikan matlamat
pendidikan, seorang guru harus melaksanakan peranannya dalam pengurusan
kurikulum bilik darjah. Antara contoh tugas biasa guru ialah mengurus rutin bilik darjah;
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi; mengurus murid-murid
supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilik darjah
supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan
mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Namun apa yang paling penting sekali, seorang guru juga harus perlu
mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan kurikulum bilik darjah serta
berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan
kurikulum bilik darjah. Justeru dengan itu, kecekapan guru menjalankan peranannya
akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan
keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran-
cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap
persediaan yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.
KPF 5023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Terbitan Elektronik:

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Dimuat


turun daripada Digitalibrary Malaysia:
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/018_laporan%20jawatankuasa
%20kabinet%20mengkaji%20pelaksanaan%20dasar%20pelajaran%201979.pdf

You might also like