Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Menganyam

Menganyam

Ratings: (0)|Views: 61 |Likes:
Published by Hazirah Abdul Karim

More info:

Published by: Hazirah Abdul Karim on Nov 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/29/2010

pdf

text

original

 
Menganyam
 
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corakhiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupundi bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yangberbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untukmeneruskan anyaman tudung saji.
 
A
nyaman
P
andan
 
Menganyam
Tu
d
u
ng
S
aji
 
Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikarmengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif danperanannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan.Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalamruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelaraiserong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelaraipucuk rebung.Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu,motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bungaatur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bungakundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang,manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput,kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai denganbentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan,belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dantulang ikan.Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri,kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utamayang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan.Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilahdicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau,merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagaitanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih danberselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->