You are on page 1of 2

Berita Sahih / Ribena Ada Kandungan Arak

Share. Tuesday, July 27, 2010 at 2:31am 

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam


undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman
ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga
membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman
itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan
pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu
kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. 

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua
minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak
meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label
pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan
bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan
Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post
bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak
meskipun pada paras yang teramat rendah. 

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya


kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak
dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam
menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,'
katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan
berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau
memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. 

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat
dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan.
'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan
keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,'
katanya. 

 
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus
mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. -
Agensi 

You might also like