You are on page 1of 2

Dinasti Zhou

Dinasti Zhou adalah selepas pemerintahan dinasti Shang dan diikuti oleh dinasti Qin di negara
China.Dinasti Zhou memerintah lebih lama daripada mana-mana dinasti lain di dalam sejarah
negara China,meskipun penguasaan sebenar dari aspek ketenteraan dan politik negara China
hanya dikuasai oleh dinasti ini semasa pemerintahan oleh Zhou Barat.Semasa pemerintahan
dinasti Zhou pengunaan besi diperkenalkan kepada negara China dan juga pada masa inilah
zaman kemuncak pembuatan barang-barang berasaskan gangsa.Dinasti ini juga merupakan
pemangkin kepada tulisan skrip yang berkembang seperti yang boleh kita lihat pada awal
zaman Zhou barat.

Ketika pemerintahan dinasti Zhou,bidang falsafah bidang falsafah berkembang di negara


China.Antara contoh orang yang lahir kemudiannya dan mendalami bidang ini adalah
Conficius yang mengasaskan Confucianism dan Laozi,yang mengasaskan Daoism.

Mengikut sejarah China,Zhou mengalahkan Shang dan menukar sistem pemujaan yang
berasaskan pemujaan nenek moyang kepada pemujaan yang berasaskan Tian iaitu
syurga.Dinasti Zhou mengesahkan peraturan dengan menguatkuasakan konsep ‘mandat
daripada syurga’,yang bermaksud pemrintah selaku anak syurga dilindungi oleh tuhan dan
jika dia digulingkan daripada takhtanya,ini bermaksud dia telah hilang mandatnya.Perkara-
perkara yang diperkatakan boleh menyebabkan kehilangan mandat tersebut adalah bencana
alam dan juga pemberontakan kuasa.Dinasti Zhou diasaskan keluarga Ji dan ibu negerinya
bertempat di daerah Hao.Mereka mengamalkan bahasa dan budaya daripada dinasti Shang.

Tentera Zhou adalah dipisahkan kepada dua kumpulan besar,iaitu ‘Enam Kumpulan Tentera
Dari Barat’ dan ‘Lapan Kumpulan Tentera dari Chengzhou.Kekuatan Ketenteraan Zhou
berada pada kemunncaknya semasa pemerintahan tahun ke-19 Maharaja Zhao.

Di barat,zaman pemerintahan Zhou sering diperkatakatan sebagai zaman feudal kerana


persamaan diantara sistem pemerintahan di barat eropah dengan sistem di kawasan
pemerintahan Zhou.Namun sistem politik sebenar semasa pemerintahan dinasti Zhou adalah
sistem ‘Fengjian’.Sistem amalgamasi diantara daerah-daerah dalam kawasan pemerintahan
Zhou telah menggalakkan institusi-institusi ekonomi dan politik di kawasan-kawasan tersebut
semakin berkembang.Perkembangan ini yang berlaku pada zaman pertengahan
pemerintahahan dinasti Zhou,telah dikawal oleh kerajaan pusat dan pemungutan cukai yang
lebih kerap daripada daerah-daerah tersebut.Orang suruhan maharaja tidak dibayar dengan
gaji yang tetap sebaliknya diberi hadiah oleh maharaja.

Keluraga Ji telah memerintah dengan kukuh sehingga tahun 771BC,sehingga maharaja You
mengantikan permaisurinya dengan seorang perempuan bernama Baosi,yang menimbulkan
kemarahan ayah permaisuri tersebut iaitu seorang yang mat berpengaruh bernama
Marques.Beliau telah melancarkan pemberontakan bersama-sama dengan sekumpulan orang
nomad yang bergelar Quanrong dan ini membawa kepada kerajaan pusat dibawa ke arah
timur negara china pada tahun 722BC di sebuah tempat bernama Luoyang.Disebabkan oleh
faktor ini era dinasti Zhou telah dibahagikan kepada Zhou barat dan Zhou timur.

Kuasa maharaja yang semakin berkurang membawa kepada pengurangan kuasa mahkamah
dinasti Zhou.Keadaan sebegini menyebabkan perpecahan yang semakin cepat dalam dinasti
ini.Daripad masa Ping Wang,maharaja Zhou hanya bergelar maharaja tetapi mereka tidak
mempunyai apa-apa kuasa dalam pemerintahan dan oran-orang besar dalam kawasan tersebut
mengetuai pemerintahan.Dinasti ini berakhir pada tahun 256 BC,sebelum Qin Shi Huang
menyatukan China pada tahun 221BC,apabila Maharaja Zhou yang terakhir meninggal dunia
dan anak-anaknya tidak mewarisi pangkat “maharaja negara China”.

You might also like