You are on page 1of 18

AKAUNTABILITI KEGURUAN

Disediakan oleh :
Rayida Jaraeh
Loretta K. Johnny
Lerry Mond Bin Mogantar
Michael Bin Jaungin
Ridzuan Bin Radi
Wadi Bin Rinantai
Akauntabiliti Keguruan
 Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik,
pengajar dan pengasuh.
 Pendidik juga bermaksud orang yang memelihara dan
melatih.
 Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang
yang memelihara, menjaga dan mendidik.
 Keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan
dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan
ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan
pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.
Konsep Akauntabiliti
 Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di
huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang
atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
 Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti
adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan
dan penjelasan tersebut .
 Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan
untuk memberikan justifikasi dan menerima
kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil.
Akauntabiliti Keguruan
 Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab
yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru.
 Ia juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan.
 Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru
yang dimaksudkan di atas merangkumi
akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu
sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan
profesion keguruan amnya.
Sekolah
 Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas.
 Oleh itu, guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran
sekolah.
 Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah,
guru mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah.
Sekolah
 Dalam hal ini, selain tugas mengajar, guru juga
hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain
seperti sebagai guru displin, kaunselor,
setiusaha peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia
mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di
lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
Tingkah Laku
 Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan
kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi
hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga
perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya.
 Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak
menguruskan kewangan dengan bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
Tingkah Laku
 Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan
kewangan maka guru akan menghadapi
masaalah luaran yang boleh menjejaskan
tumpuannya terhadap proses pengajaran di
sekolah.
 Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap
peristiwa di sekeliling melalui media massa atau
elektronik supayamudah memberikan imput
yang berguna terhadap profesionnya.
Tingkah Laku
 Guru juga boleh melibatkan diri dalam
sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di
masa lapang yang boleh menjadikan guru
itu sihat dari segi mental dan fizikal.
Murid
 Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya
dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran danpembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.
 Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,
kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain.
 Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah
bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa
mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi,
mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.
Murid
 Guru hendaklah membimbing dan mengajar
murid-murid di bilik darjah tanpa meminta
sebarang bayaran atau hadiah daripada
mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu
memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk
menggalakkan mereka berminat terhadap
proses pembelajaran.
 Memberi contoh teladan yang baik dengan
berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga di
amalkan supaya murid memperolehi model yang
baik.
Murid
 Ini adalah kerana seorang guru merupakan
orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh
yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di
benci,di pandang serong dan tidak di hormati
lagi oleh anak muridnya.
Profesion
 Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca
pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran
yang diajar.
 Ini termasuklah memahami selengkapnya isi
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan
menyertai seminar pendidikan seperti kursus-
kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan
atau pihak pentadbiran sekolah.
 Ini di lakukan dengan merancang dan
melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya
bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
Profesion
 Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta
yang betul agar murid menerima ilmu yang betul
dan tepat.
Komuniti
 Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dengan
jelas
 Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai
dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri
pelajarnya.
 Sebagai rakyat Malaysia hendaklah
bertanggungjawab dengan mengambil bahagian
secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat.
Komuniti
 Dapat mengeratkan persefahaman dan
kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
pelajar.
 Guru haruslah bersopan santun dan
bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial
bagi mewujudkan suasana harmoni.
 Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang
boleh merosakkkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.
Komuniti
 Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan
nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat
membimbing mereka menjadi warganegara
yang setia, bertanggungjawab, menghormati
orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
 Di samping itu guru hendaklah menghormati
masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat
dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
masyarakat.
Komuniti
 Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di
antara guru dengan ibubapa dan masyarakat,
serta mengamalkan tingkah laku soppan yang
diterima oleh masyarakat .

You might also like