You are on page 1of 10

1

www.munsyibm.blogspot.com

SULIT 1103/2

Bahasa
Melayu
Kertas 2
2 ½ jam
Sept.
2010

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2010

BAHASA MELAYU
Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan
teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

__________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.
[Lihat sebelah
www.munsyibm.blogspot.com
2

www.munsyibm.blogspot.com

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
menangani kenaikan harga barang dan kesan-kesan kenaikan harga barang kepada
pengguna. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap kali berlaku kenaikan harga barang, pelbagai alasan dikemukakan oleh para
peniaga bagi mewajarkan kenaikan tersebut termasuk peningkatan kos pengangkutan.
Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
memberi amaran keras supaya peniaga tidak menaikkan harga barangan, tetapi perkara
tersebut tetap berlaku. Mahu tidak mahu, penggunalah yang terpaksa memikul segala beban
kenaikan ini. Oleh itu, kerajaan mestilah ada mekanisme bagi membendung kenaikan harga
barangan, di samping pengguna sendiri perlu menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli
mereka untuk menangani permasalahan ini.
Pihak kerajaan sentiasa cakna terhadap kebajikan dan masalah yang dihadapi oleh para
pengguna. Sehubungan dengan itu, KPDNHEP akan melaksanakan Program Pengguna Bijak
(PPB) di 191 kawasan Parlimen seluruh negara. Penubuhan PPB sebagai menyahut desakan
orang ramai yang gelisah terhadap kenaikan harga barang keperluan yang melampau di
pasaran. Gesaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya para
pengguna mengawal dan mengubah tabiat berbelanja. Berbelanja berdasarkan keperluan,
bukan mengikut perasaan. Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal pula menyatakan bahawa langkah memboikot peniaga
yang menaikkan harga barang boleh dilakukan jika tindakan itu dapat memaksa golongan
tersebut menurunkan harga barangan. Mereka boleh bertindak dalam kumpulan yang besar
untuk mempengaruhi pasaran selain mendisiplinkan peniaga. Pengguna juga boleh
melakukan pemantauan sendiri harga barangan dan digalakkan memilih premis yang menjual
dengan harga berpatutan.
Sebenarnya harga barang di pasaran bukan hanya ditentukan oleh peniaga semata-mata.
Banyak faktor lain yang mendorong penentuan harga sesuatu barangan, termasuk permintaan
yang tinggi, bekalan berkurangan, dan persaingan antara peniaga. Memang kebanyakan
pengguna sedar mereka mempunyai hak, dan kuasa sebagai pengguna, serta mampu
menunjukkan kuasa jika mereka mahu. Kini, sudah sampai masanya pengguna lebih serius
mengamalkan perbelanjaan berhemah. Dengan berbuat demikian, mereka dapat menghadapi
cabaran dan masalah kewangan dengan lebih baik. Pengguna juga perlu mendisiplinkan diri
dengan pengurusan kewangan yang bijak. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu
mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan dari segi kualiti sebelum membuat
penentuan untuk membeli barangan. Sikap peniaga yang tidak beretika perlu diberi
pengajaran. Peniaga yang berkeras tidak mahu menurunkan harga barangan keperluan
pengguna dianggap sebagai menyusahkan rakyat.
Secara tuntas, peniaga dan pengguna saling memerlukan. Masing-masing ada hak dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun, tekanan kenaikan barang secara berterusan
yang dihadapi kini sememangnya sesuatu yang memeritkan terutamanya para pengguna di
negara kita.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Strategi mewujudkan celik pengguna”,
oleh Hj. Samat Buang, Fokus SPM, Mac 2007)

www.munsyibm.blogspot.com
3

www.munsyibm.blogspot.com

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli.
[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca yang menentukan harga sesuatu barangan di
pasaran.
Nyatakan punca-punca tersebut.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak?


[4 markah]

www.munsyibm.blogspot.com
4

www.munsyibm.blogspot.com

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Kau harapan keluargamu. Tidak inginkah kau membantu keluargamu dan kaummu?”
“Bapa tidak menghalang kehendak saya. Ibu cakap, saya boleh buat apa yang saya suka
asalkan tidak menganiaya orang lain.”
“Betul cakap orang tuamu itu. Tetapi sebagai anak, kau wajar membela mereka. Jika
ada pelajaran, boleh dapat pekerjaan yang lebih besar. Mungkin dapat jadi pegawai, ahli
perniagaan..macam anak penghulu. Adik-adikmu itu dapat disekolahkan. Engkaulah bunga
bangsa belantara ini,” suara Jo sambil menatap wajah Daneng yang sugul.
Daneng memperbaik kailnya sambil melihat ke dalam tin yang berisi dua ekor ikan haruan
perang yang besar. Anak matanya yang keperangan memancar dalam genangan air mata.
“Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus
terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau bijak,
Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin membantu kaummu. Setakat ini, cuma
ada lebih 50 hingga 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti.”
Daneng merenung jauh ke tengah danau biru.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan
dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Cikgu Jo bersungguh-sungguh memujuk Daneng supaya meneruskan


pelajarannya?
[3 markah]

(ii) Jika anda seorang guru, nyatakan usaha-usaha yang dapat anda lakukan bagi
meningkatkan kesedaran masyarakat di pedalaman tentang kepentingan pendidikan.

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan dua nilai lain daripada keseluruhan
cerpen ini.
[3 markah]

www.munsyibm.blogspot.com
5

www.munsyibm.blogspot.com

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya
berkata, “Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada
bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi
Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini.” Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat,
menyesalkah engkau?” Maka kata Hang Jebat, “Hai Laksamana, sekali-kali tiada aku
menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada tanganmu, di
mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat derhaka ini, empat puluh
hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka ini dan tiada menderita bau
busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh.” Maka sahut
Laksamana, “Hai Si Jebat derhaka, tersalah citamu itu! Adapun pekerjaanmu derhaka pada
tuanmu itu beberapa dosanya kepada Allah, tiada tertanggung olehmu di dalam akhirat
jemah, akan sekarang engkau hendak membunuh orang yang tiada berdosa pula berpuluh-
puluh ribu itu; benarkah bicaramu itu?” Maka kata Hang Jebat, “Apakah dayaku? Sekalian itu
dengan kehendaknya juga; tiada dengan kuasaku perbuat itu, supaya namaku masyhur pada
segala negeri.”

(Dipetik daripada „Pertarungan Tuah dengan Jebat‟


dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata engkau tiada dalam dunia ini lagi.

[2 markah]

(ii) Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Hang Jebat bersikap angkuh?

[3 markah]

(iii) Sultan merupakan seorang ketua negara dalam sesebuah kerajaan yang disanjungi
oleh rakyat.
Pada pendapat anda, mengapakah rakyat dilarang menderhaka kepada raja?

[3 markah]

www.munsyibm.blogspot.com
6

www.munsyibm.blogspot.com

Soalan 2(d) – Petikan Puisi

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

(Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut,


Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

(i) Berikan maksud rangkai kata mudik menongkah surut.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami
oleh seseorang?
[4 markah]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas.
[3 markah]

www.munsyibm.blogspot.com
7

www.munsyibm.blogspot.com

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) berhemah - berhemat


(ii) mengelakkan - menggelakkan
(iii) tergamam - tergamak
[6 markah]

(b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.

(i) Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah dalam beberapa seminar


antarabangsa.

(ii) Pelajar yang bijak itu menelaah pelajarannya hingga larut malam.

(iii) Sepuluh buah rumah di kampung itu ditenggelami banjir kilat.


[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pengerusi PIBG menggesa supaya ibubapa hadir ke majlis hari kecemelangan
yang akan diadakan pada bulan Mei.

(ii) Kehebatan pasukan bola sepak skuad Harimau Muda Malaysia yang selalu
diwar-warkan oleh media telah dibukti apabila mereka berjaya menjadi sukan
SEA.

(iii) Pelbagai usaha harus dilipat gandakan untuk menangankan jenayah ragut yang
kian meningkat di negara kita.

[6 markah]

www.munsyibm.blogspot.com
8

www.munsyibm.blogspot.com

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satau kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Di antara pelajar perempuan di dalam bilik itu, Ainilah yang paling pandai.

(ii) Masalah tersebut harus dikemukakan oleh kamu dalam perbualan itu.

(iii) Hadi membeli lima butir telur di bangsal Pak Redzuan pada pagi itu.

[6 markah]

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan
maksud dan penggunaannya.

(i) Lintah darat

(iii) Ayam tambatan

(iii) Seperti kaca terhempas ke batu.

[6 markah]

www.munsyibm.blogspot.com
9

www.munsyibm.blogspot.com

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
menunjukkan konflik yang dihadapi oleh mana-mana satu watak sampingan.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan kerjasama
setiap novel.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

www.munsyibm.blogspot.com
10

www.munsyibm.blogspot.com

www.munsyibm.blogspot.com

You might also like