You are on page 1of 6

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

REKABENTUK KURIKULUM

Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:


1. Kurikulum berasaskan standard
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard


Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi
pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi
pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang
perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula
merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif
tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular


Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya
disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul
diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-
enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu
kehidupan seharian kanak-kanak)

Tunjang dalam KSPK


TUNJANG PEMBELAJARAN :
1. Tunjang Komunikasi
2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Tunjang Kemanusiaan
4. Tunjang Sains dan Teknologi
5. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Tunjang Ketrampilan Diri
7. Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat
menguasai 4M bukan lagi 3M:
8. Membaca
9. Menulis
10.Mengira
11.Menaakul

Matlamat KSPK
Pendidikan prasekolah bertujuan memeperkembangkan potensi kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan
serta aktiviti yangmenyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep
kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia
ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Objektif KSPK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi,
sosial, intelek dan rohani seperti berikut :
1- Membina kecergasan badan.
2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6- Mempunyai kematangan emosi.
7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan
yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
12- Mengamalkan nilai-nilai murni.
13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa
penghantar dalam konteks kehidupan harian.
15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan
menyelesaikan masalah.
17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan
kehidupan seharian.
18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

SUB NKRA - Prasekolah


Di bawah sub NKRA Prasekolah sebanyak 1468 buah kelas prasekolah lagi akan di buka di
bawah KPM. Pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut :
2010 - 315 kelas
2011 - 705 kelas
2012 - 448 kelas
Dijangkakan pada 2012 sebanyak 8664 buah kelas prasekolah beroperasi di bawah KPM.

Visi Prasekolah Seri Pagi


Meningkatkan taraf Prasekolah SK Ulu Slim setanding dengan sekolah lain sebagai satu
Prasekolah yang produktif, efisien dan cemerlang untuk melahirkan murid prasekolah yang
seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Misi Prasekolah Seri Pagi


@ Prasekolah sebagai tempat/ruang yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.
@ Meningkatkan penggunaan ICT dan komunikasi ke arah globalisasi.
@ Mewujudkan pembacaan sepanjang masa di kalangan murid prasekolah.

Shout Master Pro ©


+ - Pause
Bahan-bahan yang digunakan :
1. Template bunga
2. Krayon / pensel warna
3. Gunting
4. Gam
5. Kad manila ( untuk buat asas mahkota )

You might also like