You are on page 1of 1

KEPENTINGAN BERTANGAS SELEPAS BERSALIN

BERTANGAS adalah amalan tradisi yang sehingga kini masih di gemari ramai. Malangnya, ianya
tidak begitu diamalkan kerana tidak mengetahui cara bertangas yang betul atau di mana
perkhidmatan rawatan ini disediakan. Sebenarnya rawatan bertangas boleh dilakukan sendiri di
rumah dengan menggunakan periuk nasi atau periuk tanah.

Bertangas Basah adalah rebusan air dengan daun sirih, akar serapat, biji manjakani, buah pinang,
asam gelugur, segenggam daun inai, sedikit halia dan garam bukit.

Ibu bersalin di dudukkan di atas kerusi yang berlubang dan periuk yang mengandungi rebusan air
bersama bahan tadi diletakkan di bawah kerusi. Bertangas basah dilakukan selepas mandi selama
20 minit dan boleh dilakukan di sepanjang tempoh berpantang selama 44 hari. Rawatan ini juga
sesuai bagi wanita yang tidak bersalin dimana rawatan ini dilakukan selepas haid.

Bertangas basah membantu melancarkan peredaran darah, mengeluarkan toksin dan lendir angin
dari badan, membersih dan menghilangkan bau hanyir, memperkemaskan otot kendur dan mampu
saluran sulit dan mengecutkan rahim.

Shadira Post Natal & Beauty House


No. 4A Jalan Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Tol Free : 1800 22 BIDAN (2432)
Laman Web : www.shadirabeauty.com

You might also like