You are on page 1of 4

Storyboard

Jika korang pernah terlibat dalam


mana-mana produksi yang
melibatkan grafik dan seni visual
(filem, drama, animasi, muzik
video) pastinya korang akan biasa
dengan istilah storyboard atau
papan cerita.

Format dan stail storyboard


adalah berbeza mengikut
production house dan jenis media
namun fungsinya adalah sama;
sebagai blue print yang akan
dijadikan panduan semua
production crew.

The thing is, storyboard akan


digunakan sepanjang proses production dan akan diabaikan (kadang-kadang dibuang) selepas
selesai production.

Seingat aku, storyboard digunakan seawal pembikinan animasi Disney bertajuk ‘Three Little Pigs”
pada tahun 1930 an. Pada awalnya, storyboard yang dihasilkan adalah dalam panel-panel seperti
komik untuk membantu animator menghasilkan animasi. Pada tahun 1974, Webb Smith mendapat
idea untuk melukis scene atas kertas yang berasingan dan menampalkan ke papan buletin ( board)
untuk menerangkan cerita (story) mengikut turutan. Dengan itu, storyboard pertama terhasil dan dari
situ hasilnya istilah storyboard. Selepas itu, penggunaan storyboard mula meluas ke bidang filem dan
muzik video.

Panel-panel dalam storyboard yang berbentuk seperti comic strip sebenarnya membantu pengarah
dan production crew untuk memahami cerita dan timing untuk setiap scene. Dalam setiap panel,
biasanya akan dicatatkan jenis shot yang ingin digunakan, dialog, tempoh masa untuk shot, transition,
sound effect, visual treatment dan kadang-kadang nota pendek (caption) dari pengarah sendiri.

Perlu ke lukis cantik-cantik dalam storyboard? Jawapannya: Tak perlu lukis cantik-cantik tapi lukisan
itu perlulah jelas sebab bukan kita seorang je yang akan tengok storyboard tu. As long as crew faham
apa yang dilukis, itu sudah memadai. Akan tetapi kalau korang kerja dalam production team yang
akan buat presentation depan klien, ada baiknya kalau storyboard korang tu cantik sikit, supaya klien
boleh faham sedikit sebanyak rupa final product tu nanti. Kita kena ingat, bukan semua orang boleh
berfikir secara visual.

MANUAL STORYBOARD

Masa aku kerja buat courseware


dulu, aku buat storyboard secara
manual. Draw petak-petak atas
kertas A4, lukis shot dalam setiap
panel, masukkan caption dan
dialog dan review dengan ID
(intructional designer) untuk
sebarang perubahan dan
penambah baikan. Cara ni
memang lambat. Satu A4
storyboard kadang-kadang ambil
masa 4 jam untuk disiapkan. Itu
pun tidak bererti storyboard tu
akan digunapakai kelak. Selalu
jugak aku kena buang storyboard yang reject dan lukis semula atas kertas baru. Sungguh tidak mesra
alam.
Akan tetapi pengalaman melukis storyboard menggunakan pensil, pen dan kertas adalah amat
menyeronokkan. Tambahan pulak aku suka tambah extra rendering dengan pen marker
menyebabkan beberapa orang senior aku mula anggap aku main taktik kotor. Bagi aku, it’s about
presentation. Tak salahkan kalau aku guna alat tulis tambahan untuk improve storyboard. Aku
gunakan alat tulis sebagai tools untuk menghasilkan visual yang lebih baik dan visual yang baik akan
memudahkan pemahaman orang yang baca storyboard. Setuju tak?

Storyboard untuk animasi Tata & Friends. Pensil, uniPIN dan marker atas A4.

Kelemahan paling ketara dalam storyboard manual adalah mobiliti. Ok, perkataan tu aku reka sendiri.
Maksudnya, adalah susah (dan bagi kes aku, adalah AMAT SUSAH) untuk aku tunjukkan storyboard
kepada orang lain. Jika orang yang review (dalam kes aku, intructional designer atau ID) storyboard
aku tu duduk dalam bilik sebelah, aku boleh je hulur storyboard aku yang dah siap depan muka dia.
Dan dia boleh review on the spot. Masalahnya, what if kalau orang yang review tu outstation atau
amik cuti Raya Haji? What if kalau orang yang review tu bekerja di Putrajaya dan kita bekerja di Shah
Alam?

‘Apa susah, scan je storyboard tu dan emel je la kat orang tu’.

Bunyi senang tapi ada dua drawback:

1. Storyboard bukan sehelai dua muka surat. Kadang-kadang sampai 50 muka surat pun ada.
Nak scan 50 keping storyboard dalam format JPEG pastu nak send guna emel? Be my guest.
2. Macam mana kalau ada ammendments atau perubahan? Kalau korang graphic designer, sure
korang faham yang ammendments adalah sinonim dengan nightmare.

Korang kena faham bahawa production tidak boleh bermula jika storyboard belum approve. So jika
proses mendapatkan approval untuk storyboard memakan masa yang lama, production juga akan
terbantut.

Lagi satu kelemahan storyboard manual adalah publishing. Bila storyboard tu dah approve, maka
setiap production crew perlu dapatkan satu salinan storyboard tu. So cara yang paling praktikal (dan
satu-satunya cara) adalah dengan menggunakan mesin fotostat. Imagine jika storyboard tu ada 50
pages dan production crew ada 20 orang. 50 x 20 = 1000 pages. 1000 keping kertas untuk storyboard
sahaja. Kita kena ingat bahawa storyboard tidak akan digunakan selepas selesai production. Jadi
1000 keping storyboard tu akan dibuang begitu sahaja. Sungguh tidak mesra alam.

Walaupun storyboard manual ni banyak kelemahan, tapi banyak production house yang masih guna
cara ni untuk buat storyboard. Aku sertakan dua template manual storyboard yang korang boleh save
dan print untuk kegunaan korang. Klik thumbnail untuk download saiz besar.
Template untuk production animasi. Saiz A4 format landscape.

Template untuk production courseware dan drama. Saiz A4 format landscape.

DIGITAL STORYBOARD

Digital storyboard pula ada storyboard yang 100% menggunakan perisian komputer. Ada banyak cara
untuk buat digital storyboard as long as korang ada drawing software macam Flash, Photoshop atau
Painter. Sebaik-baiknya korang guna drawing tablet macam Wacom dan Genius untuk melukis secara
digital.
Storyboard untuk ‘Perempuan, Hujan dan Kematian’. Flash dan Word.

‘Boleh lukis guna komputer ke?’. Actually boleh je dan lebih senang kalau guna drawing tablet. Kalau
nak lukis guna mouse, memang la susah. Nak tulis tanda tangan guna mouse pun susah giler. Mula-
mula guna drawing tablet memang canggung sket, tapi lama-lama bila dah biasa, akan jadi second
nature. Korang pun tak nak guna mouse bila dah biasa guna drawing tablet.

So far ini merupakan cara favorite aku untuk buat storyboard. Melukis terus ke komputer guna tablet
dan kebolehan untuk membetulkan kesilapan on the fly adalah sesuatu yang amat memudahkan
kerja. Talk about productivity. Jika storyboard tu ada beberapa scene yang ada props atau
background yang sama, korang tak perlu lukis semula props dan background tu untuk setiap panel.
Just ctrl+c dan ctrl+v lukisan tu dan korang boleh melukis panel seterusnya plak.

Kalau klien nak tengok progress storyboard, korang boleh export storyboard korang sebagai JPEG
atau PDF dan emelkan kepada klien sebagai attachment. Aku syorkan korang send storyboard
sebagai PDF kerana saiz fail lebih kecil dan klien juga boleh select text dari storyboard secara terus.
Storyboard korang juga nampak lebih bersih dan kemas tanpa kedutan-kedutan kertas yang kelihatan
kalau korang guna scanner.

Storyboard dari medium shot ke wide shot. Unpublished work.

Sungguhpun demikian, ini tidak bermaksud digital storyboard kebal dari sebarang kelemahan. Oleh
sebab digital storyboard banyak menggunakan manipulasi imej dan lukisan digital, maka korang kena
ada komputer yang berprestasi tinggi. Sebaik-baiknya gunakan komputer dengan processor dual core
dan 2GB RAM. Kalau komputer korang slow dan senang tersangkut-sangkut, aku cadangkan baik
korang upgrade komputer sebelum buat digital storyboard.

Lagi satu, perkara paling menyirap yang boleh berlaku bila korang melukis adalah blackout dan file
corrupt. Dan tambah lebih berbara kalau korang tak buat backup. Bila perkara tersebut berlaku, maka
jangan la kecewa plak. Itu sebahagian dari life jika korang mendedikasikan hidup kepada dunia digital.

Secara personal, melukis secara digital ni lain sket ‘feel’ nyer. Korang tak akan dengar bunyi seperti
pensil bergeser atas permukaan kertas atau bau habuk bila korang guna pemadam. So digital
storyboard (atau mana-mana digital painting) adalah berkisar kepada output, bukannya pengalaman
melukis. Kalau korang melukis sebab rasa seronok semasa melukis, digital painting tidak sesuai
dengan korang.

FINAL WORD

Tak kira lah samada korang suka manual atau digital, storyboard adalah tulang belakang dan blue
print kepada satu-satu production dan kelancaran production bergantung kepada kejelasan (bukan
kecantikan lukisan) dalam storyboard. Tak kira lah samada korang animator, pengarah berkaliber atau
sutradara drama swasta, penghasilan storyboard akan menjadi sebahagian dari life korang dan
jangan rasa berat untuk membuat lakaran storyboard. Walaupun ramai orang beranggapan bahawa
melukis storyboard ni adalah membuang masa kita, namun kita kena sedar bahawa lebih baik kita
membuang masa kita melukis storyboard, daripada membuang masa pelakon dan production crew
lain sebab kita tak tahu nak letak kamera kat mana.

You might also like