You are on page 1of 14

MANUAL PENYELIDIKAN

Kertas Projek Penyelidikan

Kertas Projek Penyelidikan dijalankan secara individu. Tajuk penyelidikan


adalah terbuka berdasarkan persetujuan pelajar dan penyelia masing-
masing. Setiap individu wajib menyediakan satu Kertas Projek
Penyelidikan selama tempoh pengajian 3 semester termasuk menghadiri
kelas teori penyelidikan, penyediaan proposal, penyelidikan dan
pembentangan. Setiap guru tingkatan 6 dikehendaki menyelia 4 hingga 5
orang pelajar.

JADUAL PELAKSANAAN KERTAS PROJEK PENYELIDIKAN MENGIKUT SEMESTER

Semester 1
(20 Minggu : Tingkatan 6 Bawah Mei hingga Disember)
A PENGENALAN DAN PENDEDAHAN KONSEP PENULISAN ILMIAH : 8 MINGGU
a) Pendedahan mengenai definisi Penulisan Ilmiah dan juga penerangan
mengenai ciri-ciri, bentuk & jenis penulisan ilmiah.
b) Pengenalan dan pendedahan kepada rujukan. Bagaimanakah hendak
membuat rujukan dan bagaimankah penulisan rujukan hendak dibuat.
c) Pengenalan dan pendedahan mengenai format penulisan.

B PELAKSANAAN AMALI PENULISAN ILMIAH : 6 MINGGU


a) Mengenal pasti isu/masalah
b) Mengenal pasti tajuk-tajuk berdasarkan tema tertentu yang telah ditetapkan
c) Mencari bahan-bahan untuk penulisan (perpustakaan/ internet / jurnal / tesis
dan seumpamanya)
d) Latihan penulisan
e) Pembentangan

C PENULISAN PROPOSAL : 6 MINGGU [Pelajar dibahagikan kepada penyelia masing-


masing]
a) Mengenal pasti isu/masalah
b) Tinjauan literatur
c) Metodologi kajian
d) Methodologi kajian: teori dan praktikal2
Semester
(20 Minggu : Tingkatan 6 Atas Januari hingga Mei )
SEMESTER 2

Pelaksanaan Kajian/Penyelidikan

a) Laporan kemajuan proposal


b) Jadual kerja (carta gantt)
c) Pembentangan mengikut kumpulan seliaan
Semester 3
(20 Minggu : Tingkatan 6 Atas Jun hingga Disember)
SEMESTER 3

a) Kolokium
- Pembentangan peringkat sekolah
- Pembentangan peringkat daerah
- Pembentangan peringkat negeri
- Pembentangan peringkat Kebangsaan (jika ada)

Setiap Kertas Projek Penyelidikan hendaklah ditulis antara 15 hingga 25


muka surat. Setiap individu hendaklah menghantar Kertas Projek
Penyelidikan ini pada minggu kedua semester 3.

TAKRIFAN DAN DEFINISI PENYELIDIKAN

Definisi Penyelidikan

Adalah usaha-usaha teratur yang dijalankan secara berperingkat bagi


menghasilkan satu hasil yang jelas dan boleh diterima pembaca.
Penyelidikan adalah proses mengenal pasti masalah, meninjau faktor
berkaitan melalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu,
mewujudkan rekabentuk penyelidikan bagi meninjau masalah,
memungut dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan.

PERINCIAN PELAKSANAAN KERJA PROJEK PENYELIDIKAN


Semester 1
1. a) Pengenalan Penulisan Ilmiah
i) Definisi
ii) Ciri-ciri Penulisan
iii) Bentuk-bentuk penulisan
o diberikan contoh-contoh penulisan seperti esei, tutorial, artikal,
manuskrip, kertas projek, tesis/desetasi.

b) Rujukan
i) Sumber rujukan ( perpustakaan, dokumen, internet, tesis-
tesis dan jurnal)
ii) Teknik membuat rujukan.
iii) Teknik menulis rujukan

c) Kandungan Penulisan
i) Tajuk
ii) Abstrak
iii) Penghargaan
iv) Isi Kandungan
a) Pengenalan
b) Latar belakang
c) Pernyataan masalah
d) Tajuk kajian (Objektif kajian & Persoalan kajian)
e) Kepentingan kajian
f) Batasan kajian
g) Tinjauan literatur
h) Metodologi kajian ( mengumpul data & menganalisis data)
i) Dapatan kajian dan perbincangan
j) Rumusan dan cadangan
k) Rujukan
l) Lampiran

d) Format Penulisan

1. Kertas dan Saiz


Gunakan kertas putih saiz A4 (210mm X 297mm) yang bermutu baik
iaitu 80g/m2. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh di cetak.

2. Birai (Margin)
Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri
mestilah 4cm (untuk penjilidan) dan 2.5cm bagi birai atas, bawah dan
kanan. (semua maklumat termasuk muka surat mesti di dalam birai
yang telah ditetapkan)

3. Penomboran Muka Surat


Setiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun
berterusan. Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut
sebelah kanan iaitu 1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan.
Penomboran muka surat mestilah seperti berikut :
i. Bahagian permulaan projek ilmiah dicetak dengan nombor kecil
roman
secara berturutan seperti berikut;

a) Muka surat (i) Tajuk


b) Muka surat (ii) Abstrak
c) Muka surat (iii) Penghargaan
d) Muka surat (iv) Isi Kandungan
e) Muka surat (1,2,…..25) Pengenalan hingga rujukan
f) Lampiran tiada muka surat

4. Kaedah Penulisan
Penulisan akademik hendaklah dicetak dengan menggunakan font Arial
saiz 12.
Jarak di antara dua baris teks ialah langkau dua. Hanya langkau satu
digunakan
untuk :
i. Petikan yang panjang
ii. Abstrak
iii. Nota / Sumber /Petikan
iv. Senarai rujukan

Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat
mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap.
Sekiranya ianya perenggan akhir dalam satu muka surat dan
perenggan tersebut mempunyai kurang daripada dua baris yang
lengkap, perenggan tersebut hendaklah dimulakan pada muka surat
yang baru. Tajuk dan pecahan tajuk perlu dinamakan dan digelapkan.
Abjad pertama untuk pecahan tajuk hendaklah ditaip dengan
menggunakan huruf besar kecuali untuk kata penghubung seperti di,
dari, ke dan seumpamanya.

5. Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber


Font untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu.
Jarak Penaipan
Jarak yang digunakan hendaklah seperti berikut :
i. Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5cm
ii. Jarak di antara bab dan tajuk bab ialah 4 jarak baris
iii. Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarak
baris
iv. Jarak di antara teks di baris akhir perenggan dan sub-tajuk ialah
4 jarak
baris
v. Jarak di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak
baris
vi. Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak baris
vii. Nombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan
birai kiri
viii. Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan
rajah ialah 2
jarak baris.

6. Jumlah Perkataan
Teks projek ilmiah hendaklah antara 15 hingga 25 muka surat.
Lampiran, jadual dan rajah tidak termasuk dalam jumlah muka surat.

7. Penjilidan untuk Penyerahan


Penulisan Ilmiah hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyak satu
(1) salinan asal.

Muka Hadapan
Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk penulisan ilmiah, nama
penyelidik, nama sekolah dan tahun penyerahan penulisan ilmiah dan
hendaklah dicetak dengan huruf besar.
KONSEP PENULISAN ILMIAH

Definisi penulisan ilmiah

Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan ilmiah untuk


mempersembahkan sesuatu ide/ konsep/ kajian melibatkan penulis merujuk kepada
sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dll
dalam penulisannya

Ciri-ciri penulisan ilmiah

(a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum


alam kepada situasi yang spesifik.
(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.
(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak
bersifat prejudis.
(e) Penulisan ilmiah bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara
sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.
(f) Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab
dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah
diidentifikasi.
(g) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran.
Tidak ada kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.
(i) Penulisan ilmiah tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat
dalam penulisan ilmiah akan membiarkan fakta berbicara sendiri.
(j) Penulisan ilmiah tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan
Berjaya mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah
persuasif, argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi
melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri.
(k) Penulisan ilmiah tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia
akan merosakkan tujuan penulisan ilmiah. Ia juga tidak akan melebih-
lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang
mementingkan diri sendiri.
BENTUK-PENTUK PENULISAN ILMIAH

Penyelidikan
Penyelidikan merangkumi proses mengenal pasti masalah, meninjau
pembolehubah melalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu,
mewujudkan reka bentuk penyelidikan bagi meninjau masalah, memungut
dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan berdasarkan perhubungan
pemboleh ubah.

Kajian Tindakan
Peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah di mana guru itu
mengajar. Ini boleh dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun
melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama
(team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap amalan guru (teacher
development) dan pembelajaran pelajar (student learning).

Kajian Kes
Menyelidik fenomena sementara antara hubungan kehidupan sebenar,
terutama apabila sempadan di antara fenomena dan hubungan yang tidak
jelas buktinya.

Artikel
Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu,
umpamanya untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal

Jurnal
Jurnal merupakan terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu
perkara, profesion, atau bidang tertentu.

Esei
Esei / Karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi
serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya
melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun peninjauan

Kertas Projek
Kajian yang dilakukan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda
Tesis
Kajian yang dilakukan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana/ Master

Disertasi
Kajian yang dilakukan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran

RUJUKAN

Penulisan Rujukan Kajian ilmiah hendaklah menggunakan , contoh Sistem Harvard.

1. Rujukan Dalam Teks


Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama
Pengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah :
i. Sekiranya pelajar menggunakan “pharaphasing” nama pengarang ditulis
sebahagian daripada teks, tahun penerbitan hendaklah ditulis dalam
kurungan seperti berikut :
Works by Yao (1993) have shown that in order to maintain the
behavioural link between the offsprings and their parents, the use of
crossover operator should be avoided.
ii. Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation),
nama pengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan
muka surat hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut : ANN
offers useful properties and capabilities such as non-linearity, inout and
output mapping, adaptability and fault tolerance among others.
(Haykin, 1990: 16)
Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10 itallic,
jarak 1 baris antara barisan dan indent dipermulaan ayat.
iii. Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarang
tersebut perlu ditulis seperti berikut :
In designing the model for non-linear system, the parsimonious principle
(Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a non-linear model
involves an excessive number of parameters.
Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to adaptively
control Penicillin acylase fermentation.
iv. Sekiranya terdapat lebih daripada tiga pengarang, selepas
nama pengarang yang pertama hendaklah ditulis et al. seperti berikut :
The algorithm can be calculated by applying Gram-Schmidt procedures
as described by Korenberg et al. (1998)
v. Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di
dalam tahun yang sama, abjad seperti a, b, c dan seterusnya hendaklah
ditulis selepas tahun penerbitan.
Some of the basic principles widely used by many researchers are
Lagrange-Euler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul, 1981),
Newton-Euler (NE) equations (Luh et al., 1980a) and d’Alembert (G-D)
equations (Lee et al.,1983). Luh et al. (1980b) presented an example of
an acceleration control of robot arm/manipulator.

2. Senarai Rujukan
Semua rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam Senarai
Rujukan. Senarai rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad.
i. Sekiranya rujukan tersebut merupakan pengarang yang sama, susunan
hendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, atikel yang
ditulis oleh Peden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusun
sebelum atikel yang diterbitkan pada tahun 1999.
ii. Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklah
disusun mengikut pengarang yang pertama.

Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan


Penggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan :
Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk nama
pengarang adalah seperti berikut :
i. Nama Barat
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain.
Contoh :
nama : John Noick Pavlovic
(dalam teks) ditulis : Pavlovic, J.N.
(dalam teks) Pavlovic (tahun)
ii. Nama Melayu
Tuliskan nama penuh pengarangnya. Contoh
:
nama : Mohd Noor Bin Abdullah (dalam
teks) Abdullah,M. N. (Tahun) ditulis :
Abdullah, M.N., (Tahun),
iii. Nama Arab atau berunsur Arab
Tuliskan nama keluarganya
Contoh :
nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas
rujukan : Muhammad Naquib, S.A.
teks : Muhammad Naquib (tahun)
atau Tuliskan nama pengarang jika tiada nama keluarganya
Contoh :
nama : Malik ibn Anas
ditulis : Malik ibn Anas
iv. Nama Cina
Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina
terletak di depan nama.
Contoh :
nama : Tan Beng Keat
Rujukan : Tan, B. K.
(dalam teks) Tan (Tahun)
v. Nama India
Tuliskan nama pengarangnya.
Contoh :
nama : Srinivasan Venkataraman
ditulis : Venkataraman, S.
(dalam teks) Venkataraman (tahun)
Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.
Contoh :
nama : S. N. Gupta
ditulis : Gupta, S.N.
(dalam teks) Gupta (tahun)

Cara Penulisan :
Cara yang perlu ditulis di dalam Senarai rujukan adalah seperti berikut :
i. Satu dan beberapa pengarang

Contoh satu pengarang :


Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems.
New York : Gordon and Breach Science Publishers.
Contoh dua atau beberapa pengarang :
Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United Kingdom:
Prentice Hall International Ltd.
Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. Resolved-Acceleration
Control of Mechanical Manipulators, IEEE Trans. Automatic Control. 25
(3) : 468-474.
ii. Penyunting / Penyusun
Contoh
Kristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the worl. Surre :
Fishing New Book.
Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature usage.
Chischester : Ellis Horwwod.
iii. Penulis / Penyunting Korporat
Contoh
Engineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and scientific
terms.New York : Engineers Council.
American Chemical Society (Ed). 1978. Handbook for authors of
American Chemical Society publications.Washington, D.C : American
Chemical Society.

Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:

(a) Buku

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu


Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.

(b) Artikel dalam buku


Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in Schools: Reflections and
Empirical Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and Management.
Boston: Allyn & Bacon. 73-91.

(c) Artikel dalam jurnal

Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional Management


Behavior Of Principal.
The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.

(d) Tesis

Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A


Case Study Of A School. Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.

(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan

Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk


Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor: Kertas
kerja tidak diterbitkan.

Format penulisan

i. Tajuk
ii. Abstrak
iii. Penghargaan
iv. Isi kandungan
1. Pengenalan
2. Latarbelakang
3. Pernyataan Masalah
4. Tujuan Kajian (objektif/soalan kajian)
5. Kepentingan Kajian
6. Batasan Kajian
7. Tinjauan Literatur
8. Metadologi kajian (pengumpulan dan analisis data)
9. Dapatan Kajian dan Perbicangan
10. Rumusan dan Cadangan
11. Rujukan
Lampiran

AMALI PENULISAN ILMIAH

Mengenalpasti isu
Satu isu merupakan satu hasil daripada sesuatu peristiwa yang telah wujud
dan mempunyai satu impak positif atau negatif kepada sesuatu program dan
seharusnya dianalisis

Tajuk

1. Tajuk tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas;


2. Tajuk tersebut cukup menarik terutama bagi penulis;
3. Tajuk tersebut dikenal baik oleh penulis;
4. Tajuk tersebut mempunyai bahan pendukung penulisan dan boleh diperoleh
serta cukup

Tinjauan literatur

Setiap kegiatan ilmiah, khususnya penulisan karya ilmiah selalu dimulai


dengan tinjauan literatur atau lazim juga disebut kajian kepustakaan. Literatur
yang dicari dan dipelajari tentunya mengenai subjek yang telah ditentukan
sebagai topik penulisan. Tinjauan boleh dilakukan terhadap bahan ilmiah
seperti buku, jurnal, artikel, kertas projek, tesis, disertasi, esei ilmiah dan lain-
lain.

Latihan Penulisan
1. Tajuk bebas
2. Mengikut format penulisan ilmiah
3. Latihan penulisan ilmiah dilaksanakan selama 3 minggu
4. Terhad 3 muka surat / 700 patah perkataan

Pembentangan

1. Menggunakan Power Point


2. Persembahan berkesan
a. Latar belakang
b. Tulisan / penggunaan huruf
c. Warna tulisan

Penilaian Kertas Projek Penyelidikan

Senarai Semak
– Format lengkap
– Kesesuaian Tajuk Dengan Isi Kandungan
– Soalan Kajian Menjawab Pernyataan Masalah
– Kekemasan
– Penulisan Rujukan yang lengkap
– Pencapaian : LULUS
– Persembahan Dapatan Jelas
– Rumusan mesti mengandungi kesatuan idea, urutan idea, dan
penonjolan idea utama
– Pencapaian : CEMERLANG

Cadangan : Jabatan Pelajaran Negeri boleh mengeluarkan sijil penghargaan bagi


murid-murid
tingkatan 6 yang telah menyempurnakan penyelidikan mereka dengan
cemerlang. Kertas Penyelidikan yang baik boleh dibawa ke tengah
untuk dibentangkan di mana-mana seminar yang dijalankan dengan
kerjasama pihak guru dan sekolah.

You might also like