You are on page 1of 11

SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

PROGRAM PRA-UNIVERSITI SMK TUN TELANAI

GARIS PANDUAN & DASAR PENYELIDIKAN, KONSULTANSI, SERTA KOLOKIUM

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK TUN TELANAI

MOHAMAD AZHAR BIN HUSSIN


GPK Tingkatan Enam SMK Tun Telanai
21400 Kuala Terengganu, Marang, Terengganu.

1.0 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah
merangka suatu sistem persekolahan di peringkat persediaaan universiti dengan menyuntik elemen
penyelidikan, konsultansi dan kolokium untuk memartabatkan persekolahan pra-universiti ke suatu
tahap yang boleh dibanggakan. Usaha ke arah mendedahkan suasana pembelajaran di universiti
pada peringkat pra-universiti adalah suatu eksperimen yang akan dlaluii oleh setiap pelajar pra-
universiti agar wadah pembelajaran di universiti nanti adalah suatu pengalaman yang telah mereka
tempuhi di alam persekolahan. Berdasarkan sistem modular, penyelidikan melalui kerja luar (projek),
kajian kes atau pengkajian sesuatu bahan ilmiah berdasarkan tajuk kajian adalah merupakan salah
satu komponen yang penting bagi semua mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar di
peringkat tingkatan enam. Teori, kaedah serta ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah dan tutorial
dimantapkan lagi melalui kereja-kerja praktikal serta kajian lapangan dan penerokaan ilmu secara
maya akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap disiplin ilmu yang telah digariskan dalam
Sukatan Pelajaran.

Justeru garis panduan dan dasar penyelidikan, konsultansi serta kolokium ini adalah suatu
panduan kepada para pengajar persediaan universiti apabila ditugaskan oleh para guru nanti agar
wujud suatu penyelarasan apabila menghasilkan sesuatu kajian. Bagi pihak guru yang telah dilantik
sebagai guru akademik tingkatan enam, perlu menghasilkan satu kajian setiap tahun selain menyelia
dan membimbing pelajar menjalankan penyelidikan. Maka garis panduan ini boleh dijadikan sebagai
asas dalam menghasilkan satu kajian guru.

2.0 Komponen Penyelidikan

Terdapat tiga komponen dalam menghasilkan penyelidikan pelajar iaitu...

2.1 Kertas Kerja

Dihasilkan sebagai suatu bukti atau dokumentasi bahawa berjalannya sesuatu kajian untuk
disampaikan kepada sesuatu kumpulan atau sesuatu organisasi. Kertas kerja juga dihasilkan sebagai
bukti terhasilnya sesuatu kajian serta juga untuk tujuan pembentangan. Kertas kerja yang dihasilkan
mestilah mengandungi format atau item tertentu. Kertas kerja juga sebagai panduan bagaimana
sesuatu kajian akan dijalankan serta bagaimana pendekatan kolokium yang akan dipersembahkan.

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 1
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

2.2 Kolokium/ pembentangan

Merupakan suatu perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk
membincangkan perkara yang bersifat ilmiah serta mengupas sesuatu isu dari sudut disiplin ilmu.
Justeru kolokium terhasil dari proses penerokaan dan pencarian ilmu melibatkan interaksi sehala
iaitu antara pengkaji atau penyelidik dengan bahan ilmiah atau melibatkan interaksi dua hala iaitu
bahan ilmiah serta kerja-kerja lapangan. Dalam proses menghasilkan kajian untuk pembentangan
pelajar akan diberikan tajuk-tajuk oleh mentor masing-masing serta penerokaan dan pencarian fakta
melibatkan sumber ilmu premier dan sekunder.

2.3 Aliran kerja/ proses menjalankan penyelidikan

Merupakan komponen ke tiga dalam menjalankan penyelidikan pelajar dan seterusnya


menggerakkan aktiviti kolokium sebagaimana yang digariskan dalam sistem pembelajaran tingkatan
enam serta seperti yang terkandung dalam jadual waktu persekolahan pelajar. Komponen yang ke
tiga ini menjelaskan gerak kerja guru dan pelajar dalam menjalankan kajian berdasarkan tajuk-tajuk
kajian yang telah dikemukakan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam. Antara aliran kerja yang perlu
dipatuhi oleh setiap pelajar ialah sebagaimana di bawah..

1. Mengenalpasti dan menentukan tajuk/isu

Pemilihan dan penentuan tajuk penyelidikan bergantung kepada mentor dengan


mengambil kira kesesuaian tempat/kos/sumber/insitusi/tokoh serta perbincangan
dengan mentee (pelajar). Skop kajian berpaksikan kepada Sukatan Pelajaran serta
kerelevenan tajuk kajian.

2. Arahan kepada pelajar dan Soalan Penyelidikan

Arahan kepada pelajar hendaklah jelas tentang permulaan, perkembangan dan


pengakhiran kajian. Soalan penyelidikan juga menjadi satu arahan kepada pelajar
untuk melaksanakan tugasan yang diberikan serta menjelaskan secara langsung
prosedur penyelidikan seperti objektif, tempoh masa, format, aplikasi ict, laporan
penyelidikan dan sebagainya.

3. Pemilihan kawasan, institusi, tokoh

Suatu keperluan berdasarkan tajuk kajian yang memerlukan kerja lapangan, temu
ramah tokoh, kajian kes dan lain-lain. Ia mestilah sesuai dan menepati objektif
penyelidikan dengan mengambil kira perkara-perkara seperti kos, persiapan
logistik, aspek keselamatan, unsur fizikaal, masa, jarak, keluasan kawasan kajian
serta mengambil kira aspek luar jangka serta jalan penyelasaian.

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 2
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

4. Menjalankan tinjauan

Tinjauan perlu dijalankan oleh guru bersama pelajar terhadap lokasi


penyelidikan,insitusi, tokoh dan aspek yang dikaji untuk menilai kesesuaian tajuk
dengan objektif penyelidikan, menentukan kos, jarak, keselamatan, faktor-faktor
yang menyokong kajian serta kekangan-kekangan yang akan dilalui. Justeru tinjauan
adalah tapak asas bagi sesuatu kajian yang bakal dijalankan dengan mengambil
kekuatan dan kelemahan yang ada.

5. Menentukan kaedah / metod penyelidikan

Melalui bimbingan guru sebagai pemudahcara serta hasil perbincangan bersama ahli
kumpulan, sesutu kaedah atau gabungjalin pelbagai kaedah boleh dijalankan seperti
penerokaan maya , pemerhatain, soal selidik, kajian kes, temu bual, lawatan
bermaklumat, pengukuran serta kajian perpustakaan.

6. Kemudahan peralatan dan bahan penyelidikan

Peralatan dan bahan penyelidikan yang akan digunakan adalah sebahagian


komponen yang membantu pelajar dalam menjalankan kajian. Ia mestilah berfungsi
dengan baik agar dapat mencapai objektif penyelidikan serta dapat berfungsi
dengan baik. Peralatan yang diguna juga berfungsi sebagai arahan kepada pelajar
untuk mendapatkan maklumat yang dicari. Pelajar mesti didedahkan penggunaan
peralatan dengan sejelas-jelasnya.

Guru juga berperanan menjadi pemudahcara dalam membantu pelajar menyediakan


borang soal selidik, temu bual dengan orang sumber, kajian kes, pencerapan dan
pengukuran dengan menggunakan skala yang sesuai.

a. Borang soal selidik mestilah mengandungi pengenalan diri, tujuan kajian,


arahan, dan diberi nombor siri. Bentuk soalan sama ada secara terbuka atau
tertutup boleh digunakan .

b. Borang soal selidik juga mengandungi latar belakang responden, isu-isu


kajian, soalan yang jelas dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.

c. Kemudahan alat perakam dan buku catatan adalah suatu keperluan ketika
menjalankan kaedah temu bual.

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 3
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

7. Keperluan & persiapan logistik

Adalah menjadi satu tanggungjawab bagi guru dan sekolah untuk memastikan
keperluan logistik berikut disediakan sebelum penyelidikan dijalankan :

a. Surat kebenaran – iaitu surat kebenaran ibu bapa/penjaga, surat kebenaran


daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu (JPNT).

b. Surat makluman kepada Pejabat Polis Daerah, Penghulu, dan ketua


kampung.

c. Surat kebenaran daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan


bukan kerajaan, sektor korporat, IPT, serta institusi kewangan.

d. Sekiranya memerlukan penggunaan pengangkutan, tempahan dan urusan


insuran hendaklah dibuat berdasarkan prosedur lawatan sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh Pekeliling Jabatan Pelajaran Negeri/ Kementerian
Pelajaran Malaysia.

e. Guru pengiring yang mencukupi berdasarkan nisbah pelajar dan jantina.

f. Peralatan yang dibawa berdasarkan keperluan kajian, serta bekalan makan


minum dan kit pertolongan cemas.

g. Mengadakan taklimat kepada pelajar dan guru pengiring tentang aspek


keselamatan, jadual perjalanan, keperluan individu, dan persiapan terakhir.

8. Mengadakan konsultansi / bimbingan

Adalah suatu proses yang sangat penting dan berjalan seiringan dengan sesi
pembentangan dan kolokium. Proses penyelidikan boleh dinilai apabila berlakunya
konsultansi antara guru-pelajar.

Pertemuan antara guru-pelajar diadakan setiap minggu bagi memandu dan melihat
perkembangan kajian. Perbincangan boleh difokuskan berdasarkan keperluan kajian
dan perkembangan kajian seperti memperkembangan isi , menyusun atur gambar-
gambar dan sebagainya. Aktiviti konsultansi atau memberi bimbingan berjalan
seiringan dengan pembentangan atau kolokium.

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 4
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

9. Tatacara kajian lapangan

Beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila pelajar menjalankan kajian


lapangan sebagai satu proses untuk mengumpul maklumat iaitu :

a. Membawa surat kebenaran/makluman menjalankan kajian.

b. Menjalankan kajian secara berkumpulan, bergerak secara berkumpulan.

c. Menjauhi kawasan berbahaya seperti kawasan pantai, berada di pergigian


sungai yang dalam atau di tepi cerun yang curam.

d. Menjalankan kajian dengan menggunakan borang soal selidik.

e. Menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah ketika menjalankan kajian
atau menemubual individu tertentu sebagai orang sumber.

f. Pelajar perlu mematuhi arahan guru pengiring.

10. Melaksanakan kolokium / pembentangan

Setiap pelajar/kumpulan mesti membentangan kerja penyelidikan dalam satu majlis


kolokium yang terancang. Kolokium boleh dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu :

a. Pembentangan / kolokium peringkat 1 meliputi bab I hingga bab IV.


Pembentangan akan dinilai oleh panel penilai dan markah akan dikumpulkan
untuk dicampurkan pada pembentangan peringkat ke 2. Pembentangan
peringkat ini berkenaan pengenalan ,objektif kajian,permasalahan
kajian/isu/hipotesis, kajian kepustakaan, kawasan kajian, tokoh dan
individu serta agensi/insitusi tertentu.

Kolokium akan dikendalikan oleh pelajar tingkatan 6 dengan bimbingan guru


PPU, setiap pelajar akan diberikan had masa tertentu untuk
mempersembahkan perkembangan kajian peringkat pertama dengan
menggunakan kemahiran ICT (persembahan power point). Kolokium
peringkat 1 akan dijalankan antara Februari hingga Mei.

b. Pembentangan / kolokium peringkat 2 meliputi bab V hingga VII iaitu


kaedah kajian, dapatan kajian, rumusan (pembentangan keseluruhan isi )
dan cadangan penambaikian.

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 5
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

Kolokium peringkat ini juga dikendalikan oleh pelajar dengan bimbingan


guru, dengan had masa tertentu dan pembentangan dengan menggunakan
kemahiran ICT.
Markah kolokium peringkat 1 akan dicampurkan dengan markah kolokium
peringkat 2 untuk menentukan kumpulan yang menghasilkan kajian yang
terbaik dan persembahan terbaik untuk diisytiharkan pemenang. Kolokium
peringkat ini akan dilaksanakan antara bulan Julai hingga September.

11. Kaedah Pembentangan Kolokium

Bil Perkara Aplikasi / keterangan


1 Pembentangan / persembahan 1. Pembentangan berlaku dalam bentuk pembentangan
kumpulan di bawah konsultansi seorang guru
pembimbing.
2. Pembentangan dengan mengggunakan kemahiran ICT
(power point).
3. Kaedah pembentangan berdasarkan kreativiti dan daya
imaginasi sesuatu kumpulan.
4. Setiap kumpulan dikehendaki mengedarkan ringkasan
kajian kepada semua kumpulan pembentang dan juga
para hakim.
5. Setiap kumpulan mesti menyediakan kertas kerja yang
mengandungi muka surat antara 20 hingga 25 muka
surat.
6. Semasa pembentangan pelajar boleh diagihkan tugas-
tugas tertentu untuk membentuk kerjasama dan
memupuk kemahiran berkomunikasi iaitu :
a. Pembentang
b. Pemudahcara ICT
c. Menjawab soalan yang dikemukakan oleh audien
d. Membuat rumusan dan kesimpulan
7. Masa untuk setiap pembentangan adalah selama 15
minit, 5 minit untuk menjawab soalan dan 5 minit untuk
membuat rumusan serta kesimpulan.
2 Penilaian Berdasarkan Format Pemarkahan Kolokium
3 Panel Penilai 1. Pn.Hajah Zalihah binti Abd.Rahaman (K)
2. Tn.Haji Mohamed Omar bin Bujang
3. Tn.Haji Abdullah Tahir bin Said
4. Pn.Kamariah binti Aziz
* Ketua panel penilai akan membuat rumusan/komen
terhadap pesembahan pelajar.
4 Urusetia Panel Penilai 1. Cik Hajah Rusilawati binti Mahmud
2. Puan Normizan binti Zakaria
Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti
SMK Tun Telanai 6
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

3. Puan Faridah Akhma binti Mat Zin


4. Puan Samsiah binti Embong
5 Tarikh Pembentangan Ditentukan oleh Ketua unit penyelidikan dan kolokium
12. Kandungan Penulisan

i) Tajuk
ii) Abstrak
iii) Penghargaan
iv) Isi kandungan
a) Pengenalan
b) Latar belakang
c) Pernyataan masalah
d) Tajuk kajian (objektif kajian & persoalan)
e) Kepentingan kajian
f) Batasan kajian
g) Tinjauan literature
h) Metodalogi kajian (mengumpul data & menganalisis data)
i) Dapatan kajian dan perbincangan
j) Rumusan dan cadangan
k) Rujukan
l) Lampiran

13. Format Penulisan

1. Kertas dan Saiz


Gunakan kertas putih saiz A4 (210mm x 297mm) yang bermutu baik iaitu
80g/m2. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh dicetak.

2. Birai (margin)
Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri mestilah 4cm
(untuk penjilidan) dan 2.5 cm bagi birai atas, bawah dan kanan.

3. Penomboran Muka Surat


Setiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun berterusan.
Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut sebelah kanan
iaitu 1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan. Penomboran muka
surat mestilah seperti berikut :
i. Bahagian permulaan projek ilmiah/penyelidikan dicetak dengan
nombor kecil roman secara berturutan sepeti berikut :

a) Muka surat (i) Tajuk


b) Muka surat (ii) Abstrak
c) Muka surat (iii) Penghargaan
d) Muka surat (vi) Isi kandungan

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 7
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

e) Muka surat (1,2.3 ....25) Pengenalan hingga rujukan


f) Lampiran tiada muka surat

4. Kaedah Penulisan

Penulisan akademik hendaklahdicetak dengan menggunakan font Arial saiz


12. Jarak di antara dua baris teks ialah langkau dua. Langkau satu hanya
digunakan untuk :
i. Petikan yang panjang
ii. Abstrak
iii. Nota/sumber/petikan
iv. Senarai rujukan

Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat
mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap.
Sekiranya ianya perenggan akhir dalam satu muka surat dan perenggan
tersebut mempunyai kurang dari dua baris yang lengkap, perenggan
tersebut hendaklah dimulakan pada muka surat yang baru. Tajuk dan
pecahan tajuk perlu dinamakan dan digelapkan. Abjad pertama untuk
pecahan tajuk hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar kecuali
untuk kata penghubung seperti di, dari, ked an seumpamanya.

5. Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber

Font untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu. Jarak
Penaipan yang digunakan adalah seperti berikut :

i. Jarak di antara birai atas dan bab ialah 2.5cm.


ii. Jarak di antara bab dan tajuk bab ialah 4 jarak baris.
iii. Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarak baris.
iv. Jarak di antara teks di baris akhir perenggan dan sub tajuk ialah 4
jarak baris.
v. Jarak di antara sub tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak baris.
vi. Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak baris.
vii. Nombor dan tajuk bagi sub tajuk hendaklah selari dengan birai kiri.
Viii. jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah ialah 2
jarak baris.

6. Jumlah Perkataan

Kandungan kajian ilmiah/ penyelidikan hendaklah antara 15 hingga 25 muka


surat. Lampiran , jadual dan rajah tidak termasuk dalam jumlah muka surat.

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 8
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

7. Penjilidan

Hasil penulisan tentang kajian sesuatu tajuk hendaklah dijilidkan dan perlu
dihantar dalam 2 salinan asal.

8. Muka Hadapan

Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk penulisan ilmiah/kajian


penyelidikan, nama kumpulan, nama sekolah dan tahun penyerahan
penulisan ilmiah dan hendaklah dicetak dengan huruf besar. Kedudukan
center text.

9. Format Rujukan

a. Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)

i) Tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.

ii) Nama pengarang ditulis pada akhir ayat.


“ Oleh itu, kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang... (Paredis, 1993).”

iii) Sumber yang dihasilkan oleh dua pengarang.


“Senggaraan secara berjadual ....telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic
(1995).”

iv) Sumber dirujuk dihasil oleh tiga atau lebih pengarang.


“Shafie Deris, et.al. (1999) telah menggunaka..............”

Contoh Rujukan
a) Buku
Wan Zahid Mohd Nordin I(1993). “ Wawasan Pendidikan.” Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise

b) Artikel dalam buku


Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership.”dlm.Mikac,N.”School
Leadership.” Boston : Allyn & Bacon. 73 -91

c) Artikel dalam jurnal


Halinger,J.F.(1985). “Assessing. “The Elementary School Journal, 86(2). 217
-247.

d) Tesis
Wan Ali Kazim (1993). “Demografi Penduduk.......” Universiti Malaya :
Disertasi Sarjana Pendidikan.

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 9
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

e) Bahan sumber yang tidak diterbit


Salim Salam (2000). “Peranan Pengetua.................” PPD Kluang, Johor

10. Menulis Laporan Penyelidikan

Laporan penyelidikan/kajian ilmiah yang telah selesai (pemurnian bersama


guru pembimbing) hendaklah ditulis secara bertaip mengikut Format yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) – sila rujuk kepada
Manual Penyelidikan Tingkatan 6.

Laporan penyelidikan mestilah mengandungi bilangan muka surat antara 20


hingga 25 muka surat sebagaimana yang ditetapkan dalam buku garis
panduan penyelidikan SMK Tun Telanai.

Bab I hingga bab IV boleh ditulis apabila pembentanagn Kolokium peringkat


I selesai dilakukan selepas perbincangan dan pemurnian serta proses
penambaikan dibuat. Bab V hingga VII pula ditulis setelah pembentangan
Kolokium Peringkat II selesai dibentangkan oleh setiap kumpulan pelajar.

Semasa memproses data dan menganalisis kerelevenan data serta


maklumat yang dikumpul, beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi
menentukan kesahan data, integriti serta akauntabiliti pengkaji. Memplagiat
data sebagai dapatan kajian yanag asli adalah satu kesalahan dan di larang
sama sekali. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti
berikut :

a. Menentukan kesahan dan integriti data.


b. Mentaksir hasil penyelidikan.
c. Membuat analisis hasil penyelidikan bagi menilai kerelevenan dan
cakupan kajian.
d. Memplot data dalam bentuk rajah, carta, graf dan peta.
e. Mengira dan membuat jadual.
f. Susur galur fakta yang berkaitan.

11. Pentaksiran dan Penilaian.

Laporan penyelidikan bagi setiap pelajar dinilai oleh guru/penyelia,


penyetara luar (lantikan MPM) serta diberi pemarkahan yang standard.
Umber Laporan penyelidikan hendaklah disimpan di Pusat Sekolah (PSS) dan
bilik GPK Tingkatan 6. Markah Penuh adalah 100%, dan skala markah

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 10
SMK TUN TELANAI 21400, MARANG TERENGGANU

berdasarkan kepada empat kartegori iaitu cemerlang, baik, sederhana dan


lemah.

Antara aspek yang diberi tumpuan dalam mengkartegorikan kajian pelajar


adalah seperti berikut :

a. Pengenalan : Menyatakan tujuan dengan jelas, dan menarik


(5 markah)
b. Pernyataan masalah : Mengemukakan isu/hipotesis ( 5 markah)
c. Kajian kepustakaan : Rujukan sumber yang berkaitan (5 markah)
d. Kawasan kajian/ tokoh/institusi : Lokasi sesuai, peta lakar (5 markah)
e. Kaedah, analisis data dan maklumat (20 markah)
f. Dapatan kajian : Kepelbagaian persembahan (35 markah )
g. Rumusan dn cadangan : Isi utama ( 10 markah )
h. Penerapan nilai insaniah (soft skills) (10 markah )
i. Kandungan, lampiran, abstrak, rujukan ( 5 markah )

* Garis panduan ini menjadi dasar pelaksaan kajian ilmu/ penyelidikan di peringkat sekolah.
Sekiranya terdapat perbezaan antara garis panduan ini dengan pekeliling/surat arahan daripada
PPD,JPNT, Majlis Peperiksaan Malaysia maka keutamaanya mestilah kepad surat arahan tersebut.

MOHAMAD AZHAR BIN HUSSIN


PENOLONG KANAN TINGKATAN 6,
SMK TUN TELANAI.

Garis panduan & dasar penyelidikan, kolokium serta konsultansi Pra-Universiti


SMK Tun Telanai 11

You might also like