Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
ISI KANDUGAN
BILPERKARAMUKA SURAT1PENGENALAN2CARTA ORGANISASI KKP3KELEMAHAN MANUSIA YANG SERINGMENGAKIBATKAN KEMALANGAN DI TEMPATKERJA4KES-KES KEMALANGAN YANG BERLAKU DITAPAK BINA5LAMPIRAN6KESIMPULAN
 
PENGENALAN
Aspek keselamatan dan kesihatan tidak boleh dikompromi. Di mana, bila,mengapa, siapa dan apa cara sekalipun, ia wajar disedari, difahami dandiamalkan setiap waktu supaya bahaya tidak menimpa kita, rakan sekerjaatau mereka yang berada di sekitarnya. Menyedari hakikat itu, MajlisNegara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) yangditubuhkan pada 1995 mengikut kehendak Seksyen 8 Akta Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), memainkan peranan penting kearah itu dengan sokongan padu Jabatan Keselamatan dan KesihatanPekerjaan (JKKP) serta Institut Kebangsaan Keselamatan dan KesihatanPekerjaan (NIOSH). MNKKP ditubuhkan bagi menjadikan semua tempatkerja di Malaysia selamat, di samping meningkatkan tahap keselamatandan kesihatan pekerjaan serta menjadikan amalan kerja selamat dan sihatsebagai sebahagian daripada budaya rakyat negara ini yang berlandaskankepada proses tiga pihak iaitu pekerja-majikan-kerajaan.MNKKP mempunyai kuasa melakukan semua perkara yang wajar,munasabah atau bersangkutan dengan pencapaian tujuan Akta 514. Iaboleh menjalankan penyiasatan dalam isu keselamatan dan kesihatan yangluas serta boleh menubuhkan jawatankuasa untuk membantunya dalammenjalankan fungsinya. Pembentukan budaya kerja selamat dan sihatadalah matlamat utama MNKKP bagi mempertingkatkan kualiti kehidupanrakyat. Aktiviti MNKKP yang berterusan dan berkesan ialah mengadakanKempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kempen KKP). Selamalebih 10 tahun MNKKP ditubuhkan, banyak program kempen ke arahmewujudkan budaya itu sudah dianjurkan dan mendapat sambutanmenggalakkan daripada orang ramai, pekerja dan majikan. Konsep KempenKKP yang dianjurkan terbahagi kepada dua iaitu peringkat MNKKP - secarabesar-besaran meliputi sebulan promosi budaya selamat dan sihat.Biasanya kempen ini meliputi dialog bersama pihak industri berhubung isusemasa KKP.
 
Selain itu, larian KKP (OSH Run) dengan penyertaannya terbuka kepadasemua golongan masyarakat dan berkonsepkan lari dan jawab soalanberkaitan KKP. MNKKP juga menganjurkan seminar dua hari yang dihadiripenceramah tempatan dan luar negara yang berpengalaman bagimembentang dan membahas isu semasa berkaitan keselamatan dankesihatan pekerjaan dalam konteks negara ini.Di samping itu, pameran juga diadakan serentak dengan seminar yangmempamerkan sistem dan peralatan keselamatan serta kesihatan terkinidaripada pembekal tempatan dan luar negara. Kemuncaknya adalahpenyampaian Anugerah Cemerlang KKP kepada calon industri yangberjaya mencapai tahap cemerlang KKP di tempat kerja masing-masing.MNKKP juga mengadakan kempen mini, kempen selamat dan sihat yangdianjurkan sepanjang tahun, contohnya sempena perayaan Deepavali danAidilfitri, Kempen Tempat Kerja Bebas Dadah anjuran bersama denganPemadam Kebangsaan. Untuk peringkat industri pula, MNKKP melaluiJKKP menggalakkan program atau aktiviti promosi budaya kerja selamatdan sihat di pelbagai industri semasa kempen berkenaan dijalankan.Tumpuan utama MNKKP apabila menganjurkan kempen ialah untuk: -Mempromosi dan meningkatkan kesedaran semua peringkat masyarakat,terutama golongan bekerja supaya mementingkan keselamatan dankesihatan pekerjaan; - Sebagai platform untuk menunjukkan keprihatinandan komitmen kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatantempat kerja terjamin; - Memperkenalkan peraturan dan perundangan baruatau bentuk penguatkuasaan terkini yang akan dikuatkuasakan oleh JKKP;dan - Mengenengahkan sistem atau peralatan KKP terkini daripada luar negara, melalui penceramah atau pembekal antarabangsa semasa seminar dan pameran.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more