You are on page 1of 44

1.

0 PRABACAAN

Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :-


1.     Pengamatan penglihatan
2.     Pengamatan pendengaran
3.     Pergerakan tangan dan mata

Prabacaan merupakan kesediaan  murid untuk membaca. Pada peringkat


awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi
menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini,
murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. konsep kesediaan
membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum
bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca
secara khusus dan berterusan. 
Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada
dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan
peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan
latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal
abjad hingga membaca ayat.
            Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula,
tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca.
Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca
adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang
boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca
boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan
perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah
menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf.

1
Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentuk-
bentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid.
Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan
ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak
boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa
Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara ‘tidak boleh membaca’ ini berlaku.
Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah
mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal
cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan.
Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat
membaca bahan-bahan bacaan yang ‘senang’ pada akhir Darjah 1 persekolahan
mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil
kira hal-hal berikut:

a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik – ertinya ada
hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali
dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).
b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika
dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain –dengan bahasa Inggeris
misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya
sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil
terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca
di peringkat awal.
c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu)
yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa
Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang
mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya
mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai
bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar
membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar
mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan

2
kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita.

Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan


oleh guru-guru kita – ‘kaedah abjad’ , ‘kaedah fonik’, ‘kaedah pandang dan
sebut’, ‘kaedah eklektik’ dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih
membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai
bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di
rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan
berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di
mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah
kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan
terus diberi kemudahan untuk mereka membaca.
Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti,
kejayaannya – dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis
dan mengira – bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-
buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca.
Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ‘ilmu pengetahuan’,
mesej moral, dan sebagainya.

1.1 KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID MEMBACA DI PERINGKAT AWAL

Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat


membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru.
Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian
yang lain, dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini
masih agak serius.  
Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan
mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru-guru,
dan ibu bapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itu
menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam,
Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, Seni

3
Perusahaan, mata pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan kemahiran
lain.
Kemahiran 3M adalah ‘alat’ asas untuk seseorang meneroka ilmu,
mencipta, dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan
dalam menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan
sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca
setakat ‘mengenal huruf’ sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum yang harus
dianggap sebagai ‘functionally literate’ di Malaysia hari ini harus didasarkan pada
keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam
suratkhabar, dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Taraf pencapaian
minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-murid
sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3.
Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina
secara progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam
negara kita, mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di
bangku sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita
bersekolah. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai ‘biasa’
bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-
kanak supaya dapat membaca dan menulis.
Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan,
tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan
sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan
mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran
tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula
serta dipulihkan.
Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang
besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa
kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas)
a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat
permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid
Darjah 1, di sekolah-sekolah dasar kita;

4
b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah ‘normal’ dari segi keupayaan
atau kebolehan mereka belajar;
c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan
(walaupun mungkin dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaan
kata yang ‘mencukupi’ akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu,
atau bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu. Dengan kata lain
mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama.

1.2 KAEDAH PENGAJARAN YANG BIASA DIBUAT

1.2.1 Kaedah abjad

Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama


huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c…hingga z. Murid-murid diajar
menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. kadang-kadang
ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapa
minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-
suku kata “ba – tu”, “ka – ki” dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja
perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang
pendek.
Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih
untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .Kaedah
abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang
bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan
menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya
menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah
ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa
gembira atau puas.

1.2.2 Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say)

5
Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama
Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi
kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu
lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal ‘nama setiap huruf itu’. Misalnya
batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-
perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan
tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat)
ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan
seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang
dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah,
perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan
yang menunjukkan gambar dan perkataan.
Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan lambang-
lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh
‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar
mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.
Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik
sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat
dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di
sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa
yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi
symbol-sound relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik
bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna
untuk mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak beberapa tahun
kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula, sebab didapati ramai murid biasa
(terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca.
 Kemahiran murid-murid ‘mengenal’ perkataan-perkataan tidak dapat
menjelma dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal ‘perkataan-perkataan’
berdasarkan gambar daripada ‘mengenal’ perkataan-perkataan, dan murid-murid
ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang ‘baru’. Jadi, baru-baru ini timbul
semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik

6
mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk
mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris.
Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar
bahasa-bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi
logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu
benda, idea, dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan.
Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu
huruf boleh dikatakan melambang satu ‘bunyi’ – lebih fonemik daripada misalnya
sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah
Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa
Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan
dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa
Melayu.

1.2.3 Kaedah Fonik

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat


hubungan di antara simbol (huruf) dan ‘bunyi’ (grapheme phoneme relationship)
supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan
baru yang mereka hadapi.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf.
Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan
‘aa…’, ‘t’ – ‘tah’, ‘s’ –‘ss’. ‘u’ – ‘uu…’, ‘z’ – ‘zz…’, dan sebagainya. Setelah
mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina.
Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagainya. Kemudian baru
digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan – ‘dada’, ‘batu’,
‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca
ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.
Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik,
(iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’), dan oleh
sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik

7
ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-
perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan
mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah
Pandang dan Sebut.
Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid
menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan
biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi
huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-
ayat yang bermakna.

1.2.4 Kaedah Eklektik

Kaedah ini adalah kaedah Campuran – campuran kaedah-kaedah


mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang
digunakan. Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan
ada pula penujuan sintetik-analitik.
Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu,
kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah
seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk
mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita.
Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan, agak
banyak yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi
akedah cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.
Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar ‘eklektik’
tetapi sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan
bahasa Melayu, struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan
keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus
menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa
Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi Kaedah itu haruslah sistematik

8
1.3 KAEDAH GABUNGAN YANG DICADANGKAN

Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada


murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan
hal-hal berikut:

a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik –


ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan
dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan
sebut’ boleh digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata
telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi
untuk terus belajar membaca.

Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh


menggabungkan terus ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ dalam
satu pelajaran membaca, pada peringkat awal. Kita tidak perlu menunggu murid-
murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum
mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan kita tidak
begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a, b, c…
sampai z secara tertib biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan
kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus
membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu
dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua, tiga pelajaran saja mereka akan
terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan merasa bangga yang
mereka boleh membaca serta faham akan yang dibaca.

9
Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit, terdapat beberapa contoh:
a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal:
a o u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan
membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli.
b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya:
d k m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih-tubi beberapa kali
supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan
jelas.
c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi
suku kata:
da di du
ka ki k u
sa si su
Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:
ba ba baba
bu bu bubu
da da dada
ku ku kuku
Ulangkan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi
ayat dan latihan murid-murid membacanya:
baba bubu
dada kuku
d) Perkenalkan gabungan lain:
a ku aku
a da ada
i ni ini
i tu itu
bu ku buku
ba ba baba
bu ka buka
ba ju baju

10
Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa
perkataan di atas:
aku ada buku
aku buka baju
ini buku aku
itu baju aku
Kemudian gantikan ‘aku’ dengan ‘baba’ dan ulang membacanya.
Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:
buku dia
buku baba
buku aku/ku
Gantikan ‘buku’ dgn ‘baju’, ‘baju’, dan ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan
kad imbasan.
e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.
i bu ibu
bu di budi
u da uda
budi ibu
budi ibuku
budi uda
di a dia
ka ki kaki
kaki dia
kaki ibu
kaki kuda
Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai
perkataan yang dicipta:
ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda

11
Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam
tiga, empat hari, sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh
mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-
perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.

1.4 KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima


pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca
melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama
ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-
peringkat lain yang lebih tinggi.
Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan
sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal,
emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal
kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat
sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya
mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.
Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya
terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan,
membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat
orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan,
khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat
dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan
kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat
tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah
berumur enam tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, factor persekitaran
amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-
kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa
melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan

12
buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan
kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama.
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan
membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih
dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,
malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa
dan guru.” Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan
keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-
otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu
meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan
otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai
pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran
membaca, Cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar
ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan
peringkat-peringkat bacaan seperti yang di bawah. Meniarap (aktiviti kesediaan
membaca) merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) ,berdiri
(aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca ,berjalan ( mahir membaca
peringkat rendah) , berlari ( mahir membaca peringkat tinggi)

1.5 AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca


kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat
prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran
pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan
daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi
kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula,
tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca.
Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca
adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang

13
mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.
Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid
membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah :
Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber
Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. Tiga
kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan
pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata.

1.6 AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

1.6.1 Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1


Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.
Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.
Aktiviti Murid:
Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru.
Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

1.6.2 Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2


Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di
papan kenyataan atau di buku skrap kelas.
Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh
dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-
menulis.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan
hidup.
2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai
respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di
papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat
tulis-menulis dan lain-lain.

14
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap
mengikut tajuk tertentu.

1.7 AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

1.7.1 Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1


Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan
mengecam perbezaan bunyinya.
Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti
tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid
mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama
ada bunyi benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian
daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

1.7.2 Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2


Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air
mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat,
dan ombak.
Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik,
angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa
gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang
diperdengarkan.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid
menyatakan jenis bunyi itu.

15
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang
dinyatakan.

1.8 AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

1.8.1 Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1


Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan
lain-lain.
Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda
atau model yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

1.8.2 Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2


Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari
atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.
Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok,
model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang
mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-
putus.
Aktiviti Murid:
1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke
kanan dan sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan
tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri
ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang
bendera.

16
2.0 PRATULISAN 

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak
bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang
diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat
contengan di ataS permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran
mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke
atas permukaan benda tersebut.

1) Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas


hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah
bagi kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi
mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara
berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti
seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung
dan lain- lain
2) Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk
dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke
bawah dan lain-lain.
4) Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

2.1 TULISAN MEKANISME

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah


faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa.
Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada
murid-murid. Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan
mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas
kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah

17
latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar /
luas membawa kepada lembaran bergaris kecil sempit. 

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :


 Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
 Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
 Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
 
2.2 KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis asas Hammil dan Mc


Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat
dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis,
mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.
Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan
tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada
memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul
serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer
(1985) yang bersetuju pendapat Hidreth (1947) "menyatakan bahawa punca
utama ialah masalah ’psikomotor’, masalah emosi, kegagalan pengamatan
terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah".
Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat,
arah tulisan yang tidk betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget,
terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis. 

2.3 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN

a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.

i. --------- …………. ………….. …………... …………

18
b) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di
rumput tanpa menggunakan alat tulis.

BULATAN BESAR – BULATAN KECIL

c) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-


nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
d) Latihan membentuk garisan lurus.
e) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan
lurus.Dilakukan secara bebas.
f) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus
dan bulat.

3.0 PEMULIHAN BACAAN

3.1 PENGENALAN

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan


bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan
bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid
yang tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat
membaca:

a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)


o Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti
kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan
pengalaman sedia ada.

19
b) Faktor yang ada pada bahan bacaan.
o Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi
perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan,
struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik.

3.2 AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN

Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran


fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti:
 Bibir
 Gigi
 Gusi
 Lelangit keras
 Lelangit lembut
 Anak tekak
 Lidah
 Rongga tekak
 Rongga mulut

Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui
aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan
menghafal huruf ‘a’ sehingga ‘z’ dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlu
melaksanakan aktiviti berikut:
 Nyanyian lagu A,B,C,..
 Menayangkan huruf satu persatu secara berulang
 Padanan abjad
 Menyebut huruf satu persatu secara berulang.

20
Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu
diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca.
Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid
supaya bertutur.

Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai


kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru
termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap
bunyi huruf, permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang
mempunyai suku kata kv, kvk, kv+kv, dan kv+kvk.

Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam


mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses
semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan,
mengolah bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan
pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.

3.3 ANALISIS AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN

Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi


kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat
membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan
pemahaman guru dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
serta meningkatkan kefahaman. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan
dengan menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-
murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca.

21
4.0 PEMULIHAN TULISAN

4.1 CARA-CARA PELAKSANAAN RANCANGAN PEMULIHAN

Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah


ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti
pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan
ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah
diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini.
Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya
membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan
akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya
pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.
Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan
mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam
darjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada
kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengan
keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan
membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan
rancangan pemulihan dalam 3M.
Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang
pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang
memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan
mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid
tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu
menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja,
sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi
petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya
untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

22
4.2 SARINGAN DAN DIAGNOSIS

           Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis.


Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru
sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa
memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di-
bacanya.
           Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat
saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan
melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan.
Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang
tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin
tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang
dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.
Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai
kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah.

1. Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat
berikut:
a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis
kerana kerumitan mengeja.
b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami
oleh murid.
2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal
semua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat
tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak
dihadkan.
3. Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat
yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit.
Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip
tulisan tersebut.

23
4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-
perkara berikut:
a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.
b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa
dan ujian yang menghadkan masa.
c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut:
Jumlah perkataan dibahagi dengan masa).
5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.
a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian
yang masanya dihadkan.
b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak
mengehadkan masa.
c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.
d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu
besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini
biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan
menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan
bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan
kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat
diperkait¬kan dengan darjah murid
Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat
dibandingkan dengannya. Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for
Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition)
‘,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'.  Walau
bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan)
dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.
Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan
dikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis
kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses

24
diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua
huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua. 
Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap
murid. Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey
Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan
berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis
tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca. 
            Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa
huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil
r,n,e,a,o,s dan t.menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf
yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan
yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d
seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca,
kecuali huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini
menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran
pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini
dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di
kalangan murid sekolah rendah.

4.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam


peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara
serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan
tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.
Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan
cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah
dibuat dengan teliti dan betul. 
Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan
oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan
bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi

25
menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk
menggunakan getah pemadam.

4.4 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah


berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis
memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam
fikirannya. Perihal menghubung¬kan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah
amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam
penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan
membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih
mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur
empat tahun setengah.
Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan
pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau
krayon adalah seperti berikut:

1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil


tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa
mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke
kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun;
bukanlah setakat tapak tangan sahaja.
2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid
ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil.
pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan
ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di
keadaan senang dan selesa.
4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir
dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

26
5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta,
jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu)
di kedudukan yang betul.

4.5 LATIHAN SEBELUM MENULIS

Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan


menggunakan jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan
yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk
dengan jari mereka. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan
ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan
lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus
memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

27
4.6 RUMUSAN

Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang


fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama
penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali
maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau
bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran
diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut.
Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan
sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.

Guru juga perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya


dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk
cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan
tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.
Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan
cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah
dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja
bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh
banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat
pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-
kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

Jika pengajaran dan pembelajaran guru tersebut menarik, murid-murid


akan tertarik dengan pengajaran guru tersebut dan ini akan meningkatkan
motivasi murid-murid untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.

28
BAHAGIAN 5: AKTIVITI PEMULIHAN MENGGUNAKAN KAEDAH BONEKA
5.1 PENGENALAN
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak

lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan

menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan

boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada

menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa

sebarang sebarang dialog.

Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat

dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan

memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan

diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk

berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam

penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain daripada itu, penggunaan

boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara

kumpulan.

29
5.2 JENIS-JENIS BONEKA

5.2.1 Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa

menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari

dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan

anggota boneka.

5.2.2 Boneka lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi

panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu

yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi

utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota

badan boneka tersebut.

30
5.2.3 Boneka wayang kulit

Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di

potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan

kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus

diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa

memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.

Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas

skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi

cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai

sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

31
5.2.4 Boneka bertali

Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti

papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada

bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu

ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

5.2.5 Boneka tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan,

buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini

menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi.

32
5.2 AKTIVITI BONEKA

Guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka

bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain

seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat

pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.

Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama,

guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip,

kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita

tersebut. Kedua, guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi

watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di

samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid.

Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis

dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau

memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang

panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip

cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah

suai sewaktu guru menyampaikan cerita.

33
Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka

supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara

perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan.

Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah

cerita. Walau bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas.

Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut.

5.3 KAEDAH MENCIPTA BONEKA

Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya

sarung tangan, sarung kaki, kertas, dan sebagainya.

5.4.1 Contoh cara membuat boneka sarung tangan

Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai

bahagian kepala, pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan

dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas

khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala

boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja.

Alat/ bahan:

-Kain belacu, sarung tangan, pensel, gunting, jarum, benang jahit dan benang

bulu Berus cat

34
Cara membuatnya:

1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari

terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar

garisan pertama tadi – ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan

ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan.

2. Gunting garisan pengguntingan.

3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

4. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

5. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak

yang dikehendaki.

6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

7. Boneka siap untuk dilakonkan.

35
5.5 PERSEMBAHAN BONEKA

5.5.1 Persekitaran

Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Seeloknya

dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk

dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

5.5.2 Susun atur

Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut

komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang

tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan

itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan.

5.5.3 Teknik penyampaian

Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka.

Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan

boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa

menggunakan pentas. Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam

menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka.

36
Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah

boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kedudukan boneka di pentas perlu

diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu.

Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

5.5.4 Persembahan Boneka

Semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh digunakan.

Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut:

1. Pentas kerusi

Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua
atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam
sebagai tirai. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain
semasa menggeraklakonkan boneka.
2. Pentas rentang

Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding.


3. Pentas tingkap

Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru


duduk di luar dan murid di dalam kelas.
4. Pentas pintu

Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas. Kain, papan
atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah
pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah.
5. Pentas meja

37
Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan.
Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka.
6. Pentas berlipat

Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebgai


bingkainya kemudian ditutup dengan kain.
7. Boneka tanpa pentas

Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan ke arah audiens. Aktiviti


yang sesuai ialah aktiviti lisan hyang dilakukan secara berpasangan.
8. Teknik overhead projektor (OHP)

Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang


kulit. Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin
lutsinar. OHP dipancar ke dinding atau kain layar.

38
5.6 RUMUSAN
Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid
untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam
kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih
kreatif terutama dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan
daya kreativiti,perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah
ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang
pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak,
menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanak-kanak
dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak
disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang
mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.
Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu
penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan.
Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri
reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan
dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila
pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

39
REFLEKSI

(NUR AZLAN BIN ABDUL MANAF)

Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, perasaan yang

terdetik di dalam hati ialah sama ada mampu atau tidak untuk menyiapkan

tugasan ini sebelim tibanya tarikh penghantaran. Persoalan-persoalan ini saya

abaikan terlebih dahulu. Dengan semangat berpasukan yang tinggi, akhirnya

saya dan rakan sekumpulan berjaya siapkan walaupun berbagai halangan perlu

kami tempuhi.

Saya dan rakan telah cuba mencari bahan mengenai tajuk yang telah

dipilih. Saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan serta isu

semasa yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Semasa mengkaji isu ini, saya

berasa sangat sedih kerana kami kekurangan sumber. Terutamanya sumber

rujukan yang berteraskan buku.

Selain menggunakan kemudahan internet, saya juga telah mencari

bahan-bahan berkaitan dengan isu ini daripada sumber bacaan yang ada seperti

40
keratan akhbar, Namun, sumber bahan rujukan yang terdapat di institut ini tidak

mencukupi serta tidak banyak berkaitan dengan tajuk ini.

Tugasan ini memerlukan banyak rujukan daripada buku-buku dan juga

internet. Paling mencabar ialah untuk menyiapkan boneka yang memakan masa

hampir 2 hari. Ini kali pertama saya menghasilkan boneka kerana sebelum ini

saya tidak pernah mendapat pendedahan samada di peringkat sekolah

menengah mahupun rendah.

Bukan mudah menjadi seorang guru. Guru bukan sahaja perlu kreatif

malah perlu lebih inovatif serta mampu berfikir secara analitik dalam memastikan

proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Tugasan yang

diberi secara tidak langsung dapat memupuk minat yang tinggi dalam

menghasilkan bahan p&p yang pelbagai walaupun memakan masa dan

memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit.

Diharapkan pendedahan yang diberikan oleh pensyarah sepanjang

menyiapkan tugasan ini dapat membantu saya dalam menghasilkan bahan

pengajaran dan pembelajaran yang bermutu tinggi agar bersesuaian dengan

tahap penerimaan murid sekolah rendah.

41
RUJUKAN

Buku

Azman Wan Chik (1993). Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marohani Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet

Siti Nurfazira Ramli (2009). Pemulihan Tulisan.


http://ctfazira.blogspot.com/2009/09/pemulihan-tulisan.html. Diakses pada
16 September 2009

Siti Nurfazira Ramli (2009). Pratulisan.


http://ctfazira.blogspot.com/2009/09/pratulisan.html. Diakses pada 16
September 2009

Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009). Aktiviti Pemulihan Penulisan.


http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/aktiviti-pemulihan-
tulisan.html. Diakses pada 15 September 2009

42
Norazlin Nor Shah (2009). Prabacaan.
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/prabacaan.html
Diakses pada 15 September 2009

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA AHLI KUMPULAN :


KUMPULAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2009
UNIT : SNS/BI/PJ SEMESTER : 2
MATA PELAJARAN : WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
PENSYARAH PEMBIMBING :

TARIKH CATATAN T/TANGAN

43
44

You might also like