Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
107Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kesenian Dalam Islam

Kesenian Dalam Islam

Ratings:

4.6

(10)
|Views: 10,326 |Likes:
Published by anon-39058

More info:

Published by: anon-39058 on Aug 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/16/2013

pdf

text

original

 
UDI3052 Kesenian Dalam Islam (BAB 8)
Pengenalan
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpamengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalahagama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat,zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan danakal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnyarasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifatabstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakanmelalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untukmenerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan senisebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni denganmaksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalahdisebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama.Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitandengan moral. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seniuntuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orangmencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baikatau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuksesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untukkemasyarakatan, politik dan akhlak.
Eugene Johnson dalam
'The Encyclopedia Americana
' menjelaskan seni (art) sebagaikemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Darisegi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah.Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan,ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs.Sidi Gazalba dalam bukunya '
 Pandangan Islam Tentang Kesenian' 
menjelaskan bahawakesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cintakepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusiadikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan danmemberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikankepada empat bahagian utama :Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suaradan sebagainya.
Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, senibina, seni pakaian dan sebagainya.
 
Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama,tablo, teater, filem dan sebagainya.
Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yangberbentuk puisi dan prosa. 
Konsep Seni Menurut Perspektif Islam
 
Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seniIslam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yangterkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu jugamerupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalahkerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapiAllah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swtlantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusiadijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yangmerupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allahswt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi jugamempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusiayang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep keseniandan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilahmerupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya senimestilah bersifat
"Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar"
(menyuruh berbuat baikdan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukanmembawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktivitikesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah danketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupanberserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.
Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam
1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dannilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadiseniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepadakeredhaan Allah swt.2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspekestetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepadakeseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilaitertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yangmantap.
 
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allahdan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Iniyang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesamamanusia dan juga makhluk.Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seniuntuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jikadiperincikan. Antaranya:(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individutersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina danmencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksudmenarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangatpenyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah sawyang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu(tarannum) al-Quran.(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yangtidak diperlukan oleh manusia.(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupatanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu aindan kifayah.
Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antarayang hak (betul) dan yang batil (salah).
Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagaikemaksiatan yang lain.
Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sepertipergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuatdaripada kayu, batu dan lain-lain.
Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alattiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alatmuzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jikadigunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburanyang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuandakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuktidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).

Activity (107)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Masyietah Ishak added this note
mohon copy..
Zuraini Mzahry liked this
Hanifah Nuraini liked this
Aishah Isa liked this
Buny Seroja liked this
Saiful Akbar liked this
Nurul Salbiah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->