Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu
telah membawa kepada pemindahankuasa pentadbiran daripadaraja-raja Melayukepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak Britishuntuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusanagamaIslamdan jugaadat resamorang-orangMelayu.Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaanBritish. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja Melayu dengan hanyamendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaanBritish.
Pada awalnya,Syarikat India Timur (British East India Company) enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini keranaSyarikat India Timur adalah sebuah badan perniagaan yanghanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai.
Dengan cara ini,Syarikat India Timur berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikatdan negeri-negeri Melayu.Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawakepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan perbelanjaan besar kepada Syarikat. Syarikat melihatIndiadanChinasebagai kawasan perdagangan yang jauh lebihlumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeriMelayu.PembaharuanPiagamSyarikat (Charter) olehParlimenBritain dalam tahun1834menamatkanmonopoliSyarikat India Timur ke atas perdagangancandudan lain-lain barangan denganChina.Syarikat IndiaTimur kini terpaksa bersaing dengan lain-lain lain-lain pedagangBritishdan juga pedagang-pedagangdari negara-negara lain untuk membawa barang dagang dariTimur Jauhke pasaranEropah. Persainganini mengurangkan untungSyarikat India Timur .
) bahawaBritainwajib membantu membawa tamadun dan peradabanBritishkepada
bahagian-bahagian dunia yang lebih mundur.)Disraelijuga risaukan kuasa-kuasa asing yang lain bertapak diTanah Melayu. PeluangSir Andrewterbentang luas apabilaRaja Abdullahmenulis suratmeminta bantuanBritishuntuk menabalkan dirinya sebagaiSultan Perak .
DiBritain, sumber timahtempatan diperolehi daripada lombongtimahdi daerahCornwallyang dibuatsecara kecil-kecilan sahaja. Penggunaan bahan letupan dalam pertengahan kedua kurun ke-17 melihatkankaedah penggunaan letupan dikawal dalam proses perlombongan. Dalam kurun ke-18, penggunaan pam berkuasa membolehkan pelombong mengepam keluar air daripada dalam lombong, dan membolehkan pengeluaran bijih di bawah paras air bawah tanah.Menjelang than1801, terdapat 75 buah lombong yang dikerjakan diCornwalldengan bilangan pekerjaseramai 16,000 orang. Dalam tahun 1819, dua buah syarikat besar ditubuhkan, Great Consolidated Ltd.and United Ltd. Di bawah pengurusan John Taylor, seorang jurutera perlombongan. Bijih timah dariCornwall dihantar ke seluruh pelosok dunia. Menjelang tahun1862, Great Consolidated dan Uniteddigabungkan menjadi Clifford Amalgamated Mines. Bilangan lombong diCornwallmeningkat kepada346 buah lombong dengan 50,000 orang pelombong. Cornwall mengeluarkan 10,000tontimah setahun,separuh daripada pengeluaran dunia.
Kebangkitan industri bijihTimahdijana oleh kebangkitan dalam industri mengetin makanan. Sebelum penggunaan tin, proses yang dipelopori oleh Nicolas Appert(1749-1841) boleh mengawet makananuntuk jangka masa yang lama menggunakan botol kaca, tetapi kaca itu mudah pecah dan tidak bolehdigunakan sekiranya dibawa semasa perjalanan yang lasak seperti ekspedisi tentera.Dalam tahun1810, Peter Durand menemui cara mengawet makanan menggunakan bekas diperbuatdaripada besi yang disalut dengan timah. Malangnya, kimpalan plumbum yang digunakan untuk memeteri tin boleh mengakibatkan keracunan plumbum sekiranya plumbum dilarutresapkan ke dalammakanan tersebut. Kematian 128 orang dalam pengembaraan diketuai John Franklin ke kawasan Artik dalam tahun 1845 disebabkan oleh keracunan plumbum dan mengakibatkan anggota ekspedisi menjadigila. Kelemahan ini diatasi dengan menggunakan bahan pateri yang tidak menggunakan plumbum.John Hall bersama Peter Durand menyempurnakan proses ini dan berjaya mendapatkan kontrak besar membekalkan makanan ditinkan kepadaTentera BritishdanTentera Laut DiRaja British. Kejayaan inimeledakkan permintaan untuk timah. Proses mengetin makanan membolehkan makanan disimpan denganlebih lama, sehingga bertahun-tahun lamanya, tanpa kemudaratan dalam rasa makanan yang ditinkan.