Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Eisner Pendidikan Seni Dan DBAE

Eisner Pendidikan Seni Dan DBAE

Ratings: (0)|Views: 484 |Likes:
Published by Joe Lozzoll
kepentingan DBAE ( pendidikan seni)
kepentingan DBAE ( pendidikan seni)

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Joe Lozzoll on Dec 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/19/2013

pdf

text

original

 
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan DBAE
Oleh Prof. Madya Hj Iberahim Hassan
Pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan dalam kurikulum. Sebagai pendidik seharusnya juga berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidangseni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yangakan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi senidalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkanterhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativitiitu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan pandangan bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada berkerja dengan alat dan bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumbar , kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kitamempersoalkan bahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehanmenggunakan alat dan bahan semata, dan kita membuat rumusan bahawa peranan gurulebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat bahan dan sumber dan menyetabilemosi murid-murid sahaja.Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkanakan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah ideayang telah dikonseptual itu akan dilaksanakan di perinkat sekolah. Berbanding dengansambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap matapelajaran lainyang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, matapelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaaninilah memberi tekanan kepada guru untuk merealisasikan konseptual pendidikan seniyang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokongan untumelaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan sumbangan peruntukan yang agak tinggi berbanding dangan mata pelajaran kemanusiaan dan sainsyang lain. Sejauhmanakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain untuk memberisumbangan membantu pihak pelajar dan Sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita setakat ini usaha begini belum dicuba secara menyeluruh.Usaha guru untuk mempastikan keistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada pihak berkenaan.Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluandalam pembangunan negara bangsa kita sumbangan mata pelajaran pendidikan seni iniadalah releven dengan keparluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajamenerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yangharus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi menyeluruhmereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada metapelajaran utama, jugamelalui metepelajaran pengimbang yang lain termasuk kesenian. Dalam sistem1
 
 persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah matapelajaran wajib daripada tahunsatu hingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata pelajaran elektif untuk sekolah menengah atas. Sukatan pelajara Pendidikan Seni Visual telah disemak semula dan merupakan yang terbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianyamampu memberi persediaan awal bagi syarat masuk ke pusat pengajian tinggi bagi bidang-bidang yang releven seperti, bidang yang memerlukan kemahiran melukis dankreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telahmenawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini.Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukankemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolahan pelajar denganmatapelajarn sains dan teknologi.Untuk meningkatkan kualiti akdemik kepada pembelajaan pendidikan seni visual diAmerika umpamanya uasha sama di antara pakar-pakar dalam bidang ini dengan bantuankewangann oleh Yayasan Gettey telah berjaya mengutarakan sebuah konsep kurikulumyang lebih bercorak akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin (
 Disciplin based art education -DBAE 
).Kita juga bersetuju pendidikan seni visual ini merupakan sebahagian kecil daripada mata pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengksploitasi emosinya sebagaisebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi.Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada pelajar sebagai tempat pelariansementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak  berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka.Menerusi pendidikan seni juga pelajar digalakkan menemuai visi peribadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coritan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-peraturanyang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakanhanya satu sahaja jalan penyelsaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapanyang betul bagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialahruang, tempat dan yang lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkanmereka meghadapi cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apayang diperlukan oleh pelajar adalah ruang untuk hidup (
lebensraum
). Pendidikan seniseharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal,
lifeless
dan pembelajaran akademik yang hambar . Jikalau terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan keistimewaanyang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.Eisner dalam rancananya bertajuk 
Structure and Magic in Dicipline Base Art Education
dalam Al Hurwitz (1991) ms 17 menyatakan pentingnya pengalaman yang cukup dalam pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk mendapat pengalaman bagi mendapatkan pendidikan yang segnifikan seseorang individu itu perlu berupaya menggunakankecerdasannya untuk menghadapi permasalahan yang dihadapi dalam kehidupannya. Halini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni danmanifestasi terhadap dunia sekitarnnya. Melalui pengalaman yang diterima membekalkan pelajar untuk berfikir tentang seni dan apakah disiplin yang berkaitan dengannya. Inilah2
 
yang hendak dicapai melalui pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE). Apakah yangakan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka hadapi apabilamereka belajar pendidikan seni? Apakah yang kita lakukan dengan seni ?Terdapat empat perkara penting yang dilakukan oleh kita dengan seni. Iaitu, kitamenghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada didalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu.Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin terdapat empat bahagian yang menjadistruktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni danestetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imejyang mempunyai tenaga eksprasif,
coherence,
celik akal (
insight 
)
 
dan
 
 pandai mencipta(
ingenuity
).Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat , bukansekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbinakualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat didalamnya berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seniatau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadunmerentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seniyang berada dalam konteks yang vakium, sebahagian daripada makna yang dipancarkanmenerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan konteks semasa atausetempat.Disiplin estetika pula merupakan satu disipin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kitalihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguhmengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan , kita tidak langsungsahaja membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan menggunakanmasa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan,macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilahsituasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh diaplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antaramakna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksanadan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yangdikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajamenangani permasaalah bagi keempat-empat domain yang dikemukakan.Hasrat untuk merealisasikan pendekatan ini adalah begantung kepada kebijaksanaanguru menterjemah, merancang dan melaksananya di bilik darjah. Dengan kefahamanyang jelas dan keupayaan menterjemah matlamat pendekatan DBAE ini akan dapatmenyediakan satu rintitan pembelajaran yang mampu membentuk pengalaman pelajar terhadap keistimewaan-keistimewaan yang boleh mereka garap menerusi pembelajaran pendidikan seni ini. Sekiranya guru gagal menyediakannya , pelajaran pendidikan seni3

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
j-bond liked this
Dali Fah liked this
Fuad Samsudin liked this
Kamal Hasan liked this
Kamal Hasan liked this
aqisyah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->