Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Dan Pendidikan Seni Berasaskan Disiplin (DBAE)

Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Dan Pendidikan Seni Berasaskan Disiplin (DBAE)

Ratings: (0)|Views: 501 |Likes:
Published by Joe Lozzoll
rancangan pembelajaran pendidikan Seni Visual
rancangan pembelajaran pendidikan Seni Visual

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Joe Lozzoll on Dec 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/15/2013

pdf

text

original

 
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual danPendidikan Seni Berasaskan Disiplin (DBAE)
Oleh Prof. Madya Hj Iberahim Hassan
Kurikulum pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan. Sebagai pendidik seharusnya berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentusupaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkanterhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativitiitu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan pandangan bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada berkerja dengan alat dan bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumbar, kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kitamempersoalkan bahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehanmenggunakan alat dan bahan semata, dan kita membuat rumusan bahawa peranan gurulebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat bahan dan sumber dan menyetabilemosi murid-murid sahaja.Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkanakan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah ideayang telah dikonseptual itu akan dilaksanakan di peringkat sekolah. Berbanding dengansambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap mata pelajaran lainyang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, mata pelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaaninilah memberi tekanan kepada guru bagi merealisasikan konseptual pendidikan seniyang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokongan untumelaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan sumbangan peruntukan yang agak tinggi berbanding dangan mata pelajaran kemanusiaan dan sainsyang lain. Sejauhmanakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain sanggup membantu pihak pelajar dan sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kitausaha begini belum dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk mempastikankeistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongansama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada pihak berkenaan.Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluandalam pembangunan negara bangsa kita, sumbangan mata pelajaran pendidikan seni iniadalah releven dengan keparluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajamenerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yangharus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengmbangkan potensi menyeluruhanak-anak mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada mata pelajaran utama, juga melalui mata pelajaran pelengkap yang lain termasuk termasuk mata pelajaran yang1
 
 berbnetuk kesenian. Dalam sistem persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran wajib daripada tahun satu sekolah rendah hingga ke tingkatan tiga sekolahmenengah. Ia juga merupakan mata pelajaran elektif untuk sekolah menengah atas.Sukatan pelajara Pendidikan Seni Visual telah disemak semula dan merupakan yangterbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianya mampu memberi persediaan awal bagi sebahagian daripada syarat masuk ke pusat pengajian tinggi khususnya untuk  bidang-bidang yang releven seperti, bidang yang memerlukan kemahiran melukis dankreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telahmenawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini.Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukankemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolahan pelajar dengan mata pelajarn sains dan teknologi. Seni, sains dan teknolologi adalah kombinasi yang wujuddalam kehidupan era moden kini. Malangnya ada pihak tertentu yang tidak pernah pekatentang perubahan paradegma ini sengaja mengenepikan mata pelajaran ini untuk  pelajatr-pelajar aliran sains walaupun kita telah mengamalkan konsep sijil terbuka. Malahdaripada hasil kajian yang telah dilakukan banyak sekolah-sekolah menengah yang tidak memasukkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam jadual waktu rasmi atasalasan tidak cukup waktu belajar. Pelajar-pelajar yang membuat pilihan Pendidikan SeniVisual sebagai elaktif, terpaksa belajar sendiri di luar jadual waktu tanpa diurus secararasmi, di samping bergantung kepada kesanggupan guru untuk mengajar lebih masa,selalunya di waktu petang.Untuk meningkatkan kualiti akademik bagi pembelajaran Pendidikan Seni Visual diAmerika umpamanya uasha sama di antara pakar-pakar dalam bidang ini dengan bantuankewangan oleh Yayasan Gettey telah berjaya mengutarakan sebuah konsep kurikulumyang lebih bercorak akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin (
 Discipline- Based Art Education -DBAE 
).Kita juga bersetuju Pendidikan Seni Visual ini merupakan sebahagian kecil daripadamata pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengksploitasi emosinya sebagaisebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi.Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada pelajar sebagai tempat pelariansementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak  berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka.Menerusi pendidikan seni juga pelajar digalakkan menemuai visi peribadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coritan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-peraturanyang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakanhanya satu sahaja jalan penyelsaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapanyang betul bagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialahruang, tempat dan yang lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkanmereka meghadapi cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apayang diperlukan oleh pelajar adalah ruang untuk hidup (
lebensraum
). Pendidikan seniseharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal,
lifeless
dan pembelajaran akademik 2
 
yang hambar . Jikalau terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan keistimewaanyang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.Eisner dalam rancananya bertaju
Structure and Magic in Discipline-based Art  Education
dalam Al Hurwitz (1991) ms 17 menyatakan pentingnya pengalaman yangcukup dalam pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk mendapat pengalaman bagimendapatkan pendidikan yang segnifikan seseorang individu itu perlu berupayamenggunakan kecerdasannya untuk menghadapi permasalahan dalam kehidupannya. Halini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni danmanifestasi terhadap dunia sekitarnya. Melalui pengalaman yang diterima bolehmerangsang pelajar untuk berfikir dan mengaitkan apakah disiplin yang berkaitandengannya. Inilah yang hendak dicapai melalui pendidikan seni berasaskan disiplin(DBAE). Apakah yang akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akanmereka hadapi apabila mereka belajar pendidikan seni? Apakah yang kita lakukandengan seni ?Terdapat empat perkara penting yang kita lakukan dengan seni. Iaitu, kitamenghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada didalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu.Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin ini terdapat empat bahagian yang menjadistruktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni danestetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imejyang mempunyai tenaga eksprasif,
coherence,
celik akal (
insight 
)
 
dan
 
 pandai mencipta(
ingenuity
).Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat, bukansekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbinakualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasilkerja-kerja seni yang formal.Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seniatau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadunmerentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seniyang berada dalam konteks vakum, sebahagian daripada makna yang dipancarkanmenerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan dalam kontekssemasa atau setempat.Disiplin estetika pula merupakan satu displin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kitalihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguhmengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan, kita tidak langsungterus membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan menggunakan3

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nona Nasya liked this
Edi Addie liked this
j-bond liked this
nabihah_mohd liked this
JAa Ara liked this
Khalid Muhamad liked this
Khalid Muhamad liked this
Minda Fauzan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->