You are on page 1of 7

KESUSASTERAAN MELAYU

DEFINISI
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang
bermaksud kata yang membawa maksud khusus Yaitu : Su indah, baik,, lebih berfaedah
Sastera huruf atau buku. (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan
baik isinya

UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.


Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :
a. Intelek : Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam
sesebuah Karya sastera.
b. Emosi : Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
c. Imaginasi : Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang
terhadap satu-satu benda dan peristiwa.
d. Teknik.Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih
kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan
dalam lakonannya dan lain-lain.

Kesusasteraan Melayu Klasik


Sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi
kegenerasi lain yang mempunyai unsur tokoh -tambah., ia wujud sebelum adanya alat
pencetak. di hasil yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan. punya
nilai dan ukuran yang tersendiri. terpancar ‘worldview masayarakat’ setiap karya adalah hak
cipta bersama tiada nama pengarang. khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan tujuan
hiburan dan pengajaran. mempunyai unsur-unsur setempat. bersifat universal.

Kesusasteraan Lisan.
1. kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi
yang lain.
2. dikenali juga sebagai sastera rakyat
3. contoh sastera lisan berbentuk cerita:
a. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
b. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
c. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
d. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
e. cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
 
PERIBAHASA
Ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian
yang tertentu(kamus dewan), juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah contoh---‘biar mati
anak jangan mati adat’.

PANTUN
sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat bis pertama meraris dalam
tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainya
mengandungi maksudnya (Kamus Dewan).
JENIS-JENIS PANTUN
1. Pantun dua kerat 3. Pantun enam kerat
2. Pantun empat kerat 4. Pantun lapan kerat
a. Pantun kanak-kanak 5. Pantun sepuluh kerat
b. Pantun jenaka 6. Pantun dua belas kerat
c. Pantun bersukacita 7. Pantun tiga belas kerat
d. Pantun berdukacita 8. Pantun berkait
e. Pantun kiasan
f. Pantun budi
g. Pantun nasihat
h. Pantun agama
i. Pantun kasih sayang
j. Pantun nasib

Contoh:
1. Pantun dua kerat
2. Pantun kanak-kanak
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
3. Pantun empat kerat
4. Pantun jenaka
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
5. Pantun enam kerat
Apa di harap padi seberang,
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.

MANTERA
Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk
menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)
 
TEROMBA
1. Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).
2. Merupakan susunan kata-kata adat.
Ciri-ciri teromba
 Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam
satu baris.
 Terdapat sisipan berbagai-bagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam,
peribahasa dalam seuntai teromba.
 Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adt istiadat yang
diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
 Contohnya: Terombo dalam adat istiada perkahwinan.
 
GURINDAM
1. Sejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran.
(Kamus Dewan).
2. Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi.
3. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama.
Jenis-jenis gurindam :
Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas  

SELOKA
1. Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran,
jenaka, dll)
2. Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.
3. Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap
4. Rima akhir adalah tidak tetap
5. Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan
6. Seloka tidak mempunyai pembayang
7. Contoh seloka tiada pembayang :
Sudah bertudung terendak Bentan,
Dengan siapa saya sesalkan,
Sudah untung permintaan badan,
Pagar siapa saya sesarkan.  

TEKA-TEKI
1. Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar
atau rumit yang jawapanya harus diduga, soalan untuk menduga akal
2. Contoh teka-teki ialah :

Kalau tuan muda teruna,


Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya ?  

KESUSASTERAAN TULISAN
1. Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis
2. Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan.
3. Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja.
4. Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu
5. Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi di perkenalkan.
6. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil
7. Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.

NOVEL
1. Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya
panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial.
2. Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah
hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan
satu persoalan kehidupan yang menarik.
3. Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti Nurbaya.
4. Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :
Novel perwatakan
 Perlukisan dan perkembangan watak.
 Contoh :Rentong
Novel psikologi
 Menekankan penjiwaan watak
 Contoh : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman
Novel peristiwa
Peristiwa-peristiwa menarik tetapi mungkin tidak berhubungan. Contoh : Puteri
Gunung Tahan
Novel resaman
Penceritaan tentang adat resam satu-satu masyarakat pada satu masa dan tempat
tertentu. Contoh : Cinta Gadis Rimba
Novel sejarah
Penekanan kepada kedua-dua aspek sejarah dan adat resam Contoh : Panglima Awang
Novel Sosial
Menekankan mengenai persoalan masyarakat Contoh : Salina
Novel Politik
Persoalan politik Contoh : Krisis
Novel lawan alam
Kisah kawasan-kawasan tertentu Contoh : Ranjau Sepanjang Jalan
 
CERPEN
Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi
menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang). Contoh : Cerpen Ngayau
ciptaan Ali Majod.
Ciri-ciri cerpen
 Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa
 Menonjolkan hanya satu kesan
 Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa
 Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Segeluk Air
tulisn Khadijah Hashim.

DRAMA
Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’
berasal daripda bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’. Sifat Drama Isu konflik, Aksi fizikal
atau mental, Jangka waktu persembahan yang terbatas
Jenis Drama
 Komedi
 Tragedi
 Opera
 Pantomin
 Tragedi-Komedi

 
SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA 

Sajak
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-
peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian
untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

a. Sifat-Sifat Sajak
 Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
 Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung
tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.
 Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.
 Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.
 Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.

b. Bentuk-Bentuk Sajak
Disitkhon, Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap serangkap
Terzina, Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris
Quantrain, Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris. Bentuknya lebih
menyerupai pantun dan syair.
Quintain, Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat.
Sextet, Sajak yang digubah dengan pemaikaian rangkap yang terdiri daripada enam baris.
Oktaf (stanza), Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimat
c. Isi Dalam Sesebuah Sajak
 Unsur pujaan
 Unsur keagamaan
 Unsur kesedihan
 Unsur pengajaran
 Unsur sindiran
 Unsur percintaan
 Unsur pengisahan 

BAHASA MELAYU KLASIK


Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini
dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.
Ciri ciri bahasa Melayu klasik
Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:
 Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
 Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
 Menggunakan bahasa istana
 Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran
(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
 Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula,
alkisah, hatta, adapun.
 Banyak menggunakan partikel pun dan lah
 Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab
yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
 Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata
umum.
 Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian
daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan
lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah
daripada teks-teks bahasa Arab.
 Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid
ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan
bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.
Batu Bersurat
Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat
yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan
bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk
tulisan.
 Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
 Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat
pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,
Allah dan rahmat
 Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan
Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa
Melayu pada abad itu.
Zaman Kegemilangan
Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan
kerajaan Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam
daripada Arab dan India. Ini menyebabkan penyerapan unsur unsur Arab dan Parsi dalam
bahasa Melayu. Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:
 Zaman kerajaan Melaka
 Zaman kerajaan Acheh
 Zaman kerajaan Johor-Riau

Tokoh dan Hasil Karya


Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah
Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Hasil karya yang terkenal pula ialah:
 Hikayat raja-raja pasai
 Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
 Hikayat Amir Hamzah
 Bustanus Salatin
 Sulalatus Salatin
 Sejarah Melayu
 Hikayat Iskandar Zulkarnain
 Hikayat Hang Tuah
 Misa Melayu
 Tajus Salatin

Dalam kesusastraan Melayu, kata Hikayat diberi makna sesuai dengan arti daripada
karya sastera Melayu klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat. citra klasik
- list of sites tagged as citra klasik. find also i, melayu, lagu, citra, lestari, , klasik, koleksi,
bunga, and more.
Raja Ali Haji Bapak Kesusastraan Melayu. Oleh Maman S. Mahayana2 Kalau bahasa
Indonesia berasal dari bahasa Melayu Klasik, maka kesusastraan Pendidikan di Malaysia ialah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi Kesusasteraan Melayu - Tingkatan 4
5 – 1. jmk 214 - kajian teks kesusasteraan melayu klasik terpilih feb 03. ppjj, pusat pengajian
jarak jauh 2003 jmk 214 - kajian teks kesusasteraan melayu klasik terpilih feb 03. jimk 313 -
kesusasteraan melayu klasik bercorak islam feb-mac 2003. ppjj, pusat pengajian jarak jauh
2003 jimk 313 - kesusasteraan melayu klasik bercorak islam feb-mac 2003.
Kalau bahasa Indonesia berasal dari bahasa Melayu Klasik, maka kesusastraan
Indonesia lahir karena dukungan sastra klasik yang tersebar di kepulauan Nusantara, seperti
Bali, Jawa, Sunda, atau Melayu. Khusus dalam pembicaraan yang Khusus dalam pembicaraan
yang menyangkut kesusastraan Melayu Klasik, tentu saja Abdullah bin Abdulkadir Munsyi
tidak dapat dilewatkan. Beberapa karyanya yang terkenal, antara lain Syair Singapura
Dimakan Api, Kisah Pelayaran Abdullah Merupakan bentuk puisi Karya Sastra Melayu
Klasik, berisi pepetah ataupun perumpamaan mengandung senda gurau, sindiran bahkan
ejekan. Lumrahnya ditulis empat baris menggunakan bentuk pantun atau syair, kadang kala
bisa juga ditemukan. Karya sastra Melayu Klasik merupakan karya sastra Indonesia lama.
Karya sastra jenis ini di antaranya sajak, bidal, pantun, syair, seloka, gurindam, dongeng, dan
hikayat. Nah, sekarang Anda dapat membaca salah satu karya sastra Melayu
Anda pernah membaca salah satu jenis sastra Melayu Klasik, bukan Sajak, bidal,
pantun, syair, seloka, gurindam, dongeng, dan hikayat adalah jenis sastra Melayu Klasik. Nah,
sekarang Anda akan belajar mengungkap hikayat
Daftar pustaka

1. file:///H:/baru/sastera 2.htm , 20.00 WIB 18 Oktober 2010


2. file:///H:/baru/kesusastraan-melayu-klasik.htm, 20.30 WIB 18 Oktober 2010
3. file:///H:/baru/Bahasa_Melayu_Klasik `1.htm 20.30 WIB 18 Oktober 2010

You might also like