You are on page 1of 3

Karangan Bentuk Fakta

Sebagai orang muda, kita haruslah menghormati


orang yang lebih tua daripada kita. Tuliskan
sebuah karangan cara-cara untuk menghormati
orang yang lebih tua.Panjang karangan anda
mestilah melebihi 80 patah perkataan.

Lazimya, antara amalan dalam masyarakat kita


ialah menghormati orang yang lebih tua daripada
kita. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk
menghormati orang yang lebih tua, walaupun
mereka tidak mempuyai hubung ‘bau
bacang’dengan kita.

Kita boleh membantu mereka ketika mereka


membeli barang yang banyak. Kita boleh
menawarkan khidmat untuk menolong mereka.
Kita boleh menolong mengangkat sebahagian
daripada barang tersebut .Secara tidak langsung
kita telah meringankan beban mereka.
Sekiranya tempat duduk penuh dalam bas,
kita boleh mempelawa orang yang lebih tua untuk
duduk. Mereka sememangnya tidak larat untuk
berdiri terlalu lama. Malahan cara ini
menunjukkan sikap hormat kita terhadap mereka.

Kita juga boleh menyampaikan ucapan salam


ataupun upcapan selamat sebagai tanda hormat
kita kepada mereka. Kita juga dididik dengan cara
berjalan sopan di hadapan orang tua. Ini kerana
mereka lebih dahulu ‘makan garam’.Kesopanan
kita sebenarnya ‘melapangkan dada’
mereka.Malahan mereka berasa kita tidak pernah
membelakangkan mereka.

Apabila berbual dengan orang yang lebih tua,


kita seharusnya meredahkan suara. Kita jangan
meninggikan suara di hadapan mereka, agar
mereka tidak berasa ‘jatuh hati’ dan berasa lebih
dihormati.
Begitula antara cara-cara yang boleh kita
lakukan untuk menghormati orang tua.
Menghormati orang tua merupakan amalan mulia
yang dituntut dalam agama.

Habis

You might also like