You are on page 1of 12

MTM6013

Teori Dan Rekabentuk Instruksional

ASSIGNMENT 3

OPTION 1:

You planed to conduct class by benefiting a web application. By employing the Instructional
Design Model developed in Assignment 2, prepare a proposal for this purpose. You may
decide your preferred course and web application.

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

MAHANI BINTI OTHMAN M20091000513

SITI NOR HAZIYAH BINTI MOHAMMAD M20091000589 

UNTUK PERHATIAN:

DR. AHMAD ZAMZURI BIN MOHAMAD ALI


FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru,
malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak
awal tahun 60-an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang
berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan
lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Kebanyakan komputer pada masa kini dilengkapi dengan kemudahan internet


memandangkan penggunaan kepada aplikasi internet begitu luas berkembang. Terdapat
beberapa jenis aplikasi internet yang diguna pakai pada hari ini. Antaranya adalah:

i. World Wide Web (WWW)

ii. Mel Elektronik (yahoo.com, hotmail.com, gmail.com)

iii. Perbincangan dalam kumpulan (News Group)

iv. Sidang Video (Video Conferencing)

v. Akaun Internet (TMNet, Jaring, Celcom Broadband, Maxis Broadband)

vi. Perisian Telekomunikasi

vii. Protokol Pemindahan Fail (FTP)

viii. Web social (Facebook, Friendster, Hi-5, Twitter)

Sehubungan dengan itu, beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh pendidik
untuk menggunakan internet dan aplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

i. Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P. Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat
digunakan dengan berkesan.

ii. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya, guru akan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,
khususnya dalam bidang teknologi mklumat dan komunikasi. Ketrampilan dan
keperibadian guru yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

2
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

iii. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid
di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

iv. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam
menghadapi cabaran era Teknologi Maklumat dan era globalisasi. Industri berasaskan
maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan, perlu diberi
perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para
ibubapa.

Melihat kepada perkembangan penggunaan internet dan aplikasinya pada masa ini,
sebuah web blog bercorak pendidikan untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Tingkatan 4 dan 5 akan dibangunkan. Mata pelajaran ini dipilih berikutan
kebanyakan guru dan pelajar kekurangan sumber rujukan bagi mata pelajaran ini. Diharapkan
pembinaan web blog ini akan member manfaat khususnya kepada guru dan pelajar dalam
usaha mereka mendapatkan bahan rujukan tambahan.

Metodologi Pembinaan Web Blog

Metodologi adalah hasil daripada gabungan beberapa perkara iaitu kaedah, teknik yang
digunakan, peraturan, piawaian yang perlu diikuti, alatan atau perisian yang diperlukan, dan
bahasa pengaturcaraan yang digunakan bagi membangunkan sistem. Penelitian tentang setiap
aspek dalam metodologi perlu dititik beratkan bagi memastikan keberkesanan web blog yang
akan dibangunkan kelak. Metodologi yang terbaik haruslah dipilih supaya proses
pembangunan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Pemilihan metodologi juga harus disertai perancangan teliti kerana metodologi juga
bertujuan untuk memastikan web yang akan dibangunkan mengikut perancangan yang
ditetapkan serta dapat memenuhi skop dan objektif yang khusus dan tepat. Metodologi juga
merangkumi beberapa teknik yang akan digunakan sepanjang proses pembangunan. Setiap
satu teknik mempunyai peranan yang penting dalam memastikan sesebuah web dapat
dibangunkan dengan cemerlang.

3
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

Oleh itu, satu model yang sesuai telah dipilih bagi membangunkan web blog ini.
Kejayaan web blog ini bergantung kepada model yang dipilih. Antara model yang
dipertimbangkan untuk digunakan adalah:

i. Model Prototaip

ii. Rapid Application Development

iii. Kitar Hayat Pembangunan Sistem

iv. Model ADDIE

v. Model PAREO

Metodologi Yang Digunakan

Metodologi yang dipilih untuk membangunkan web blog ini ialah Model PAREO. Model ini
baru sahaja dicipta iaitu pada tahun 2010. Model PAREO dibahagikan kepada beberapa
peringkat iaitu:

i. Fasa Penyelidikan

Fasa yang pertama adalah fasa Penyelidikan. Fasa ini merupakan proses
mengenalpasti perkara dan mentaksir isu tentang kandungan yang hendak diajar. Fasa
ini juga merupakan penyiasatan tentang apa yang perlu dipelajari oleh pelajar.
Kebolehlaksanaan projek perisian perlu difikirkan supaya tidak berlaku pembaziran.
Penentuan kakitangan yang mahir adalah juga penting untuk memastikan kelancaran
pembangunan perisian. Sebelum memulakan projek ini, penghasilan jadual kerja
mesti dibuat.

ii. Fasa Analisis

Fasa Analisis adalah proses mengumpul maklumat dan menentukan keperluan


perisian. Pemahaman tentang keperluan pelajar terhadap perisian penting supaya
objektif tercapai. Keutamaan keperluan perisian akan membawa kepada penghasilan
perisian yang baik. Sebarang alternatif boleh dipertimbangkan dalam menyatakan
cadangan.

4
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

iii. Fasa Rekabentuk

Setelah analisis dilakukan, fasa rekabentuk pula akan dijalankan. Dalam fasa ini
objektif dan isi perisian akan disemak semula. Penyemakan ini penting untuk proses
mereka bentuk paparan, pembinaan item untuk ujian dan pemilihan strategi instruksi.

iv. Fasa Evolusi

Fasa evolusi merupakan fasa menyemak dan menguji perisian yang telah
dibangunkan. Sebarang penukaran maklumat perisian jika perlu akan dilakukan dalam
fasa ini. Perisian akan dipasang dan pengguna akan diberikan latihan untuk
menggunakan perisian.

v. Fasa Operasi

Fasa terakhir bagi model ini adalah penyelenggaraan perisian yang telah dibina.
Sebarang masalah yang timbul akan diperbaiki dari masa ke semasa. Sokongan
pengguna juga adalah dalam fasa ini.

Sebab-sebab pemilihan Model PAREO bagi pembangunan web blog:

i. Pembangunan sistem adalah cepat berbanding kaedah lain. Setiap fasa mempunayai
kejelasan dan ketepatan dalam proses pelaksanannya. Hal ini membolehkan web
disiapkan pada masa yang ditetapkan.

ii. Metodologi yang selamat, berisiko rendah dan mudah untuk diimplimentasikan.

iii. Metodologi yang membolehkan sistem yang dihasilkan berkualiti tinggi.

iv. Metodologi yang paling baru dicipta (2010) dan memenuhi setiap fasa dalam
pembangunan web berbanding metodologi-metodologi terdahulu.

Metodologi Pembangunan Sistem

5
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

Dalam proses pembangunan, Model PAREO telah dipilih untuk digunakan bagi
membangunkan web blog ini.

Fasa 1: Penyelidikan

Dalam fasa penyelidikan, kajian tentang pelajar dilakukan. Oleh kerana, web yang akan
dibina khas untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Teknologi Maklumat
dan guru yang mengajar subjek tersebut, maka penelitian tentang sukatan pelajaran
dilakukan. Setiap nota yang dimuat naik dipastikan memenuhi sukatan pelajaran.

Soalan-soalan peperiksaan yang dimuat naik juga selaras dan mengikuti format
sebenar Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, dalam fasa ini Carta Gantt
telah dihasilkan bagi menguruskan masa dan memastikan pembangunan web dapat dilakukan
mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan serta mengikut perancangan.

Penyelidikan terhadap web sedia ada yang hampir serupa juga dijalankan bagi
mencari kelemahan dan memastikan kelemahan itu diatasi di dalam web blog yang akan
dibina.

Fasa 2: Analisis

Dalam fasa analisa aktiviti berikut telah dilakukan:

i. Pengumpulan bahan

Bahan-bahan untuk nota peajar diperolehi daripada surat khabar, majalah-majalah


pengkomputeran, buku-buku rujukan, jurnal-jurnal dan cakera padat koswer yang
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap satu bahan akan
dinyatakan secara jelas dari mana sumbernya supaya tidak menimbulkan sebarang
masalah. Bahan-bahan untuk soalan pula diperolehi daripada pertukaran soalan antara
negeri sewaktu peperiksaan percubaan, pertukaran dan perkongsian soalan antara
rakan-rakan guru yang lain, buku-buku rujukan serta bank soalan sekolah.

ii. Keperluan mengakses web

Bagi memastikan semua objektif serta matlamat pembangunan web tercapai, sistem
memerlukan perkakasan dan perisian tertentu yang spesifik. Pemilihan perisian dan

6
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

perkakasan yang sesuai dapat menjamin pembangunan sistem yang baik serta
mempercepatkan fasa pembangunan.

Spesifikasi perkakasan dan perisisan ini amat penting dalam pembangunan


web. Berikut adalah jadual spesifikasi perkakasan dan jadual spesifikasi perisian.
Rujuk Jadual 1 dan Jadual 2.

Bil Perkakasan Spesifikasi

1. Pemprosesan Minimum Pentium IV

2. Cakera Keras Minimum 10GB

3. Ingatan(RAM) Minimum 512MB

4. Windows Minimum Window XP

i. Papan Kekunci
5. Peranti Input
ii. Tetikus

i. MonitorVGA (Revolusi 1024x768)


6. Peranti Output ii. Pencetak (untuk mencetak
nota/soalan)

i. Modem

7. Komponen Rangkaian ii. Talian Internet

iii. Antara muka Kad Rangkaian (NIC)

Jadual 1: Justifikasi Perkakasan

Bil Jenis Nama Perisian Fungsi

Sistem ini merupakan sistem


pengoperasian bagi
Microsoft Windows
Sistem Pengoperasian komputer dan yang paling
1. XP
minimum diperlukan supaya
web dapat diakses dengan
mudah.

2. Web Browser Internet Explorer 6 Perisian web browser


membenarkan pengguna
7
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

membuat navigasi kepada


internet. Perisian yang
Mozilla Firefox 3.6 dicatatkan adalah perisian
Google Chrome yang minimum yang boleh
digunakan untuk mengakses
web ini.

Kedua-dua perisian ini


membenarkan web
Flash & ActiveX Flash MX & ActiveX
3. memaparkan sebarang
Control Control 10
bentuk animasi atau widget
yang terdapat pada web.

Jadual 2: Justifikasi Perisian

8
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

iii. Pemilihan Web Blog berbanding laman web dan aplikasi internet yang lain.

Setelah dianalisis melalui pembacaan dari surat khabar, majalah, dan internet,
Blogspot telah dipilih sebagai tapak penyebaran maklumat yang mudah dan
berkesan. Blogspot merupakan salah satu antara web blog yang ada pada masa
kini selain Wordpress, Ning dan sebagainya. Antara sebab web blog dipilih
ialah:

a. Mudah Dihasilkan

Pembinaan web melalui web blog tidak memerlukan seseorang itu


mengambil masa yang lama untuk membina kod-kod HTML seperti
membina laman web. Pembekal laman blog telah menyediakan
pelbagai acuan (template) yang boleh dipilih mengikut kesesuaian
kandungan. Kemudahan template yang diberikan secara percuma
merupakan ciri-ciri laman web yang dicari-cari selama ini. Pembangun
hanya perlu mengisi maklumat yang ingin dipaparkan di dalam laman
web tersebut dan perlu sentiasa mengemaskini maklumat di dalamnya.

b. Penghubung

Web merupakan teknik yang efisyen untuk berkongsi maklumat kerana


ianya merupakan penghubung dengan komuniti yang besar dan
membolehkan sesiapa sahaja mengakses maklumat tersebut tanpa
melalui sebarang pendaftaran akaun.

c. Mudah Diselenggara

Perisian blog membenarkan pembangun untuk memuat naik artikel


secara atas talian. Jadi, tidak kira di mana pembangun berada,
komputer mana yang digunakan, laman web ini pasti dapat
dikemaskini dan diselenggara dengan mudah. Setiap kali catatan
9
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

terbaru diterbitkan, secara automatik catatan tersebut akan dipaparkan


di muka hadapan web blog tersebut. Catatan-catatan yang terdahulu
pula akan disimpan di dalam arkib mengikut kronologi. Jadi,
pembangun tidak perlu bersusah payah untuk menyusun catatan yang
telah diterbitkan.

d. Membolehkan Pembangun Berinteraksi Dengan Pengunjung Blog

Web blog merupakan aplikasi internet terbaik membenarkan


pengunjung dan pembaca untuk berinteraksi dengan pembangun dan
memberi maklum balas serta komen. Dengan adanya ruangan komen
di setiap bahagian akhir catatan, pembaca blog boleh memberikan
komen. Selain itu pembangun juga boleh meletakkan ruangan
bersembang (chat) seperti Yahoo Messengger bagi menjadikannya
lebih menarik dan interaktif.

Fasa 3: Fasa Rekabentuk

Di dalam fasa rekabentuk, rangka bagi sistem dibina berdasarkan kepada penyelidikan yang
dilakukan pada fasa analisis. Terdapat beberapa aktiviti yang berjalan pada fasa ini, iaitu:

i. Rekabentuk Antaramuka Pengguna Sistem

Rekabentuk antaramuka pengguna yang dibina mestilah mesra pengguna, serta senang
digunakan dan mudah difahami. Hal ini merupakan perkara yang penting semasa
mereka antaramuka pengguna. Terdapat lima pengguna utama bagi web blog ini iaitu,
pembangun, pelajar, guru, ibu bapa dan tetamu. Setiap pengguna dibenarkan untuk
mengakses sebarang maklumat yang telah diterbitkan. Namun begitu, oleh kerana
sasaran utama pengunjung web blog ini ialah pelajar dan bersifat pendidikan, maka
template, warna utama, jenis font, dan gambar yang digunakan mestilah bersesuaian
dengan peringkat umur mereka.

10
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

ii. Rekabentuk Paparan Kandunagn

Catatan baru akan dilakukan seminggu sekali mengikut masa dan sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan. Catatan yang dipaparkan akan mengikut bulan dan yang terkini
diterbitkan. Setiap catatan yang diterbitkan akan disertai dengan butang muat turun
untuk kemudahan para pengguna .

Fasa 4: Evolusi

Sistem yang telah siap dibina perlu diuji kegunaannya bagi memastikan kebolehan dan
kelancaran sistem. Dalam fasa ini terdapat beberapa aktiviti yang terlibat, iaitu:

i. Pengujian Web Yang Telah Siap Dibangunkan.

Aktiviti ini adalah bagi memastikan setiap fungsi yang terdapat pada web boleh
digunakan. Seramai sepuluh orang pengguna utama akan dipilih untuk menguji
antaramuka, kebolehgunaan dan keberfungsian web yang telah dibangunkan. Kaedah
temu ramah akan dilakukan bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka.

ii. Pengubahsuaian Web.

Aktiviti ini dilaksanakan sekiranya terdapat gangguan seperti kekurangan fungsi,


kebolehgunaan dan antaramuka yang tidak sesuai dalam web yang telah dibangunkan.
Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali selagi keperluan pengguna tidak tercapai.

11
Pembangunan Web Blog – Metodologi Model PAREO 2010

iii. Latihan Kepada Pengguna

Setelah web blog yang dibina diyakini memenuhi kehendak pengguna, latihan kepada
pengguna akan diberikan dalam bentuk tutorial. Tutorial ringkas akan diterbitkan
pada sisi tepi (side bar) di dalam web blog.

Latihan seperti memuat turun nota dan soalan, memasang Flash dan ActiveX Control
jika ada diantara aplikasi widget yang tidak boleh dipaparkan dan beberapa jawapan
bagi soalan yang sering menjadi persoalan pengguna (FAQ) akan diberikan.

Fasa 5 : Fasa Operasi

Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam Model PAREO. Dalam fasa ini, web blog yang telah
siap dibina akan mula digunapakai oleh pengguna. Dari semasa ke semasa, penambahbaikan
web akan dilakukan oleh pembangun jika terdapat sebarang komen dari pengguna ataupun
timbulnya masalah pada web yang dibangunkan. Sokongan kepada pengguna diberikan
secara berterusan.

Kesimpulan

Pembangunan web blog ini menggunakan metodologi Model PAREO. Kelebihan dan
justifikasi telah diterangkan mengapa metodologi ini dipilih. Justifikasi keperluan perkakasan
dan perisian juga telah diterangkan secara terperinci.

12

You might also like