Professional Documents
Culture Documents
jalan untukku mencapai misi yang pernah terkabus oleh pelbagai cubaan sebelum ini.
Alah, kami belajar dalam kelas yang sama sejak tadika hinggalah universiti.
Tak percaya? Betul. Tentulah aku yang lebih mengenalinya. Memang dia baik pun.
Rasanyalah... sebab aku tidak pernah dengar dia punya rekod disiplin yang buruk. Mungkin dia
bukan popular maka tidak ramai orang yang bercerita soal dirinya.
Alishah....
Dia tercantik. Terpandai. Tertinggi. Segala-galanya pun „ter‟ bagiku. Tetapi aku tidak
ada la hendak mengenali dirinya lebih daripada sekadar rakan sekelas. Dia pun tidak „menyerlah‟
“Zik tak kisahlah mama,” jawabku dan mama hampir sahaja hendak melompat suka.
“Sebelum Zik jumpa yang lain, baik mama uruskan cepat-cepat. Zik ni diam-diam pun,
Aku tersengih walaupun agak terkejut dengan komen negatif mama itu. Aku mana
pernah buat hal macam along. Selain pergi sekolah, aku jarang keluar rumah. Kawan-kawan saja
muncul. Pujuk papa, cium mama, gertak aku… dan lepas tu dia lesap lagi. Entah di mana dia
Maka pada hari jadiku yang kedua puluh lima, kami sekeluarga pun berkunjunglah ke
rumah Alishah.
Kata sepakat telah diambil, kami pun dinikahkan dua bulan selepas itu, iaitu pada hari
jadinya. Nama pun mama yang uruskan, apalagi mengalahkan majlis pertabalan sultan saja
BAB 2
BELUM pun pukul empat petang, aku terus pulang ke rumah. Ada sesuatu
Terlupa pula Alishah ada di kedainya, aku terus memecut kereta pergi mencarinya. Dia
rupa-rupanya sedang bermesyuarat dengan para pekerjanya semasa aku muncul. Melihatku, dia
Dan sebuah kucupan hangat melekat di pipiku.Tidak sampai lima minit menanti, Alishah
selesai bermesyuarat dengan para pekerjanya. Aku membantu mengangkat fail-failnya ke sebuah
“Sayang....”
Alishah datang menghampiri dan terus duduk di atas ribaanku. Memang aku sedikit
segan tetapi suka juga. Kami suami isteri. Buat apa pun tidak berdosa.
“Hmmm… actually this is a bad news for both of us. Especially for me,” kataku cuba
Aku memeluk tubuhnya erat-erat. Mujur saja biliknya ini punya privacy. Semua tingkap
ditutupi langsir dan pintunya sentiasa berkunci. Dan setiausahanya pula memang berdedikasi.
Dia angguk.
“But why?”
“Abang kena fly ke Turki lusa. Along needs my help over there. So, nak tak nak pun
jurusan undang-undang di universiti maka along meminta aku membantunya. Tidak pula dia
“Berapa lama pula tu?” Alishah bangun. Dia membelek-belek telefon bimbitku.
Matanya yang galak itu kurenung. Indahnya ciptaan Tuhan yang satu ini. Pasti aku akan
merinduinya di sana nanti. Sungguh aneh ikatan perasaan kami ini. Tidak pernah bercinta tetapi
Setahuku Alishah tidak pernah berpacaran dengan mana-mana lelaki. Pemujanya ramai
tetapi tidak seorang pun yang sangkut. Alishah seorang yang pendiam dan apa yang membuat
Bayangkan sajalah, pertama kali aku melihat rambutnya hanya pada malam pernikahan
kami. Dari tadika lagi dia sudah memakai tudung dan sarung kaki. Seinci pun kakinya tidak
pernah terdedah. Alangkah hebatnya cara didikan arwah ayah dan uminya.
“Bosannya duduk rumah sorang-sorang. Mak Kiah pun bukannya nak berbual dengan
Aku senyum. Pertama kali mendengar komen dan rungutan terhadap Mak Kiah keluar
“No need. Just call me at night. I want to hear you say you love me and you pray for me
before I sleep.”
serba sedikit namun melihat meja yang sudah penuh dengan makanan, aku membelok ke ruang
tamu.
tontonannya.
“Assalamualaikum!”
Alishah tersentak.
Melihat aku, dia terus bangun. Aku faham isyaratnya. Dia tidak akan duduk selagi
suaminya ini belum melabuhkan punggung ke kerusi. Betapa dia begitu memuliakan suami.
“Alhamdulillah. Setakat ni, polis dah jumpa beberapa orang saksi kejadian. Semuanya
Bibirnya yang bagai disirami minyak zaitun itu bergerak pantas. Aku lebih berminat
merenung bibirnya setiap kali dia berbicara daripada mendengar isi bicaranya. Mungkin itulah
kelebihan pemberian Ilahi pada hamba-Nya yang membasahkan bibir dengan zikir dan selawat.
“Kalau semuanya okey, insya-Allah tak lama lagi mesti jumpa budak tu. Abang doakan
Lihatlah dirinya yang begitu taat pada agama, menghormati suami, lemah lembut, cantik malah
penyayang pula.
Tapi dia? Bertuahkah dia menyetujui permintaan mama untuk menjadikan aku sebagai
MEMANDANGKAN jadual penerbanganku ke Turki pada pukul tiga petang nanti, maka aku
ke pejabat terlebih dahulu. Aku perlu menemui seorang ahli lembaga pengarah syarikat untuk
berbincang sesuatu.
Alishah, selepas melayani sarapanku dengan begitu mesra terus meminta diri ke
kedainya dengan janji akan pulang semula ke rumah sebelum pukul dua belas untuk
mengemaskan pakaianku.
Banyak kelebihan kahwin, kan? Nak kata jadi raja pun ada... ya la dengan layanan first
Nasib baik aku yang mama jodohkan dengan Alishah ni. Entah di mana dia orang kenal
sampai mama berani pergi pinang dia pun aku tidak tahu. Waktu sekolah dulu, mama bukannya
ada masa hendak kenal dengan classmates aku. Tambah-tambah kalau Alishah yang pendiam
Aku buat open house waktu raya pun, jangan harap hendak nampak muka dia yang ala-
ala pan-Asia tu. Susah sangat nak nampak. Tetapi Safwan Hafiz, anak bongsu pengetua sekolah
yang syok gila dengan Alishah sanggup pergi sembahyang di masjid dekat rumah Alishah sebab
dia orang cakap, isteri aku ni dulu lebih mudah ditemui di masjid.
“ASSALAMUALAIKUM, sayang.” Pipinya kucium penuh ikhlas sebaik sahaja masuk ke ruang
tamu.
Tengok, walau macam mana sibuk pun, dia akan selalu berusaha supaya sampai dulu di
rumah dan menyambutku di muka pintu dengan senyuman paling menawan di bibir.
Alishah senyum lagi. Kali ini dia memelukku erat-erat bagaikan anak kecil yang manja
sekali.
Mak Kiah yang muncul dari tingkat atas tersenyum penuh erti memandang kami.
“Kita makan dulu, then solat sama-sama ya, sayang. Isha dah boleh solat...” bisiknya
lembut.
“Really?” Dan senyumanku terus menguntum sehinggalah aku teringat aku perlu
meninggalkannya untuk beberapa hari ini. “Alah, melepaslah abang macam ni.”
Ketawa manjanya pecah. “Nakalnya suami Isha ni. Apa-apa pun kita makan dulu. Nanti
lambat pula.”
IKAN keli masak lemak cili api masakan Alishah benar-benar menambat selera. Jangankan aku
yang memang selalu makan bertambah ini, Mak Kiah pun turut menambah dibuatnya.
“Sedapnya Isha masak ni,” puji Mak Kiah sebaik sahaja kami bertiga selesai makan.
Aku lantas memeluk pinggangnya. “Mak Kiah ni, kan ke Isha memang selalu masak lauk
“Ops!!!”
Dan wanita hampir sebaya mama itu terus menepuk dahi. Kepalanya digelengkan
berkali-kali. Mesti dia dah lupa. Maklumlah sudah lebih sepuluh tahun ayah dan umi pergi.
KAMI bersolat jemaah di dalam bilik. Selepas itu aku terus membantu Alishah mengemaskan
beberapa helai pakaian yang akan kubawa sebelum mencapai tuala berniat ke bilik air.
Alishah tiba-tiba menarik tanganku sebelum tubuhku dipeluknya dari arah belakang. Aku
“It‟s okay, love. Let me have shower first, then I‟ll help you finish this. Okay?”
Dia diam. Saat aku cuba berpaling hendak memujuk dirinya yang kusangka bersedih, dia
Melihat dia ketawa dalam sedih begini sebenarnya menghantar rasa bahagia pula ke dalam
hatiku.
Inilah pertama kali aku merasakan bagaimana dirindui dan disayangi dengan sebenar-
benarnya. Hatinya terlalu berat hendak melepaskan aku pergi. Sementelah pula kami belum puas
Sehinggalah aku masuk ke dalam bahagian pemeriksaan tiket, Alishah masih setia di situ
Mulanya aku bertanya mengapa dia tidak sedikit pun mengeluarkan air mata melepaskan
“Takkan Isha nak hantar suami Isha dengan air mata? Nanti dah tak cantik pula abang
tengok. Sedangkan abang nak pergi jauh. Bukankah manusia selalu mudah lupa kepada sesuatu
Tetapi entah kenapa, seakan sudah menjadi lumrah pula untuk manusia mengalirkan air
mata sebelum berpisah. Ah, apa-apalah tetapi bagiku sama ada aku dihantar dengan iringan air
mata atau senyuman oleh Alishah, insya-Allah hati dan cinta yang ada di dalam diri ini sudah
menjengah ke dalam diri. Walaupun ini bukanlah kali pertama aku ke luar negara bersendirian
Lama aku duduk menanti kalau-kalau along muncul terlewat daripada janjinya
sehinggalah akhirnya masuk waktu zohor. Aku mencari-cari tempat untuk melunaskan
berkomunikasi apabila Irene Putri yang sudah terpengaruh dengan bahasa orang Turki. Bahasa
“Where‟s your daddy, Irene?” soalku berkali-kali sehinggalah ada satu suara garau
Ah, nasib baik ada Irman Khalis di rumah. “Irman, I‟m pak su. Where‟s your daddy?”
Tanpa menjawab pertanyaanku, Irman Khalis berjanji akan datang menjemputku di sini.
Syukur alhamdulillah. Kalau tidak entah sampai bila harus aku menanti bagaikan orang bodoh di
sini.
Mungkin sudah lama tidak bertemu, aku benar-benar hampir tidak dapat mengecam
wajah Irman Khalis. Dia sudah semakin tinggi dengan wajah campuran Melayu, Cina dan Jawa.
Kami saling bertanya khabar sebelum dia membantu mengangkat bagasiku ke dalam
kereta. Rupa-rupanya dia datang bersama pemandu mereka. Semakin maju business along
nampaknya.
Macam-macam yang kami bualkan sepanjang perjalanan namun nama daddynya masih
SAMPAI ke malam, hanya Irman Khalis, Ilyah Hanna dengan Irene Putri yang melayan aku di
Dan sesuatu yang lebih mengejutkan, rumah mewah yang baru sahaja mereka diami ini,
berdasarkan rupa dan kedudukannya, aku menganggarkan harganya tentulah bukan calang-
Dalam sibuk berfikir itu, aku akhirnya meminta diri masuk tidur awal. Sebenarnya aku
teringatkan wanita kesayanganku yang entah sudah tidur atau tidak di bumi Malaysia sana.
Rindu benar aku padanya. Tambah-tambah pula dengan kesejukan yang mencengkam hingga ke
tulang hitam ini. Aku rindu pada pelukan manja dan memikat Alishah.
LEPAS bersarapan, aku terus mencapai telefon di atas meja. Mendail nombor telefon Alishah
“Assalamualaikum, sayang. How are you?” sapaku sebaik mendengar ada suara di
hujung talian. Mungkin dia baru hendak bersiap ke kedai atau baru hendak memulakan sarapan.
“Alhamdulillah. Sayang apa khabar? Dah breakfast? Tidur semalam lena tak?” Bertalu-
juga aku mengadu makanan di sini agak kurang sesuai dengan seleraku. Dan Alishah terus
memujukku tak ubah bagaikan memujuk anak-anak kecil. Ah, semakin aku rindukan isteriku ini!
“WHERE’S actually your daddy and mama, Irman?” Aku sudah bosan meneka di mana satu-
Sudah semalaman aku berada di rumah sebagai tetamu tetapi dia sendiri tidak ada. Malah
aku ke mari pun atas permintaannya sendiri. Dia benar-benar suka memeningkan orang.
Takkan begitu sekali lalainya mereka. Sudahlah hilang entah ke mana meninggalkan
anak-anak di rumah, rupa-rupanya lokasi pun mereka tidak tahu. Bagaimana kalau ada
kecemasan berlaku?
RINDU pada Alishah ditambah pula dengan ketiadaan along di sini, maka seawal pagi aku terus
berkemas untuk pulang. Menghubungi pihak MAS, menempah tiket pulang ke Malaysia lewat
Namun tidak disangka sama sekali, along tiba-tiba muncul di rumahnya sebelum jam
“Kenapa dengan along ni?” Soalku selepas kami bersalaman. Tangannya lemah tidak
berdaya.
Along terus meminta pengawal mengunci pintu rumahnya yang sememangnya senantiasa
berkunci itu. Kami duduk bertentangan. Aku merenung lagi dirinya. Dia diam. Berdehem
sebentar dan tiba-tiba berjuraian air matanya menuruni pipi. Semakin panik aku dibuatnya.
YA ALLAH!!! Sampai begini sekali along bertindak semata-mata untuk beroleh kekayaan?
Aku terkesima sekali lagi. Terkaku tanpa suara. Jiwa ini sudah mati dibuatnya. Tidak
habis-habis suka menyusahkan orang. Dan sekarang aku pula yang menjadi taruhan perniagaan
“Takkan saya nak kecewakan isteri saya pula, long? Saya sayang dia sorang aje,” luahku
Aku bukan anak patung. Alishah bukan anak kucing. Dia manusia. Manusia punya
perasaan. Nanti apa pula katanya sekiranya dapat tahu aku ke Turki dan terus menikah lagi?
Aku dirayu untuk mengahwini anak bussines partner along yang entah siapa orangnya.
Entah baik atau tidak orangnya. Entah dari mana latar belakangnya. Tapi walau bagaimana baik
“Tapi long....”
“Tak apa. Hal ni antara kita bertiga aje. Along takkan cakap kat sesiapa pun. Percayalah
AKU tidak tahu apakah betul tindakanku ini? Sumpah, aku tersepit di antara dua orang yang
Melalui solatku itu, akhirnya aku bernikah dengan Zarith Sofea Abdullah Khaleed. Kami
bernikah secara kecil-kecilan di rumah mewah Mr. Khaleed. Di hadapan kak long yang terlantar
lemah di dalam penjara berjeriji besi. Badannya berlumuran darah dan ada banyak kesan
pukulan. Hanya selepas pernikahan ini berjalan dengan lancar, Mr. Khaleed berjanji akan
melepaskannya.
Tidak mengapalah. Aku berharap pertolonganku ini akan dibalas dengan sesuatu yang
lebih baik pada masa depan. Niatku cuma satu, aku cuma ingin membantu. Walaupun aku tidak
serapat mana dengan isteri along ini, namun aku masih tidak sampai hati melihat dia menderita
di hadapan mata. Lagipun anak-anak mereka masih memerlukan mama untuk mendapatkan kasih
sayang.
Alishah, maafkan abang ya sayang. Abang tak pernah terlintas nak menduakan sayang....
BAB 3
mendiamkan diri di dalam bilik. Merenung masa depan. Bagaimana kalau Alishah tahu?
Marahkah dia?
Aku berpaling mendengar suaranya. Manja tetapi tidak bisa menggetarkan jiwaku seperti
Dan dia terus duduk rapat di sisiku. Aku pula yang berengsot menjauh. Sumpah, aku
Sepanjang dua hari kami di rumah keluarga mentua, aku tidak banyak bicara. Mr.
Khaleed memang berkecil hati namun dia tidak punya kuasa hendak marahkan aku. Mungkin dia
Cukuplah aku sudah dipaksa mendampingi anak tunggal perempuannya. Aku tidak
sekali gus. Entah kenapa, aku langsung tidak berkeinginan untuk bertanya. Biarlah dia dengan
perasaannya sendiri. Hatiku cuma sekeping dan yang sekeping itu telah aku serahkan kepada
“Cinta abang cuma untuk isteri abang, Sofea.” Itu keputusanku sebelum kami berpisah
katil semalam.
“SAYA kena balik ke Malaysia. Saya ada kerja dan tanggungjawab terhadap isteri saya di
Sofea terkesima.
Abang-abang iparku semuanya bangun mahu menyerangku namun ditegah oleh Sofea.
“Habis, Sofea bukan isteri kamu?” soal Hatheem. Matanya tajam sekali merenungku.
“Dia memang isteri saya, tapi dia perlu hormat kedudukan isteri pertama saya. Saya tak
Aku memandangnya dengan sejuta kesyukuran. Mudah-mudahan dia ikhlas dengan kata-
katanya ini.
“Sofea tak marah kalau abang kena layan dia lebih. Asalkan abang tak lupakan saya.”
BAB 4
Seakan pertama kali kami bertemu dibuatnya. Kami berpelukan erat sebaik sahaja aku selesai
mengambil bagasi.
Melihat sinar matanya, tiba-tiba terasa kosong pula hati ini. Timbul rasa bersalah yang
MALAM Jumaat, selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami bertiga bersiap ke Bukit
Antarabangsa.
Mama mahu menjamu kami sekeluarga makan malam. Kebetulan mama tahu aku baru
pulang dari Turki. Walaupun sebenarnya tiada satu benda pun dikirimkan oleh along buat
mereka di sini. Mujur aku ada membeli satu dua buah tangan semasa di lapangan terbang dulu.
“Wah, berseri betul menantu mama ni! Ada apa-apakah?” usik mama sebaik sahaja kami
tiba.
Aku terus memeluk Alishah yang senyum memanjang. Sangkaku hanya aku yang
perasankan hal ini. Papa yang baru turun juga menegur perkara yang sama sehinggakan Alishah
“Mudah-mudahan ada good news untuk mama dengan papa. Mama pun dah tak sabar
“Handsome. Kalau tak, mana wife Zik yang cantik ni nakkan Zik.”
di mulut.
BAB 5
beberapa hari ini aku cuma muncul di rumah setelah malam menjelang tiba. Dengan keletihan
yang teramat, aku sudah tidak larat hendak berbuat apa-apa sehinggakan makan malam juga
Syukur saja Alishah sangat memahami. Dia tidak akan tidur selagi aku tidak ada di
dalam bilik. Malah kadang-kadang apabila aku terpaksa berjaga malam, dia akan turut sama
duduk di sisiku.
“Abang rasa baik sayang tidur dulu. Nanti esok penat pula kat kedai,” saranku apabila
Alishah senyum.
“Insya-Allah, tak. Lagipun kalau Isha mengantuk sangat esok, Isha baliklah kejap. Tak
Ya. Dia pemilik kedai. Dia bos. Masakan pekerja-pekerjanya hendak memarahinya pula
“Mentang-mentang....”
Alishah ketawa. Sopan. “Mentang-mentang nak bentang kentang.”
Aduh, ada-ada saja idea di kepalanya mahu mengusik sama. Tetapi Alishah memang
punya great sense of humor. Dan inilah yang tambah menyenangkan hatiku setiap kali
Insya-Allah, selepas projek besar ini selesai nanti aku akan menumpukan lebih perhatian
buat rumah tangga kami ini. Mungkin dia kelihatan tidak kisah kerana tidak menerima layanan
mesraku tetapi hatinya lama-kelamaan pasti akan luka. Itu aku tidak mahu.
Cukuplah selama ini dia saja yang begitu banyak menggembirakan diriku. Berbuat itu
BAB 6
“ASSALAMUALAIKUM!”
Tengkuknya yang masih terdedah belum ditutupi tudung, kukucup. Lama. Dia tersenyum
senang.
“Hari ini, last day abang balik lambat.” Bibirku beralih pula ke seluruh wajahnya yang
belum disapu bedak. Licin benar kulitnya. “Sayang abang masih boleh tunggu, kan?”
Sebuah senyuman mekar di bibirnya. Dia tidak mengenakan gincu namun bibirnya masih
merah menyerlah. Bulu matanya yang melentik cantik itu pula dikerdipkan sekali.
“Insya-Allah. Seminggu lebih Isha sanggup tunggu, takkan satu hari tak boleh pula?”
“SAYA nak tengok semua ni esok pagi. Atas meja saya first thing in the morning.”
“Yes, sir?”
“Please make sure I get what I want. Kamu bertiga bertanggungjawab dengan benda ni.
Aku segera mengemaskan briefcase sebaik sahaja mereka beredar. Aku sudah berjanji
tidak mahu membiarkan Alishah ternanti-nanti diriku lagi. Ini malam terakhir.
Belum sempat aku mencapai kunci kereta, telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Panggilan
Diam.
Aku menanti beberapa saat sebelum mendengar deheman seseorang di hujung talian.
“Abang?”
Abang? Adakah ini.... Lama aku terdiam sebelum mengucap salam dengan suara yang
paling berat. Lemah semangatku menerima panggilan ini. Sekian lama tidak berhubung, dari
mana pula dia mendapat nomborku? Oh, aku sendiri yang meninggalkan kad perniagaan lama
padanya sebelum kami berpisah dulu. Tetapi apa yang dimahukannya lagi? Mudah-mudahan dia
“Sofea rindukan abang. Sebab itu Sofea telefon. Kat sana malamkah?”
Rindu? Aduh, aku tidak pernah sesaat pun terfikirkan dirinya sejak aku meninggalkan
negara asing itu. Berdosakah aku sebagai suami? Tetapi ini semua adalah paksaan. Bukan
Errr… memang dah malam... jadi janganlah call. Tapi aku cuma berbisik di dalam hati.
Aku terkedu di atas kerusi. Bercakap tentang giliran, hendak saja aku menyemburkan
seluruh kekecewaan dan kemarahan ini pada dirinya. Betapa sedikit pun dirinya tidak ada di
“Abang?”
Aku berdehem, pura-pura membetulkan suara sebelum menjawab, “abang minta maaf,
tapi abang sibuk sangat kat sini. Tengoklah nanti kalau ada masa, abang pergi sana.”
Sofea ketawa kecil namun aku masih tidak merasai kesopanan dari tawanya itu. Dia
bahawa aku punya isteri kedua padanya? Bagaimana agaknya reaksinya? Marah sudah pasti.
Ah, masanya belum tiba. Aku belum puas membahagiakannya. Biarlah masa yang
menentukannya.
“Okeylah, Sofea.”
Jam sudah menunjukkan angka sembilan. Sudah hampir sejam kami bersoal jawab.
“Abang simpan phone number ni ya. Kalau ada masa, telefonlah Sofea. Sekali sebulan
“Ya, insya-Allah.”
“Assalamualaikum, bang.”
Salamnya berjawab di dalam hati cuma. Berat benar mulutku hendak menuturkannya.
BUAT pertama kalinya aku balik tidak disambut oleh Alishah. Hati diterpa rasa hairan namun
kemunculan Mak Kiah merungkai segala-galanya. Dia cuma memberitahu isteriku sakit dan
Aku bingkas naik ke bilik. Salamku tidak bersambut namun pintu tidak pula sampai
diri dan solat isyak. Hanya setelah aku membuat keputusan untuk membiarkannya terus tidur,
“Sayang sakit ya? Esok pagi abang call Doktor Maisarah.” Pipinya aku usap perlahan.
“Why not? Sakit ni tak boleh dibiarkan. Kita yang tak berapa tahu soal perubatan ni
susah. Mana tahu ada apa-apa yang tak kena,” bebelku panjang, risau sebenarnya.
seluruh wajahku. Lama kami bertentangan mata. “Sakit ni bukan semuanya menyakitkan.”
Aku pantas mengerutkan dahi. Ada apa sebenarnya isteriku ini? “What‟re you trying to
Tubuhku dipeluknya erat. Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia benar-
“Tak apalah. Esok lepas jemaah subuh, Isha bisik dengan abang ya. Isha minta maaf tak
dapat cakap malam ni. Kita kan dah terlepas solat isyak berjemaah?”
KEBIASAANNYA aku akan bangun hanya setelah dikejutkan oleh Alishah namun hari ini aku
terjaga sendiri. Malah jauh lebih awal daripada waktu kami biasa bersolat. Mungkin rahsia
tidak membacanya bersendirian di kala subuh begini. Selama ini, kami membaca al-Quran
bersama-sama. Itu pun selepas solat maghrib. Alishah kadang-kadang bersendirian membacanya
Aku semasa masih bujang dulu, solat pun boleh dikira dengan jari kerapnya. Inikan pula
hendak mengaji. Aku terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat. Syukurlah melalui perkahwinan ini
“Sayang....”
Azan sudah kedengaran dari masjid. Walaupun hanya sayup-sayup kedengaran namun
Alishah terpisat-pisat memandangku bagaikan tidak percaya. Yalah, kali pertama aku
yang bangun awal. Senyumanku melebar melihat matanya dipejam celik memandang jam di sisi
katil.
“Alhamdulillah. I‟m happy that you woke up earlier than me. Dah lama abang bangun?”
sapanya mesra.
Aku menanti hampir sepuluh minit untuk Alishah menyiapkan diri sementara aku
menyediakan telekungnya bersama sejadah. Lambat pula dia hari ini. Selalunya tidak sampai pun
Surah-surah kegemaran isteriku yang aku baca untuk solat kami yang dua rakaat ini.
Terasa tenang seluruh jiwa dapat menunaikan solat bersama-sama. Dan hakikatnya aku
terganggu juga menantikan apa juga yang bakal dikhabarkan oleh Alishah sebentar lagi.
Doaku pendek sedikit namun masih mengharapkan rumah tangga yang kubina atas dasar
pilihan keluarga dan akhirnya mencambahkan cinta ini akan terus kekal bahagia. Moga keluarga
ini bertambah serinya dengan kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah.
“Sayang....” Ini pasti angin nakalnya datang lagi. “Last night, you promised me that you
will tell me something. After solat subuh. And now we‟ve finished solat, mana dia ceritanya?”
Sengaja aku masamkan muka dan akhirnya dia ketawa perlahan. Diletakkannya kedua-
dua belah tangannya di bahuku. Mesra. Matanya melurut jatuh menghala ke perutnya.
“Alhamdulillah sebab kita bertiga dah solat subuh berjemaah. Isha tak pasti dah berapa
kali abang imamkan kami solat, tapi subuh kali ni memang special.”
Bertiga? Kami? Apa sebenarnya yang dimaksudkan Alishah? Adakah dia… Ya Allah...!
Gembiranya hati bukan kepalang. Ya Allah… ini rezeki yang tak terduga, rezeki yang
“Tak apalah kalau Isha tak pregnant pun. Belum rezeki kita, sayang.”
Anehnya dia masih juga mengukir senyuman. Aik, dia tak sedihkah? Setahu aku, Alishah
paling suka akan budak-budak. Selama ini pun dia selalu saja menderma ke rumah anak-anak
yatim.
“Siapa cakap Isha tak pregnant?”
“Aduh, dear. Janganlah mainkan abang macam ni. Cakaplah betul-betul. Kejap cakap
Mungkin dia mula perasan akan kekeruhan di wajahku, akhirnya dia memintaku
memeluknya. Saat yang sama, dia benar-benar membisikkan ke telinga bahawa sudah dua bulan
Yahuuu…!!! Alhamdulillah
BAB 7
TUJUH bulan berikutnya, perhatianku cuma pada Alishah. Dia tidak sesekali
aku tinggalkan keseorangan di rumah. Pantang jam berbunyi, aku bergegas meninggalkan
pejabat.
Dan akhirnya saat bayi pertama kami, zuriat dan pewarisku menjengah dunia, aku
mengambil cuti selama seminggu. Walaupun mama datang setiap hari namun aku tetap mahu
dekat sentiasa.
“Zik cuti lama ke?” soal mama apabila sudah masuk hari kedua dia datang melawat cucu
“Abang tu kalau boleh nak cuti sampai Isha habis pantang, mama,” sampuk Alishah yang
sudah aktif bergerak ke sana ke mari. Mujur dia mahu mendengar cakap mama. Kalau tidak dia
Mak Kiah pun sampai berbuih mulut menyuruhnya berehat tetapi ada-ada saja yang
Dan antara semua, akulah yang paling bimbang sekali. Menurut mama, wanita lepas
bersalin jika bergerak tidak henti-henti, contohnya turun naik tangga seperti yang dilakukan oleh
Alishah sekarang, boleh menyebabkan wanita tersebut menjadi bentan dan tidak mustahil
menjadi gila.
SELESAI bersarapan, aku membantu menyediakan air mandian untuk Alishah dan Asha
sementara Mak Kiah menjemur pakaian. Mama selalunya selepas pukul sembilan barulah dia
sampai.
Alishah sudah berkemban, duduk di atas katil menanggalkan pakaian bayi kecil kami,
Asha.
“Helo.”
“Tuan, someone nak jumpa tuan sekarang. Dia tengah tunggu kat ofis tuan.” Suara Siti
menerpa jelas.
Siapa pula yang beria-ia benar hendak berjumpa denganku? Setahuku semua tender
Bertambah pelik aku dibuatnya. “Pemegang saham mana pula? Tak ada appointment
Alishah sesekali memandangku dengan wajah berkerut namun segera aku balas dengan
senyuman. Mungkin dia hairan dengan nada suaraku yang menahan marah. Siapa agaknya ya?
“Hmmm... dia cakap dia anak Mr. Khaleed. Tuan tak kenalkah?”
Tanpa menukar pakaian, aku bergegas memecut ke pejabat. Alishah yang terpinga-pinga
Siti terpinga-pinga melihat diriku yang pastinya agak asing pada pandangannya. Aku
cuma memakai seluar panjang berwarna coklat dipadankan dengan sehelai kemeja kotak-kotak.
Aku selalu memastikan penampilan diriku sentiasa kemas dan berdaya tarikan di pejabat.
“Oh!” Dia menepuk dahi. “ Ada dalam tu. Dah lama dia tunggu.”
Ya Allah!!!
“Sofea?” tegurku lemah. Terasa lemah sendi lututku dibuatnya. Hampir lima bulan aku
tidak menghubunginya dan tiba-tiba hari ini dia muncul di sini? Apa yang dibuatnya di
SUDAH dua kali panggilan daripada Alishah terpaksa aku abaikan. Masakan aku hendak
menjawabnya dalam keadaan Mr. Khaleed dan isterinya sibuk hendak berbual denganku.
Aku tidak menyangka mereka punya beberapa buah rumah di seluruh Malaysia ini. Salah
satunya kondominium mewah ini yang dimiliki oleh Mr. Khaleed. Sebuah penthouse kepunyaan
Sofea pula aku tidak tahu di mana. Tidak berdaya aku hendak membuka mulut.
“Business saya kat Sabah tu dah makin okey. Kamu nak tolong tengokkan tak, Zikri?”
Mr. Khaleed tiba-tiba bersuara. Tegas. Dalam maksudnya, tetapi dapatlah aku simpulkan itu
“Hmmm... tak tahulah, ayah. Sebab saya dah selesa dengan karier saya sekarang.”
Sofea yang baru muncul dari dapur membawakan minuman terus menjadi perhatianku.
Wanita ini kaya, cantik, berpelajaran tinggi malah bersopan pula tetapi kenapa dia tidak
Aku hanya mahu menjadi suami kepada Alishah, mahu bergelar papa hanya kepada
anak-anakku yang mendiami rahimnya. Bukan Sofea. Bukan anak-anak lewat kandungan Sofea.
“Malam ni tidur kat sini ya, bang.” Sofea sudah datang ke sisiku.
“Errr....”
Mr. Khaleed memandang. Tajam. Tetapi aku tidak akan membiarkan diriku rasa
“Saya tak boleh. Isteri saya duduk sorang-sorang kat rumah dengan baby kecil. Takkan
nak biarkan.”
Alishah belum kuat mahu bangun menukarkan lampin si kecil. Cukuplah sekadar dia
menyusukan anak kami. Tetapi hakikatnya aku tidak punya hati langsung hendak bermalam di
sini. Baru beberapa jam di rumah ini pun sudah terasa panas punggung.
Aku senyum sendiri. “Isteri saya tak suka upah maid. Dia suka buat semua kerja sendiri
dengan saya.”
Mak Kiah di rumah tu siapa?
Entah, tetapi aku dapat mengesan nada sombong dalam setiap patah kata bapa mentuaku
ini.
“Kerja sendiri. Buat bussines tapi kecil-kecilan aje. Tak apa... dia ada banyak duit.”
Orang dah berlagak, kita balas balik. Lagipun memang Alishah memiliki begitu banyak
harta pusaka daripada arwah ayah dan umi. Mungkin sebab itu dia jarang mahu meminta-minta
daripadaku.
Beberapa jam seterusnya, aku lebih banyak mendiamkan diri. Sekadar menadah telinga
mendengar perbualan keluarga Sofea perihal kewangan syarikat masing-masing. Lewat pukul
enam, akhirnya berjaya juga aku meloloskan diri daripada cengkaman derita bergaul dengan
mereka.
Alishah!!!
Aku angguk. Menanggalkan kopiah di kepala sebelum memeluk tubuh Alishah. Malam
Semasa aku sampai tadi, Alishah baru selesai mandi. Dia langsung tidak menunjukkan
reaksi marah dengan kehilanganku hampir sehari suntuk. Dengan panggilannya yang langsung
tidak berjawab. Malah dia senyum manis-manis, mengambilkan tuala dan menemankan aku
“Tak laratlah, bang. Baby menangis aje nak dekat sejam. Meragam. Sakit perut. Lepas
“Sakit perut?”
Ya Allah, patutlah semua panggilan masuk tadi cuma daripada isteriku. Sedangkan aku
Alishah tersenyum meleret. “Sebab tu Isha call abang. Nak tanya mana kunci kereta Isha.
“Isha? Sayang? Kenapa drive sendiri?” Hampir terlepas pinggan di tangan dibuatnya.
Baru berapa hari lepas bersalin, dia sudah berani bawa kereta? Astaghfirullah....
Wajahnya berubah keruh. Aku bukan hendak marah tetapi risau. Siapa tidak marah kalau
isteri sendiri kena drive jauh-jauh sedangkan baru seminggu lebih bersalin?
“Isha minta maaf... tapi abang pun sibuk tadi. Isha tak suka naik teksi, kan? Abang dah
lupa?”
Oh ya, astaghfirullah... ya, aku lupa. Ini yang buat aku termalu sendiri. Ya, Alishah tidak
suka naik teksi dan sebenarnya tidak pernah naik pun. Dia punya kenangan tersendiri
menyebabkan dia tidak akan sesekali mendapatkan perkhidmatan kenderaan awam itu.
amaran, no phone call, no message and no guest. Mak Kiah aku hantar pergi ke rumah mama di
“Siapa nak handle baby kalau dia meragam nanti, abang?” Walaupun marah, suaranya
masih lembut. Masih lunak dan masih mampu menggoda hati lelakiku. Alishah memang
istimewa.
“Abangkan ada.” Bangga dan yakin, aku mengangkat tubuh kecil Asha dari katil.
Tidak pernah terfikir di kepala ini, aku akhirnya akan menjadi seorang papa. Menjadi
suami kepada Alishah. Memberikannya zuriat untuk mendiami rahimnya selama sembilan bulan
dan kini menyaksikan anak kami membesar sedikit demi sedikit. Semua ini memang nikmat.
Alhamdulillah.
Dahulu aku pernah juga bercinta dengan beberapa orang teman seuniversiti tetapi ketika
itu aku hanya memikirkan soal seronok. Keluar berdua dan ada orang yang akan menelefon
saban malam sebelum tidur. Juga menyambut hari kekasih dengan bertukar-tukar hadiah dengan
si dia yang kini membuat aku termalu sendiri apabila mendengar bicara Alishah, 14 Februari
lepas.
“Isha sayangkan abang walau apa pun yang jadi... tapi janganlah sebab abang nak tunjuk
sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentine‟s Day bukan hari kita. Cukup
Kata-kata itu tidak mungkin aku lupa. Tebal rasanya kulit pipi ditegur isteri sendiri tetapi
akhirnya Alishah menerima hadiahku dengan niat sebagai tanda menghargai perkahwinan kami,
“Errr….” Berat hati ni sebenarnya. Punyalah mahal aku membeli jubah itu dari butik
“Abang, kalau abang tak ikhlas, sayang hadiah ni. Baik ikhlaskan aje hati tu. Mudah-
mudahan dengan sedekah ni, Allah panjangkan usia kita, berkati lagi our marriage. Tak nak
“Of course abang nak.” Dan dengan sendirinya aku keluar mencari kelibat Mak Kiah di
dapur. Menyerahkan sendiri kotak segi empat berbalut cantik itu dengan hati lapang. Ikhlas
“Abang?”
Ketawa manja Alishah menarik perhatianku untuk mendekatinya. “Kenapa, yang? Abang
Tangannya melingkar ke bahu. Mesra. Seperti selalu. Sebuah ciuman penuh sayang
hinggap di pipi mungil Asha dan satu ciuman hangat, hanya untuk aku, suaminya.
“Selagi abang ada dekat hati Isha, insya-Allah abang takkan terlepas apa-apa.”
“Macam mana kalau Isha dah tak nak abang duduk dalam hati Isha?” Sengaja aku
menyakat. Melagakan hidungku di hidungnya yang kecil molek itu. Dia ketawa senang.
“Astaghfirullah... nauzubillahiminzalik... buat apa tanya something yang tak positif untuk
masa depan sendiri ni, dear?” Wajahnya bertukar serius dalam sekelip mata. Pun matanya masih
pandangan pada anak kami yang sudah mula mahu meragam. Merah padam mukanya yang lebih
banyak mewarisi riak mamanya sebelum suara tangisnya meletus kuat. Kelam-kabut aku
menenangkannya.
“Macam manalah papa sayang ni, sayang nangis pun papa takut erk?”
Sedar-sedar sahaja, Alishah sudah mengambil Asha dari dukunganku. Serta-merta tangis
“Diam dah?”
Alishah senyum sendiri. Didekatkannya pipi Asha padaku untuk dikucup. “Tengoklah
“TUAN, meeting petang nanti dengan Radzin kena awalkan. Dia call tadi.”
Memang aku tidak puas hati. Pukul satu nanti aku mahu balik ke rumah. Jemput Alishah
dan Asha, nak bawa si kecil yang makin montel itu ke klinik. Dia sudah terlewat sehari dari
tarikh temu janji sebenar. Disebabkan terlalu sibuk semalam, aku terpaksa beralah kepada semua
“Dia call office awal-awal pagi lagi, tuan. Before tuan masuk tadi. Dia cakap dia ada hal
lain nak diurus. Tak dapat elak dah. Tuan free kan?” Siti mengekorku dari pantri hingga masuk
papa dan membuka syarikat aku sendiri. Tetapi nampaknya masalah tetap masalah. Walaupun
sudah mempunyai syarikat sendiri, aku tetap perlu berurusan dengan orang lain yang mahu tidak
“Hal dia aje yang dia utamakan. Tak pula dia tanya saya ni free sangat ke!” Berapi-api
“Sorry, tuan... tapi saya sampaikan pesan dia aje. Boleh saya keluar sekarang?”
“Oh!” Aku membebel, patutlah dia hendak keluar. “Okay! Thanks, Siti.”
Sebaik sahaja pintu tertutup, aku terus mencapai telefon bimbit. Menunggu beberapa saat
Nampaknya hari ini tertangguh lagi temu janji kami dengan Doktor Suraya.
“Kenapa nak minta maaf ni, bang? Abang busy lagi ke?”
Ketawaku pecah sendiri dengan jangkaannya yang benar-benar tepat mengenai sasaran
itu. Tahu aje dia. “Ya, sayang. Abang ada appointment dengan Radzin. Jurutera SkyWay
“Hmmm... dialah tu. Sebelum ni appointment kita orang jam empat... tapi Siti cakap
dengan abang, Radzin nak awalkan ke jam dua. Dia ada hal yang tak dapat nak dielak.”
“Oh! Hal penting tu... tak apalah, bang. Esok kita cuba lagi ya? Abang jangan marah
“Alhamdulillah... macam itulah jadi hamba Allah yang baik. Tak mudah marah. Tak
SELEPAS selesai makan tengah hari bersama akauntan baru syarikat, aku bergegas pula
kembali ke pejabat. Siti baru sahaja menghantar SMS mengatakan Radzin sudah sampai di
pejabat.
Termengah-mengah aku dibuatnya. Jalan jammed dan menunggu pula lif tak turun-turun.
Radzin tersengih memandangku. Kami segera masuk ke bilikku dengan pesanan agar
“Macam letih sangat aku tengok kau sejak ada baby ni. Kau kena stay up ke malam-
Aku segera tepuk dahi. Malu sebenarnya. Mana pernah aku yang berjaga malam kalau
anak kami terjaga. Alishah juga yang menjenguknya. Dia mendodoi Asha dengan selawat dan
“Tak adalah. Kenapa, kau rasa aku nampak tak bertenaga lagi ke?”
Setahu aku, setiap hari ke pejabat hatiku lapang. Senang. Kecuali dua hari ini, banyak
benda perlu diurus setelah beberapa kali mengambil cuti. Dengan urusan temu janji Asha lagi.
Kehadiran Siti bersama dua cawan teh menutup mulut kami serentak. Menunggu
sehingga dia keluar semula namun sesuatu yang pelik bagiku apabila menyedari mata Radzin
“Minat ke?”
“Hah?”
“Kalau minat, janganlah pura-pura. Orang cantik ni bukan boleh biar lama-lama. Sedar-
Sudah dua tahun Radzin dan Tanya berpisah. Sudah besar pun anak tunggal mereka.
Memendam rasa. Tanya ego, tidak mahu menambah anak sedangkan Radzin yang sudah bosan
bergelar anak tunggal, sudah tentulah menginginkan keluarga yang lebih besar.
“Isy, mana kau tau aku minat kat secretary kau tu? Pandai-pandai aje nak serkap jarang
orang.”
“Ada-ada ajelah kalau dengan kau ni. Dah, kita straight to the point. Discussion ni jauh
“ASSALAMUALAIKUM, bang!”
Aduh! Sudah hampir ke jam lapan. Isha mesti tengah risau ni. Ini semua gara-gara mahu
menyiapkan kerja yang memang tidak reti hendak habis. “Ya, sayang. Kejap lagi abang balik.
Jadual pergi ke pasar setiap hari Rabu untuk sementara ini sudah pindah ke bahuku.
Alishah memang aku tidak izinkan langsung membawa kereta keluar pergi ke mana-mana
semasa masih dalam pantang ini. Jika ada apa-apa urusan, aku sendiri yang akan melakukannya.
“Nak abang balik aje. Tak nak benda lain. Dua-dua Alishah kat sini dah rindu kat
abang.”
Ya. Dua-duanya Alishah. Dua-duanya pun milikku. Dua-duanya aku sayang sepenuh
“Sekejap ya, sayang. Give me an hour. Lepas siap semua, abang terus balik.”
“Mudah-mudahan. Amin....”
Amin? Mudah-mudahan? Apa maksudnya? “What do you mean, dear? Amin? Mudah-
mudahan?”
Apakah dia menyangka aku melencong ke mana-mana? Ah, tetapi isteriku yang berhati
suci ini tidak pernah meraguiku walau sedikit pun. Tidak pernah dia bersangka yang bukan-
bukan.
“Tak, bang. I didn‟t mean anything. It‟s just a pray for you. Mudah-mudahan Allah
izinkan abang balik rumah bila dah habis kerja. Abang marah? Isha minta maaf....”
Aku pula yang terasa bersalah. “No, dear. Abang tak marah. Abang curious aje. Tak
Barulah aku mendengar helaan nafasnya yang benar-benar kelegaan. Alishah... taat benar
dia padaku.
“Thanks, abang. Isha letak dulu ya. Abang kerja baik-baik. Hati-hati duduk sorang-
TIDAK aku sangka sama sekali kerjaku hanya berakhir pada saat jarum jam sudah merangkak
ke angka sepuluh. Suasana di sepanjang jalan raya sedikit sunyi namun gemerlapan lampu neon
Semasa sudah hampir sampai ke simpang masuk ke taman perumahan kami, telefonku
Setahuku dia tidak akan menelefon berkali-kali jika dia tahu aku sedang bekerja. Apatah
lagi tadi kami sudah berbual panjang. Seboleh mungkin dia memang tidak mahu mengganggu
kerana dia tahu aku tidak gemar diganggu. Tambahan pula, sekiranya diganggu, akan semakin
“Abang?”
“Sofea?”
Tanpa sengaja aku tertekan pedal brek. Berdesing bunyi tayar dibuatnya. Mujurlah cuma
aku seorang menggunakan jalan raya ini sekarang. Ada apa lagi perempuan seorang ini? Mahu
Belasah ajelah. Nanti kalau aku mengaku aku bukan berada di rumah, disuruhnya aku
datang ke rumahnya pula. Aku tak mahu. Aku benar-benar sedang kepenatan sekarang ini. Aku
Malaysia ini, yang mana bermaksud dia akan berpindah ke mari. Menetap di sini. Ah, semakin
Lama dia menyepi. Sesekali kedengaran bunyi batuk, entah siapa. Dia masih kat
“Hmmm... abang boleh tolong Sofea tak?” Suaranya kedengaran lemah. Entah benar-
rumah.”
“Sofea masih ada urusan business kat Malaysia. Lambat lagi baru balik Turki. Abang
“I’M sorry, my baby. Papa lambat balik.” Pipi mungilnya aku kucup. Lama. Terasa seluruh kasih
sayangku tumpah hanya pada dirinya. Anak pertama kami. Entah ada lagi adik untuknya yang
dikirimkan Yang Maha Esa buat aku dan Alishah atau tidak.
Alishah masih di dapur. Tadi semasa aku sampai, dia sedang tertidur di sofa. Walaupun
sudah dilarang, dia bertegas juga mahu memanaskan lauk. Aku memang lapar, tetapi kalau
sampai perlu menyusahkan isteri sendiri, aku masih boleh bertahan sampai pagi esok.
“Ini pun dah kurang. Patutnya masak lauk baru. Bukan setakat panaskan.”
Dan seperti selalu, aku cepat mengalah dalam hal-hal begini. Aku mandi dan menemani
Asha tidur di bilik kecilnya yang aku hias indah dengan segala macam aksesori. Malah kalau
boleh, hendak aku letakkan sebuah televisyen di bilik anak kami untuk dipasangkan video-video
berunsurkan keagamaan.
Alishah duduk selepas menyendukkan nasi untukku dan… satu lagi? Alishah tak makan
“Sayang belum makan?” Dagunya aku cuit. Senyuman memekar di dua ulas bibirnya.
“Sayang tak makan lagi? Kenapa tak makan? Sayangkan masih dalam pantang? Lain kali
tak payah tunggu abang. Macam mana kalau abang tak balik tadi? Sayang abang ni tak nak
Berapi marahku namun cuba aku kawal sedaya-upaya. Aku kalau boleh tidak mahu
bermasam muka apatah lagi mahu bertekak di hadapan rezeki seperti sekarang... tetapi memang
tidak tertahan rasa bimbang ni. Alishah kadangkala terlalu mementingkan orang lain sehingga
terabaikan kebajikan diri sendiri. Aku tahu dia mahu menjadi isteri terbaik buatku, tetapi kalau
“Cuba lain kali fikirkan kesihatan diri sayang sendiri? Tak boleh ke? Tak tunggu makan
dengan suami doesn‟t mean you‟re not a good wife, Isha. Please, take care of your own health.”
Dia diam. Makin berapi marahku. Malah masih ada senyumannya semasa dia
mengangkat muka apabila mulutku berhenti membebel. Eh, tak ada perasaan ke isteri aku ni?
“Sayang? Isha? Are you okay? Are you listening to me? Do I make myself clear?”
“Yes, I‟ve got it, dear.” Itu saja jawapannya. Dengan lunak suaranya. Bukan dengan
dan aku tidak mahu dia tahu ada perselisihan faham di antara kedua-dua orang tuanya di tingkat
bawah sini.
Mataku mengikut setiap pergerakannya dan tiba-tiba sahaja pipiku terasa hangat. Bukan
lagi kerana api marah di dalam dada, tetapi dengan kucupannya yang begitu intim. Hangatnya
keseluruhan wajahku. Entah ayat suci al-Quran bahagian mana yang dibacanya, hatiku terasa
Aku segera mengangguk. Marah itu api. Wuduk itu air. Dan tidak ada benda lain boleh
SELEPAS membawa Alishah dan Asha bertemu Doktor Suraya, kami singgah
sebentar di KLCC sebelum singgah pula ke rumah mama. Mahu melepaskan hajat Alishah yang
sudah hampir dua minggu tidak bertemu mama dan mahu menjemput Mak Kiah sekali.
Melihat betapa gembiranya mama dan papa melayan cucu baru mereka ini, tiba-tiba aku
terasa bersalah yang amat pada Alishah. Dia anak yatim. Kenapa aku tidak lebih kerap
menemukannya dengan kedua-dua orang tuaku ini dan seterusnya mendapatkan sedikit sebanyak
Benar hati seorang isteri lebih kepada suami. Tetapi itu jika dia dinilai sebagai seorang
isteri. Bagaimana jika seorang isteri dinilai sebagai seorang anak? Walaupun mungkin bukan
kesemua isteri begitu, tetapi aku yakin sebenarnya ada ramai isteri masih rindukan belai manja
Tambah-tambah pula Alishah yang sudah sekian lama ditinggalkan ibu bapa. Hatinya
Adakah hatinya sebagai seorang isteri tidak kosong? Tidak sepi? Cukupkah kasih cintaku
untuknya selama ini? Atau hanya aku yang berbahagia berada di sisinya sedangkan dia tidak?
Apakah?
“Hah? Ada apa?” Terpinga-pinga aku sebentar sehinggalah gegaran telefon sekali lagi
Along?
Aik? Baru saja aku hendak menyebut, dia lebih awal memberi amaran. Ada sesuatu
terjadi lagi? Siapa pula yang hendak aku nikahi kali ini?
Selepas memberi isyarat, aku meminta izin menjawab panggilan di luar rumah.
Pandangan mama yang sedikit pelik memang meresahkan namun aku yakin panggilan along kali
AKU sudah kebuntuan fikiran. Hendak mengelak bagaimana lagi? Hendak lari ke mana lagi
Along!!!
Berdosa membunuh. Ya, berdosa membunuh. Boleh dihukum gantung kalau mengikut
“Pleaselah... tolonglah aku. Kau kena layan dia jugak kalau kau masih nak tengok kami
“Kepala Irman dah bengkak teruk kena pukul. Dah semalaman ni dia duduk wad. Ilyah
“Apa lagi salah angah, long? Angah pun ada kehidupan sendiri. Angah pun nak
bahagia.”
“Sofea demam panas kau tak tau, kan? Dia masuk ICU semalam kau pun tak tau, kan?
Dia dah terbiar demam dekat lima hari kau memang tak ambil tau, kan?”
Hampir saja aku jatuh pengsan di atas hamparan bunga tanaman mama. Bukan aku
terkejut bimbang. Asalkan urusan berkaitan perempuan bodoh itu, tiada lain yang aku rasa
Bodoh! Ya, memang dia bodoh! Di mana otaknya? Dia kaya, pastilah punya doktor
keluarga. Kenapa perlu aku yang datang ke sana baru dia boleh berfikir? Lembap benarkah
Dua malam lalu, dia memang ada menelefon. Sangkaku dia cuma mahu menagih
perhatianku untuk ke rumahnya. Mana aku tahu dia demam. Dan aku memang tak nak ambil
tahu pun!
Tetapi along sering kali jadi penyebab. Sekarang, aku memang tak ada pilihan lain. Aku
Passport along sekeluarga sudah dirampas oleh konco-konco lelaki jahanam itu.
Kalaulah along berniat mahu lari keluar meninggalkan negara Turki itu. Dan yang paling
menyakitkan hati, Irene Putri dan Ilyah Hanna sudah berada di dalam cengkaman mereka.
Apa lagi pilihan yang aku ada? Bayangkan kalau Asha yang diperbuat begitu. Dan
sememangnya Mr. Khaleed sudah mengugut akan memusnahkan segala yang aku ada, segala
yang menghalang Sofea daripada memilikiku. Siapa lagi yang menjadi penghalang kepada Sofea
Angguk tetapi masih diam. Fikiranku bukan di sini. Mindaku sudah jauh meneroka ke
lubuk hati Alishah yang terpinga-pinga melihat aku pergi begitu sahaja. Menerusi pesanan
ringkas, aku meminta pemandu papa menghantarkan Alishah dan Asha pulang semula ke rumah.
Melihat wajah pucat Sofea, hatiku terasa kosong tiba-tiba. Menyampah mungkin. Tapi
bukan... entahlah... simpati? Yang ini aku setuju. Sebenarnya aku simpati tetapi disebabkan
ayahnya yang tidak berperikemanusiaan itu, aku tiba-tiba jadi menyampah sedikit. Marah itu
memang pasti.
SEMALAMAN aku menunggu di sisi katilnya barulah Mr. Khaleed dan Madam Zaharah
sampai. Mereka terpa tubuh Sofea yang masih lemah tidak sedarkan diri.
“Macam mana boleh jadi sampai macam ni sekali, Zikri? Apa yang kau buat dengan
Aku diam membeku di kerusi. Apa yang aku buat? Aku langsung tidak buat apa-apa pun
dengan perempuan ini. Buat tak peduli itu, ya ada. Mengapa? Sebab aku memang membencinya
sejak dia menjadi punca aku perlu menjadi suaminya. Ah, aku malas nak berfikir kalau berkaitan
hal Sofea!
Aku segera memandang jam. Sudah pukul sepuluh malam. Aku perlu pulang kepada
Alishah. Tidak cukup dengan meninggalkannya begitu saja, aku mematikan telefon sekali.
Bukan kerana tidak mahu diganggu, tetapi aku takut hendak menjawab apa sekiranya Alishah
bertanya aku di mana. Aku tidak pandai menipu kepada orang yang aku sayangi.
“Saya nak balik dulu!” kataku tegas. Ya, lelaki perlu tegas. Walaupun setiap
Tiada sebab dan alasan lagi untuk aku terus berada di sini. Ibu bapanya sudah sampai. Itu
sudah cukup. Mereka tidak lagi boleh mengugut mahu mengapa-apakan keluarga along kerana
“Kau kena balik malam nanti. Sofea tak perlukan kami. Dia nak suami dia.”
“Saya tak boleh!” Laju aku menoleh. Terlalu banyak benda perlu aku urus dalam satu
masa. Ofis sudah dua hari kena tinggal. Alishah dan Asha? Boleh mati aku kalau begini.
“Pleaselah, saya penat sangat. Apa tuan dengan puan tak sanggup nak jaga anak sendiri?
Kalau betul dia nakkan saya, dia tengah tak sedar tu. Mana dia tahu kalau saya yang jaga dia?”
Mr. Khaleed merengus marah. Ditatapnya wajah Sofea seketika sebelum matanya beralih
kepadaku.
“Tak apa. Aku bagi kau peluang sekali ni. Esok kau tak ada alasan tak nak datang. Kalau
“Tuan jangan sesekali pasang niat nak sentuh keluarga saya. Kalau tidak, saya pun boleh
Selepas itu aku terus angkat kaki keluar dari wad kelas pertama yang begitu
MAK KIAH sedang sibuk menyiram bunga di halaman semasa aku mematikan enjin kereta.
Sangkaku hanya dia sendiri tetapi semasa hendak membawa keluar barangan dapur dari tempat
duduk belakang, aku terpaku seketika. Alishah sedang bersenda gurau dengan si kecil Asha di
taman.
Aku segera mengeluh keletihan. Menarik keluar tali leher yang tergesa-gesa aku sarung
sebelum keluar dari hospital tadi. Alishah masih seronok mengacah-acah Asha di dalam buaian.
“Tinggalkan aje kat situ, Zik. Nanti kemudian Mak Kiah bawa masuk barang-barang ni.”
“Yalah....”
Aku faham isyaratnya lalu segera menghampiri dua orang puteri hatiku. Mengucap salam
“Sayang mama, ni papa sayang dah balik.” Diagahnya Asha sekali lagi.
Bagaikan mengerti patah bicara Alishah, Asha mengukir senyuman dengan dua ulas
bibirnya yang memerah. Sebiji bibir mamanya. Aku segera mendukungnya. Bertalu-tali pipinya
“Anak kita dah makin pandai senyum. Makin comel,” pujiku riang. Bersyukur dengan
“Alhamdulillah. Dua malam ni dia suka berjaga. Just to give her mama a company. Papa
Sebuah keluhan terlepas dari bibirnya tanpa sengaja. Perlahan-lahan tubuh Asha aku
letakkan semula ke dalam buaian. Marahkah Alishah? Menyindirkah dia saat ini? Tetapi ini
bukan peribadinya. Makan sebelum aku pun dia tidak berani, masakan dia tega mahu menyindir?
“To be honest, Isha bukan marah. Isha tak pernah marah abang. Isha tertanya-tanya,
Semakin lemah lututku. Kenapa aku sering begini apabila berhadapan dengan Alishah?
Tanpa menghiraukan pandangan asing Mak Kiah, aku menarik tubuh Alishah sekali lagi
ke dalam pelukanku. Lebih erat daripada tadi. Lebih kasih dan lebih cinta daripada sebelum ini.
Apa hendak aku jawab? Menerangkan yang sebenar atau terus berperang dengan
keinginan untuk menipu? Aku tidak mungkin mahu berterus terang. Aku takut pada reaksi dan
penerimaannya.
Bagaimana kalau dia meminta perpisahan? Tetapi bukankah isteri yang sanggup
dimadukan itu akan menerima payung emas di akhirat kelak? Tidak mahukah Alishah? Malah
aku berkahwin dengan Sofea pun bukan kerana cinta, jauh lagi kasih sayang daripada dalam hati.
“ABANG nak makan apa malam nanti? Isha masakkan untuk abang.”
Aku meneliti wajah ceria Alishah yang memeluk bahuku erat. Dia baru sahaja selesai
Ikhlas. Aku memang jadi begitu, mudah menerima apa saja kalau dengan Alishah. Kalau
dulu masakan mama, itu ini yang aku kritik tetapi apabila Alishah yang memasaknya, seleraku
“Yalah, yang special. Kut nak minta Asha masakkan tom yam ke.”
Sengaja aku kerutkan dahi lama-lama. Dia yang mula kehairanan segera mengangkat
kening.
“Then, abang cakaplah. Isha cuba sediakan.” Dipicitnya hidungku dengan gaya
manjanya. Sebenarnya manja lagi lelaki yang menjadi suaminya ini. Aku memang sediakala
manja dan semakin manja apabila didampingi oleh wanita semulia isteriku.
“HMMM... sedap. Five stars for my beloved wife,” pujiku sebaik sahaja Alishah mengangkat
pingganku yang sudah licin. Lauk ikan bakar cecah air asam memang menyelerakan.
“Terima kasih.”
Disuakannya pipinya dengan lagak manja sekali. Aduh, semakin cantik dia di mataku.
“Sikit aje?”
Terukir senyuman di bibirnya. Lehernya yang jenjang begitu menarik perhatian. Putih
dan lebih-lebih lagi ditemani oleh orang tersayang. Dia membasuh pinggan, aku mengemas meja
Dari ruang tamu, dia berlari pula naik ke atas dan terus menerpa masuk ke dalam bilik.
“Abang!!!”
“Hah, kena!” jeritku pula. Seronok melihat bajunya yang terkena beberapa titis air.
“Jangan!”
“La, ya ke?”
Cemas. Aku segera mendekatinya. Mengurut perlahan belakangnya. Teruknya aku kalau
Seketika tanganku di situ, kedudukan kami yang terlalu dekat dengan hembusan
nafasnya mengenai wajahku membuatkan sesuatu tiba-tiba terlintas di fikiran lelakiku. Nafasku
Aku terpisat-pisat sendiri. Mengerdipkan mata beberapa kali sebelum mencapai telefon
bimbit di tangan Alishah. Siapa pula yang suka sangat mengganggu tak kenal waktu ni?
“Zikri!”
“Siapa ni?”
“Hei, Zikri! Kau kena datang hospital sekarang. Anak aku makin kritikal. Cepat!”
Hospital? Aku mengisyaratkan kepada Alisyah yang masih setia menanti aku selesai
Alisyah akur. Memandang jam di sisi katil. Tiga jarinya diangkat dengan senyuman
manis di bibir.
“Hei, kau ni dengar aku cakap ke tak? Datang sekarang. Kalau ada apa-apa berlaku pada
Sofea, kau tengoklah isteri kau tu pun akan terima nasib yang sama.”
Ini secara automatiknya membuat aku tegak berdiri. Selimut yang terkuis mengena wajah
Aku diam. Entah ini Khusyairi atau Khuzaimy, aku pun kurang pasti. Mereka kembar
seiras dan ini baru kali kedua kami bertemu secara berdepan. Semasa kami bernikah dulu, salah
Hah? Apa penting sangatkah aku sampaikan dia perlu mengamuk di premis awam seperti
ini?
“Abang?”
“Abang?”
“Errr….”
Bingung. Nak dekat ke tak? Tapi melihat jelingan tajam Mr. Khaleed, aku mengambil
tempat di sisi katil. Dengan berat hati, aku membiarkan tanganku diusap oleh Sofea. Eee… geli,
geram, menyampah!!!
“Abang dari mana tadi? Balik rumah isteri lagi satu ke?”
“Errr….”
“Dia sihat?”
Angguk. Kelu lidah, beku otak. Sudahlah aku janggal dipegang begini, dua pasang mata
orang tua Sofea menambahkan rasa tidak selesaku. Takkan tak faham? Keluarlah!!!
Lama juga aku menanti barulah pasangan suami isteri ini akhirnya setuju untuk beredar.
Apa dia menyangka aku akan mengapa-apakan Sofea kalau kami hanya tinggal berdua?
Geleng. “Balik rumah. Dah berapa hari duduk sini jaga Sofea.”
Dia senyum. Mungkin manis bagi orang lain tetapi tidak pada aku. Senyumannya ini
senyuman biasa sahaja. Macam senyum Mak Kiah bila kena usik.
TIADA sebab lain, aku memang mengantuk. Melayan Sofea berbual dengan berat hati selama
beberapa minit, akhirnya aku meminta izin untuk melelapkan mata. Mujur dia tidak membantah.
Sedar-sedar sahaja, Siti menelefon. Terkejut bukan main. Tambah terkejut apabila
“Tuan bila masuk ofis? Sejam lagi tuan ada meeting dengan Haji Mahmud. Tuan lupa?”
“Errr... nanti dulu, Siti. Haji Mahmud confirm nak datang ke? Call dia dulu. Kalau dia
confirm, kamu call saya lagi. Okey?” Sengaja aku kuatkan suara. Biar Sofea dengar.
“Okey, tuan.”
Huh… memanglah dia akan datang. Projek besar, siapa nak tolak?
Diam seketika. Aku sudah mula bingung hendak berbuat apa lagi. Memang sepatutnya
Alishah?
Belum pun dia menunjukkan reaksi, aku sudah keluar. Tergesa-gesa mendail nombor
telefon rumah.
“Helo?”
“Ya Allah, isteri kamu tak cakap atau kamu yang lupa ni?”
Aduh! Mak Kiah ni... cakap ajelah yang betul-betul. Ini nak buat teka-teki pulak. Orang
dahlah cemas.
Pantang? Memanglah dia dah habis pantang. Aku tahu. Aku kira dalam kalendar.
Minggu lalu lagi dia dah habis. Tetapi kenapa dia tak cakap dengan aku dia dah nak masuk ofis
semalam?
SELEPAS menunggu Sofea menikmati sarapan, telefonku berbunyi sekali lagi. Siti!
“Hah? Kenapa tak cakap dia jadi datang? Siti... Siti…” keluhku dengan suara yang boleh
“Okey, saya datang dalam masa fifteen minutes. Awak layan dia dulu. Bagi minum ke....”
“Baik, tuan.”
Aku bergegas ke bilik air. Membasahkan muka dan terus keluar. Sofea masih tidak
melepaskan aku daripada pandangannya. “Saya nak masuk pejabat. Ada meeting. Important.”
“Benda ni melibatkan masa depan syarikat saya. Masa depan saya, masa depan isteri dan
anak saya. Sofea duduk diam-diam kat sini. Kalau sempat, nanti saya datang lagi. Tapi tak janji.”
“Abang?”
Pintu yang sudah terbuka, aku tutup semula. Apa agaknya dia nak cakap? “Kenapa?”
Hah?
Biar betul dengan perempuan seorang ni. Nak makan kebab ayam yang pedas tu?
“Jangan mengarutlah, Sofea. Dah tahu sakit, nak makan kebab ayam pula. Tunggulah
baik sikit. Nak makan cili sekali pun saya tak kisah.”
Eh, mengada-adalah pula! Malas mahu bertekak, aku anggukkan kepala. Apa-apa ajelah.
Tidak sabar, aku terus menerpa Mak Kiah yang sibuk menyapu daun-daun kering di
halaman.
“Isha balik makan tengah hari tadi. Dia tengok Zik tak ada, dia bawa Asha balik ofis
Pelik. Masuk pejabat dia tak cakap, balik makan tengah hari dia tak ajak, ini bawa baby
“Jam lima nanti adalah tu. Isha mana pernah balik malam.”
Aku bergegas masuk ke rumah. Buntu fikiran, rusuh perasaan dibuatnya. Semuanya
serba tidak kena. Solatku entah khusyuk entah tak. Isha saja yang berlegar di dalam kepala.
“ABANG?”
Dahiku terasa hangat. Perlahan-lahan aku membuka mata. Isha? “Sayang? Dah lama
sampai?”
Pipiku diusapnya sebentar sebelum dia bergerak ke meja solek. Menanggalkan tudung di
“Abang ingat nak minum petang dengan sayang. Tapi Mak Kiah cakap Isha tak balik
lagi.”
Dia senyum memandangku melalui cermin. “Isha dah masuk ofis. Abang lupa?”
tidak menampakkan dia terlalu sibuk di pejabat. Mungkin tadi dia cuma perlu memeriksa
“Hmmm… ini mesti papa Asha dah lupa, kan? Isha ada cakaplah.”
“Waktu kita kemas dapur malam semalam. Isha cakap waktu cuti Isha dah habis. Abang
“Ada ke?” Kenapa aku tak ingat langsung? Tapi takkan Isha pandai menipu? Itu bukan
peribadinya.
SEJAK dua hari lalu aku tidak lagi menjenguk Sofea di hospital. Aku memang mahu singgah
sebentar petang semalam, tetapi kerana terlalu penat, akhirnya aku memecut kereta ke rumah.
Malam ini pula mama menjemput kami ke rumah. Ada kenduri untuk arwah nenek.
Sepanjang masa aku lebih banyak berada di sisi papa apabila kenalan-kenalan
perniagaannya mengajak berbual sama. Membuat rundingan, mencari ruang dan peluang untuk
Alishah pula sekejap-sekejap naik ke bilik menjenguk si kecil yang sudah keletihan.
Baru sahaja aku hendak mengetuai bacaan doa tadi, Asha sudah mula meragam. Menangis tidak
henti-henti.
Kesian juga dengan Alishah yang masih kepenatan kerana semasa aku sampai tadi, dia
baru bertolak dari rumah kliennya berbincang tentang rekaan rumah yang sesuai.
Aku angguk saja. Parti? Membosankan... tetapi kalau aku tidak ke sana, aku akan
“Jangan lupa bawa wife you tu. Nanti masam muka wife I kalau kawan baik dia tu tak
“Insya-Allah, saya pun tak janji... tapi kalau dah ada kesempatan, kenapa tak memenuhi
Terangguk-angguk Datuk Munir. Senyumannya makin lebar. Tahu pula dia bercakap
tentang wife, tetapi yang dikepitnya sekarang entah anak dara dari mana pun aku tak pasti. Datin
ni?”
“Bukan Zik tak nak, ma. Tapi Zik nak kena keluar awal pergi ofis esok. Isha pun sama.
Isha mana ada baju kat sini.” Mama kalau tidak memaksa orang bermalam, macam tidak sah.
Alishah memandangku serba salah. “Isha boleh masuk lambat, ma... tapi abang dah nak
balik?”
Mama senyum.
“Tak boleh, ma.” Aku bukan apa, kalau nanti aku dipanggil oleh Sofea tengah-tengah
orang lain tidur, hah... siapa nak jawab? Mama dengan papa mesti tidak duduk diam. Semua
“Zik, tidur ajelah kat sini. Kalau tak malam ni, entah bila pula baru kau nak bawa Isha
Papa pula sudah masuk campur. Karang melawan, malu dengan Alishah. Akhirnya aku
decide untuk tidur satu malam di sini. Mama bukan main happy terus membawa Alishah naik ke
Begitu pun, aku meminta diri juga balik ke rumah mengambil pakaian mana yang perlu.
Lagipun kena juga cakap kat Mak Kiah yang dia kena tidur sorang-sorang di rumah malam ini.
SAMA macam yang aku sangkakan, papa mengajakku berjaga sambil minum kopi di beranda.
Walaupun kepenatan tetapi aku tetap melayan ceritanya. Kesian... dia rindukan along sekeluarga.
“Papa kira macam nak tunai umrah lagi sekali.” Menyimpang ceritanya tiba-tiba.
Papa ketawa. Dihirupnya kopi di cawan dengan penuh nikmat. Sedaplah kut buatan mak.
“Dah lama tu. Sebelum kau kahwin dengan Isha. Sekarang kau dah ada anak pun. Dah
“Tengok dululah. Mama kau pun dah lama tak ke mana-mana... jadi lepas umrah nanti
“Along?” Hampir tersembur keluar kopi pahit yang baru melepasi lidah.
“Tak adalah....”
Beberapa kali pula aku berdehem sambil pura-pura membelek majalah di tangan.
Bukankah anak-anak along masih dalam genggaman si pengecut tu? Habis, kalau papa
dengan mama datang sana tidak jumpa dia orang, mestilah dia orang tanya macam-macam. Isy!
Hendak kelentong boleh... tetapi papa selalunya akan tetap syak apabila ada benda-benda
pelik macam ni. Nak kata dia orang pergi summer camp kat Kanada, aku tak tahu pula kalau-
mengada-ada hendakkan aku macam selalu. Lena aku tidur sambil memeluk erat tubuh Alisyah.
Awal-awal pagi pula, kami terpaksa pulang ke rumah. Bergegas sebab aku baru dapat
tahu yang aku kena jumpa board of directors, pukul sembilan nanti.
Asha pula terpaksa kena tinggal. Bukan terpaksa apa, mama paksa Isha tinggalkan Asha.
Konon hendak bagi kami peluang rehat. Tetapi aku tahu mama sebenarnya saja hendak bermain
“Hmmm... nanti penatlah Isha nak pergi sini lagi ambil Asha. Jam pula tu.”
Mama sudah memasamkan muka. Mama tak faham ke? Dari ofis Alishah ke rumah kami
sudah hampir sejam. Lain pula ceritanya kalau jalan sesak. Tambah lagi dua puluh minit ke sini.
“Ma, bagi kami bawa Asha baliklah. Nanti weekend, kami datang lagi.”
“Abang….”
“Ma?”
“Tak apalah, bang. Nanti Isha cuba keluar awal sikit. Hari ni pun bukannya banyak
kerja.”
“Tengok tu, Zik. Sayang lagi menantu dengan mama daripada anak sendiri. Dengan
“Bukanlah, ma.”
“Mama tahulah kamu tu macam mana. Dahlah nak cucu yang ramai tu, jauh sangat, tak
reti-reti nak balik. Ada sorang ni pun, takkan tak bagi kat mama sekejap kut?”
Aduh… mama ni…. Alishah tersenyum-senyum mengelus belakang Asha yang lena
DUA PULUH minit sebelum waktu wajib aku sampai di rumah, aku menggagahkan kaki
menekan pedal minyak menuju ke hospital. Berat rasanya hati hendak singgah, tetapi takut pula
“Eh, ya. Baru balik dari ofis. Sofea macam mana, doktor?”
“Dia okey. Cuma kesianlah... sebab hari ni tak ada lagi orang datang melawat. Dia sunyi,
Aku ketawa dalam hati. Kesian? Aku tak kesianlah! Mana orang tua dia pergi? Dah balik
Turki ke? Ingat aku nak jagalah tu anak dia kat sini.
Waktu aku masuk, Sofea berbaring di atas katil dengan mata terpejam. Tidur ke ni?
Menyangka yang dia memang benar-benar tidur, aku mengambil tempat di sofa
berdekatan tingkap. Mencapai surat khabar berbahasa Inggeris yang disediakan di atas meja.
“Abang?”
“Saya mengelamun.”
Dia tahu pula apa aku fikir. Hebat juga Sofea ni.
Lima hari lesap, datang tanya khabar macam tu aje. Ah, suka hati akulah. Kita layan
orang yang kita sayang dengan yang kita tak sayang memang lain. Berat sebelah? Betul....
“Doktor dah bagi saya discharge petang esok. Abang boleh ambil saya tak?” Muka dia
Lama aku berfikir. Esok petang? Esokkan hari Sabtu. Hari sepatutnya aku habiskan masa
dengan Alishah dan Asha. Especially Asha yang dah jarang aku layan main.
“Hmmm... papa dengan mama awak tak datang?” Maksud tersiratnya, aku malas nak
buang masa datang ambil dia di wad dan hantar pula ke rumah. Aduh, menyampahnya.
“Saya faham. Kalau abang tak dapat jemput saya, saya boleh panggil driver saya datang
ambil.”
Tahu pula dia berfikir mencari jalan penyelesaian sendiri. Kalau dari awal macam ni, kan
“Abang, hari Jumaat minggu depan saya nak balik Turki sekejap. Uruskan something.
Boleh, kan?”
“Eh, pergi ajelah. Saya tak kisah.”
Hah, mulut suami jahat betul aku sekarang. Adui, tak berlapis langsung!
Akhirnya, apabila aku hanya buat selamba dengan semua bual bicaranya, Sofea menutup
mulut. Diam. Aku meneruskan pembacaan. Sekejap lagi aku akan beredar pulang. Dah nak
maghrib.
BAB 10
ALISHAH belum ada di rumah semasa aku sampai. Mungkin jalan jam.
Maklum saja hari Jumaat petang. Mungkin ramai yang hendak balik kampung.
Aku habiskan masa melamun di atas katil. Asha pula dibawa oleh Isha ke pejabat. Selalu
“Zikri?”
“Jom, turun minum petang. Mak Kiah buatkan kek pisang yang Zik suka tu. Marilah.”
Kek pisang? “Boleh juga. Nanti saya turun. Mak Kiah turunlah dulu.”
Sampailah kami siap minum petang berdua barulah kedengaran bunyi enjin kereta
dimatikan di luar rumah. Aku bergegas ke muka pintu. Bersedia untuk keluar mengambil Asha.
“Assalamualaikum, bang.”
simpati. Memeluknya sekejap dan terus mengambil Asha yang lena tertidur di back seat.
“It‟s okay. Isha masuklah dulu. Abang hantarkan baby baru ambilkan barang-barang tu.”
Akhirnya dia mengalah juga. Sekejap nanti dia sudah nak kena memasak makan malam
“PENAT?” Tengkuknya aku kucup. Kasihan betul tengok Alishah berpenat lelah menjalankan
“Boleh juga. Nak juga rasa suami Isha ni mengurut macam mana.” Reaksinya. Pandai dia
hendak mengusik.
wajah dan tubuh isteriku. Mendamaikan sesiapa saja yang memandangnya, insya-Allah.
“Abang tau tak, mama dengan papa dah tentukan tarikh nak pergi umrah tu. Abang tau,
kan?”
“Umrah? Bila?”
“Kalau tak silap Isha, insya-Allah awal minggu depan. Hari Selasa kut.”
“Oh....” Dan aku masih meneruskan urutan sampailah Isha meneruskan bicara tentang
“Lawat along?”
Automatik. Berhenti tanganku bergerak. Walaupun ini kali kedua aku mendengar
“Kenapa, abang?”
SEAWAL-AWAL pagi, aku keluar ke pejabat sebelum sempat menikmati sarapan. Alishah
tidak banyak soal malah dia tetap membawa sama si kecil untuk aku cium di muka pintu. Senang
“Helo, along.”
“Kenapa, ngah?”
“Tak ada pula. Apa hal? Angah cakap pasal Irman kena culik ke?”
“Mana ada. Semalam isteri saya cakap, mama dengan papa nak buat umrah minggu
“Ya, dia orang memang nak melawat along sekali. So, nak buat apa ni? Dia orang mesti
hairan kalau Irman tak ada kat rumah. Sekarang bukan summer.”
Along terdiam. Papa memang tidak cukup percaya dengan anak sulung dia ini. Waktu
remaja nakal bukan main, pelajaran entah ke mana… dah jadi bapa orang pun, keluarga pula
tidak keruan.
“Saya pun fikir macam tu juga. Kalau along tak bertindak sekarang, pecah rahsia kita.
Yang kena nanti saya juga. Saya tak nak kehilangan isteri dan anak saya.”
Provokasi along yang satu ini hampir-hampir membuatkan aku terjatuh dari kerusi. Dah
menyusahkan aku, dia boleh tanya soalan bodoh macam tu! “Sekali lagi along cakap macam tu,
Titik. Aku terus menghempas telefon. Bosan. Letih dengan kerenah satu-satunya saudara
yang aku ada. Mungkin selama ini aku nampak lembut sangat, jadi along ambil kesempatan.
Tetapi dalam hal ini, Alishah sentiasa yang utama di dalam hatiku. Malah aku kadang-kadang
jauh lebih sayangkan Alishah berbanding kedua orang tuaku yang sepatutnya wajib aku taati.
Mungkin adat orang beristeri memang begini. Tidak dapat aku bayangkan kalau aku
perlu berpisah dengan Alishah. Tidak mungkin! Aku mungkin boleh mati dibuatnya.Aura
Alishah terlalu kuat menyelebungi seluruh hidupku. Aku tidak pasti kenapa. Sedangkan kami
bercinta cuma selepas akad nikah. Baru setahun lebih kami bersama tetapi sayangku sudah
benar-benar menggila.
SEDANG aku elok bermesyuarat, telefon pula bergegar tanda ada panggilan masuk. Segan, aku
“Tuan, saya...”
Suara Hei Wan terpintas. Bunyi gegaran telefonku sekali lagi mengganggu. Kali ini
semua orang memfokuskan pandangan kurang senang padaku. Terpaksalah juga aku keluar dari
bilik mesyuarat.
“Angah!!!”
“Along minta maaf. Kau kena buat sesuatu kalau tak nak rahsia kita pecah.”
boleh menjadi gila. Ya, perasaanku jadi tidak keruan. Emosiku memuncak. Selera hilang.
Di pejabat, PA dan secretary jadi mangsa paling kerap. Di rumah… Mak Kiah yang aku
hormat pun sudah aku kuatkan suara. Tercengang orang tua itu dibuatnya. Nasib baik aku belum
Rasanya aku boleh membunuh orang saat ini dan orangnya ialah abang kandungku
sendiri. Silapnya... kebodohannya... kenapa sampai aku yang jadi mangsa? Kenapa? Itu yang
Kenapa aku ditakdirkan punya saudara sebodoh along? Kenapa tidak dia dilahirkan di
dalam keluarga lain? Atau kenapa tidak dia jadi cacat saja waktu kecil, jadi dia tidak berpeluang
Arahan tu bodoh!!! Memperbodohkan. Mungkin kalau lelaki lain tidak kisah malah tak
perlu sampai diugut untuk menerpa ikan segar di depan mata seperti Sofea... tapi aku bukan
lelaki begitu.
Aku ada harga diri. Alishah padaku ada kedudukannya tersendiri yang tidak akan
terserah kepada orang lain lagi. Walaupun siapa... walaupun sampai bila... cintaku, diriku,
Arghhh!!!
BAB 11
KELIBAT kereta BMW warna biru berkilat papa di garaj tiba-tiba menghantar
debar yang bukan kepalang di dalam dada. Buat apa mama dan papa datang?
Semakin aku hampir ke ruang tamu, semakin lemah rasanya lututku. Kedengaran suara
“Abang?”
“Ah?”
Alishah. Dia sudah siap berpakaian dengan wajah yang segar turun dari tangga. Spontan
“Mama sampai lepas asar tadi Mak Kiah cakap. Rindu dengan cuculah tu....”
Segaris senyumku terukir juga akhirnya. Kami sama-sama bergerak ke dapur. Suara
“Assalamualaikum, ma!”
Jawapan Alishah itu melegakanku. Sebenarnya kerjaku habis pukul lima lagi tapi aku
Alishah maju ke kabinet. Mencapai cawan, diletakkan satu uncang teh, sedikit gula,
sehiris lemon segar dan dituangkan air panas. Walau cuma minuman secawan, diletak juga
“Tak apa. Abang cerita-ceritalah dengan mama. Isha nak tolong Mak Kiah siapkan
Satu rancangan yang sangat baik. Dia penat tetapi lebih mengutamakan suami dan
“Mama datang ni nak khabarkan yang kami dah confirm nak fly ke Mekah hari Selasa
Mujur sekali ini aku tak terkejut. Kalau tak, mahu tersembur teh panas ke muka mama.
“Hah?” Tidak sempat tertahan, terlepas juga air teh dari mulut ke muka mama.
“Zikri!”
Kelam-kabut aku mengambil tisu.
Tetapi Alishah lebih pantas. Dilapnya muka mama dengan tisu, perlahan. Lembut.
Kemudian diambilnya sehelai lagi tisu buat mengelap sekitar mulutku yang sudah bersememeh.
Tersipu-sipu dia.
“Entah apa hal anak mama ni, Isha. Terkejut sampai sembur air kat muka mama.”
Kecoh mama menjelingku. Yalah, anaknya yang dah dua puluh lapan tahun boleh minum
sampai tersembur.
“Abang ingat kat siapa ni? Dreaming?” Sempat pula dia mengusik.
“Thanks.”
Dilayannya juga gurauanku sebelum dia meminta diri ke dapur semula. Lenggangnya
menjadi tatapan mataku sampai dia menghilang di balik pintu. Sedar-sedar mama menyiku
HARI ini hari minggu. Dua hari lagi mama dan papa akan memulakan
perjalanan ke Mekah menunaikan umrah. Mama mengadakan kenduri doa selamat. Sekali lagi
Memandangkan begitu ramai saudara-mara kami yang datang, maka kali ini mama atau
papa tidak bercadang pun mahu menggunakan khidmat katerer. Sebaliknya, mama membahagi-
bahagikan kerja kepada semua orang kecuali jiran-jiran terdekat yang kebanyakannya orang
kenamaan.
Saudara-mara perempuan pula seperti lazimnya bertugas di bahagian dapur. Mama tidak
menggalakkan Alishah ikut sama kerana Asha masih kecil, tetapi dua orang puteriku itu
Asha ditinggalkan pada mama dan Mak Kiah yang menjaga bergilir-gilir manakala
Alishah ke belakang rumah meringankan tangan membantu memasak. Asha pula tidak meragam
mula berkerumun datang mengambil tempat. Lelaki di khemah, perempuan di dalam rumah.
Rakan-rakan papa datang mengucapkan selamat jalan dan selamat beribadah. Begitu juga
untuk mama.
Seketika aku terlupa yang aku punya bebanan paling berat yang perlu aku pikul berkait
rapat dengan perjalanan mama dan papa sehinggalah telefonku bergegar di dalam poket.
Sofea!
Cepat-cepat aku meminta diri masuk ke dalam rumah. Naik ke bilik dan terus
“Assalamualaikum, abang.”
“Kenapa, Sofea?” Salamnya terbiar. Aku masuk pula ke bilik air dan memasang pili.
Kedengaran keluhannya di hujung sana. “Saya baru sampai Malaysia. Seminggu saya kat
“Sihat. Tapi just cakap apa yang ayah Sofea dah cakap.”
“Hmmm…ayah ada balik sini dengan saya. Tapi duduk rumah dia sendiri.”
Diam. Sesaat dua kedengaran pula dehemannya. Mungkin soalanku terlalu pedih
membelah hatinya. Ya, aku memang punya lidah belati apabila berhadapan dengan sesuatu yang
“Tak apalah, bang. Nanti saya call lagi kalau ada apa-apa. Itu saja saya nak cakap.
Assalamualaikum.”
“Hmmm... sorry!” Sekali lagi salamnya terbiar begitu sahaja dan hanya selepas aku
HARI Isnin aku bekerja, sumpah aku tidak senang hati. Berbakul zikir aku baca tetapi mungkin
Begitu lama aku menunggu telefonku berbunyi tetapi sekali pun tiada. Takkan lelaki tua
“Ayah janji nak call abang hari ni tapi mungkin dia busy. Hold on, saya call ayah kejap.”
“Okey.”
Menunggu seminit dua sambil menggigit jari. Terasa bodohnya aku sejak kebelakangan
ini. Along yang membuat aku menderita, Sofea yang menyeksaku dalam diam, Alishah yang aku
permainkan kedudukannya.
“Abang?”
“So?”
“Ayah ada kat airport sekarang. Nak balik Turki. Ayah cakap abang dah tahu apa benda
“Maaf. Nanti saya call ayah lagi. Biar dia cakap betul-betul dengan abang.”
Tiada salam, aku meletak gagang dengan kasar tentunya. Sesaat kemudian, along pula
“Kau kena sentuh dia malam Sabtu ni. Kalau kamu dah bersama, dia akan lepaskan
Irman. Bagi passport kami dan kami akan balik Malaysia secepat mungkin. Please, ngah. Kau
Bisu aku dibuatnya. Senangkan mengaturkan orang begitu? Detail hari dan waktunya
ke muka dan mengenakan lapisan nipis gincu berwarna natural sebelum mengenakan tudung.
“Abang?”
“Hah?”
Senyum dia melihat aku masih lagi berbaring lengkap berseluar panjang tetapi belum
memakai baju sedangkan setengah jam lagi kami mesti sampai ke rumah mama. Mengiringi
“Nak Isha tolong pakaikan baju atau nak Isha siapkan baby dulu?”
Rambutku diusap-usap.
“Taklah. Mak Kiah dah kena jemput lagi awal oleh pak long tadi. Nak tolong mama kat
rumah.”
Sekali lagi senyumannya melebar. “Waktu abang pergi isi minyak kereta tadi. Isha lupa
nak cakap.”
Aduh, aku boleh tak perasan? “Hmmm... kalau macam tu, sayang siapkan baby dulu.
Pipinya yang mulus aku kucup sebelum dia mengenyit mata nakal.
“Thanks.”
“What for?”
berterima kasih pula? Ada apa-apa lagikah yang aku tak perasan?
“You didn‟t give me any kiss since yesterday. Now you had kissed me, it really makes my
Sekali lagi aku terbisu di atas katil dengan mata terkebil-kebil. Yakah?
BAB 13
meramaikan majlis doa selamat untuk papa dan mama yang sudah selamat mengerjakan umrah.
Aku kepenatan baru pulang dari Kuantan bertemu client, tetapi tiada pilihan. Kalau bukan aku,
siapa lagi?
Tumpuanku semakin hilang pada semua perkara sehinggakan saat pak imam dari masjid
meminta aku mengetuai bacaan doa, aku terkapar dengan mata buntang. Satu doa pun tidak
“Zikri?”
Pak long memandangku hairan. Selama ini aku boleh mengendalikan solat jemaah siap
dengan doanya sekali tetapi malam ini aku betul-betul hilang punca.
“Ammar Zikri?”
“Saya minta maaf, semua. Saya sakit kepala. Silakan pak imam saja yang bacakan
Tebal mukaku. Bapa orang tetapi tidak reti membaca doa selamat? Mungkin itulah yang
Hingga waktunya menjamu selera, aku betul-betul tidak berdaya lagi. Rasanya mahu
sahaja aku naik ke bilik dan menutup mata. Sepuluh patah orang bertanya, satu dua saja
jawapanku. Hendak tidur, tidak sopan pula rasanya. Walaupun ada pak long, tetap tidak sama.
“It‟s okay. Kalau abang nak makan, cakap aje kat Isha. Biar Isha sediakan. Isha nak
makan dengan abang.” Asha di dalam pelukannya mengekeh ketawa apabila hidungnya yang
“Rindu sangat nak makan dengan abang. Dah satu hari semalam kita tak makan sama.”
Ya, sehari semalam. Aku ke Kuantan hari Rabu pagi. Hari ini sudah Khamis. Maknanya
hanya tinggal sehari semalam sebelum hari itu. Argh... aku tak mahu… tolonglah hambaMu ini,
Tuhanku. Aku tidak sanggup menduakan Alishah, aku tidak sudi menyemai cinta dengan Sofea.
Apa yang patut aku buat? Ikut arahan bodoh itu dan melukakan hati Alishah? Atau
ingkar dan mengorbankan along sekeluarga? Tetapi kalau pun aku ingkar, akhirnya papa dan
mama akan tahu dan secara tidak langsung, Alishah juga akan tahu.
Oh, Tuhan… sebanyak-banyak hambaMu, kenapa aku yang Kau pilih untuk menerima
Aku tak kuat, ya Allah… hatiku tidak sekudus hati kekasihMu Nabi Muhammad SAW.
Berikan aku seluruh rahmatMu. Berikan aku selurus-lurus petunjukMu. Langkah yang
bagaimana harus aku atur… jalan yang mana harus aku tempuh!
SITI menyambut kemunculanku dengan pandangan ceria. Aku pula yang terasa pelik semacam.
Ada lagikah berita gembira untuk aku seawal-awal pagi begini selain daripada mendengar Asha
“Assalamualaikum, tuan.”
“Waalaikumsalam. Tolong buatkan saya satu surat untuk jemput board meeting next
Monday.”
“Ya, tuan.”
Aku terus memulas tombol pintu tetapi akhirnya berpaling semula kepada Siti apabila
Setahu aku, tidak pernah sekali pun Siti lupa untuk mengunci pintu bilik ini kalau aku
tiada di pejabat. Apatah lagi semasa aku ke Kuantan dua hari lepas.
“Errr….”
Tanpa sabar, aku meneruskan membuka pintu dan akhirnya mengeluh lega apabila
menyedari kelibat Radzin yang ada di dalam pejabat. Walaupun sesuatu terdetak di hati, namun
aku masih terasa lega yang amat. Lebih baik daripada terpaksa menatap muka Sofea pula pagi-
pagi begini.
“Hei, awalnya kau dah ada kat ofis aku ni? Ada apa-apa ke?”
“Nak jenguk aku? Duduk ofis aku sebelum aku sampai, kata nak jenguk aku? Kau ni biar
Sengaja aku menaikkan kening. Melirik ke pintu. Siti dengan muka cerianya. Radzin
“Ek eleh… kalau dah berkenan tu, cakap ajelah. Mana tahu aku boleh arrangekan date
korang. Half day untuk Siti mungkin. Whatever you want, buddy.”
Radzin buat muka selamba. Diletakkannya surat khabar ke atas meja dan terus meneliti
telefon bimbit.
Menyedari yang gurauanku seakan tidak mengena masanya, akhirnya terlepas pula satu
keluhan dari mulutku. Dan ini berjaya menarik pandangan Radzin kembali tepat kepadaku.
“What‟s wrong?” soalnya pula agak prihatin. Telefon bimbit Black Shine disimpan di
Radzin mengerutkan dahi. “Aku tak tahu benda biasa apa yang kau fikir sampai
Aku ketawa cuma. Mana mungkin berita ini aku sampaikan kepada orang lain?
Sedangkan papa dan mama pun tidak tahu, takkanlah aku nak buka mulut dengan Radzin pula?
“Kalau ada problem tu, cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong. Kalau tak tolong settle,
“Kalau setakat tolong dengar, baik aku cakap dengan baby aku kat rumah tu aje.”
“Isy, thanks ajelah. Aku malaslah nak kongsi-kongsi problem ni. Macam perempuan.
Nak mengadu sana sini.” Selamba aku membalas sambil menghidupkan komputer. Nampaknya
“Macam perempuan?”
“Yalah. Kalau perempuan, asal ada problem aje mesti nak cari kawan. Nak mengadu.
“Ops… excluding my wife. Dia takkan cerita apa-apa pada sesiapa,” belaku tegas.
Betullah. Alishah nak bercerita pada siapa? Nak bercerita tentang apa? Dia yang aku
kenal bukan jenis perempuan yang suka menabur cerita. Sedangkan dengan aku sendiri pun dia
tidak pernah bercerita tentang sesiapa. Melainkan sedikit cerita mengenai arwah ayah dan umi.
“Untung betul kau dapat Alishah tu, Zik.” Radzin meraup muka. “Kau tau tak, aku
“Tak macam aku ni hah. Ada bini tak nak beranak. Sekarang dah bercerai, anak pula tak
“Dia kata papa dia ni tak pandai masak. Tak pandai nak bacakan dia buku cerita. Tak
Kali ini, tanpa berfikir-fikir aku meletuskan tawa di luar sedar sehinggalah Radzin
menunjukkan reaksi sakit hati dengan responsku. Rasa lucu mengisi seluruh ruang di dalam
bilikku namun akhirnya aku cuba bertahan untuk mempamerkan wajah serius.
“Alah, come onlah. Budak-budak memanglah macam tu. Dia tahu dia aje. Mana nak fikir
“Angah.”
Argh… along!!!
Dalam malas, aku mengucap salam. Pintu rumah yang terbuka lebih menarik perhatian.
“Aku nak ingatkan aje. Tolong buat apa yang kau kena buat.”
“Apa yang saya kena buat? Hidup saya hanya untuk Alishah dan Asha!”
“Eh, aku abang kau. Kalau bukan kau tolong aku, siapa lagi, ngah? Kita dua beradik aje
Dia berkeras, aku semakin lemah. Lemah dengan semua ujian yang datang bertimpa-
timpa ini.
Alishah di muka pintu bergerak keluar. Mungkin baru perasan yang aku sedang bercakap
di telefon, dia akhirnya bermain-main dengan puteri kecil kami. Jari telunjuknya dihalakan ke
“Angah, aku betul-betul harap ini kali terakhir aku kena tebalkan muka minta tolong
Aku mengeluh malas. Kita hanya mampu merancang sedangkan Allah SWT jualah yang
menentukan semuanya.
“Sudahlah, long. Saya malas nak fikir pasal benda yang belum jadi ni.”
“Tak ada guna pun nak minta maaf. Hidup saya ni pun dah tak tentu arah sekarang.
“Angah....”
Aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu kereta. Menarik kunci dan
“Okeylah, long. Saya nak masuk rumah ni. Bagilah saya peluang rasa happy kejap
“Angah, aku...”
Tanpa salam, aku segera memutuskan talian dan mendapatkan kedua orang puteri
penyeri hidupku. Tubuh Alishah aku peluk sebelum mengucup seluruh wajah Asha.
“Happynya anak papa.” Pipinya yang gebu aku kucup sekali. Lekas saja tangannya
“Mestilah happy kalau jumpa papa, kan sayang?” Alishah pula mengucup pipi anak
“Hmmm… how about having hi-tea over here? Kat beranda ni angin dia fresher. Anak
Semakin comel dia di mataku. Dengan matanya yang galak, bibir yang merah macam ceri,
Alishah tertawa kecil dengan telatah anaknya. Sebelum dia bergerak ke dapur, sempat
“Anak papa ni makin cantiklah. Tapi promise dengan papa, jangan kalahkan mama tau.
Papa nak mama aje yang paling cantik. Anak papa kedua cantik.” Usikku pada Asha. Anak kecil
“WAH, kuih kegemaran abanglah!” Melihat sepinggan kuih karipap di atas dulang, aku terus
“Karipap buatan isteri abang ni paling sedap, so abang tak nak lambat-lambat. Nak cepat
rasa.”
Sekali lagi Alishah ketawa. Diambilnya Asha setelah dia menuangkan teh panas ke
dalam cawanku. Aku yang sememangnya hantu karipap, mengambil peluang menikmati
“Perlahan-lahan, sayang...” tegurnya apabila aku sudah menghabiskan dua biji karipap
dengan pantas.
Entah apa yang merasukku, semakin pantas aku menyuap. Sebiji demi sebiji sehinggalah
akhirnya aku tersedak apabila Alishah memasang televisyen dan muncul wajah seorang
perempuan.
“Sofea Jane pula....” Tegur Alishah perlahan dan karipapku sudah tersangkut di tekak.
BAB 14
MASA semakin pantas berlalu sejak aku menyedari adanya beban maha berat
sedang menantiku pada malam ini. Sepanjang masa aku cuma berkeluh-kesah. Buat apa pun
Kerana mahu mengelak daripada ditanya oleh Alishah mahupun Mak Kiah, aku
mengambil keputusan keluar bersama Asha ke taman permainan yang terletak beberapa blok dari
rumah.
Kawasan taman sunyi sepi kerana jam sudah menunjukkan angka mahu memasuki zon
tengah hari. Terlalu lewat untuk kanak-kanak keluar bermain atau orang dewasa bersenam.
Kalau tadi sekitar jam lapan, sembilan, memang taman ini riuh dengan gelak tawa mereka.
Asha aku letakkan di dalam stroller yang aku pasangkan penutup agar dia terlindung
dengan jubin sambil aku bercakap itu ini sehinggalah akhirnya aku sendiri yang kepenatan.
“Aduh, anak papa masih senyum lagi. Tak penat erk?” usikku melihat cerianya wajah
Asha.
Tentu sekalilah dia tidak terasa penat walaupun sedikit kerana dia cuma perlu duduk-
duduk di dalam stroller dan aku pula menolaknya. Aku bercakap, dia pula cuma perlu
mendengar.
“Kita rest kat sini ya, cute.” Tubuhnya aku angkat tinggi sambil pipinya aku kucup dua
kali.
“Hmmm… penat betul ya hidup ni. Papa rasa macam nak berhenti bernafas aje. There are
Ya, macam-macam masalah melanda hidupku sejak kebelakangan ini. Kalau dulu
semasa di sekolah rendah, aku cuma perlu belajar sungguh-sungguh dan selebihnya ada orang
yuran tuisyen, gaji pemandu untuk menghantar dan menjemputku dari sekolah, perbelanjaan
Mama pula sedia mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepadaku walaupun hakikatnya
aku kadang-kadang perlu menjadi lebih daripada sekadar terbaik untuk merebut perhatiannya
daripada along.
“Hmmm… but I‟ve got you and mama. That‟s more than enough for me. Allah SWT
Terkebil-kebil matanya memandangku. Alis matanya yang lebat dan lentik itu kena benar
dengan warna kulitnya yang cerah. Asha mengikut paras mamanya, agaknya kalau Asha punya
Agrh… terlalu awal pula mahu merancang menambah bilangan ahli keluarga dalam
“Asha nak adik tak?” soalku sengaja ingin bergurau sambil meletakkannya kembali ke
dalam stroller.
Sebuah keluhan paling berat aku lepaskan sebelum mengambil keputusan untuk
meneruskan langkah kembali ke rumah. Telefon bimbit pun aku matikan. Terbiar tidak bernyawa
di dalam laci.
Entah-entah Alishah sudah siap menyediakan makan tengah hari di rumah. Walaupun
perut terasa „kenyang‟, aku fikirkan lebih baik kami pulang saja.
BAB 15
Aku mengangguk dan melebarkan senyuman. Sayur campur cendawan melepaskan asap
“Isha nak jalan-jalan tak malam nanti?” Tiba-tiba akal jahatku melintas datang ke dalam
kepala.
“Hmmm... jalan-jalan. Mungkin boleh carikan baby baju-baju baru. Dah lama tak
shopping, kan?”
Alishah menguntum senyuman. “Insya-Allah. Isha ikut abanglah. Boleh juga cari
Terlepas ketawaku dengan jawapannya. Aku meneruskan suapan. Apa pun yang cuba
merampas kebahagiaan sementara aku ini, tidak akan aku biarkan ia menguasaiku. Aku mahu
Aku sedang duduk di dalam kereta menunggu enjin panas sementara Alishah menyiapkan Asha
Telefon bimbit sudah sengaja aku matikan. Sejak semalam lagi. Hari ini hari Sabtu.
Malam ini malam penentu. Tetapi aku sungguh-sungguh tidak mahu membantu.
Menjelang pukul lapan, kami sudah bersedia mahu bergerak keluar meninggalkan
halaman rumah apabila tiba-tiba telefon bimbit Alishah yang aku pegang berdering dengan lagu
selawat.
“Incoming call. Who would that be?” tanya Alishah dalam nada gurauan. Dia jarang
Aku sudah bersedia mahu menekan pedal minyak selepas melepaskan brek tangan.
“Along?” Dan serta-merta aku tertekan pedal brek. Berdecit bunyi tayar. Mujurlah… ya,
mujurlah Alishah tidak terdorong Asha ke depan. Kalau tidak, sudah tentu Asha akan terhantuk
ke dashboard.
“It‟s okay. Answer the phone first,” pujuknya sebelum sempat aku menuturkan
perkataan „sorry‟.
Aku segera membawa telefon keluar dari kereta. Ini sudah tentu berkaitan Sofea.
“Ng... ngah....”
Terketar-ketar suara along di hujung talian.
Ada apa? Aku kepitkan telefon di bahu sambil mengerling ke dalam kereta. Alishah
“Tolonglah aku, ngah. Irman dah ada dengan dia orang sekarang. Depan aku.”
“Tolonglah aku. Kalau Irman kena bunuh, apa aku nak kata kat papa dan mama? Dia
Diam aku dibuatnya. Bukan mendengar, menumpukan perhatian apatah lagi hendak
menyelami perasaan along sekarang. Di kepalaku cuma ada Alishah dan Asha.
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, along sekali lagi menelefon. Kali ini video call
“Tolonglah... kau tengoklah sendiri keadaan Irman.” Sayup-sayup suara along dengan
Telefon Alishah aku kejap erat. Melihat Irman yang sudah cengkung dengan kepala
berdarah. Tubuhnya yang hanya bersarung seluar pendek menampakkan lebam di sana sini.
Seseorang tiba-tiba menghayunkan kayu ke tubuh Irman. Aku terkaku sendiri mengetap
bibir. Sejurus kemudian, ayah Sofea muncul dengan pisau tajam berkilat di tangan.
semula. Aku tidak akan menggunakan kereta Alishah untuk pergi menduakannya.
Aku sendiri yang terkaku. Berat kaki hendak melangkah, berat lagi hati hendak
mengalah.
Suaranya yang lembut terdampar di hadapan pintu hatiku semata, tidak aku bukakan
langsung pintunya.
Inilah rumahnya. Rumahnya sendiri. Semasa dalam perjalanan tadi baru aku menelefon
meminta alamat. Sofea tidak marah malah menunjukkan perasaan teruja tanpa berkias.
Rumah yang aku kira sebagai terlalu mewah dan luas untuk didiami oleh hanya seorang
Kami bergerak ke ruang tamu yang dihias dengan gaya moden ala Inggeris. Terdapat tiga
set sofa berasingan yang masing-masing aku kira melambangkan tetamu yang berbeza.
Secara keseluruhannya, rumah ini memang layak untuk wanita korporat sepertinya.
tergugah sama sekali. Jiwaku yang rusuh menidakkan semua perkara yang dilakukannya.
Baru sahaja aku mahu menjangkaukan tangan mencapai surat khabar di bawah meja,
Sofea sudah kembali bersama dulang berisi cawan di tangan. Aku lekas-lekas menegakkan
tubuh.
“Hmmm....”
“Ini the finest coffee from Turki. Ayah told me that any corporate man will drink it till
Sofea terangguk-angguk. “As far as I know, my hubby is a corporate man, I hope he was
right.”
Naif!!!
“You know what, Sofea? I never drink coffee for all my life. I really hate coffee,” tegasku
penuh emosi. Aku mahu dia tahu banyak benda yang tidak diketahuinya tentang diriku. Lelaki
“Abang tak suka? Tak apa, saya buatkan abang minuman yang lain.”
“Hot chocolate.”
Sekejapan, wajahnya bertambah ceria. Aku senyum di dalam hati. Hanya Alishah dan
mama yang tahu apa yang aku mahu sebagai minumanku selain Mak Kiah.
MENJELANG pukul sebelas, kami masih lagi menonton televisyen saluran Astro. Fikiranku
tidak tenteram mengenangkan „misi‟ yang perlu aku langsaikan malam ini juga.
Tidak pernah aku merasa seperti menjadi pembunuh upahan begini. Tugas yang mesti
diselesaikan dan ada orang menantikan keputusan tindakanku. Lulus atau gagal. Bukan hidup
atau mati.
“Errr… I want to call my wife first. She must be worried,” dalihku lantas bergerak
menjauh.
Aku memilih untuk keluar ke beranda. Membiarkan diriku disapa angin malam yang
sejuk tetapi masih menenangkan. Lama aku berdiri di situ sambil menimbang-nimbangkan
Apa pula yang nak aku cakap kalau dia bertanya aku di mana sekarang? Ofis? Ish,
Dalam terkejut, aku segera mendail nombor telefon bimbit Alishah. Membuatkan Sofea
“Assalamualaikum, bang.”
Kedengaran hembusan nafasnya yang teratur. Terasa begitu dekat kami saat ini namun
hakikatnya aku bersama orang lain. Aku cuba membayangkan raut wajahnya setiap kali aku
merenungnya sebelum tidur. Dia akan mengerdipkan mata dengan perlahan, senyuman di
bibirnya tidak terlalu mekar tetapi paling menggoda dan hembusan nafasnya yang mengenai
“Ya, abang okey… cuma ada sesuatu yang nak diselesaikan kat sini.” Tidak tersebut aku
“Syukurlah abang okey.” Alishah menarik nafas. “Isha harap abang dapat selesaikan
kerja abang tu. Kalau dah sudah nanti, abang baliklah rumah. Isha tunggu abang.”
“Errr... tak… tak payah tunggu abang, dear. I‟ll be late for sure. Nanti sayang penat pula
tunggu abang. It‟s okay. I‟ve got the key. Bila siap nanti, abang akan balik rumah kita.”
“Alhamdulillah…. Eh, abang niat nak balik rumah mama ke kalau tak sempat balik
rumah kita?”
Aduh, kantoi….
ada. Cuma abang tolong inform Ishalah kalau abang jadi nak stay kat Bukit Antarabangsa.”
Urusan paling sukar, akan menjadi paling mudah apabila berhadapan dengan Alishah.
Dia senantiasa membukakan peluang dan ruang untuk aku melakukan apa saja yang akan
memudahkan diriku.
Alishah tidak suka membantah-bantah keputusanku, bahkan cadanganku pun dia tidak
akan pertikaikan. Dia suka memudahkan orang lain. Ah, aku memang yang paling beruntung
“Thanks, dear. Sayang tidurlah. Nanti mengantuk pula tak cukup tidur. Salam sayang for
my cute baby. Salam cinta untuk isteri abang, Alishah,” usikku dan dia tertawa manja di hujung
“Waalaikumsalam. I love my wife. I love my baby. I love Alishah with all my heart.”
Seketika aku berteleku di kerusi kayu yang tersedia di beranda. Duduk diam sambil
merenung kelam malam. Malam yang hitam pekat, gelap-gelita dan menakutkan. Tetapi apakan
daya. Malam ini jadi penentu. Kalau aku mengambil tindakan bodoh dengan meninggalkan
Sofea, anak saudaraku akan mati dan kedua-dua orang tuaku akan kecewa, seterusnya
memecahkan rahsia kepada Alishah. Itu yang aku paling takuti. Melihat wajah kecewa Alishah.
“Abang?”
pakaian tidur yang begitu tipis lagi jarang. Senyuman berkembang mekar di kelopak bibirnya.
“Jangan keluar. Saya akan masuk!” tegahku apabila kakinya mengorak langkah hendak
Walau dirinya bukan kecintaanku, dia tetap isteri… tanggungjawab seorang suami… dan
aku tidak ingin berkongsi dengan mana-mana lelaki lain melihat tubuhnya begini.
SAAT terjaga seawal jam lima pagi, aku terus keluar ke beranda. Sekali lagi. Sebelum dan
selepas melukakan hati Alishah, aku tetap di sini. Sofea masih lena diulit mimpi.
Lama aku memerhatikan dirinya yang begitu menggoda semalam. Aku berdosa kerana
membayangkan Alishah dalam penyatuan kami semalam. Sama sekali aku tidak boleh bernafas
setiap kali menyedari wanita manja di sisiku semalam adalah Sofea, isteri keduaku.
Aku jadi kaku dan termangu walaupun dipujuk rayu dengan penuh manja oleh Sofea.
Fikiranku cuba menghadirkan Alishah dan aku akhirnya jadi sama seperti sepatutnya.
Mujur aku ada membawa sebotol minyak wangi Christian Dior milik Alishah. Dalam
Sofea erat memelukku, aku mencapai botol kecil itu dan mencalitkan sedikit wangian ke
“Maafkan aku....”
Tanpa sedar... ada air mata yang mengalir menuruni pipi. Entahlah, aku benar-benar
merasakan diriku terlalu lemah ibarat perempuan kali ini. Macam anak dara kahwin paksa.
Duduk beberapa minit sambil menenangkan diri, aku mengambil keputusan untuk segera
“ABANG?”
“Sayang?”
Dia terus bangun selepas meletakkan kitab suci al-Quran di hujung katil. Masih lengkap
“Isha rindu dengan abang. Syukurlah abang dah balik,” ucapnya sebaik tubuhnya aku
raih ke dalam pelukan. Aku terkesan ada sisa air mata di pipinya.
“Janganlah menyusahkan diri lain kali. Sayang pun kena tidur cukup. Nanti sakit, susah
pula.” Bukan niat untuk memarahinya tetapi sekadar mempamerkan rasa menyayangi.
Alishah terangguk-angguk. Batal wuduknya apabila aku tanpa tertahan lagi mendaratkan
“Alah….”
“Are you sure you are okay, honey?” sapanya apabila tiba-tiba sahaja aku menghentikan
langkah.
“Abang nak mandi dululah. Wait for me, dear.” Aku bingkas bangun mencapai tuala di
dalam almari pakaian sebelum meluru masuk ke bilik mandi. Sempat aku kenyitkan mata kiri
Ya, aku perlu membersihkan segala kekotoran yang sudah terlekat di tubuhku semalam.
Aku tidak ingin kekotoran itu menyentuh walau sedikit pun tubuh isteri kecintaanku satu-
satunya.
membawaku duduk di birai katil. Sebelah tangannya menggosok-gosok rambutku dengan sehelai
tuala putih.
Putih warna kegemaran Alishah. Putih melambangkan kesucian. Sama seperti dirinya
juga. Suci daripada sebarang kekotoran. Aku sebaliknya lebih gemar pada warna hitam dan
merah.
“Saja nak rendam lama-lama dalam tub tu. Rasa sejuk airnya. Best.”
“Rindu pun nak buat macam mana? Isha rindu dalam hati ajelah.”
Spontan lidahku terkelu. Aku yang terasa atau Isha memang sengaja? Ah, mustahil dia
tahu rahsiaku.
“Hmmm… kalau rindu kan boleh call. Suruh abang balik cepat-cepat,” ujiku sedangkan
“Tak apalah... Isha tak nak mengganggu abang buat kerja. Nanti tambah lambat abang
“Alhamdulillah, I have finished all of them. Harap-harap lepas ni abang dapat rehat lebih
Melayu cekak musang berwarna biru muda serta kain pelikat. Sebentar sahaja lagi akan masuk
Mataku terus terarah ke cermin. Meneliti diriku dalam pakaian solatku. Kemas.
Handsome? Mestilah....
“Thanks for the compliment, honey. I know I am, and that‟s the reason why I married to
“Alhamdulillah... tapi Isha tak adalah secantik mana.” Alishah sudah bangun dari katil.
Bahuku dielus-elusnya.
“Isha mungkin cantik. Syukurlah, tapi Isha cuma secantik-cantik manusia. Tak ada sebab
Senyuman di bibirnya meleret lagi. Pantas aku mendaratkan sebuah kucupan paling
hangat di kedua-dua belah pipinya. Apabila aku meliarkan pandangan, Alishah mengekeh
ketawa sebelum akhirnya dia meminta diri masuk ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.
Selepas Alishah keluar, aku pula menyusul masuk mengambil wuduk sementara isteriku
Kami ada dua sebab mengapa tidak solat di mini surau kami tetapi memilih solat di
Pertama, kami mahu Asha melihat perbuatan kami solat secara berjemaah sebagai
Kedua, jika kami solat di mini surau, Asha yang tidak menentu jaga dan tidur akan
ketinggalan bersendirian di biliknya semasa kami bertiga solat. Bukan mengutamakan anak
semata-mata tetapi bukankah menjaga keselamatan itu juga dituntut dalam Islam?
Ketiga, biliknya cukup luas untuk sepuluh orang menunaikan solat jemaah dan keempat,
bilik beradu kami hanya kami berdua yang memasukinya kecuali pada masa-masa gawat yang
membenarkan orang lain seperti Mak Kiah dan mama atau papa untuk memasukinya.
“ANGAH!!!”
Niatku untuk duduk terbatal sama sekali. Aku mengisyaratkan agar Siti keluar sebentar
Aku yakin Irman sudah dilepaskan dan sebaik sahaja papa dan mama sampai di rumah
along, mereka akan segera berlepas pulang kembali ke tanah air. Mudah-mudahan along sedar
yang tiada apa diperolehnya setelah bertahun-tahun mengabaikan papa dan mama.
“Saya berdoa ini yang terakhir sekali, long. Saya dah tak sanggup. Perempuan tu
sekarang dah bukan anak dara lagi sedangkan saya sikit pun tak ada perasaan kat dia.”
“Aku betul-betul minta maaf. Aku akan jelaskan hal ni dengan papa dan mama.”
“Tak. Aku cuma nak minta ampun dengan dia orang. Rahsia ni tetap akan jadi rahsia kita
berdua.”
“Pesan dengan kak long dan anak-anak along tu. Kalau rahsia ni pecah, bukan lagi orang
lain tapi saya sendiri yang akan musnahkan keluarga along,” ugutku penuh emosi. Aku akan
Sudahlah aku berkorban begini besar, andai kata pecah juga… masya-Allah…
“Aku berjanji, ngah. Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku minta maaf.”
“Jadi bila along nak balik ni? Passport dah dapat ke belum?” Dalam risau, aku masih
“Passport dah dapat lepas Sofea telefon ayah dia... tapi kami kena tunggu papa dan
mama sampai dulu. Kalau tak nanti dia orang syak pula.”
“Dah. Along dah uruskan. Sekali flight dengan papa dan mama. Ini pun aku dah risau
“Alah, cakap ajelah dia bergaduh dengan budak-budak samseng kat situ. Insya-Allah
Dari mula along menyatakan hasrat mahu berpindah meluaskan perniagaan di Turki
empat tahun lalu, papa dan mama berkeras tidak setuju. Kebetulan masa itu negara Turki sedang
Dari dulu lagi negara itu tidak stabil. Entah angkara siapa sampaikan masjid-masjid kini
menjadi gereja mereka. Turki memang tidak sesuai untuk rakyat beragama Islam.
“Ngah, aku janji akan balas jasa-jasa kau dengan kami sekeluarga. Aku janji. Sumpah!”
“Saya bukan nak sombong tapi cukuplah kata insya-Allah. Kalau ada, ada la. Tapi saya
lebih senang kalau along setakat tolong jaga mulut along sekeluarga jangan sampai rahsia ni
pecah.”
BAB 16
AKU tiba lebih awal di tempat yang sudah dijanjikan. Sebuah restoran
makanan barat yang agak sederhana. Dan yang pastinya bukan restoran kesukaan Alishah. Dia
Aku lekas angguk dan tiba-tiba sedar kami cuma berbual di telefon. Macam mana dia
Dan talian segera aku putuskan. Kenapa aku tiba-tiba setuju keluar makan tengah hari
dengan Sofea hari ini? Selepas peristiwa dua hari lalu itu?
Sementara menanti dia sampai, aku membelek-belek gambar-gambar Alishah dan Asha
di dalam telefon bimbit. Gambar Alishah tiada yang tidak lengkap bertutup aurat. Katanya dia
takut ada orang lain melihat atau terlihat dirinya kalau dia membuka tudung di hadapan kamera.
“Assalamualaikum.”
Sofea!
“Waalaikumsalam.”
Tanganku beberapa kali mengurut dada. Walaupun kata-kata baik yang dihulur oleh
Dia menarik kerusi di sisiku dan terus duduk. Senyumannya melebar di bibir. Pastilah
dia berbahagia kerana aku sudi menemaninya keluar makan tengah hari. „Temu janji‟ pertama
Seketika muncul seorang pelayan lelaki menghulurkan buku menu. Dia berfikir-fikir
“Kata favorite food ada kat restoran ni.” Perlahan aku memberi isyarat yang aku juga
sudah bosan menunggu tanpa ditanya apa yang hendak aku makan.
“Hmmm... confused. Tak tahu nak makan apa bila dah duduk sama dengan abang ni. I
Terharu? Sedikitlah. Dari aksinya, senyumnya… dapat aku lihat betapa terujanya dia
dapat bersama diriku. Mengapa ya? Di mana sebenarnya dia mengenaliku sehingga dia begini
suka padaku?
Selama hidupnya, dia membesar di Turki dan hanya sesekali datang ke Malaysia
mengikut ibu bapanya. Baru tiga tahun kebelakangan ini dia semakin kerap ke sini. Sendiri.
Menguruskan businessnya. Itupun setahuku, dia menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat
Syarikatku yang tidak semegah mana itu? Belum pernah berurusan dengan Top World
Soalannya disambut senyuman dan anggukan padu Sofea. Sempat lagi matanya melirik
“I‟d prefer to eat beef stick with chicken sauce. How about that, abang?”
“Saya terasa nak makan fish and chips. Terpulanglah pada Sofea nak makan apa.”
“I think so.”
Sofea menyentuh tanganku di atas meja. Diusapnya sebentar dan aku pula yang bergegar
sendiri. Mujurlah akal warasku sempat menghalang daripada melakukan tindakan refleks yang
dengan pastinya akan menjadikan maruah Sofea jatuh diinjak kaki pelayan ini.
“Okay.”
Pelayan tadi senyum mesra. “So, what would be your final order?”
pernah memutuskan apa sahaja seperti ini. Dia akan bersungguh-sungguh memastikan aku
jugalah yang akan paling berpuas hati terhadap apa saja yang ingin aku lakukan.
“We‟ll take fish and chips but please put some chicken sauce on mine. About the drinks,
Lidahku cuma terkelu. Aku tidak minum fresh orange dan aku tidak suka fish and chips.
Dari langkah pertama yang diambil oleh pelayan itu hinggalah pertemuan kami berakhir
di muka pintu restoran tidak sampai sejam kemudian, aku menilai dirinya saja dan rumusanku:
membosankan!
“TUAN ada meeting dengan Radzin jam empat petang nanti.” Ketibaanku disambut jadual
daripada Siti.
“Eh, Radzin kata nak bincang something. Tak cakap apa.” Siti menegakkan tubuh.
Mungkin dia belum lagi keluar makan tengah hari apabila melihat fail yang berlambak di atas
mejanya.
“Did he call?”
“He called, of course. Kenapa, tuan? Tuan tak nak jumpa dengan dia ke? Saya boleh
Aku menonong masuk ke pejabat. Menyedari soalannya tidak berjawab, dia lekas-lekas
bangun mengekoriku sehingga ke dalam, siap dengan organizer, reminder dan sebatang pen
kesukaannya.
“Tuan?”
“Hmmm… jangan batalkan. I wonder what is not done between us. Mungkin pasal kamu
tak, Siti?”
“Saya? Kenapa dengan saya, tuan?” Dahinya berkerut seribu, keningnya bercantum
menjadi satu.
“Kamu tak rasa sesuatu ke dengan Radzin tu?”
“There‟s nothing between us, sir. So, apa yang sepatutnya saya rasa pula?”
Aku berjeda seketika. Membiarkan perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam dirinya.
Saja aku mahu bergurau pada saat-saat begini. Saat perasaanku tika makan tengah hari tadi sudah
terganggu.
“Tuan? Would you please explain it to me?” desaknya di luar sedar. Nampak benar dia
setiausahaku seorang ini? Dia melihat Siti seperti melihat Siti Nurhaliza. Sedangkan Siti di
“Tak apalah kalau tak ada apa-apa. Mungkin sayalah yang silap tengok tu.” Putusku
akhirnya.
Aku memandangnya dengan sengaja menjegilkan mata dan dia sudah cepat-cepat keluar.
Siti… Siti….
MAK KIAH sedang sibuk memandikan Asha semasa aku sampai di rumah. Senang hatiku
melihat pengasuhku kini sedang mengasuh anakku dengan penuh kasih sayang tentunya.
sudah terbiasa mendengar ucapan salam daripada mamanya. Sejak dia mula disahkan
mengandung lagi.
“Biar saya pakaikan Asha baju, Mak Kiah.” Aku menawarkan diri dengan penuh senang
hati.
“Eh, Mak Kiah ni. Saya jarang dapat tolong Isha atau Mak Kiah.” Selama ini aku hanya
tahu sampai di rumah untuk berehat. Jarang sekali aku dapat membantu mereka menguruskan
rumah tangga.
Senyumanku bertambah lebar. Tubuh Asha yang sudah dibaluti tuala berwarna putih
“Kalau kamu dah cakap macam tu, biar Mak Kiah siapkan minuman petanglah.”
“Ya. Okey.”
Kami ditinggalkan berdua sahaja. Tubuhnya aku keringkan sebelum aku letakkan bedak
“Baby papa nak baju warna apa malam ni?” Pipinya aku kucup berkali-kali. Sungguh
Allah SWT sayangkan aku dengan menganugerahkan diriku dua orang puteri yang sangat
menyenangkan diriku.
Memilih hampir seminit dua, akhirnya aku mencapai baju tidur yang kelihatan comel
benar berwarna ungu bercampur merah jambu. Hadiah daripada papa sempena kelahiran bayi
kami.
“Assalamualaikum.”
Kelembutan suara itu lebih menarik perhatianku untuk terus menoleh ke muka pintu.
“Sayang?”
Manis dan sangat menyegarkan senyuman di bibirnya walaupun selepas seharian dia
berada di pejabat. Menguruskan itu ini hal perniagaannya. Ke sana ke sini bertemu pelanggan
yang inginkan perkhidmatan kreatifnya sebagai pereka dalaman yang agak popular.
“Cantiknya anak mama. Papa tolong pilihkan baju ke?” Dia sudah meluru memeluk
Asha ketawa mengekeh. Mereka berdua: puteri hatiku, memang rapat. Harap-harapnya
“Dah, bang. Lepas jumpa client tadi Isha ajak dia solat sekali kat masjid.”
“Masya-Allah. Abang fikir banyak sangat ke lately ni? Banyak benda yang abang
tersasul.” Rambutku diramas-ramas lembut. Sejuk sedikit rasa marah yang baru hendak bertapak.
Dari berdiri, Alishah membawa Asha duduk rapat di sisiku. Pun begitu dia tidak sesekali
mengalihkan anaknya kepadaku. Tentu saja dia tidak mahu aku kepenatan.
“Abang.”
“Isha tak pernah berurusan dengan client lelaki selama ini sorang diri. Kalau Isha jumpa
client, it‟s a woman for sure. Kalau kena jumpa juga client lelaki, Isha akan serahkan pada
Aku yang bersalah. Alishah yang sangat setia. Mengapa aku tidak terfikir soal ini selama
ini? Apa yang aku sibuk sangat fikirkan sampai cara kerja isteri sendiri pun aku lupa?
“Sayang, abang yang sepatutnya minta maaf. Jealous tak tentu pasal, kan?”
Dia senyum dan kemudiannya menggeleng. Asha diletakkan pula di atas katilnya sendiri
Sekali ini aku pula yang mengerutkan dahi, mencantumkan kening. Kenapa semakin hari
aku merasakan yang Alishah mengetahui sesuatu yang aku sendiri tidak dapat pastikan
kebenarannya?
Alishah dah tahu ke? Kalau ya, bagaimana dia tahu? Membelek telefonku bukan kerja
Alishah. Dia tidak akan menyentuhnya di belakangku. Sekadar untuk mengambil gambar
malam ini papa dan mama akan dapat membawa bersama anak sulung mereka bersama
keluarganya sekali.
Mereka dijangka tiba di KLIA pada pukul sepuluh malam nanti. Aku bercadang mahu
mengajak Alishah dan Asha ke rumah mama dan papa petang ini. Membantu apa yang patut
Selama seminggu lebih mereka menunaikan umrah dan seterusnya melawat keluarga
Bukannya malas tetapi tiada masa. Tambahan pula hanya ada keluarga pak long sahaja di
sana sedangkan aku bukannya rapat benar dengan isteri dan anak-anak pak long. Hanya kenal
biasa-biasa sahaja.
Keluarga pak long dulu menetap di Singapura hampir dua puluh tahun, maka kami
memang jarang bertemu. Kalau pun ada majlis keluarga, aku si pendiam yang jarang mahu
Riezman, tua sepuluh tahun daripada along. Sudah punya seorang cucu perempuan.
Puteri Yasmine, tua tujuh tahun daripada along. Anak sulungnya baru sahaja melaporkan diri
bertugas di sebuah hospital di Sarawak. Puteri Hidyah, tua tiga tahun daripada along, sudah
mempunyai anak teruna berumur lapan belas tahun manakala Puteri Julainah, sebaya dengan
“Tuan!”
“Siti!”
Berdegup kencang jantungku dibuatnya. Terkejut bukan kepalang. Orang tengah asyik
“Tuan ada meeting dengan akauntan syarikat jam lima petang nanti. Lepas meeting
“Tuan dah lupa ke? Kan saya ada arrangekan dua hari lepas.”
“Alamak! Saya sepatutnya balik awal hari ini. Ada kenduri kat Bukit Antarabangsa.
Tolong cancel dulu meeting tu. Postpone esok atau lusa.” Takkanlah aku datang waktu
rombongan papa dan mama sampai? Siapa nak tolong uruskan persediaan kenduri?
Sebuah keluhan terlepas. Siti yang aku kenal, cekap orangnya. Apa sudah jadi dengan
setiausahaku ini?
“Siti, would you please tell me siapa bos kat sini? You or me?” Bukan berlagak atau
meninggi diri tetapi bosan. Arahanku selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa sahaja.
“Kalau macam tu, listen to me. Cancel meeting tu. Saya ada hal lebih penting. Family
matter.”
“I‟m sorry, again. I will do as you command.”
“Syukurlah....”
Dengan pantasnya aku memutuskan talian. Beberapa saat kemudian, talian bersambung
tetapi bukan lagi kepada Siti. Aku menghubungi pak long bertanyakan apa yang perlu disiapkan
lagi. Terkesan juga hati apabila aku dikatakan kurang mengambil berat kebajikan papa dan
mama.
Satu mesej aku hantar kepada Alishah. Memaklumkan rancanganku mahu mengajaknya
Message delivered to LoVe My WiFe... Alishah. Tetapi belum sempat aku menutup
Aku pantas melihat jam di tangan. Pukul satu dua puluh tengah hari. Oh ya, waktu untuk
“Yalah, dear. Abang tak perasan pun jam ni dah sampai angka satu. Sayang abang dah
makan ke?”
“You set the place and the menu. Isha menurut aje. Ke abang nak Isha pilihkan pula
Terbayang-bayang aku ikan keli goreng berlada bersama kerabu jantung pisang dimakan
“Sayang get ready. I‟ll be there in thirty minutes. Kita makan masakan kampung hari ni.”
Putusku pantas.
MAKANAN yang tersaji di hadapan mata begitu menyelerakan sekali. Aku benar-benar rindu
Kami makan bersulam cerita. Alishah lebih banyak diam kerana bukan sifatnya makan
sambil berbual. Bukan aku tidak tahu tetapi entah kenapa macam-macam perkara melintas di
Saat aku makan bersama Sofea dulu, terasa kebas punggung hendak duduk lama-lama.
“Abang masih berselera makan... tapi dah nampak kurus sangat,” komen Alishah selepas
aku menghabiskan suapan nasi berlaukkan ikan keli goreng berlada. Nasi tambahan untuk kali
tentang bussines... tentang bila masanya paling sesuai untuk aku menjelaskan pada Alishah hal
sebenar… semuanya!
“Tengok tu… fikirkan apa tu? Sampai melayang fikiran,” tegurnya serentak menepuk
lembut tanganku.
“Tak ada apalah... biasalah, manusia kena banyak berfikir. Abang fikir kenapa abang
Buat pertama kalinya aku melihat wajah tersipu-sipu malu isteriku sendiri. Darah merah
menyerbu naik ke muka namun tetap menambahkan kecantikannya. Dia kelihatan begitu
menawan sekali.
Dia membalas erat. “Tak… tak malu... cuma segan. Isha tak adalah sebaik mana pun.
Matanya merenung ingin tahu. Sengaja aku membalas renungannya tetapi dengan
“Kenapa pula?”
“Sebab….”
Belum sempat menyambung gurauan, telefon bimbit di atas meja bergegar menandakan
Mulanya aku hanya mahu membiarkannya berhenti berdering tetapi sekilas aku
ternampak namanya.
“Ujian daripada Allah... calling. Emmm… abang nak jawab call ni kat luar sekejap ya,
dear.”
Buru-buru aku bangun dan apabila melihat anggukan penuh yakin Alishah, aku terus
Aku merebut peluang mencari pahala dengan menghulurkan salam terlebih dahulu.
Sofea menjawab perlahan sebelum berdehem beberapa ketika. Ada apa lagi ya?
Aku mengiakan saja. Melihat jarum jam yang menghampiri angka tiga petang, aku terus
memasang niat terus pulang ke rumah bersama Alishah supaya kami dapat berehat sebentar
“Kenapa call ni? Ada apa-apa ke?” Tidak tertunggu aku rasanya.
“Teruskan.”
Dia malu-malu, aku pula sudah terpaku. Rindu katanya? Rindukan abang… rindu kat
aku?
Sudah hampir seminggu selepas hal itu berlaku. Aku baru hendak merasakan detik-detik
gembira menjalani hidup berumah tangga bersama Alishah dan Asha dan kini semuanya seakan-
“Hal penting?”
Aku cuba untuk tidak merengus. “Ya, ada hal dengan famili abang. Lain kali kalau ada
“Oh, tak mengapalah kalau macam tu. Abang selesaikan dulu hal abang tu.”
“Ya, insya-Allah.”
SEMASA kami tiba di halaman rumah papa dan mama, kawasan sekitar sudah dipenuhi dengan
kerusi dan meja. Saudara-mara papa dan mama juga kelihatan duduk-duduk sambil bersembang
di bawah khemah.
Pak long dan mak long menyambut kami sebaik sahaja aku membuka pintu kereta.
“Pak long guna catering separuh. Itu yang cepat siap semua ni,” komen pak long semasa
kami bersalaman.
Mak long membawa Alishah, Asha dan Mak Kiah ke kawasan khemah wanita yang
“Saya minta maaf sebab tak sempat tolong, pak long. Banyak kerja dekat ofis tu.”
Sementara pak long kembali kepada kumpulannya tadi, aku mengangkat beg pakaian ke
dalam rumah.
“Zikri tidur sini, kan malam ni?” sapa mak lang yang baru keluar dari bilik air di hujung
tangga.
“Ya, mak lang. Semalam ajelah kut yang boleh.”
“Baguslah macam tu. Kerja banyak pun, jangan sesekali lupakan tanggungjawab.”
Aku mengangguk setuju. Tanggungjawab jangan dilupakan. Setakat ini aku masih
menunaikan semua tanggungjawabku dengan baik. Kepada papa dan mama. Kepada Alishah.
Tetapi bagaimana hukumnya tentang tanggungjawabku terhadap Sofea? Dia aku nikahi
“Mak lang turun dululah ya, Zik. Nak jenguk masakan kat laman belakang tu macam
“Eh, bukan pak long kata guna catering ke, mak lang?”
“Yalah... tapi kerja orang diupah ni kena dipantau. Penting. Nak lagi kalau budak-budak
remaja lelaki aje yang selesaikan,” ujar mak lang dengan mulut yang terjuih-juih seakan dia
“Kalau macam tu, Zik masuk dululah. Lepas ni Zik turun. Tolong apa-apa yang tak siap
lagi tu.”
Mak lang senyum. Walaupun aku jarang bertemu adik mama ini, tetapi sikapnya yang
mudah mesra itu menghalau rasa kekok jauh daripadaku apabila berbicara dengannya.
SELEPAS solat maghrib berjemaah di ruang tamu yang sudah dikosongkan segala perabotnya,
kami terus bersedia mahu bertolak ke lapangan terbang. Menurut papa, penerbangan mereka
menghidangkan makanan untuk para tetamu. Sementelah pula Asha pasti akan merengek tidak
Akhirnya, sepuluh buah kereta bergerak ke lapangan terbang. Aku bersama pak lang,
Izham dan Carmine. Pemandu papa berseorangan untuk membawa papa dan mama. Pak long
memandu Toyota Alphardnya, khas untuk membawa along sekeluarga. Diikuti oleh sepupu-
Jam menunjukkan lagi sepuluh minit menuju ke pukul lapan lima puluh semasa kami
masuk ke ruangan ketibaan. Aku mengambil keputusan duduk di kerusi yang tersedia sahaja.
Carmine, anak bongsu pak lang merengek minta diambil gambarnya di salah satu sudut menarik
KLIA.
Satu suara tiba-tiba menyapa. Aku menoleh ke belakang. Razif, anak menantu Datuk
Munir yang sebaya dengan along. Entah bila dia duduk di situ.
“Ya, macam itulah nampaknya. Papa dengan mama pun sokong kalau dia balik menetap
di sini.”
“That‟s the main reason why papa asked him to come back and live here. Business papa
Bukan aku tidak mahu membantu tetapi aku lebih senang membuka langkah sendiri.
“Awak kenapa tak join sekali business tu? Business macam itu punya bagus. Ada masa
Sebuah senyuman terukir di bibir. Padaku, lebih elok berjalan sendiri daripada mengikut
jejak orang. Nanti jika jejaknya hilang, kita yang terbiasa mengikut sahaja pasti akan tercari-cari.
“Saya rasa business yang saya usahakan sekarang pun dah makin stabil. Kira okeylah
Bukan niat mahu mendabik dada tetapi aku tidak rela diriku dipandang sebelah mata
begini.
PAPA dan mama dikerumuni oleh semua yang hadir menyambut mereka di lapangan terbang.
Aku terpaksa duduk menanti keadaan reda sedikit sebelum berpeluang meraih pelukan papa dan
mama.
“Mana....”
Belum sempat menghabiskan ayat, kelihatan along berjalan mendampingi Irman Khalis
yang duduk di kerusi roda. Wajahnya hampir penuh dibalut kain pembalut berwarna putih. Di
belakang mereka, kak long berpegangan tangan dengan Irene Putri yang memeluk teddy bear
Semua orang kini mengerumuni keluarga along yang sudah sekian lama tidak
Dia cuma mampu mengerdipkan matanya beberapa kali. Along sama sekali tidak
“Along?”
“Aku sihat. Terima kasih sebab tolong aku, ngah. Kau ajelah adik aku dunia akhirat. Aku
“Biarlah....”
Aku berniat mahu menolak kerusi roda Irman, namun tubuhku tiba-tiba ditarik ke dalam
pelukan along. Terpempan aku dibuatnya. Selama ini mana pernah kami serapat ini. Aku dan
aku yang suka memerap di rumah. Berdamping dengan papa dan mama. Katanya aku hampir-
Setiap kali digelar „sotong‟, mahu atau tidak aku akan mengalirkan air mata. Mengadu
kepada mama. Aku sesungguhnya bukan lembut. Cuma naluriku saja yang bencikan kebebasan,
Tidak seperti along. Masuk tingkatan satu, dia sudah berani memukul rakan sekelasnya
rakan sekelasnya. Berbirat jugalah belakangnya dirotan papa. Waktu itu aku tiba-tiba berasa
“Papa, tunggu!”
Satu suara manja tiba-tiba melaung. Kami serentak menoleh ke belakang. Seorang gadis
berkulit cerah dengan pipi yang agak kemerah-merahan berlari-lari mendapatkan kami.
“Okey.”
Dia menghulurkan tangan kanan. Tiada ciuman seperti lazimnya anak-anak Melayu
“Kenapa along biarkan Ilyah ke toilet sendiri? Dia baru sampai ke sini, banyak benda dia
Aku merengus benci. “Ya, sebab dah biasa sangat bebaslah along paksa saya berkorban
Aku bergerak menolak Irman ke arah kumpulan saudara-mara dan rakan-rakan papa dan
“Zik, apa hal kamu tak ajak menantu dengan cucu kesayangan mama ke mari?” soal
masing. Mungkin mama terlalu excited sebentar tadi hinggakan baru sekarang dia perasan
“Isha tolong sediakan makanan kat rumah. Dia tunggu mama dengan papa kat rumah
aje.”
Mendengar jawapanku, mama terus tersenyum. “Rajin benar menantu mama sorang tu.
“Yalah... syukurlah... lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mama gembira kalau
“Kut ya pun, takkan kita tak nak bergerak ke rumah pula ni? Abang dah penat. Nak
jumpa saudara-mara kita kat rumah tu.” Papa menolak troli yang penuh berisi pakaian sebelum
SATU pertemuan yang sangat mengharukan. Kak long memeluk tubuh Alishah dengan erat
sekali. Mereka berbiras. Sama-sama menjadi menantu kepada papa dan mama selepas sudah dua
Dan sesuatu yang juga serupa antara mereka ialah mereka berdua sama-sama anak yatim.
Bezanya kak long kehilangan orang tua semasa dia sudah berusia dua puluhan.
“Syukurlah kalau semuanya dah elok sekarang. Harap-harap lepas ni, kita semua dapat
Selesai bertahlil dan berzikir, papa memulai bacaan doa selamat sebelum semua tetamu
dijemput menjamu selera. Lauk-pauk yang terhidang di atas meja mula dikerumuni. Mak lang
Aku cuba mahu mendekati Alishah namun dia terlalu sibuk membantu menghidangkan
buah kurma segar yang dibeli oleh mama. Dari satu sudut, aku begitu asyik memerhatikan
dirinya.
Walaupun sibuk begitu, dia masih tetap kelihatan menawan. Bibirnya sepantas mungkin
akan mengukir senyuman setiap kali dia berpapasan dengan tetamu wanita. Senyumannya mesra
dan ikhlas. Beberapa kali pula mama memanggilnya untuk duduk bersama namun dia menolak
sahaja Alishah melangkah, waima setiap kali Alishah melirik mata pun diperhatikannya. Safwan
memang terlalu tergila-gilakan Alishah. Sedangkan aku waktu itu cuma terbuai dengan
Sekarang baru aku sedar hakikat ini. Alishah seorang wanita yang sentiasa
Sekilas aku menoleh. Melihat along datang duduk di sisiku dengan membawa secawan
kopi panas.
“Along tahu kenapa kau sayang sangat dengan dia,” katanya lagi cuba menarik
perhatianku.
Along ni lain sikit. Dari tadi asyik memuji Alishah cantik. Jangan dia berperasaan yang
bukan-bukan, sudah.
Amaran halusku disambut ketawa kecil oleh along. Ditepuk-tepuknya pehaku beberapa
kali. Padanya mungkin lucu namun tidak padaku. Sedangkan hal sebesar penjualan dadah pun
dia boleh lakukan, apa mustahilnya kalau dia mencuba nasib mengganggu adik iparnya sendiri?
“Takkanlah aku nak kacau adik ipar sendiri. Don‟t worry.” Jaminnya dengan suara yang
cukup yakin.
Along senyap. Ketawanya terhenti sendiri. Malas mahu memanjangkan kelahi, aku
bingkas bangun menyertai kumpulan Razif dan sepupuku yang lain. Kebetulan kak long juga
MALAM sudah semakin larut. Keadaan rumah yang tadinya riuh dengan bual bicara kini sunyi
sepi tanpa suara. Semua tetamu sudah beransur pulang, begitu juga dengan saudara-mara papa
dan mama.
Selepas berbual-bual dengan pak long, mak long dan papa, aku meminta diri masuk ke
kamarku yang terletak di sebelah bilik papa dan mama. Terasa letih seluruh badan bergerak ke
Alishah masih ralit mendodoikan Isha di katilnya. Mungkin si kecil kami ini terjaga tadi.
Aku menapak ke katil. Melabuhkan punggung di situ sambil merenung gerak-geri penuh
lembut Alishah yang sedang menepuk-nepuk tubuh Asha. Bibirnya terkumat-kamit membacakan
Alishah akur. Diselimutkannya tubuh Asha sebelum dia meleraikan ikatan rambutnya.
Seketika keletihan yang merajai diri sebentar tadi pergi entah ke mana. Aku menunggu di atas
katil.
Bukan tidak ikhlas namun sesungguhnya memang aku letih. Kalau aku yang cuma
sedikit kerjanya pun sudah begini penat, entah bagaimanalah mereka yang tadinya bertungkus-
lumus melakukan itu dan ini. Seperti juga Alishah. Tadi sudah letih di pejabat, datang ke mari
sibuk pula membantu apa yang patut dan sekarang hendak menguruskan Asha pula.
Senyumannya mekar di bibir. Namun aku terpaksa menolak. Aku tahu bukan hanya aku
Alishah juga di pejabat seperti aku. Apabila aku ke lapangan terbang tadi, dia juga sibuk
membantu kerja-kerja dapur. Mana lagi dengan urusan si kecil yang pasti merengek sebelum
tidur mahukan mamanya. Jika dibandingkan, Alishahlah sebenarnya yang lebih penat. Bukan
aku.
“It‟s okay. This time let me treat you. Biar abang yang urutkan Isha,” pelawaku pula
“Tak naklah. Nanti esok rasa sakit satu badan. Ishakan tak suka berurut.”
Bertolak-tolak, akhirnya kami sama-sama terdiam sambil berpandangan satu sama lain.
Memandangkan kami sama-sama letih, ada baiknya kami melakukan sesuatu yang lebih
menyenangkan.
TERASA ada sesuatu yang hangat singgah ke pipi, aku terus membuka mata. Berbalam-balam
pandanganku dek rasa mengantuk yang tidak sudah-sudah. Semalam kami tidur pukul dua lebih.
Seronok benar bergurau senda sambil berendam di dalam air suam yang dititikkan
dengan essential oil. Terasa terbang segala masalah menghadap wajah penuh kasih milik
Alishah.
“Sayang, dah nak masuk waktu subuh. Bangun ya,” bisik Alishah.
Bersusah-payah mencelikkan mata, akhirnya aku terlihat Alishah sudah elok bertelekung
Dia senyum dan menganggukkan kepala. “Bangun awal sebab baby menangis. Lepas dah
“Baby menangis?”
Dan aku seperti bangkai yang tidak terdengar apa-apa. Mengapa aku begini? Seorang
bapa tetapi tidak peka. Tidak prihatin. Dan seakan sudah menjadi lumrah seseorang suami akan
bersikap begini.
Alishah mengelus perlahan rambutku. Mata yang masih mahu terpejam semakin lemah
daya tahannya.
Bersama soalan itu, sebuah kucupan sekali lagi mendarat ke pipi kananku.
Beberapa saat, mataku terpejam dan hanya tersedar tatkala Alishah mengucup lagi
“Kalau abang nak tidur lagi, Isha tunggu abang sambung tidur sepuluh minit. Isha nak
sambung baca al-Quran.” Mungkin letih menunggu suaminya ini bangun, Alishah akhirnya
memberi cadangan.
“Harap-harap abang masih hidup waktu tu,” gurauku dan disambut senyumannya yang
manis.
Alishah paling risau jika terlambat menunaikan solat. Dia bimbang nyawanya diambil
sebelum sempat dia menemui Allah SWT dalam solat. Alishah memang isteri yang sempurna
bagiku.
Mataku tertutup tetapi aku tidak dapat tidur. Resah pula hati ini. Apatah lagi apabila
Nyata dia terkejut menyedari kehadiranku di belakangnya. Namun bibirnya tetap dihiasi
senyuman. Dia bingkas bangun menyimpan al-Quran di dalam laci almari dan menanggalkan
Aku menggeleng dengan memek muka yang sengaja dibuat-buat untuk mendapatkan
simpatinya.
Seperti apa yang ada di dalam fikiranku, Alishah memelukku dengan erat. Kadang-
kadang isteriku ini boleh berlagak bagaikan ibu kepadaku. Bagaikan memujuk anak kecilnya
yang manja.
“Tak apa. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Lepas solat nanti, kalau mengantuk boleh
sambung tidur. Nantikan nak masuk ofis,” pujuknya sambil membelai tubuhku.
Dahiku dikucupnya seketika. Perasaan yang rusuh sekelip mata menjadi damai.
“Ya, dear.” Aku membuat aksi memberi tabik hormat kepadanya membuatkan dia
ketawa kecil.
SELEPAS solat zuhur barulah aku masuk ke pejabat. Siti menyambutku dengan sebuah ucapan
salam.
“Anything for me?” soalku walaupun sudah terlihat beberapa dokumen tersusun elok di
“Saya dah letak semua dokumen yang perlukan tandatangan tuan kat atas meja tu. Hari
ini, appointment tuan dengan wakil dari Syarikat Melayu Jati, Cik Mumtaz. Pukul tiga petang kat
“Okey. Pagi tadi macam mana? Saya cuti mendadak, tak ada yang kena cancel ke?”
Siti memandangku dengan serba salah. Ada sesiapa yang pentingkah aku telah
“Ya? Anybody?”
”Actually, Radzin yang singgah cari tuan. Dekat sejam dia duduk sini, ingat nak jumpa
tuan.”
“Dekat sejam?”
Apa yang dilakukan oleh Radzin di pejabatku sampai sejam sedangkan aku tiada? Ini
mesti nak mengayat Siti. Siti dan Radzin, sekali pandang nampak serasi bersama. Kulit sama-
sama cerah. Tinggi lebih kurang. Siti ayu, Radzin kacak. Siti pun penyayang orangnya, jadi tak
“Siti tak cakap ke saya tak masuk ofis sebelah pagi?” Besar juga langkah yang
Wajahnya tiba-tiba diserbu warna merah. “Dia kata ada benda nak bincang. Saya
cakaplah tuan tak datang pagi tapi dia kata tak apa. Dia yang nak duduk sini.”
“Saya buatkan kopi. Kebetulan saya ada beli kuih pulut panggang, saya hidangkan
sekali.”
Wajahnya yang nampak panik tetapi sedikit kecil hati itu membuat aku terus merubah
memek muka daripada menahan senyum kepada serius seratus peratus. Pun dalam hati, aku
“Tak adalah. Nak gelak apa pula. Baguslah awak pandai melayan tetamu-tetamu saya
tu.”
Sengaja mahu menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi di dalam dirinya, aku berpura-
pura membelek sebuah fail. Projek di Kuala Langat di bawah kendalian Fairuz.
“Okey.”
Siti melangkah keluar namun sebelum sempat dia merapatkan pintu, sempat aku
“Saya rasa awak sesuai sangat dengan Radzin. Dia ada hati kat awaklah tu yang dia
BAB 18
membawa Alishah dan Asha ke Genting Highlands menjadi malah berjaya menghapus pergi
Sehari semalam di sana, kami lebih banyak memberi keseronokan kepada Asha yang
Hari minggu pula kami singgah menginap di sebuah hotel. Entah kenapa isteriku setuju
saja dengan rancangan tiba-tibaku ini. Sedangkan semalam aku sudah merancang mahu singgah
“Abang susah hati ke?” aju Alishah tiba-tiba saat kami sedang duduk berdua-duaan di
Alishah tersenyum lebar. Ditariknya kerusi yang didudukinya hingga kami menghadap di
antara satu sama lain. Tanganku digenggam erat olehnya. Kalau orang lain, semakin tua usia
perkahwinan, semakin renggang dan dingin namun syukurlah kerana kami berdua pula
sebaliknya.
Dalam hatiku cuma ada perasaan cinta dan kasih buat Alishah. Dia sahajalah segala-
“Isha tengok abang makin kurus pula. Abang ada masalah ke?” Begitu lembut tuturnya
bertanya.
Seketika aku tersentap juga. Semakin lama semakin aku dapat merasakan yang isteri
kesayanganku ini mengetahui sesuatu. Sesuatu perihal diriku. Tetapi benarkah begitu?
“Isha ada buat apa-apa yang abang tak senang ke, bang?” rayunya pula. Air mukanya
berubah keruh serta-merta. Terasa genggaman tangannya semakin erat. “Abang tolong cakap kat
“Sayang....”
Suasana yang elok tadi tiba-tiba dibayangi air mata, sungguh aku tidak selesa. Menyesal
pula aku menduga isteriku ini dengan soalan bodoh begitu. Alishah lain. Dia selalu menjangka
Aku terlupa yang Alishah terlalu risau tidak mendapat keredaan suami. Dia bimbang
sekali aku berkecil hati dengannya walau sedikit pun. Sungguh aku cinta akan isteriku ini,
Tuhanku….
“Tak adalah. I‟m sorry. I was just kidding. Abang makin kurus bukan sebab Isha.”
Sekelip mata saja tubuhnya sudah berada di dalam pelukanku. Belakang tubuhnya aku
“Dah tu?”
Hidungnya berubah kemerahan namun dia kelihatan semakin comel dan memikat di
mataku. Mataku beralih ke matanya yang digenangi air hangat. Ke arah bibirnya yang bergetar
“Hmmm… manjanya sayang abang ni,” usikku membuatkan dia tersipu malu. Air mata
yang baru mahu mengalir turun aku sapu dengan sehelai tisu.
“Abang....”
“Ya, abang tak nak bincang benda yang boleh menyedihkan isteri abang. Biarlah benda
Matanya yang bersinar itu aku renung penuh kasih. Perlahan-lahan dia menganggukkan
kepala. Sesungguhnya apa lagi yang lebih bernilai daripada melihat serta merasai manisnya
Hakikatnya aku sendiri tidak perasan perubahan pada fizikal diriku ini. Mungkin juga
“Sayang?”
Alishah segera mengangkat kepala memandangku. Sebuah senyuman kuukir hanya untuk
Alishah masih kurang mengerti sedangkan senyumanku sudah makin melebar dibuatnya.
“Setahu Isha, tempat paling indah cuma syurga Allah SWT walaupun Isha tak pernah
Seketika aku terdiam. Termalu sendiri. Niatku mahukan yang lain... namun mungkin
gambaran kata-kataku yang tidak sesuai tadi sehinggakan membawa kepada salah faham isteriku
ini.
“Oh!”
Dan dia tidak sempat menghabiskan kata-kata apabila aku sudah mengendongnya masuk
ke dalam bilik. Sekilas terlihat anak kami sedang lena tidur di dalam katilnya, senyuman yang
“DATUK rasa, kan bila agaknya masa yang paling sesuai untuk kita adakan
Datuk Halim mengerut dahi. “Saya bercadang nak adakan dalam dua minggu lagi. Yalah
saya ni sibuk sikit uruskan anak saya yang nak buat surgery tu.”
“Puspa?” soalku merujuk anak tunggalnya yang sudah beberapa kali aku temui dalam
beberapa acara melibatkan syarikat papanya. Anak gadis yang peramah dan manis namun
“Kena ulang-alik ke Singapore every week. Doktor tu kena buat pemantauan kerap. Nak
Kepala Datuk Halim terangguk-angguk. Dulu semasa mama mendapat tahu cerita anak
Datuk Halim ini, mama dengan selambanya mengatakan inilah balasannya kalau lelaki
menduakan isteri. Puspa itu kebetulannya anak beliau dengan seorang perempuan simpanannya
“Saya bukan apa. Soal kebajikan anak bini ni memang tak boleh berkira... tapi sikit
sebanyak impaknya tu, boleh tahan juga.” Dia seraya mengelus-elus janggutnya yang terurus
rapi.
“Memang tak boleh nak nafikanlah, datuk... tapi apa boleh buat. Insya-Allah ada hikmah
Sebuah senyuman berserta keluhan terlepas. Beberapa kali dia mengulanginya hinggakan
“Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat dulu. Inilah kut akibatnya.”
Aku mengangguk namun langsung tidak memberi komen. Takut-takut tersalah bicara
nanti ada pula yang terluka. Tidak menjadi projek dibuatnya nanti.
“Zikri, saya harap sangat kamu tak buat hal macam kebodohan saya dulu. Isteri dah ada
kat rumah, gatal sangat mencari nasi tambah kat luar. Akibatnya, macam sekaranglah. Mengeluh
tak habis-habis.”
Sayang sekali nasihatnya sudah terlambat... malah situasi kami sungguh jauh berbeza.
Dia dengan sengajanya menduakan Datin Sharifah Yasmin sedangkan aku pula terperangkap dek
“Hidup ni dah ditentukan, Datuk. Kita cuma boleh usaha dan berdoa. Kalau jadi juga,
memang dah takdirlah namanya.” Sepenuh hati aku memberi pendapat. Benarlah, kan?
Aku juga sejak menjadi suami Alishah sudah puas berdoa agar hanya dia seorang
sahajalah yang akan menjadi pendampingku di dunia ini. Biar hanya Alishah yang akan menjadi
tanggungjawabku.
Tetapi akhirnya aku terpaksa pula menikahi seorang wanita lain yang sama sekali tidak
Sama sekali aku tidak menyalahkan takdir tetapi sudah itu yang ditentukan untukku
olehNya. Ya, hendak berbuat apa lagi? Terima sajalah. Terima? Benarkah aku sudah menerima
SELESAI perbincangan dengan unit kewangan syarikat, aku bergegas pulang ke rumah. Saja-
saja mahu merehatkan diri namun melihat kereta Alishah masih tiada di garaj, aku mengambil
Ternyata dia sedang sibuk dengan kerja-kerja rekaannya semasa aku sampai namun
segera bangun mendapatkan aku tanpa berlengah dengan senyuman paling indah pernah aku
lihat.
“Assalamualaikum, sayang....” Pipinya aku kucup sebaik sahaja kami masuk ke bilik
pejabatnya.
“Waalaikumsalam.”
Kami sama-sama melabuhkan punggung di sofa yang tersusun kemas di satu sudut.
Mataku tercari-cari kelibat Asha. Setahuku anakku itu diletakkan di dalam bilik mamanya ini.
Alishah ketawa suka dapat mempermainkan aku. Silapku juga kerana jarang datang ke
pejabatnya ini. Kali terakhir aku ke sini, empat bulan yang lalu. Itu pun sekadar singgah
sebentar.
“Oh, pandai nak main-mainkan abang erk? Nakalnya....”
Untuk kenakalannya itu tadi, sebuah kucupan hangat aku berikan di dahinya. Beralih ke
matanya dan akhirnya tidak lain tidak bukan, ke kuntum bibirnya yang memerah itu.
Indahnya perasaanku saat ini. Seolah-olah berhadapan dengan seorang anak dara
lagaknya.
“Anak abang ada dengan Kak Syifa. Dia tolong jagakan sekejap dengan rela hatinya.
“Tak.”
“Betul?”
“Anak tak ada, boleh abang kacau mama kepada anak abang tak?”
“Abang!!!”
SAMPAI sahaja di rumah, maghrib sudah menjelma. Aku memberi cadangan dan sekali gus
keizinan buat Alishah untuk berehat dan memberi laluan kepada Mak Kiah sahaja menjalankan
kami berdua.
“Sayang mandilah dulu. Biar abang tengokkan Asha,” pelawaku menyedari masa
“Okey.”
Dan sebuah kucupan yang entah keberapa kalinya melekap di kedua-dua belah pipinya.
Melihat lenggoknya yang berkemban tuala itu, aku terus memandang Asha yang ketawa sendiri
Mandinya tidak sampai lima belas minit. Pun begitu dia tetap sentiasa bersih dan
Aku pula segera mengambil tempat di bilik air sebaik sahaja Alishah selesai menyarung
pakaian. Kain labuh bercorak flora berwarna merah jambu dipadankannya bersama blaus warna
senada.
“Tolong bentang sejadah ya. Nanti lambat kita.” Pesanku lagi sebelum menutup pintu
“Call?”
Aku yang sudah lengkap menyarung baju Melayu serta kain pelikat segera menerpa ke
Ya, siapa pun dia, kalau memang benar dia ada perkara penting hendak disampaikan,
“Kejap, dear. Nak panggil Mak Kiah dulu. Tadi lupa nak inform awal-awal. Dia mesti
“Oh, ya....”
Dan aku segera menepuk dahi. Terlupa tentang wanita yang sangat penyayang itu
seketika. Melihat Alishah masih belum mengambil wuduk, aku memanggil Mak Kiah di biliknya
di tingkat bawah.
Ternyata memang wanita yang sudah kami anggap seperti ibu sendiri itu sedang asyik
memasak di dapur saat aku turun ke bawah. Sempat juga aku mengerling ke dalam kuali.
“Wah, ada pucuk paku dengan black pepper beef la. Tak sabar nak makan malam ni.”
Kami terburu-buru ke bilik Asha, mahu menunaikan solat yang semakin hampir ke
penghujungnya.
isyak. Tidak seperti lazimnya kami akan membaca al-Quran sementara menanti masuk waktu
kerana jadual kami memang tetap pada jam lapan empat puluh lima malam. Cuma nampaknya
“Abang pun sama. Maafkan abang kalau ada yang sayang tak senang dengan abang. Kita
Pipi bertemu. Tubuh bersatu. Di dalam hatiku, Alishah sahajalah ratunya. Tiada yang
lain, insya-Allah.
Saat bibirku sudah hampir menemui bibirnya, pintu bilik Asha tiba-tiba diketuk.
Alishah dengan pantas meminta izin bangun membukakan pintu. Ternyata Mak Kiah
yang muncul mengatakan telefon di dalam bilik kami berbunyi beberapa kali.
Aku terangguk-angguk kerana telefon Alishah jarang berbunyi. Siapa agaknya yang
mencariku malam-malam begini? Papa? Ada hal apa? Tapi kalau papa atau mama, mesti mereka
akan menyusulku melalui panggilan ke talian telefon rumah sahaja. Atau along dengan masalah
baharunya? Atau…
Salahku.
Bukan salahku.
Salahku kerana sudah hampir seminggu lebih langsung tidak mengambil tahu tentang
dirinya.
Bukan salahku kerana dia sendiri tidak menghubungiku selama ini. Kalau dia mahu,
dialah yang kena memaklumkan apa sahaja yang berlaku pada dirinya kepadaku. Bukan aku
Tetapi benarkah aku lebih rela dia yang datang mencariku? Salah ke tak salah? Aduh,
apa-apa pun halnya, aku sudah jenuh berfikir. Sofea… Sofea… Sofea….
meninggalkan makan malam kegemaranku dan lebih penting lagi Alishah dan Asha yang
“ABANG.”
Nyata dia terlalu gembira melihat kelibatku hadir di muka pintu rumahnya. Lama kami
berpandangan sebelum aku tanpa sempat mengelak atau menahan sudah berada di dalam
pelukannya. Terkesan juga di telingaku esak tangisnya membuatkan aku tertanya-tanya sendiri.
“Thank you for coming, abang. I really miss you,” ujarnya sambil tanganku disalaminya
“Saya tak tahu awak kurang sihat.” Aku juga sebenarnya rasa bersalah namun aku
“No... no... it‟s okay. Lagipun bukan sakit sangat pun. Masih boleh berjalan.”
Melihat dia sudah boleh ketawa, sedikit lega rasanya. Nampaknya sakitnya benar-benar
kerana rindukan suaminya. Memandangkan dia sudah boleh senyum dan ketawa, aku tahu
Memandang ke seluruh rumah sekali lagi seperti kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini.
“Ah....”
Entah bila dia sudah sampai dan duduk di sisiku. Dapat aku rasakan dia begitu teringin
merapatkan diri denganku namun mungkin rasa segan melihatkan reaksiku menghalang niatnya.
“Sofea memang jarang makan malam kalau sorang. Kecuali kalau ayah dan mama
Oh… padanlah badannya kurus. Alishah kurus juga tapi masih boleh tahan berbanding
Sofea yang nampak keletihan dan bolehkah aku mengandaikan dirinya seperti seorang manusia
yang sengsara?
Pada mulanya aku mahu menggeleng dengan jujurnya namun tidak mahu terlalu lama
menghabiskan masa di sini, kepalaku terangguk-angguk sendiri. Sungguh aku semakin pandai
menipu sekarang.
“Lepas maghrib dah makan. Biasanya lepas isyak baru makan tapi tadi semua orang dah
“Abang suka makan apa ya? If you don‟t mind, I want to know.”
Aku suka makan apa ya? Lama aku berfikir. Yang penting aku tidak mahu kegemaranku
yang sebenar diketahuinya. Itu cuma untuk Alishah, Mak Kiah dan mama.
Dia menganggukkan kepala dengan yakin. “Tapi Sofea lebih pandai masak western food
Jujurnya!
“Oh... kalau macam tu, nampaknya kempunanlah saya nak makan kat sini.”
“Saya suka sangat makan makanan Melayu. Kampung style. Masak lemak semua tu.
Western ke apa ke yang bukan Melayu ni, tak berapa nak minat.”
Memang aku kurang berminat dengan pasta, chicken chop, beef steak semua tu.
memasak masakan kampung pula semata-mata untuk diriku kelak. Aku sesungguhnya tidak
“Mungkin sebab saya dulu dipaksa study kat Malaysia kut jadi minda tak terbuka. Kalau
kena hantar study kat oversea, insya-Allah pandai juga kut menelan pasta and so on tu,” gurauku
“Alishah pun tak suka western food walaupun lahir kat Kanada.”
Senyumannya kelihatan di bibir. Direnungnya mataku lama. Aku yang tidak perasan
“Nama dia Alishah ya, bang? Cantik nama tu. Mesti orangnya pun cantik, kan?”
Untuk soalan itu, mulutku terkunci sendiri dan saat terlihat ada air jernih bergenang di
“Abang?”
“Boleh tak for these few seconds, Sofea peluk abang lagi?”
BAB 20
daripada Radzin yang mahu menemuiku hari ini. Entah apa yang hendak disampaikannya, aku
“Hmmm… aku pula free jam empat nanti. Banyak kerja tapi aku tetap nak jumpa kau.
“Eh, nak jumpa kat mana lagi? Kau yang nak jumpa aku, kau kenalah datang ke ofis
aku.”
Jangan suruh aku ke Skyway Creative sudah. Jalan ke sana tu selalu sahaja sesak dan aku
Kedengaran pula ketawanya. Radzin ni, tak nampak gaya seperti orang yang benar-benar
“Yalah, yalah... aku ke sana nanti. Jangan tak jadi pula. Hal penting ni.”
“Tahulah aku.”
Selepas saling mengucap salam, aku meletak semula telefon ke tempatnya. Tidak sangka
“Zikri, boleh kita jumpa pukul tiga nanti?” soalnya tanpa berlengah langsung.
“Oh, saya rasa hal ni takkan ambil masa lama sangat. Dalam sejam setengah siaplah.
memenuhi permintaan Datuk Halim atau Radzin. Hal antara aku dan Radzin, mungkin cuma hal
“Okey, kalau macam tu datang ke ofis saya jam tiga nanti ya, Zikri.”
“Ya, datuk.”
Hal penting. Kedua-duanya mengatakan ada hal penting yang perlu dibicarakan. Satu hal
perniagaan, satu hal peribadi. Hal duniawi, semuanya pun dianggap penting oleh manusia. Apa-
apa sajalah.
JANJINYA cuma sejam lebih tetapi akhirnya berlanjutan ke dua jam. Resahku sudah tidak
terkira walaupun tumpuanku masih kepada segala macam yang diucapkan oleh Datuk Halim.
dengan alasan Datuk Halim perlu ke Terengganu untuk bertemu ibu kandung Puspa, bekas
perempuan simpanannya yang kini sedang menjalankan perniagaan tudung secara kecil-kecilan.
“Ini pertemuan kami yang pertama lepas lima belas tahun tak jumpa. She was mad and
still mad at me for taking away her daughter. Saya harap dia boleh dibawa berbincang elok-
“Selama hidup Puspa, dia tak kenal ibu kandungnya ke?” Dalam resah, sempat juga aku
menyibuk.
Datuk Halim tergeleng-geleng. Di dalam hati aku sekadar mampu beristighfar. Sampai
hatinya memisahkan anak dan ibu, malah langsung tidak memperkenalkan mereka selama ini.
KAMI berpisah tepat pukul lima petang. Aku bergegas kembali ke pejabat mendapatkan Radzin
Bahu Radzin aku tepuk beberapa kali. Nampaknya dia sudah lama menunggu, kala
“Sorry again.”
Kami berlalu masuk ke dalam bilik pejabatku selepas memesan minuman daripada Siti.
“So, direct to the point… cakaplah apa hal kau sungguh-sungguh nak jumpa aku ni.”
“Kau ada masalah ke? Muka pun keruh semacam? Anak kau buat hal lagi?”
Biasanya Radzin berkeyakinan tinggi namun tadi aku melihatnya tidak ubah bagaikan
“Memang aku in trouble sekarang ni. Double great trouble yang aku cipta sendiri.”
Suaranya berbaur kesal membuatkan aku terus menegakkan tubuh. Ingin mendengar
penjelasan selanjutnya.
“Cakaplah, Radzin. Aku dengar.”
“Sebenarnya….”
MASALAH demi masalah datang menimpa benar-benar menyerabutkan kepala ini. Menginjak
ke pukul enam petang, aku sudah berada di dalam kereta mahu pulang ke rumah namun tidak
Dari pejabat, aku terus menghala ke rumah orang tuaku. Biarlah Alishah dan Asha tidak
dapat ikut. Aku letih mahu berulang-alik ke pejabat Alishah dan berpusing semula untuk ke
Bukit Antarabangsa.
Kehadiranku nyata memang dinantikan oleh papa dan mama. Di atas meja sudah tersedia
“Ada apa-apa ke ni, ma?” soalku tanpa dapat menahan diri daripada perasaan ingin tahu
yang amat.
Mama tersenyum-senyum. Along tidak pula kelihatan di mana-mana. Hari jadi siapa?
Atau wedding anniversary papa dan mama ke? Tapi sekarang bulan Julai. Anniversary papa dan
“Irman? Sihat?”
Matanya liar mencari-cari wajah Alishah. Ramah benar pula anak along hari ini.
Mama membeliakkan mata mendengar jawapanku. “Isha menantu mama tak balik lagi?
“Errr....” Aku hanya mampu tersengih. “Hari ini aje, ma. Dia banyak kerja kat ofis.
Kalau tak, biasanya pukul lima Isha dah ada kat rumah.”
Aku tidak kisah sangat kalau Alishah banyak kerja kerana aku tahu dia sudah meminta
izin. Aku juga tahu dia bekerja dengan ditemani pembantu peribadinya yang juga menjaga
agama itu. Alishah tidak bertemu sembarangan lelaki. Kalau pun dia perlu bertemu mana-mana
lelaki, itu dengan seorang muhrim menemaninya serta pertemuannya diadakan di tempat umum.
“Habis tu, baby macam mana? Tak meragam ke dia duduk ofis lama-lama?”
“Bukan Asha... kamu tu, Zikri,” marah mama sambil memuncungkan bibir
memandangku.
Aku pula yang terpinga-pinga berpandangan dengan Irman Khalis. Anak muda itu
tersengih mengangkat bahu. “Apa halnya pula dengan saya pula, ma?”
“Kamu tu yang tak faham kedudukan Isha. Dah dia banyak kerja, kenapa kamu tak pergi
jemput baby tu balik awal? Atau pergi temankan isteri kamu tu kat ofis ke? Senanglah sikit
“Bukannya jadi suami maksudnya tak membantu isteri. Macam along kamu tu. Bangun
lambat sampai kak long kamu yang kena hantar anak-anak pergi sekolah. Pergi ofis pun nak tak
“Kejap lagi along balik, mama nak kamu cuba bawa dia bincang. Suruh dia ubah
perangai sikit.”
Ada ke patut aku yang dipilih mama untuk menasihati along. Tidak mungkin dia mahu
“Kenapa bukan papa aje, ma? Saya ni pun bukannya baik sangat sebagai suami. Tengok
tadi, mama pun merungut saya tak pandai tolong Isha. Nanti along tu bukannya nak dengar
Mama menjegilkan mata. Api kemarahan sudah kelihatan di matanya yang bersinar
bening itu.
“Mama suruh kamu, disuruhnya pula papa. Bertuah betul...” rungutnya sambil berlalu ke
dapur.
Aku mengekor langkahnya. “Yalah, ma. Kan ke papa ketua keluarga? Along kenalah
Kak long muncul menghidangkan minuman. Luka-luka di wajahnya saat aku dipaksa
“Papa kamu ke Jakarta. Ada urusan dengan kawan lama dia. Nak tanyakan peluang
sanggup ke Jakarta semata-mata untuk mencarikan peluang perniagaan untuk along? Mengapa
Aku dulu merencana sendiri untuk memulakan perniagaan. Berusaha sendiri. Tidak
Tetapi along? Sekarang dia sudah memegang jawatan timbalan pengurus di syarikat papa
sedangkan semua orang tahu along sekadar lulus tingkatan lima, dengan memperoleh pangkat
dua.
Aku yang punya ijazah sarjana pengurusan perniagaan ini pun dulu sekadar menjadi
ketua di Unit Pengurusan Sumber Manusia. Begitu sekali rupa-rupanya beza kami berdua di
mata papa.
Aku segera mengangkat muka dan menghadiahkan senyuman hambar untuk mama. Cuba
untuk menepis perasaan negatif ini perlahan-lahan. “Tak apalah mama. Tak ada selera pula nak
Tali leher yang aku tinggalkan di sofa tadi segera aku masukkan ke dalam poket. Kalau
aku tahu, aku cuma akan mendengar ini semua, sumpah aku tidak mahu datang ke sini tadi.
Mama mengangguk saja dengan secawan teh panas masih di tangannya. Belum sempat
melintasi pintu utama, aku terdengar pesanan mama agar aku memberi nasihat buat along supaya
mengubah sikap.
Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang
Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh
dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu
bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji
dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya
Rabb, dugaan apakah ini?
Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana
menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan
segalanya.
Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup
memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?
"Kita makan dulu, then solat sama-sama ya, sayang. Isha dah boleh solat..." bisiknya
lembut
"Really?" Dan senyumanku terus menguntum sehinggalah aku teringat, aku perlu
meninggalkannya untuk beberapa ari ini. "Alah, melepaslah abang macam ni."
Ketawa manjanya pecah. "Nakalnya suami isha ni. Apa-apa pun kita makan dulu.
Nanti lambat pula.
"Isha sayangkan abang walaupun apa pun yang jadi.. tapi janganlah sebab abang
nak tunjuk sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentine's Day
bukan hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada dalam islam. "
Untuk mengetahui sambungan dan kisah selanjutnya, dapatkan novel SESUCI KASIH
SEORANG ISTERI di rangkaian kedai buku MPH, POPULAR dan kedai-kedai
berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- http://www.kakinovel.com atau
untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk
novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:-
KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-