Professional Documents
Culture Documents
com
ii) Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi
mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih
sahaja. Itupun sudah memadai. Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk
lebatkan rambut. Petua daun rambutan ni saya amalkan masa kecik-kecik dulu. Insyaallah,
kalau buat selalu, berkesan...
Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Saya pun baru jer tahu hal ni. Ada satu petua untuk
membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. Menurut salah seorang
rakan saya, lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau).
Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau
ada apa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah
lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yang mempunyai apa2 bau.Tambah2
lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu, memang sure hitam bibir.
Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapat untuk memerahkan
kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :
i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak
biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir
akan digigit semut nanti:P
ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi
ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.
2) Ambil beberapa helai daun pegaga. Basuh dan blend sehingga hancur. Kemudian
perahkan beberapa titis air limau. Gaul rata sebelum disapukan ke seluruh wajah. Biarkan
kering dan kemudian bilas dengan air bersih. Buat selalu
3) Air rebusan kurma merah. Caranya rebus kurma merah (sukatan ikut suka, kalau nak
banyak kena rebus banyak juga). Setelah masak, masukkan air rebusan ke dalam gelas dan
campurkan 1 sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun ke dalamnya. Minum 1 atau 2
kali sehari.
4) Rendam serbuk teh, masukkan ke peti ais dan biarkan semalaman. Pagi esoknya,
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
selawat sebanyak 3 kali dan sapulah air rendaman serbuk teh tadi ke seluruh muka sebelum
mandi. Kulit anda akan beransur2 menjadi licin, halus dan juga berseri
5) Air rebusan inai. Ambil segenggam inai, rebus dan biarkan sejuk. Bila sejuk, berselawat 3
kali sambil menyapu air inai tadi ke seluruh muka. Amalkan selama 3 malam berturut2, anda
akan dapat melihat hasilnya nanti
Petua 5 : Menghidarkan Jerawat
) Kulit Kayu Manis + Bedak Sejuk
Petua ni menggunakan serbuk kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan bedak sejuk
dan sedikit air masak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Biarkannya
semalaman, pagi baru basuh. (Psttt..sapa2 yg dah bersuami tu, agak2 ler yer. Basuh la muka
tu sebelum tidur eik. Jangan risau, petua ni masih berkesan lagi). Heeee
Lakukan petua ini seberapa kerap yang boleh
Campurkan susu tepung dengan air mineral. Ingat, AIR MINERAL yer, sebab air ni baik untuk
kesihatan badan dan kulit. Tepek-tepekkan ke muka seperti anda tepek bedak sejuk tu. Buat
pada malam hari. Setelah kering basuh dengan air suam2 kuku. Amalkan 3 kali seminggu
Campurkan kesemua bahan di atas, kacau hingga sebati. Sapukan ke muka kecuali kawasan
mata dan atas bawah hidung. Biarkan selama 10-15 minit. Kemudian, bilaslah dengan air
bersih. Buat selalu
Picit keluar jus limau nipis dan campurkan ia dengan sedikti tepung beras. Sebatikan ia,
barulah disapukan ke muka. Tunggu hingga agak kering, kemudian bilaslah dengan air bersih.
Jus limau tadi mungkin akan menyebabkan muka terasa pedih ikit. Kalau tak tahan, guna
sedikit sahaja campuran limau tadi. Amalkan petua ni selalu
· Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini
ada satu cara yang boleh diamalkan :-
· Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur.
Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada
kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak
lebih lebat dan menarik.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu
dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air
bersih seperti biasa.
Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan
tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.
Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk
mengatasinya ialah dengan cara :-
· Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
· Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
Mengempiskan Perut
1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit.
Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk
memulihkannya kembali ialah :
o Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih
dan satu sudu besar air limau nipis.
o Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak
perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama
10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan
pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman.
Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Kaki Bersisik
1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru
dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang
luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di
bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki
1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat
yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap
malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki
selama 10 minit sebelum tidur.
Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah
:-
1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau
pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering.
Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan.
Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap
hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi
setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang
pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas.
Kemudian tapis dan minum setaip hari.
Kematu di Tumit Kaki
1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat
yang kematu dan pecah-pecah.
2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa
dengan sabun dan air biasa.
Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi
dua atau tiga kali sehari.
Ubat Sakit Kaki
1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa
kali sehingga kaki sembuh
2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang
sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda
akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.
Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin
sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.
· Minum setiap pagi dan malam sebelum makan. Dalam masa seminggu batuk akan
hilang.
Menyihatkan Badan
Campurkan madu dengan beberapa biji telur ayam kampung. Minum waktu pagi.
Mencantikkan Wajah
Campur telur dan madu. Kemudian sapukan pada muka. Lakukan seminggu sekali sebagai
masker. Wajah anda akan kelihatan cantik dan berseri-seri.
Memerahkan Bibir
Sapukan madu pada bibir tiap-tiap malam sebelum tidur.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
Menyimpan Madu
Masukkan beberapa butir padi ke dalam botol yang berisi madu. Kemudian simpan di tempat
yang kering
Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat
menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.
Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air
rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.
Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.
Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15
minit. Lakukan 3 kali seminggu.
2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air
tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada
bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti
biasa.
Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti
berikut :-
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air
ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam
dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau
sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga
mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap
hari.
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga
boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan
petua ini:-
1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga
layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah
diminum dua hingga tiga kali sehari.
3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum
dua kali sehari.
4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
Memerahkan Bibir
1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan
sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.
Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga
kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.
Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga
bahagian yang melecur tidak sakit lagi.
Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak
kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan
penyikat kutu.
Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau
bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.
Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut
petua ini:
1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang,
minum airnya. Amalkan setiap pagi.
2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya
serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan
mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya
yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali
seminggu.
4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau
sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih
bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah
beberapa kali.
2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Memulihkan Tenaga Lelaki
1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan
campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan
satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan
meminum akar kayu.
Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
· Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis
sehingga warnanya putih.
berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh
kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.
Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira
satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.
Anak-anak Demam Berlarutan
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala
terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama
lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.
Mententeramkan Jiwa
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali
sehari pada waktu malam atau pagi.
Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur.
Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak
berdarah lagi.
2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak,
campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah.
Amalkan setiap pagi dan malam
Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata.
Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.
Hentikan Muntah
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa
sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan
dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.
Hilangkan Rasa Pijar
1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika.
Pijar pasti hilang.
2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat
seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar
uncang teh itu terasa sejuk.
Jadam Legakan Bengkak
Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis.
Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut
dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.
Tersusuk Duri
1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi
esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga
hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam
panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain
jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan
bedak. Sapukan pada kulit bayi.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi
ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.
Penawar Bisul
1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu,
Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul
dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling
bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian
tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada
permukaan bisul.
Mencantikkan Kulit Bayi
Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus
lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.
Ketuat
1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam
beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering
beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga
tidak meninggalkan parut yang hodoh.
Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air.
Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang
lenguh-lenguh tersebut.
Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian
balutkan dengan daun tembaga suasa.
Kurangkan Bercakap
Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.
Kurangkan Panas Badan Anak
Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.
Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah
ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan
minum setiap hari.
3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan
selalu.
4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.
Mabuk Kenderaan
1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum
memulakan perjalanan.
2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya
semasa dalam perjalanan.
Mandul
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak
nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
Keputihan
1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam
pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman.
Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan
berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua
kali sehari sehingga sembuh.
Merawat Lebam Akibat Tercedera
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan
yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain
yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.
Melegakan Cirit Birit
1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o
pekat kemudian diminum.
2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan
balutkan dengan kain
3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan
selagi anda mengalami cirit-birit.
Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur
anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.
Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi.
Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari
Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi
beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.
Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk.
Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.
Menajamkan Penglihatan
1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap
memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu,
suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.
Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan
sehingga sakit gigi lega.
Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke
atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika
naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali
setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.
Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya
dari doktor.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
· Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan
minyak wangi atau kasturi.
Merawat Luka
1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada
luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.
2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit
garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih
sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.
3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis
dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang
luka.
4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan
beberapa kali sehingga kesan luka hilang.
5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit
minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.
Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih
kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke
bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar
dan akan kembali seperti sediakala.
Sakit Kuning
Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air
rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.
Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan
daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.
Kanak -kanak Sesak Nafas
Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang
mengalami sesak nafas.
Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji
bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap
pagi sebelum sarapan.
Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan
kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.
Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu
sebelum waktu untuk melahirkan anak.
Selesema
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum.
Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang
dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan
ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum
air halia seminggu sekali
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
Bayi Selesema
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan
rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.
Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas
air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke
dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
Suami Ketagih Rokok
Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya
gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.
Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang
ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.
Gastrik
1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu
madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan
rasa perbezaannya.
2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan
kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa
hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar.
Kemudian minumnya dua kali sehari.
Batu Karang
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air
dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.
Bengkak-bengkak di Badan
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan
biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam
masa 5 minit, ia akan sembuh.
Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari
kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
2. Segera beri minum air kelapa yang muda.
Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan
dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.
Cacing Kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari
Kurang Darah Akibat Kemalangan
Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah.
Rebus dengan tiga gelas air.
Telinga Dimasuki Serangga
1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya
sehingga serangga keluar.
2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.
Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya
di hospital.
Muat turun dari http://isuhangat.blogspot.com
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko
beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu
melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu
dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Semoga himpunan petua ini dapat memberi sedikit munafaat kepada Para Pembaca sekalian.
Sekiranya Para Pembaca ingin berkongsi apa –apa artikel mahupun petua dengan saya sila
emailkan pada saya.
Sekiranya Para Pembaca mempunyai sebarang permasalahan dan mahukan sebarang petua
sila emailkan pada saya secara peribadi, insyallah saya akan cuba menolong… atau boleh kita
bincangkan di yahoo groups ini semoga semua orang mendapat faedahnya.
Insyaallah saya akan cuba lagi menghimpunkan seberapa banyak petua melayu silam ini
supaya khazanah bangsa yang amat bernilai ini tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek
panas…
SELAMAT MENCUBA