You are on page 1of 25

Penghargaan

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan


baik.Namun demikian,saya melaksanakan kajian ini dengan sempurna
dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Elyza,Guru


Bahasa Melayu Tingkatan 3Empati,Sekolah Menengah Kebangsaan
SS17,Subang Jaya,Selangor.Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar
serta bimbingan kepada saya semasa menjalankan kajian ini.Saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya.Beliau telah
menolong menyediakan bahan-bahan untuk menghabiskan folio ini.

Tidak ketinggalan juga,ribuan terima kasih diucapkan kepada nenek


saya yang sudi menyediakan maklumat untuk projek ini.

1
PENDAHULUAN

Novel ini mengisahkan tentang kesedihan seorang ibu untuk


mendermakan hatinya kepada anaknya sendiri iaitu Nadhirah .
Menurut kajian saya novel ini juga terdapat unsur – unsur sedih dimana
ibu Nadhirah yang bernama Bushrah telah meninggal dunia . Novel ini
juga mempunyai nilai – nilai moral yang menarik .

2
SINOPSIS BAB KE BAB
BAB 1
1. Zulkifli bersama-sama keluarga pulang ke kampong mertuanya di Kuala
Linggi,Melaka.
2. Dalam perjalanan dia menolong sepasang suami isteri berbangsa Sikh
sehingga terlewat sampai ke rumah mertuanya.
3. Esoknya mereka sekeluarganya pulang ke rumah orang tua Zulkifili di di
Felda Ulu Teberau,Johor kerana kenduri perkahwinan adik perempuannya.
4. Dalam perjalanan keretanya rosak.Pertolongan seorang pemuda Cina
membolehkan Zulkifli mencari mekanik untuk membaiki keretanya.

BAB 2
1. Dalam majilis perkahwinan adiknya,Zulkifli bertemu dengan rakan lamanya
Muliyadi Mahmad yang bertugas sebagai pensyarah ITN.Muliyadi
mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan seorang wanita
Perancis.
2. Muliyadi bersimpati dengan masalah yang menimpa Zulkifli.Dia
mencadangkan Zulkifli meminta derma/bantuan daripada badan-badan
korporat untuk menapung belanja perubatan Nadirah yang mengalami
penyakit hati.

BAB 3
1. Zulkifili dan Bushrah dalam dilema memikirkan cara mengumpul wang
sebanyak RM350000 untuk kos rawatan Nadhirah di London.
2. Sebagai jalan terakhir,Zulkifli meninta bantuan wartawan Utusan Malaysia
untuk menyiarkan berita tentang masalah mereka dan penyakit Nadhirah
yang memerlukan rawatan segera.

3
BAB 4
1. Zulkifli menemui Mohammad Yusof seorang wartawan Utusan Malaysia di
pejabat Utusan.
2. Cerita Zulkifli tentang masalah kesihatan Nadhirah dan kesulitannya
mencari wang yand diperlukan untuk rawatan Nadhirah menarik simpati
Mohammad Yusof.
3. Zulkifli ke Hospital Kuala Lumpur menguruskan pertukarannya ke
Melaka,kemudian ke Pusat Islam sebelum mengambil isterinya di Sekolah
Bandar Baru Tun Razak (2).

BAB 5
1. Zulkifli dan isterinya Bushrah mengikuti seminar Anak Cemerlang anjuran
‘Nury’ di Pusat Islam Kuala Lumpur.
2. Kursus sehari itu dikendalikan oleh Dr.Noor Laily dan Tuan Hj. Mansor .
3. Nadhirah terpaksa tinggal di rumah sendirian.Nazli dihantar ke rumah
pengasuhnya.

BAB 6
1. Berita tentang Nadhirah tersebar ke seluruh Negara apabila Utusan Melayu
dipasarkan pada pagi itu.
2. Jiran,guru dan rakan Nadhirah,Bushrah dan Zulkifli terkejut kerana sebelum
itu mereka tidak mengetahui masalah yang menimpa Zulkifli sekeluarga.
3. Guru Besar sekolah Bushrah melancarkan kutipan derma kilat pada hari itu
juga.
4. Ramai yang bersimpati menghulurkan derma kepada Zulkifli.

4
BAB 7
1. Pengarah Sapura Holdings,Tan Sri Shamsuddin dan isterinya berhasrat
menangung seluruh kos rawatan Nadhirah.
2. Berita gembira disampaikan oleh setiausaha Tan Sri Shamsuddin kepada
keluarga Zulkifli melalui telefon.Zulkifli kemudian menghubungi Tan Sri
Shamsuddin untuk mengucapkan terima kasih.

BAB 8
1. Zulkifli ke Pejabat Pengarah Sapura Holdings menemui Tan Sri Shamsuddin
seperti yang dijanjikan sebelumnya.
2. Tan Sri Shamsuddin menyerahkan cek bernilai RM50000.00 sebagai kos
pengurusan dan tambang Zulkifli sekeluarga ke London.
3. Zulkifli amat terharu dengan bantuan Tan Sri Shamsuddin.Dia sangat
bersyukur dan berterina kasih.

BAB 9
1. Berita Bushrah berhasrat menjadi penderma hati kepada anaknya Nadhirah
menggemparkan masyarakat.
2. Mohammad Yusof menemu bual Bushrah untuk mendapatkan maklumat
terperinci.Ternyata ibu ini tetap mengutamkan nyawa anaknya.
3. Zulkifli menyanjungi pengorbanan isterinya itu.

BAB 10
1. Sewaktu sama-sama menonton TV yang menayangkan Panca
Delima,Bushrah dan Nadhirah tersentuh masing-masing apabila mendengar
lagu ‘Kasihnya Ibu’.

5
BAB 11
1. Zulkifli menerima surat Muliyadi dari London.Isi suratnya menyatakan
meraka sekeluarga berada di London kerana melanjutkan pengajiannya
di peringkat Ph.D.
2. Zulkifili kecewa kerana setelah setahun bergelar graduan,jawatannya di
Hospital Besar Kuala Lumpur masih tidak berubah.
3. Untuk menambah pendapatan Zulkifli menjadi penulis sambilan.
4. Zulkifli terpaksa menolak tawaran bekerja di Mingguan Malaysia kerana
kontraknya di HKL belum dikotakan.

BAB 12
1. Zulkifli dan Bushrah membawa Nadhirah bertemu DR.Gheethan di HKL.
Di sana mereka diberitahu maklumat tentang hati dan risiko
pembedahan yang akan Bushrah dan Nadhirah jalani.

BAB 13
1. Zulkifli sekeluarga berpulang ke kampung isterinya.Tujuan mereka ialah
untuk meminta mertuanya menjaga Nazli semasa mereka bertiga
berada di London.
2. Berita penyakit Nadhirah amat mengejutkan Pak Ramli dan Mak
Zaharah ,ibu dan ayah Bushrah.

BAB 14
1. Nadirah bercuti rehat di rumah.Cikgu Khairani kerap menemani
Nadhirah di rumah jika Nadhirah tidak dapat ke sekolah.
2. Kehadiran cikgu member perangsang kepada Nadhirah untuk sembuh
dengan penyakitnya.

6
BAB 15
1. Majilis kenduri doa selamat di rumah Zulkifli diadakan sebelum mereka
berangkat ke London.
2. Ramai jiran hadir melahirkan simpati dan berdoa semoga pembedahan
yang akan dilakukan ke atas Nadhirah dan ibunya selamat.
3. Permohonan pertukaran Zulkifli ke Melaka ditolak.

BAB 16
1. Ramai sahabat handal dan saudara-mara menghantar keluarga Zulkifli
ke lapangan terbang.
2. Tan Sri Shamsuddin dan isterinya turut menghantar mereka
sekeluarga di lapangan terbang yang sama.

BAB 17
1. Di London perasaan Zulkifli semakin bimbang.Dia bimbang
keselamatan isteri dan anaknya.
2. Muliyadi datang melawat keluarga Zulkifli di rumah tumpangannya
dan berasa sangat kagum dengan kepintaran Nadhirah.

7
BAB 18
1. Hari ini Zulkifli,Bushrah dan Nadhirah ada janji temu dengan
Dr.Tan Kai Chah.
2. Mereka solat Subuh berjemaah dan berdoa semoga segala urusan
akan berjalan lancar.
3. Sebelum ke hospital Zulkifli menyatakan hasratnya mendermakan
kepada Bushrah,tetapi haratnya di bantah oleh Bushraj.
4. Nadhirah berdoa semoga pengorbanan ibunya akan berhasil dan
berjanji akan membalas jalas orang tuanya jika pembedahan Itu
Berjaya.
5. Pukul 10.30 pagi mereka ke hospital untuk bertemu dengan Dr.Tan
Kai Chah.

BAB 19
1. Semua persediaan untuk pembedahaan Bushrah dan Nadhirah
telah siap.Kedua-dua proses pembedahan itu dijangka
berlangsung selama 14 jam.
2. Pukul 8.00 pagi pembedahan mengeluarkan sebahagian daripada
hati Bushrah dilakukan kemudian diikuti oleh proses pemindahan
hati Bushrah ke badan Nadhirah.
3. Zulkifli gelisah dan cemas menanti hasil pembedahan.Berita baik
diterima keadaan anak dan isterinya stabil.
4. Mereka berdua dirawat selama dua minggu.
5. Dr.Tan Kai Chah member jaminan jika Nadhirah berjaya melepasi
proses rawatan kritikal,dia akan sembuh sepenuhnya.

8
BAB 20
1. Hari ketiga selepas pembedahan Nadhirah dan Bushrah diberi
rawatan rapi.
2. Zulkifli setia menemani anak dan isterinya.Sewaktu melawat
Bushrah dan Nadhirah bersama-sama Muliyadi,dia diberitahu
keadaan mereka semakin pulih.
3. Perkembangan positif kesihatan kedua-dua pesakit menggembirakan
Dr.Tan Kai Chah berhasrat pulang bertugas di Malaysia.

BAB 21
1. Bushrah dan Nadhirah telah dibenarkan pulang ke rumah sewa
mereka.
2. Muliyadi mengunjungi Zulkifli sekeluarga dan membawa mereka
melawat tempat-tempat menarik di kota London.
3. Nadhirah yang semakin pulih dan sihat gembira kerana dapat
melihat tempat-tempat menarik bersama-sama ibu dan bapa.

9
BAB 22
1. Sejak bertemu keluarga Zulkifi dan melakukan pembedahan ke
atas Bushrah dan anak Nadhirah,keinginan Dr.Tan Kai Chah untuk
pulang ke Malaysia semakin menebal.
2. Dia mengambil keputusan menolak tawaran untuk berkhidmat di
Arab Saudi kerana akan pulang ke tanah air untuk mencurah
kemahiran kepada rakyat dan negaranya sendiri.
3. Hari itu ialah sesi rawatan dan pemeriksaan terakhir Nadhirah
dan Bushrah.Mereka dibekalkan ubat ubat dan cara pemakanan
ubat dan cara pemakanan ubat yang betul.
4. Berita keputusan Dr.Tan Kai Chah untuk pulang ke Malaysia
disambut gembira oleh keluarga Zulkifli.
5. Hari Sabtu Zulkifli dan keluarga berlepas pulang ke Malaysia.

BAB 23
1. Kapal terbang yang dinaikinya terpaksa mendarat di Batu
Berendam Melaka kerana Lapangan Terbang Subang terbakar.
2. Mereka sekeluarga terus pergi menjemput Nazli di rumah ibu
bapa Bushrah. Bushrah telalu rindukan Nazli.

10
BAB 24
1. Nadhirah kini telah berusia 19 tahun dan telah melanjutkan
pelajaran ke ITM dalam bidang perakaunan.
2. Zulkifli mendapat tawaran berkeja di Utusan Malaysia.
3. Pada pagi Jumaat, tepat jam 4.00 pagi, Bushrah
menghembuskan nafas terakhir.
4. Kini Nadhirah berjaya menamatkan pengajian dan bakal
berkhawin dengan doktor Bedah Hospatal Kuala Lumpur.
5. Nazli berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama
penuh di Kuala Kangsar.

11
SINOPSIS
Novel ini mengesahkan kegigihan Zulkifli dalam usaha untuk membiayai
perbelanjaan perubatan anaknya di luar negara . Hal ini demikian kerana anaknya
nadirah menghidap penyakit kerosakkan hati dan hempedu . Isterinya Bushrah
pula rela mengorbankan sebahagian kepada Nadhirah . Keputusan Busharah
menimbulkan berbagai – bagai reaksi . Walaupun begitu Bushrah tetap dengan
keputusan demi masa hadapan anaknya , Nadhirah . Di samping itu , dia berkerja
sebagai pembantu hospital , Zulkifli mengikuti pendidikan jarak jauh di Universiti
Sains Malaysia . Dia juga gigih menulis skrip drama radio dan berita tentang
pembedahan penyakit Nadhirah di Utusan Malaysia untuk menarik perhatian Tan
Sri Shamsudin , pengarah Sapura Holdings . beliau dan isterinya bersetuju
menanggung segala kos pembedahan Nadhirah di luar Negara . Selain itu , tempat
Bushrah berkerja dan penduduk – penduduk di kawasan tempat tinggal mereka
turut mengutip derma untuk mereka . Setibanya di London, mereka berjumpa
doktor Tan Kai Chah bagi membincangkan pembedahan yang bakal dijalankan
kelak . Pembedahan yang dijalankan berjaya . Mereka juga selamat tiba di Lapang
Terbang Subang .

Lima tahun kemudian , Nadhirah dan Bushrah berada dalam keadaan sihat
sehinggalah satu malam Jumaat , Bushrah mengata sesak nafas , sehinggalah dia
meninggal dunia . Zulkifli ditawarkan sebagai pengarang di Utusan Malaysia .
Manakala Nadhirah berkerja di Bank Islam dan akan berkahwin dengan seorang
doktor bedah di Hospital Besar Kuala Lumpur .

12
TEMA & PERSOALAN

Tema
 Kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka .

Persoalan
Antara persoalan yang cuba digambarkan dalam karya ini ialah
pengorbanan ibu bapa demi kebahagian anak-anak.Bushrah sanggup
mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Nadhirah.Seterusnya,
masyarakat yang prihatin dan saling bantu membantu juga merupakan
salah satu persoalan untuk novel ini.Masyarakat Kuala Linggi cuba
menolong keluarga Zulkifli setelah menggetahui masalah Nadhirah.
Sikap berterima kasih dan bersyukur terhadap bantuan yang diterima
juga menjadi persoalan untuk novel iniyang di tunjukkan oleh Zulkifli
yang mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Shamsuddin yang
menderma wang supaya Nadhirah boleh menjalankan pembedahan di
London dan bersyukur kepada tuhan kerana isterinya dan anaknya
selamat menjalankan pembedahan.

13
WATAK & PERWATAKAN
Zulkifli
- Bertugas di Hospital Kuala Lumpur
- Berkahwin dengan Bushrah
- Seorang yang penyanyang
- Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
- Bertimbang rasa
- Mencintai ilmu

Bushrah
- Isteri Zulkifli
- Mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak ( 2 )
- Seorang ibu yang penyayang
- Berpendirian tugas
- Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
- Meninggal dunia selepas lima tahun pembedahan hati dilakukan

Muliyadi
- Sahabat Zulkfli
- Berkahwin dengan bekas pensyarah
- Melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. di Landon
- Baik hati
- Seorang yang gigih belajar

14
Tan Sri Shamsuddin
- Suami Puan Sri Sapura
- Pengarah Syarikat Sapura Holdings
- Seorang yang sentiasa bersyukur
- Membantu membiayai pembedahan Nadhirah di London
- Bersikap rendah diri

15
Dr. Tan Kai Chah
- Berasal dari Malaysia
- Bertugas di Hospital King`s College sebagai doktor bedah.
- Bersikap lemah lembut
- Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
- Akhirnya beliau kembali bertugas di Malaysia

Nadhirah
- Anak sulung dan berusia 14 tahun
- Seorang remaja yang pemalu dan tabah
- Menghidap penyakit hati dan hempedu

16
PLOT
Permulaan
Permulaan cerita ini mengisahkan perjalanan Zulkifli Sekeluarga dalam
perjalanan pulang ke Melaka. Di pertengahan jalan, Zulkifli ternampak akan
sepasang suami isteri berbangsa Sikh. Pasangan itu terbabit dalam kemalangan
jalan raya. Dia menghantar pasangan seikh itu ke Hospital Seremban

Perkembangan
Berita kesedihan Bushrah mendermakan sebahagian hatinya mengemparkan
orang ramai. Tan Sri Shamsuddin bersedia membantu membiayai rawatan
pembedahan Nadhirah.

Klimaks
Bushrah dan Nadhirah dibedah. Pembedahan itu mengambil selama 14 jam.
Akhirnya pembedahan itu berjaya.

17
Peleraian
Lima tahun kemudian Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya menamatkan
pengajiannya. Nazli pula berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama
penuh. Zulkifli bekerja di ruangan sastera Utusan Melayu.

18
LATAR
Latar tempat
- Simpang jalan kg. Melawar
- Rumah Zulkifli, di Jalan Mewah Satu, Bandar Tun Razak
- Rumah emak, ayah Bushrah di Kampung Kuala Sungai Muda
- Rumah ayah Zulkifli di Felda Ulu Tebrau
- Pejabat utusan Malaysia
- Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak ( 2 )
- Pejabat Tan Sri Shamsuddin ( Sapura Holdings ) di Lembah Keramat
- Unit hati di Hospital Kuala Lumpur
- Lapangan Terbang Subang
- Hospital King`s College
- Kota Landon seperti istana Buckingham, Zoo London, Sungai Thames dan
Muzium British
- Lapangan Terbang Batu Berendam

Latar Masa
- Berlaku pada zaman sekarang
- Ketika Nadhirah berumur 14 tahun
- Hingga dia menamatkan pengajian
- Waktu siang dan malam

Latar Masyarakat
- Masyarakat Melayu
- Masyarakat yang prihatin
- Masyarakat bekerjasama
- Masyarakat mementingkan ilmu

19
GAYA BAHASA
Diksi
- Penerangan

Gambaran jelas serta bersesuaian dengan jalan cerita

Contoh :

Hati ialah kelenjar paling besar dalam tubuh manusia. Hati terletak di sebelah
kanan bahagian atas abdomen. Ia terletak betul-betul di bawah diafragma . . . .
.

( hal . 120 )

Peribahasa
Dalam novel ini, pengarang banyak menerapkan unsur peribahasa.

Contohnya :

- saya bab-bab enjin memang buta kayu

- Ia bukan mimpi disiang hari lagi

- setinggi - tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

Inversi
- terdiam Zulkifli memikirkan jawapannya.

20
Metafora
- mereka tenggelam dalam lantaran fikiran masing-masing.

Simile
- Bagaikan sang pengembara yang berjalan di Gurun Sahara, keluarga
Nadhirah amat memerlukan seteguk air untuk penghilang dahaga.
( hal. 70 )

Personifikasi
- Unsur personifikasi ada juga digunakan oleh pengrang, iaitu pengarang
memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara.

- Yang berikut ialah contoh personifikasi :

Dalam pada menonton itu, perasaan Bushrah terus berperang.


( hal. 104 )

Hiperbola
- Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli, kulit anak-anak,
kulit Bushrah dan kulit bumi.

21
Sinkof
- ``oh, gitu!`` kata Nadhirah sambil melontarkan pandangan ke arah Sungai
Thames

( hal. 205 )

- Dalam petikan ini kata begitu disingkatkan menjadi gitu.

Bahasa Asing
- Bahasa inggeris. Contohnya : repair, role model, traffic jam, clear,

red fape, by line, urgent, survival, no problem, dan sebagainya.

- Bahasa Arab – Insya - allah, Subhanallah, Alhamdullilah

22
NILAI MURNI

Baik hati
Nilai ini merujuk perasaan simpati sesama manusia atau makhluk lain.
Contoh watak yang baik hati ialah Tan Seri Shamsuddin yang
membiayai seluruh kos rawatan perubatan Nadhirah.

Kerajinan
Nilai ini dilihat melalui tindakan watak-watak terutamanya watak
Zulkifli dan Muliyadi.Merka rajin menambah ilmu pengetahuan
walaupun mereka sudah tua.

Kasih sayang
Nilai ini merujuk perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga. Kasih
sayang ibu yang luhur mendorong Bushrah berkorban nyawa untuk
anaknya Nadhirah.

Hormat-menghormati
Nilai ini merujuk perasaan hormat-menghormati sesama insan yang
ditunjuk oleh Zulkifli yang sebagai anak dan anak mentua,dia
menghormati ibubapa serta kedua-dua mentuanya.

23
PENGAJARAN

 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita dan hendaklah


berkorban demi kebahagian anak- anak mereka.Contohnya ialah
watak Bushrah yang sanggup mengkorbankan nyawa untuk
menyelamatkan anaknya,Nadhirah.
 Kita hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang
telah membantu kita dan bersyukur kepada tuhan.Contohnya
ialah watak Zulkifli yang mengucapkan terima kasih kepada Tan
Sri Shamsuddin yang menderma wang supaya Nadhirah boleh
menjalankan pembedahan di London dan bersyukur kepada tuhan
kerana isterinya dan anaknya selamat menjalankan pembedahan.
 Kita hendaklah bersimpati dan belas kasihan kepada orang yang
berada dalam kesusahan.Contohnya ialah masyarakat Kuala Linggi
yang bersimpati dengan keluarga Nadhirah sebaik sahaja berita
dikeluarkan diakhbar dan sanggup menghulurkan bantuan sebaik
mereka boleh.
 Kita perlu memberi bantuan kepada orang susah dan memerlukan
pertolongan dan tidak bersikap mementingkan diri-sendiri.
Contohnya ialah watak Tan Sri Shamsuddin yang sanggup
menggeluarkan duitnya sendiri untuk membayari kos
pembedahaan Nadhirah.

24
RUJUKAN
- Ulasan Grafikal Komsas 2 dalan 1Panas Salju dan Antologi Anak
Bumi Tercinta Tingkatan 3.
- Novel Panas Salju
- www.scribid.com

25

You might also like