You are on page 1of 3

Petua yang saya petik dari http://desirombak.blogspot.

com/

1. Petua awet muda & kesihatan

Amalkan minum air putih/mineral sebaik saja bangun dari tidur.

Sila Baca, teguk air pertama: i) Bismillahhirrahmaanirrahim


teguk air kedua : ii) Lailahaillallah
teguk air ketiga : iii) Alhamdulillah
..dan terus habiskan baki air yang selebihnya. InsyaAllah.

2. Amalkan mencuit/merasa sedikit garam sebelum makan. Ini baik untuk kesihatan perut.

3. Amalkan memakan/minum sedikit madu asli setiap hari.

4. Jangan kencing berdiri, biasanya air kencing tidak akan tos habis dan ianya juga boleh
melemahkan anu anda.

Seterusnya amalkan senaman tua setiap pagi sejurus saja bangun dari tidur. Ini sebahagian
dari senanaman tua, bahagian terlentang. Baik untuk pinggang, kaki dan regangan saraf-
saraf utama sekaligus membolehkan anda "mengangkat" dua biji kelapa...TuuuUuuutttttt...

Senam 1

-Tarik nafas, tegakkan lutut dan angkat pinggang keatas

-Tahan nafas untuk seketika, lepas nafas dan turunkan pinggang kebawah secara perlahan-
lahan

- Ulang beberapa kali

Senam 2

-tarik nafas, angkat lutut silangkan kaki dan tarik kearah badan sehingga kedudukan
punggung ternaik sedikit.

-tahan nafas seketika, turunkan kaki perlahan-lahan sambil melepaskan nafas

-ulang beberapa kali

Senam 3

-Tarik nafas, angkat kaki dalam betuk L, jatuhkan kaki kesebelah kiri perlahan-lahan (tanpa
mengerakkan kepala) dan lepaskan nafas

-Ulang sekali lagi disebelah kanan.

-Ulang beberapa kali

Senam 4.

-Tarik nafas, angkat kaki lurus dan gerakkan pergelangan kaki.


-Lepaskan nafas, ulang beberapa kali.

Sekian, sedikit ilmu untuk dikongsi


bersama..

You might also like