You are on page 1of 7

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN RENANG

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MUAR


2010

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN:
1.1 Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang antarabangsa (FINA) dan
peraturan-peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN:
2.1 Kejohanan perseorangan dan berpasukan antara sekolah.
2.2 Setiap sekolah dibenarkan mendaftarkan seorang peserta lelaki dan seorang
peserta perempuan bawah 20 tahun dan hanya dibenarkan mengambil bahagian
dalam satu acara individu dan satu acara berpasukan (digabung dengan peserta
bawah 18 tahun jika ada).

3. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


3.1 Berikut adalah acara yang akan dipertandingkan dalam kejohanan ini. Namun
begitu, pihak pengelola berhak untuk membatalkan mana-mana acara yang
didapati mempunyai kurang daripada 3 penyertaan.
3.2 Penambahan dan pengguguran peserta dan acara selepas daripada mesyuarat
pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.

Acara Jum
Lelaki Perempuan
20 18 15 13 12 10 20 18 15 13 12 10
Gaya
Bebas 50M X X X X X X X X X X X X 12
Kuak
Dada 50M - X X X X X - X X X X X 10
Kuak
Lentang 50M - - - X X X - - - X X X 6
Kuak
Kupu-kupu 50M - - - X X X - - - X X X 6
Gaya
Bebas 100M - X X X X X - X X X X X 10
Kuak
Dada 100M - X X X X X - X X X X X 10
Kuak
Lentang 100M - X X - - - - X X - - - 4
Kuak
Kupu-kupu 100M - X X - - - - X X - - - 4

Rampaian
200M - X X X X X - X X X X X 10

4X50 M
Berganti * X X X X X * X X X X X 10
X X
4X50 M
Berganti - - - - X X - - - - X X 4
(gabungan sk)
Jumlah 25 9 9 25 9 9 86

Jumlah acara = 86

4. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN:

4.1 Yuran pendaftaran untuk setiap peserta ialah sebanyaknya RM 6.00 sahaja dimana
peserta itu boleh mendaftar seberapa banyak acara yang disertainya kecuali
peserta bawah 20 tahun.
4.2 Tiap-tiap sekolah boleh mendaftarkan beberapa orang perenang bagi setiap acara.
4.3 Tiap-tiap sekolah menengah dibenarkan mendaftar 1 (satu) pasukan sahaja bagi
acara berganti-ganti manakala bagi sekolah rendah, dibenarkan menghantar lebih
daripada 1 pasukan.
4.4 Sekolah-sekolah rendah yang kecil dibenarkan bergabung 2 hingga 3 buah sekolah
untuk membentuk 1 pasukan bagi acara berganti-ganti. Namun begitu, gabungan
hanya dibenarkan kepada peserta yang sama kategori sahaja.
4.5 Bagi sekolah menengah, tiada gabungan sekolah.

5. SISTEM PERTANDINGAN:

5.1 Sila rujuk undang-undang FINA dan peraturan Am (11) MSSM.


5.2 Susunan acara Renang hendaklah mengikut susunan yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Teknik Renang MSSD.
4.2.1 Semua acara renang dijalankan secara ‘ Time finals’
4.2.2 Permulaan akan menggunakan ‘ One start rules’
5.3 Hanya acara-acara yang disertai oleh 3(tiga) peserta dan 3 (tiga) buah sekolah dan
lebih akan dijalankan oleh pihak pengelola.
5.4 Sebarang pengantian tidak dibenarkan selepas tarikh tutup dalam pertandingan
kecuali peserta yang dipilih untuk mewakili daerah boleh diganti dengan peserta-
peseta lain yang telah berdaftar.
5.5 Peserta-peserta dari kumpulan umur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan
menyertai acara-acara terbuka.

6. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN:

6.1 Cara untuk memutuskan johan individu bagi setiap kumpulan umur adalah seperti
berikut :
a. TEMPAT MATA
Pertama 12
Kedua 8
Ketiga 4
Keempat 2
Kelima 1

b. Tambahan 4 mata akan diberikan kepada setiap perenang yang memecahkan


rekod.

c. Mata yang diperoleh dalam acara terbuka tidak dikira untuk memutuskan johan
individu.

6.2 Cara untuk memutuskan pemenang lelaki dan perempuan yang cemerlang adalah
seperti berikut:
a. Perenang yang memecahkan rekod terbanyak
b. Perenang yang memecahkan rekod paling lama jika dua atau lebih perenang
memecah rekod yang sama.
6.3 Johan Daerah
5.3.1 Pasukan sekolah yang mendapat pingat emas terbanyak akan menjadi johan
daerah. Jika pungutan pingat emas seri, pasukan yang mendapat lebih pingat
perak akan menjadi johan dan seterusnya pingat gangsa.

7. PAKAIAN:

Sila rujuk undang-undang FINA.

8. KELEWATAN:

7.1 Setiap peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta sekurang-
kurangnya sepuluh (10) minit sebelum acaranya bermula.Jika tidak penyertaannya
dalam acara tersebut akan dibatalkan.

9. MENARIK DIRI:

9.1 Pesertayang menarik diri dari pertandingan dalam mana-mana acara dia
didaftarkan akan dibatalkan penyertaannya untuk semua acara berikutnya
sepanjang kejohanan.
9.2 Tidak ada pertukaran dan penarikan diri (stratching) dibenarkan selepas mesyuarat
pegurus pasukan.

10. BANTAHAN:

Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM


Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai hendaklah diserahkan
kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada tigapuluh (30) minit
selepas keputusan rasmi diumumkan dan disertakan dengan bayaran sebanyak
RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH). Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika bantahan tersebut ditolak.

11. LEMBAGA TATATERTIB:

11.1 Sila rujuk peraturan Am (13) MSSM

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN:

Sila rujuk peraturan Am (19) MSSM


12.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am MSSM dan peraturan
kejohanan renang, akan diputuskan oleh jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan
keputusan adalah muktamad.
12.2 Jawatankuasa pengelola tidak bertangungjawab ke atas kehilangan barang-
barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan
kejohanan dan sebarang kemalangan, kecederaan, atau kematian semasa
kejohanan berlangsung. Walau bagaimanapun persediaan akan dibuat bagi
mengelak berlakunya kejadian-kejadian seperti di atas.

13. PENYAMPAIAN HADIAH:

Semua pemenang hadiah hendaklah melaporkan diri kepada Pengawas Hadiah


apabila upacara penyampaian hadiah diumumkan. Jika sesaorang pemenang hadiah
tidak dapat melapor diri atas sesuatu sebab, Pengurus Pasukan berkenaan hendaklah
menghantar seorang peserta lain untuk menerima hadiah bagi pihak peserta tersebut.
Semua pemenang mestilah berpakaian kemas dengan tidak berselipar serta
berpakaian seragam/ track suit.

14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN:

14.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan AM MSSM dan peraturan
kejohanan renang akan diputuskan oleh jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan
keputusan adalah muktamad.
14.2 Jawatankuasa pengelola tidak bertanggung jawab atas kehilangan barang-barang
atau harta benda kepunyaan pegawai dan peserta dalam kawasan kejohanan atau
asrama penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan, atau kematian semasa
kejohanan berlangsung. Walau bagaimana pun persediaan akan dibuat bagi
mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
JADUAL PERTANDINGAN KEJOHANAN RENANG MSSD MUAR
9-10 FEBRUARI 2010
DI KOLAM RENANG MRSM MUAR.

Hari Pertama : 9 Februari 2010 (Selasa)

BIL MASA ACARA BAHAGIAN PERINGKAT MSSD MSSJ MSSM


101 8.00 100 METER DADA L 10 AKHIR 1:31.59
102 8.05 100 METER DADA L 12 AKHIR 1:39.59 1:22.40
103 8.10 100 METER DADA L 13 AKHIR 1:29.59 1:14.51
104 8.15 100 METER DADA L 15 AKHIR 1:16.65 1:12.57
105 8.20 100 METER DADA L 18 AKHIR 1:17.06 1:12.72
106 8.25 100 METER DADA P 10 AKHIR 1:35.69
107 8.30 100 METER DADA P 12 AKHIR 1:33.16 1:25.05
108 8.35 100 METER DADA P 13 AKHIR 1:36.25 1:25.15
109 8.40 100 METER DADA P 15 AKHIR 1:34.06 1:21.50
110 8.45 100 METER DADA P 18 AKHIR 1:31.53 1:21.09
111 8.50 50 METER KUPU-KUPU L 10 AKHIR 42.84 0:37.19
112 8.55 50 METER KUPU-KUPU L 12 AKHIR 43.41 0:31.46
113 9.00 50 METER KUPU-KUPU L 13 AKHIR 45.91 0:32.45
114 9.05 50 METER KUPU-KUPU P 10 AKHIR 44.44 0:38.95
115 9.10 50 METER KUPU-KUPU P 12 AKHIR 39.61 0:33.53
116 9.20 100 METER BEBAS L 13 AKHIR 1:04.04
117 9.5 100 METER BEBAS L 15 AKHIR 0:58.28
118 9.30 100 METER BEBAS L 18 AKHIR 58.37 0:55.97
119 9.35 100 METER BEBAS P 13 AKHIR 1:07.10
120 9.40 100 METER BEBAS P 15 AKHIR 1:04.29
121 9.45 100 METER BEBAS P 18 AKHIR 1:08.40 1:02.47
9.50 Pegawai teknikal berehat dan sesi penyampaian hadiah
122 10.20 100 METER LENTANG L 15 AKHIR 1:09.21
123 10.25 100 METER LENTANG L 18 AKHIR 1:15.16 1:09.06
124 10.30 100 METER LENTANG P 18 AKHIR 1:23.94 1:13.57
125 10.35 50 METER BEBAS L 10 AKHIR 36.18 0:34.20
126 10.40 50 METER BEBAS L 12 AKHIR 35.28 0:29.80
127 10.45 50 METER BEBAS L 13 AKHIR 31.99 0:28.42
128 10.50 50 METER BEBAS L 15 AKHIR 27.59 0:26.31
129 10.55 50 METER BEBAS L 18 AKHIR 25.72 0:25.10
130 11.00 50 METER BEBAS P 10 AKHIR 40.87 0:35.75
131 11.05 50 METER BEBAS P 12 AKHIR 33.87 0:31.84
132 11.10 50 METER BEBAS P 13 AKHIR 34.47 0:30.40
133 11.15 50 METER BEBAS P 15 AKHIR 31.06 0:29.20
134 11.20 50 METER BEBAS P 18 AKHIR 0:28.62
135 11.25 200 METER RAMPAIAN L 10 AKHIR 3:32.59 3:07.22
136 11.30 200 METER RAMPAIAN L 12 AKHIR 3:22.97 2:47.97
137 11.40 200 METER RAMPAIAN L 13 AKHIR 2:39.87
138 11.50 200 METER RAMPAIAN L 15 AKHIR 2:44.97 2:30.09
139 12.00 200 METER RAMPAIAN L 18 AKHIR 2:32.75 2:26.79
140 12.10 200 METER RAMPAIAN P 10 AKHIR 3:14.56
141 12.20 200 METER RAMPAIAN P 12 AKHIR 3:09.71 2:56.56
142 12.30 200 METER RAMPAIAN P 18 AKHIR 2:57.85 2:33.70
143 12.40 Sesi penyampaian hadiah dan tamat hari pertama
JADUAL PERTANDINGAN KEJOHANAN RENANG MSSD MUAR
9-10 FEBRUARI 2010
DI KOLAM RENANG MRSM MUAR.

Hari Kedua : 10 Februari 2010 ( Rabu)

BIL MASA ACARA BAHAGIAN PERINGKAT MSSD MSSJ MSSM


201 8.00 100 METER KUPU-KUPU L 15 AKHIR 1:05.97
202 8.05 100 METER KUPU-KUPU L 18 AKHIR 1:07.44 1:02.03
203 8.10 100 METER KUPU-KUPU P 18 AKHIR 1:21.63 1:07.90
204 8.15 50 METER LENTANG L 10 AKHIR 45.50 0:40.25
205 8.20 50 METER LENTANG L 12 AKHIR 41.40 0:35.03
206 8.25 50 METER LENTANG L 13 AKHIR 42.08 0:36.75
207 8.30 50 METER LENTANG P 10 AKHIR 48.85 0:42.20
208 8.35 50 METER LENTANG P 12 AKHIR 42.19 0:37.61
209 8.40 50 METER DADA L 10 AKHIR 48.00 0:43.10
210 8.45 50 METER DADA L 12 AKHIR 45.49 0:37.62
211 8.50 50 METER DADA L 13 AKHIR 46.34 0:34.71
212 8.55 50 METER DADA L 15 AKHIR 36.57 0:33.00
213 9.00 50 METER DADA L 18 AKHIR 33.97 0:32.15
214 9.05 50 METER DADA P 10 AKHIR 44.41 0:45.00
215 9.10 50 METER DADA P 12 AKHIR 42.10 0:38.46
216 9.15 50 METER DADA P 13 AKHIR 45.91 0:39.00
217 9.20 50 METER DADA P 15 AKHIR 44.19 0:40.69
218 9.25 50 METER DADA P 18 AKHIR 42.18 0:40.35
219 9.30 100 METER BEBAS L 10 AKHIR 1:16.20
220 9.35 100 METER BEBAS L 12 AKHIR 1:19.07 1:07.50
221 9.40 100 METER BEBAS P 10 AKHIR 1:21.82
222 9.45 100 METER BEBAS P 12 AKHIR 1:23.3 1:11.87
223 9.50 Pegawai teknikal berehat dan sesi penyampaian hadiah
224 10.20 4X50 METER BEBAS L 10 AKHIR 2:29.69
225 10.30 4X50 METER BEBAS L 12 AKHIR 2:08.10
226 10.40 4X50 METER BEBAS L 18 AKHIR 1:47.50
227 10.50 4X50 METER BEBAS P 10 AKHIR 2:47.00
228 11.00 4X50 METER BEBAS P 12 AKHIR 2:16.78
229 11.10 4X50 METER BEBAS P 15 AKHIR 2:16.93
230 11.20 Upacara penyampaian hadiah dan penutup

You might also like