You are on page 1of 4

RAHSIA REZEKI MELIMPAH 

RUAH
Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya
dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha
mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya.  Supaya kita
mencari jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan
sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita
berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-
lamanya iaitu al-Quran dan hadis.

Begitu juga dalam hal mencari rezeki.  Di dalam al-Quran dan


hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan
panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita
tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan
supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat
digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan
mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran,
hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki
melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di
tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.

Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu


rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada
Allah. Wallahu a’lam.
Kita jarang-jarang bersyukur terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima
setiap hari. Tetapi jika kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagi
rezeki orang itu dan sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang
amat pedih.

Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,


pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan
bumi…” (Al-A’raf: 96)

Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk
melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam,
melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan
sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah
berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka
Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua
tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku,
maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu
dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan
mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah
menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala
Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka
sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan
rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia
menyambung tali silaturrahim.”

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah
kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya
dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan
jadi miskin selama-lamanya.”

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk
memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah


mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki
dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan
Hakim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal


kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki
sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah
kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah
bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan
pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung,
ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki
dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan
memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka
mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.”
(An-Niza’: 100)

Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana
tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami
ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala,
nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita-citanya dan
memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada terkiranya dan tiada diusahanya yakni
dimudahkan oleh Allah akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada
dibicarakannya.”
Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini
diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang
kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan
dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia
tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan
baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya
Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan
dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat),
kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau
takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya
Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau
jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul
Hamid Salil Hamdan

http://rahsiarezeki.com

http://rahsiarezeki.wordpress.com

You might also like