NOTA BIMBINGAN STPM 2000
KOMPUTER
1.Manfaat teknologi komputer
(a) Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran
-Ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yangbanyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.-Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan masa,ruang dan tenaga manusia, bahkanmeningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan danswasta menggunakan komputer untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yangberkaitan dengan butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan.
(b) Kemajuan sektor perindustrian
-Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat,tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia. Ini pentingterutamanya di negara-negara maju yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.-Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Komputer boleh mengujimutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.-Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahayakepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya robot yang dikawal oleh komputer digunakan untukmemasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan asas untuk perkembangan industri perkilangan.
(c) Kemajuan kesihatan
-Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputerboleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yangdihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untukmerawat penyakit berkenaan.-Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberisumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan jantungdan analisis gambar sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Inimembantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit.
(d) Kemajuan sains dan teknologi
-Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenaipersekitaran bumi.Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajianyang tepat tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalankajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancamanmalapetaka seperti banjir dan taufan.-Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistemtelekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas. Ini jugayang membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosokdunia.
(e) Kemajuan pendidikan
-Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapatmenyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan gambarajahserta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajarterhadap pelajaran.-Komputer juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar bolehmempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program komputer yang disediakan.Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Makapelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dengan berpandukan arahan itu.-Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yangdilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh komputer. Dengan caraini keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.
Add a Comment
Ryn91left a comment
missymessyleft a comment
EIL@left a comment
EIL@left a comment