You are on page 1of 34

SISTEM PENDIDIKAN

SEBELUM MERDEKA
Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka

 Sebelum merdeka, tidak ada satu pendidikan


yang seragam di Tanah Melayu.
 Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh
British ialah sistem pendidikan vernakular.
 Sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikut
kepentingan kaum tertentu.
Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka

CIRI-CIRI
Setiap sekolah khusus untuk satu kaum tertentu
sahaja.
Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku
teks dan sukatan pelajaran yang berbeza.
Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang,
bandar dan kampung.
Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal
SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN
PENJAJAHAN BRITISH

PELAJARAN RENDAH PELAJARAN MENENGAH

PELBAGAI SUKATAN
PELAJARAN SEKOLAH

SEKOLAH MELAYU
-dirikan oleh kerajaan
SEKOLAH INGGERIS
SEKOLAH INGGERIS
-Dikelolakan mubaligh-mubaligh kristian
SEKOLAH CINA SEKOLAH CINA
-Dikelolakan oleh masyarakat Cina
tempatan

SEKOLAH TAMIL
-Dikelolakan oleh pihak peladang.
 Akibatnya, terdapat empat jenis sekolah di

Tanah Melayu, iaitu :

a) Sekolah Melayu

b) Sekolah Cina

c) Sekolah Tamil

d) Sekolah Inggeris.
 Sistem pendidikan yang sedemikian tidak

dapat melahirkan perpaduan antara kaum di

negara ini.

 Tumpuan taat setia setiap kaum adalah kepada

negara asal mereka.


Sekolah Melayu
 Sebelum wujudnya sekolah
Melayu, pelajaran agama dan
bahasa Arab sangat
dititikberatkan.
 Sekolah Melayu pertama
ditubuhkan ialah Sekolah
Melayu Gelugor pada 1816 di
Pulau Pinang
 Mata pelajaran yang diajar di
sekolah Melayu ialah membaca,
menulis dan mengira.
Sekolah Melayu
Ciri-ciri:-
Kemudahan yang disediakan tidak
memuaskan.
Hanya menyediakan pendidikan di peringkat
rendah
Menyediakan pendidikan setakat darjah enam.
Dibina di kawasan luar bandar
Matlamatnya untuk mengekalkan cara hidup
tradisional orang Melayu.
 Pendidikan yang diberikan hanyalah
menjadikan anak-anak orang Melayu
petani dan nelayan yang lebih baik daripada
ibu bapa mereka.
 Lepasan sekolah Melayu tidak berpeluang
memegang jawatan tinggi. Mereka sekadar
menjadi pelayan pejabat sahaja.
 Mereka yang ingin meneruskan pelajaran ke
peringkat menengah terpaksa memasuki
latihan perguruan.
 Selepas itu barulah mereka boleh memasuki
sekolah menengah aliran Inggeris melalui
Darjah Khas Melayu (Special Malay Class)
Sekolah Cina

 Penubuhan sekolah Cina dikelolakan oleh


masyarakat Cina tempatan.
 Pada awalnya, sistem pendidikan di sekolah
Cina tidak teratur.
 Sistem pendidikan Cina ini bertujuan
memupuk semangat kesetiaan terhadap
negara Cina.
 Pada 1920, kerajaan British telah meluluskan

Enakmen Pendaftaran Sekolah-sekolah

 Mengikut Enekmen ini, semua sekolah dan

guru wajib didaftarkan.

 Tujuannya untuk menghalang murid-murid

sekolah diresapi ideologi komunis.


Sekolah Cina
Ciri-ciri:-
Bahasa pengantar mengikut dialek masing-
masing.
Mengambil sukatan pelajaran dari negara Cina.
Buku teks dan guru diimort dari negara Cina.
Menyediakan pendidikan rendah, menengah
rendah dan menengah atas.
Sekolah Tamil

Sekolah Tamil kebanyakannya didirikan di ladang-


ladang getah.
Ia dibina oleh pihak majikan dan mubaligh
Kristian.
Pada 1912, Enakmen Buruh telah mewajibkan
setiap ladang menyediakan sekolah jika terdapat lebih
sepuluh anak pekerja yang layak bersekolah.
Pendidikan Tamil yang disediakan bertujuan
mengekalkan anak-anak pekerja menjadi buruh
di ladang tersebut.
Sekolah Tamil

 Ciri-ciri:-

Menggunakan bahasa Tamil


sebagai bahasa pengantar.

Sukatan Pelajaran dan buku


teks diambil dari India

Menyediakan pendidikan
peringkat rendah sahaja.
Sekolah Inggeris
 Kerajaan British memberi perhatian dan
bantuan kewangan kepada sekolah Inggeris.
 Sekolah ini dibina sama ada oleh kerajaan
atau Badan Mubaligh Kristian.
 Sekolah Inggeris pertama dibina di Tanah
Melayu ialah Penang Free School pada 1816.
 Matlamat: Untuk memenuhi keperluan
pentadbiran British seperti kerani
 Bilangan orang Melayu yang memasuki
sekolah ini amat terhad.
Sekolah Inggeris
 Ciri-ciri :-
Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
Pengantar.
Terbuka kepada semua kaum.
Menyediakan pendidikan peringkat rendah dan
menengah.
Jumlah pelajar Melayu, Cina dan India tidak
seimbang.
CADANGAN PEMBAHARUAN DALAM
PENDIDIKAN
Rancangan Cheeseman
Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Inggeris di
bawah Rancangan Cheeseman cuba menyusun
semula sistem pendidikan di Tanah Melayu.
Tujuan: Membaiki sistem pendidikan dan
menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan
pendidikan.
Hanya menumpukan perhatian peringkat sekolah
rendah sahaja.
Rancangan ini ditolak kerana sekolah-sekolah
menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa
ibunda masing-masing.
Penyata Barnes (1950)

Mengikut saranan Barnes,persekolahan rendah


ialah alat bagi perpaduan dan penyatuan
masyarakat.
Pada bulan Ogos 1950, sebuah jawatankuasa
dibawah L.J Barnes telah ditubuhkan untuk
mengkaji semula sistem pendidikan Tanah
Melayu.
Hasilnya beberapa saranan telah dibuat oleh
Penyata Barnes, iaitu:
a) Dibentuk satu pendidikan yang bercorak
kebangsaan
b) Menubuhkan hanya satu corak sekolah rendah,
yang disebut sekolah kebangsaan
(National School) untuk semua kaum.
c) Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum.
d) Menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu
bahasa Melayu dan Inggeris.
e) Sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil
dihapuskan di peringkat menengah dan selanjutnya
digunakan bahasa Inggeris sahaja.
Walau bagaimanapun,penyata Barnes telah ditolak oleh
semua kaum.
Sebab penolakan

Kaum Melayu
-Mereka tidak puas hati dengan pendidikan Melayu yang tidak diberi
kedudukan yang wajar
-Pendidikan Melayu seolah-olah menumpang di sekolah Inggeris.

Kaum Cina
-Mereka menentang penghapusan pendidikan Cina kerana mereka
menganggap pendidikan Cina sebagai salah satu kebudayaan mereka.
-Menghauskan pendidikan Cina bererti menghapuskan salah satu
kebudayaan kaum Cina.

Kaum India
-Mereka sependapat dengan kaum Cina.
Orang-orang Cina meminta supaya diadakan satu
jawatankuasa mengkaji kedudukan pendidikan aliran
Cina di Tanah Melayu.

Penyata Fenn-Wu

Dr William P.Fern,
Setiausaha Eksekutif Bersekutu Lembaga Amanah bagi institusi
Pengajian tinggi di Cina.

Dr. Wu Teh-Yao
Seorang pegawai PBB ke Tanah Melayu untuk menyelidik tentang
Pendidikan Cina.
Pada tahun 1951, Dr. W.P. Fern dan Dr. Wu
Teh Yao telah dilantik untuk mengkaji sistem
pendidikan Cina.
Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengkaji
penggunaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam sistem pendidikan sekolah
Cina
Penyata Fern-Wu tidak dapat diterima oleh
pemimpin-pemimpin Melayu terutama
daripada kalangan pemimin UMNO kerana
cadangan itu tidak menguntungkan orang
Melayu dan negara ini.
 Penyata Fern-Wu tidak dapat diterima oleh
pemimpin-pemimpin Melayu terutama
daripada kalangan pemimin UMNO kerana
cadangan itu tidak menguntungkan orang
Melayu dan negara ini
 Orang-orang India pula meminta diadakan
sebuah jawatankuasa untuk mengkaji
pendidikan Tamil seperti yang dibuat kepada
pendidikan Cina. Tetapi cadangan itu ditolak.
 MIC telah menubuhkan sendiri jawatankuasa
Penasihat Pusat untuk mengkaji kedua-dua
laporan tersebut.
Jawatankuasa Penasihat Pusat dan
Ordinan Pelajaran 1952.
Lanjutan daripada Laporan Barnes dan Fern-
Wu, kerajaan telah menubuhkan
Jawatankuasa Penasihat Pusat untuk
mengkaji kedua-dua laoran tersebut.
Jawatankuasa tersebut yang ditubuhkan pada
tahun 1951 dianggotai oleh:
a) 12 orang pendidik
b) Pegawai-pegawai Tanah Melayu
c) Wakil-wakil tidak rasmi setiap kaum
(Melayu, Cina dan India)
Jawatankuasa ini telah menyetujui beberapa
perkara dalam Laporan Barnes dan Fenn-Wu
iaitu:
a) Sistem sekolah kebangsaan akan dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat.
b) Di samping bahasa ibunda diajar di sekolah-
sekolah Cina dan Tamil, bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris akan digunakan juga sebagai
bahasa pengantar.
Pada tahun 1952, sebuah Jawatankuasa khas telah
dibentuk untuk mengkaji ketiga-tiga laporan
jawatankuasa sebelumnya dan membuat beberapa
syor baru. Jawatankuasa ini dianggotai oleh sebelas
ahli Majlis Perundangan Persekutuan.
Draf perundangan dari jawatankuasa khas itu telah
dibawa ke Dewan Perundangan Persekutuan,
diluluskan, dan kemudian dijadikan Ordinan
Pelajaran 1952.
Cadangan Barnes mengenai sekolah kebangsaan

Memberi pelajaran rendah secara percuma selama enam


tahun
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan diajar di sekolah
rendah sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Cina dan Tamil boleh diajar di sekolah rendah
Jika lima belas orang murid atau lebih mahukannya.

Pelajaran vokasional akan dikembangkan di peringkat


sekolah menengah

Ordinan Pelajaran 1952


Laporan Razak ( 1956 )
Setelah kerajaan Perikatan memerintah
pada 30 September 1955, satu
jawatankuasa telah dibentuk untuk
mencadangkan satu sistem pelajaran
kebangsaan yang boleh diterima oleh
seluruh Persekutuan.
Jawatankuasa itu mengandungi 15
orang ahli dan dipengerusikan oleh
Tun Abdul Razak,Menteri
Pendidikan ketika tu setelah dipilih
menjadi ahli Majlis Perundangan
Persekutuan.
Tugas-tugas yang akan dilakukan oleh
jawatankuasa itu ialah:
a) Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan
yang boleh menyatupadukan kanak-kanak berbilang
kaum di seluruh negara.
b) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
c) Memastikan sekolah-sekolah vernakular Cina dan
Tamil tetap wujud dan bahasa mereka diajar
sebagai satu mata pelajaran.
Laporan Razak telah diterbitkan dalam bulan
Mei 1956 yang kemudiannya dikenali sebagai
Penyata Razak.

Beberapa perkara dalam Penyata Razak telah

menjadi panduan untuk membentuk dasar

pendidikan negara kemudiannya


PENDIDIKAN RENDAH

Sekolah Rendah Sekolah Rendah Jenis


Kebangsaan Kebangsaan
Bahasa Melayu Bahasa Cina/Tamil/Inggeris
( Bahasa Pengantar) (Bahasa Pengantar)
Bahasa Melayu dan Inggeris
diwajibkan
Mengikut Laporan Razak, kanak-kanak akan
terus menerima pendidikan rendah mereka di
sekolah vernakular yang berasingan.
Jawatankuasa itu berusaha meningkatkan
bahasa Melayu ke tahap yang paling atas
dengan mewajibkan pengajaran bahasa
Melayu di semua jenis sekolah.
Kesan daripada cadangan ini, murid-murid
Melayu akan mahir dalam dua bahasa dan
murid bukan Melayu akan mahir dalam tiga
bahasa.
Pendidikan Menengah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Jenis


(SMK) Kebangsaan (Cina)(SMJK)
Bahasa Pengantar Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)


Bahasa Pengantar
Bahasa Inggeris
Bagi memastikan bahasa Melayu diajar di
sekolah-sekolah menengah, bahasa Melayu
dijadikan mata pelajaran wajib di dalam
peperiksaan.
Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower
Certificate of Education (LCE) serta di
peringkat Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu atau Malaysian Certificate of
Education (MCE)
Penyata Razak berjaya memikat masyarakat
bukan Melayu kerana tidak mengubah
penggunaan bahasa Cina (Mandarin) atau
bahasa Tamil.

You might also like