You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA LINUS

SK SERI BAHAGIA 2010

Tarikh : 7 Januari 2010

Tempat : Perpustakaan

Kehadiran :

1. En. Marjuni b. Hj Suradi

2. Tn. Hj Idres b. Sanuse

3. Pn. Hjh Masamah bt. Abas

4. Cik Suria bt. Abdullah

5. Pn. Sariyah bt Lan

6. Pn. Rosnizah bt. Kamaludin

7. Pn. Rosnah bt Abdullah

8. Pn. Hasnadhia bt. Harun

1. Bacaan Ummul Kitab

2. Ucapan aluan dari Pengerusi

2.1 Mengucapkan selamat datang kepada guru-guru yang hadir dalam

mesyuarat ini.

Makluman
3. LINUS

3.1 LINUS merupakan salah satu program kerajaan (NKRA).

3.2 Program ini bermula pada tahun ini yang melibatkan semua murid tahun 1.

3.3 Program ini bertujuan untuk membantu murid agar celik membaca,

menulis dan mengira. Kerajaan mensasarkan 100% lulus dalam saringan

yang dibuat bermula tahun 1 hingga tahun 3 (2012).

Tindakan: Semua guru

4. Pelaksanaan

4.1 Pelaksanaan program ini adalah sepanjang tahun.

4.2Guru diminta menggunakan semua modul guru dan murid yang telah

dibekalkan.

Tindakan: Guru LINUS

5. Saringan

5.1 Saringan akan dijalankan sebanyak 3 kali pada setiap tahun mengikut

tarikh dan jadual yang akan diberikan.


5.2 Semua murid tahun 1 terlibat dalam saringan 1. Hanya murid yang gagal

saringan 1 akan menjalankan saringan 2. Begitu juga hanya murid yang

gagal saringan 2 akan menjalani saringan 3.

5.3 Murid harus dalam keadaan bersedia untuk menjalani saringan ini.

Tindakan: Guru LINUS

6. Laporan

6.1 Data perlu dihantar pada setiap habis melaksanakan saringan kepada PPD.

6.2 Pengisian data secara online di laman web KPM juga perlu dibuat.

Tindakan: Guru LINUS

7. Hal-hal lain

7.1 Guru pemulihan khas akan membantu murid pemulihan LINUS.

7.2 Murid yang tidak melepasi konstruk 1 dan 2 boleh dibawa untuk

pemeriksaan doktor dengan kebenaran ibu bapa.

Disediakan oleh,

…………………………………………

(SURIA BINTI ABDULLAH)

S/U Jawatankuasa LINUS

You might also like